Posts

Kehidupan hari ini

Image
Gambarajah di atas adalah menunjukkan kehidupan yg anda boleh dapati pada hari ini. Gambarajah sebuah keluarga lepas balik keje/sekolah. Jgn expect gambar yg lebih murni dari tu seperti tgh sapu sampah atau tgh basuh pinggan kt sinki. Live with it. Rujuk gambarajah di bawah untuk kerja emak lepas balik keje. A pathetic part time housewife. Jangan tiru macam saya. Gambarah satu : Membasuh baju dengan mesin semi auto. Tobat saya nak tuka balik ke mesin fully auto sbb silap2 saya kena menjawap dengan kerajaan Selangor kenapa membazir air setiap bulan dengan kapasiti sebuah kilang aiskrim padahal saya tak perlu membayar bil air kerana Kerajaan Selangor sgt perihatin dgn mensubsidi bil air. Motif tulis begini kerana ianya sebuah mesin semi auto, damn bimbo, selalu tak hingat pasang air dlm mesin lepas tu tinggalkan air itu terpasang sendiri sehingga setengah hari. Jangan tiru macam saya lagi. Undilah barisan perikatan hapa2lah untuk bil air free. Gambarajah kedua : lepas basuh baju mestilah...

Belanjawan berhemah

Pernahkah anda dinasihatkan supaya berhemah ketika mengunjungi pasar malam? Tak pasti apa tujuan soalan ini ditanya sebenarnya. Tadi saya ke pasar malam untuk membeli bawang lada. Tak perlu letak 'dan' kerana bawang putih juga termasuk famili bawang. Akhirannya saya berlenggang balik membawa sehelai tudung. Tanpa bawang lada dlm plastik gelenyar (org pantai timur mesti tahu apa makna gelenyar tu) kerana saya hanya membawa RM20 dlm beg kecil ada 3 kompartment yg dijual dikedai eksesori henpon tapi saya tak bawa henpon pun. Sekarang anda faham apa relevannya soalan di atas sekali tadi. Nampaknya kaedah berhemah dgn membawa hanya sejumlah kecil wang pergi pasar malam tidak berkesan kepada saya. Saya hanyalah pembeli tegar. Damn bimbo. Tapi saya berhemah dgn tidak menggunakan minyak tanpa plumbum. Saya berjalan kaki sahaja ke pasar malam itu. Dan tanpa membawa anak kerana ianya juga berhemah sbb anak selalu meminta2 nak itu ini. On the way balik saya lalu depan rumah jiran selang 3...

Kontang

Monolog pada diri sendiri : Helloooo...hari ni baru 14hb. Lihat dlm purse sekarang : RM10 + RM10 belen duit bas sekolah Ammar. Makan pagi nasi lemak peparu RM3.00. Nti tengahari sekitar RM5 (harga nasi campur standard kt Kelana Jaya). Ok, boleh survive satu hari ini. Tulah, orang suruh Raya Aidilfitri kenapa raya Industan?. Baper hari lagi nak 25hb? Seminggu lebih, crap betul ni. Suami, mana suami? Telepon dia cepat2 bukan ambil aku cepat2 gaya Jac Victor. Suami kata gaji dia masuk awal yakni hari ni, 14hb. Oho, baguslah. Ada penyambung hayat. Suami, sila jgn liat nak bagi elaun bulanan. Takyah susah ke ATM dgn belen tak seberapa itu. Eh, lihat look look (kenapa masa aku taip look look teringat citer Titanic masa Jack tunjuk ada ikan lumba2 kt laut masa dia tgh dok kt palang kapal sebelum cakap I am the king of the world...dah, stop stop...) ada email dari HR, kejap, nak copy and paste : Dear all staff, We are pleased to inform that the October's Salary payment will be credited in...

