Posts

Showing posts from June, 2010

Kenduri di kampung

Image
Weekend lepas balik kampung pak enchek di Telok Bakong west Boston utk menunaikan hajat pak enchek buat sedikit kenduri doa selamat aka tahlil dlm volum kecil-kecilan. Tertunailah hasrat dihatinya itu...alhamdulillah, agak murah rezeki tuhan berikan tahun ini, terimakasih tuhan yang baik hati... Berbalik kepada kenduri tersebut, buatnya hari Sabtu, so agak kelamkabut lah sbb sampainya tgh malam Jemaat pukul 1.00 a.m. kira dah Sabtu jugaklah tu. Pagi2 pergi pekan lambak beli barang2 dan tanpa berlengah lagi menyingsing lengan membanting tulang masuk dapur... amboi bunyi macam aku sorang je masak, ya ampun kita masak satu team famili pak enchik merangkap akak2 ipo aku ler... alhamdulillah majlis berjalan dgn lancarnya. Maka dgn tidak berlengah lagik kome layankan saje lah gambo2 kt bawah ni ye... Bersiap sedia dah nak tahlil nih...serius je sume nih. Antara lauk pauk ari tu...kari daging & ayam goreng berempah (gue le masak ngee), gulai pisang, sambal bilis petai, ikan masin bulu aya

Tiny One

Image
How very often I have dreamed A world of perfect bliss To be the mother of a boy Or of a tiny miss. To hold its tiny hands in mine To count its tiny toes And then to place a tiny kiss Upon its tiny nose. To hold it very close to me Warm against my breast To gaze into its tiny face Sleeping and at rest. Oh, what could be more perfect Or what could hold more bliss, Than to be a mother of a boy Or of a tiny miss. By Elizabeth Anna Fetters (Pachella)

Random pix and sukan sekolah

Image
Koleksi decoupage baru nih...dalam pada kepala ting tong tu ini le nampaknya pelupa sakit... Buat ni atas papan kadbod nipis terbuang... Meanwhile.... semalam hari sukan sekolah dak Ammar. Kebetulan pak encik keje petang maka dia dpt le tgk budak2 ni main sukan...layanzzz je lah gambo kt bawah nih : Anak cheq dah siap sedia dalam barisan... Oih semangat melambai je nih, satu permulaan yang baik nampaknya... Betui kah main game nih cenggitu Ammar oi? Macam sorong papan tarik troli je, dak pun masuk bakul angkat sendiri... Yezzerrrr...saya menang!!! Erkkk.. anak boleh turun sekarang ye nak.. org len pun nak amik medal nih!, kata pengerusi PIBG itu. Amboii... semangat sungguh dapat medal nih, membesar sbg juaralah katakan (juara ker?) Dah dapat medal, tak sia2 bersusah payah ko naik train tu pastu kayuh sendiri nak.... yg tengah2 tu crush terbaru Ammar, dok sebut nama budak tu je ari2, alahai... Sekian, Karam Sigh Walia melaporkan... Cotton cuppies siap untuk k

Yabedabedu

Semalam hari yang bosan. Lame giler. Semalam hari Isnin. Aku balik umah, jenguk Indon dan part umah aku yg dia kerjakan, pastu masuk bilik. Dekat dua bulan rutin hidup aku dah jadi sama. Sangat lame. Dalam bilik kalau tak berkuntaw rebut laptop ngan Ammar tak sah. Selalu raksaksa akan kalah, otomen Ammar mesti menang. Besa ar. Hero memang kena kalah awal2. Pastu aku berguling atas katil. Ammar dtg terjah berguling sama. Aku marah, hey! Sila baiki balik cadar ni ye! Dah komot2! Biasa nih!. Otemen Amar mesti baiki balik cadar tu walaupun sebenonya mak dia terdahulu buat komok cadar. oh, ntah hapa2 nak citer ni. Pastu aku mandi. Pastu maghrib yg selalu 2 in one ngan Isyak. Pastu tengok berita citer hari2 org politik gaduh, pastu gula naik, pastu ada org eksiden. Apa daaa...aku alih tgk citer hantu tv9 setelah puas menonggeng2kan arial tv. Aku gelak tengok hantu tu, hantu tu gelak balik. Sungguh lame hidup. Nasib baik ada citer Arjuna. Pastu lagi lame plus kronik punya buhsan ada ka citer

Dah berbunga!

Image
Wah! Pokok bunga talang yg ntah bila pak encik campak dlm laman sekangkang semut tu dah berbunga nampaknya. Ni yang buat tangan rasa menggeletis nak try masak nasi kerabu guna bunga tu wat pewarna. Harap2lah bila dapur tu dah siap nti pokok tu masih sudi lah nak keluo bunga lagik!

Nak sangat...

Image
Nak sangat... Bercuti lama-lama ke mana2 sihat walafiat sejahtera... Nak sangat... Lihat langit biru yg damai Lihat kehijauan yang santai Nak sangat Gelak ketawa bercanda Kebahagian dulu yang sama.. Dah lama tak becuti ke mana. Dengan keadaan rumah dan kesihatan yang kurang mengizinkan, kuburkan dulu hasrat di hati. Nak sangat menikmati angin sepoi2 bahasa ditepian pantai sambil lihat air laut dan langit nan biru.... Nak sangat bersantai lihat kehijauan alam yg mempesona... Dan... nak sangat lihat diri slim seperti dulu kala.... Duhai sakit cepatlah pergi, serakkan awan stratus kelabu yg sesak, hamparkan pelangi dan raih kembali gebu putihnya nya awan kumulus!

Makan

Image
Memang kita kena makan untuk hidup. Tetapi tak bermakna kita hidup untuk makan. Tapi kadang-kadang kita terlebih makan sehingga memudaratkan kesihatan. Ada orang mati dek banyak makan, ada org senang hati dek cukup makan. Itulah masalah sebahagian besar penduduk di Malaysia, trend makan dlm kehidupan seharian. Baiklah, mari kita tinggalkan kenyataan dari pakar nutrisi tersebut. Mantan dapur Namun, apakan daya jika tiada dapur untuk mengadu? sudah hampir 2 bulan aku sekeluarga makan diluar, sekurang2nya 3 kali sehari, setiap hari. Dapatkah kau rasakan vibenya itu? Dapatkah kau rasakan getaran tangan aku utk memegang sudip dan periuk kembali apabila makan mee kung fu masin kt kedai Salmah janda? Dapatkah kau rasakan kesengsaraan poket aku bila sebelum masuk resto cadangnya nak makan nasi goreng kampung tapi bila duduk terorder tomyam kung segala? Dapatkah kau rasakan betapa badan ini sudah hampir penuh menanggung toksinnya bila dipenuhi dengan ajinomoto? Dapatkah kau? Dapatkah? Oh, ok, t

Koleksi cinta

Image
MENCINTAI... BUKANlah bagaimana kamu melupakan.. melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN.. BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan.. melainkan bagaimana kamu MENGERTI.. BUKANlah apa yang kamu lihat.. melainkan apa yang kamu RASAKAN.. BUKANlah bagaimana kamu melepaskan.. melainkan bagaimana kamu BERTAHAN.. Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati... dibandingkan menangis tersedu2... Air mata yang keluar dapat dihapus.. sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang.. Akan tiba saatnya di mana kamu harus berhenti mencintai seseorang BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita MELAINKAN karena kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia, apabila kita melepaskannya. Apabila kamu benar2 mencintai seseorang, jangan lepaskan dia.. jangan percaya bahwa melepaskan SELALU berarti kamu benar2 mencintai MELAINKAN... BERJUANGLAH demi cintamu Itulah CINTA SEJATI Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan DARIPADA berjala

Sarah's Wedding

Image
Saje add sket gambar.

Aku, MC & Wedding

Image
Minggu lepas aku dapat MC seminggu. Agaknya doktor suruh rest betul2. So you think u can dance? Cannot. Camnalah nak rest ngan keadaan umah yg tak siap2 lagi (lambat beno indon2 ni wat keje rasanya). Doktor pulak bagi ubat macam ubat bius, lalok dan buleh tido sampai tghari, masuk hari ketiga aku stop ubat tu. Makan ubat camne pun kepala masih ting tong lagik, ntah apa yg tak kenanya tu tataulah, kadang2 rasa nak ma.. ker... So I am in a state like kapten Jack Sparrow, gitulah. Anyway, dlm pada tu sempat jugalah pi tgk movie Shrek n ronda jln TAR temankan anak buah belikan tudung kawin sepupunya. Ok tak? Therapy sakit kepala. Yeah alasan yg sgt munasabah. Khamis malam balik Kuantan. Jumaat bergegas ke Chukai, Kemaman nak meraikan perkahwinan cucu pertama emak, which means anak buah aku yang pertama kawin. Bukan cucu sulong tau, tapi, cucu pertama belah emak kawin. So bertempat di kediaman kakak no tiga, Puan Noorhayati dan Encik Azmi, maka berlangsunglah majlis perkahwinan anak sulong