N3 bila nak raya (ke takde keje)
Raya dah nak dekat, diriku ini masih ada lagi wish list yg tak tertunai dihati, jadi siapakah yg harus dipersalahkan? A. Dirimu yang dah pokai (harusss...) B. Kamu telah kehilangan skil membodek suami C. Gaji belum dapat lagi (bos, ada bonus tak raya ni?) D. Jiran kamu yang selalu memprovoke kamu dgn karpet Bangla bayar ansuran E. Kamu sebenarnya boros F. Kamu sebenarnya tamak haloba G. okaylah, sebab kamu tak dek duit la senang citer... Apakah wish list kamu yang belum tertunai itu? 1. Sebiji kereta BMW mata tenuk ... eh, eh, lari topik 2. Seorang anak pompuan... kamu mmg suka merepek... 3. Sebiji banglo... hoi mak yong, wake up woman! 4. Ok, ok, mari berbalik kepada topik sebenarnya 5. Bersesak2 di Jalan TAR - aktiviti kerohanian yang hampir wajip tiap kali nak raya tapi mampukah aku buat tahun ini? 6. Berbuka di Restoran Insaf - okaylah, yang ni saya dah insaf, dah tak dek ISO lah rasanya 7. Sepasang (ingat tu sepasang je tau..) baju Melayu anak 8. Kalau tak sepasang, 2 pasang baju...