Sekitar majlis 'rebranding' dan Hari Raya

Image
Warning : Entry ini byk gambar, layankan aje. Sekitar majlis rebranding, gallery opening dan sambutan hari raya company terchinta. Pre launching day : Oh tidak! Tolong jgn apa2kan patung ini! Jgn cabuli hak asasi patung. Nama je patung tapi berat semacam. Amaran utk abang baju hitam : sila boleh bezakan antara patung dan manusia biasa, anda tidak dibenarkan ambil kesempatan atau ambil butang dilantai pun. Eh tak, tak, teknologi kamera yg salah. Hasilnya beginilah setelah dimake up oleh apek macho. Hari launching : Bos : Kay, jangan ganas sgt tarik kain tu, kang jatuh papan ni atas muka I . I : I memang gini bos kalau teruja... Dialog yg sengaja direkacipta Posing bersama bos tersayang. Sayangi bos anda walaupun tak naik pangkat tak ape. Galeri sejarah yg di artistikkan. Boleh lawat untuk keterangan lanjut. Datuk Seri jangan serius sangat. Jangan rapat2 sangat tau, I takut. Tak dapat bergambar dgn Datuk Seri satu Datuk Seri ini pun bolehlah. Warning : Dilarang gunakan gambar ini untu...

Nak jadi apa?

Image
Mengharap sinar dibalik buku.. Satu Malaya dah tau pasal rebranding (tiada kaitan dgn teknik rebonding) company aku ni. Meh aku hikayatkan satu ceritera alkisah satu kapal yang belayar di tengah samudera luas. Setelah berbelas tahun pelayaran, kapal itu dinakhodakan oleh beberapa nakhoda. Satu hari nakhoda baru rasa kapal itu berat sangatlah, sukar untuk dia bawa laju2 ke depan. Jadi dia amik speed boat dengan the choosen passenger dan meninggalkan kapal tersebut terumbang ambing. Tak taulah nasib kapal tu sekarang, nak tenggelam ke, tunggu nakhoda baru repair ke, taktau. Juga harap speed boat itu selamat menuju destinasinya, jangan jadi cam titanic sudahlah dek melajukan dan memaksa enjin sampai enjin tak bergerak pada kapasiti sebenarnya dan terus enjin itu terbakar gedebom dan karam tgh laut. Sekarang anda tak paham, saya juga. Jadi jangan pikir. Maka apa saya nak buat kalau saya tak bekerja? Atau di beri VSS atau diberi opsyen berenti atau nyah kau dari sini atau sendi...

Gambar terakhir....

Image
Cheyyy...tajuk tokleh handle punya. Sejak kehilangan anak angkat tersayang menjelang awal Syawal tempohari, hidupku terutama jari-jemariku terasakan kosong, hambar. Manakan tidak, dialah tempat bermanjaku, ku belek2, ku kebek2. Ke mana pergi tak pernah kami lupa membawa dia. Setiap momen itu penting waima lubang hidung Ammar pun dialah yg akan merakamkannya dlm memorinya. Keluh kesah hati ini mengenangkan siapalah yang akan menjaganya kini dan berbuat apa2 kepada memori yang dipegangnya itu. Sebenarnya aku tak mahu ingat tentang dirinya kerana aku mulalah hangin dan mulalah memandrem laki (dalam hati je berani). Sabar jelah hati dan redho. Redho okay. Aku ingin mengabdikan kenangan terakhir bersamanya di sini, buat aku sedih giler ni. Nasib baik aku sempat simpan ia di tempat lain. Kepada anak angkatku itu, pandai2lah bawa diri di tempat orang, emak sentiasa mengenangimu. Al-F... oh, sudah lebih la kau ni... Jadi layankan saje gambar2 terakhir yg sempat dirakamnya......

Few things to be grateful even though you're staying at hospital

Image
Sebaliknya dari sepital ari Ahad dlm jam 3.30 p.m., satu badan ammar naik rashes cam campak, muka pun dah bengkak sket. Panas keluo kot (ikut assumption org tua2). Tapi misi pi kenduri kawin anak sepupu encik bos tetap diteruskan tanpa sempat singgah umah, elok jugak perut pun lapo. Dengan t-shirt dan jeans aku makan nasi kenduri tak pandang kiri kanan dah, peduli apa kt org walau aku tahu org kampung encik aku yg amat mementingkan tatasusila nak jeling pun. Reason kedua sbb depan umah sepupu encik aku ni ada pokok semambu yg beso. Orang kata buat ubat hilang campak. Keadaan agak kelamkabut juga sbb anak beranak encik dari Perak dah tunggu kt area rumah dah. Jam tu pun cik intan n diana yg on d way pi umah anis call nak melawat, maafkan aku babes, tak leh entertain u all, minggu depan meh umah aku, cikai2 pun aku buleh masak mee goreng ker....meh lah, buleh post gather kt umah aku lak hihi..sesapa nak join pun bisa di aturkan...cam doc anis ke... berbalik pd topik, on the way balik s...