Episod yg belum berakhir..

Kes mak belum habih, hari Jumaat tu baru masukkan tiub kt dlm je, pas tu balik, bulan 2 nti dtg lagi utk op, masukkan kamera melalui tiub tu nti dan cuba 'cari' batu karang tu, hemm, klu batu karang tu tak leh dibuang, kenalah tebuk, lahai, sian mak.... 2 hari mak dok lepak umah aku, terbaring jer, dia tak larat sgt, aku lak serba tak kena rasanya nak soh mak rest molek2, ntah dpt rehat ke tak, tak tau la, makan tu tak lalu, makan ni tak lalu, yg dia lalu sumernya yg kena pantang.. demi nak soh mak makan sbb nak kena makan ubat aku turutkan jugak selera mak, tapi kena bagi dlm julat yg sikit je..

mak teringin makan nasik kerabu aku gi cari pusing keliling Taman Medan/Tmn Datuk Harun, nasib baik kt situ macam2 ada, nak harap aku masak, alamak, tak pernah masak pulak nasik kerabu ni, separuh gek mak makan, aku masak bubur mak kata kembang tekak, petang/mlm dah tak lalu nak makan nasik, buat air n biskut whole meal mak tak baper gi, mak nak makan roti sweet potato lak, gi ler aku sekali lagik carik kedai (tapi sume kedai tutup time CNY), nasib baik ada 7-11, mak teringin lak nak minum teh tarik, oklah, aku kasik chan, wat teh tarik takdek perasaan setengah cawan n sebuku je roti tu, ni klu aku cakap kt cikgu Rakiah nahas aku kena pongpeng tadah telinga, aku tak sampai hati nak ikut rejim akak aku yg merangkap cikgu disiplin dan penolong kanan tu, aku memang tak leh harap jaga mak agaknya... hari last aku jaga tu, nak buka selera mak aku masak gulai udang pucuk paku, versi kureng lemak, goreng ikan masin, wat cicah budu sket, bukak le selera mak nak makan (selera aku apa lagik, menambah2 makan), klu tak berbaring lemah jer.. lahai, tahan je ler hati aku tgk mak camtu... habih satu hari berapa macam ubat mak kena amik, ada sebelum makan, ada selepas makan, sume ada kaitan ngan makan lak tu, nak tak nak kena jugak bagi mak makan ikut schedule...

Tu baru 2 hari aku jaga mak, dah pening ngan selera/kerenah mak, yg aku plak mak jaga kerenah aku selama bergelar bayi aku tak pulak nak kesah, yg sebenarnya hati aku tak sanggup tgk mak serba tak kena dan lemah camtu, aku tokleh tgk, tak sanggup nak marahkan mak sbb makan tak pantang, sbb aku tau hati seorang tua camtu amat fragile, kena jaga betul2, tapi kalu diikutkan kehendaknya seems I'll kill her slowly... lepas 2 hari dan lepas pegi scan mak nak balik umah dia gek, dah rindu agaknya tinggalkan lelama, balik lah mak, rehatlah molek2... mak jgn takut tunggu bulan 2 nti ye mak...kami semua tetap akan doakan kesejahteraan mak....

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA