Posts

Showing posts from September, 2010

Di jalanan ini....

Image
Jalanan hidup aku tidak mudah. Noktah. Sesungguhnya jalanan setiap insan dgn insan yg lain amat berbeza likunya. Ada yang dimudahkan jalanannya, dan ada beronak duri. Apa agaknya yang saya merepek ni ye? Biarlah saya berterus terang sahaja. Saya seorang yg diabetik. Tidak mudah untuk mengandung dlm keadaan sekarang, byk bahayanya. Namun saya akur, Dia memberi, saya menerima dengan kesyukuran dan harapan yang menggunung. Memang saya amat takut utk pregnant lagi sejak tahu saya diabetik, tp saya akur, saya harus telan semua ini. I'm in a high risk pregnancy. Segalanya mungkin. Plus ada seorang anak istimewa (mild autisme). Mungkin belum cukup hebat jika nak dibandingkan dgn dugaan insan2 terpilih yg ada diluar sana. Saya akui, kadangkala saya agak kecil hati dgn takdir jalanan hidup saya, sering tertanya mengapa saya? Dlm adik-beradik saya seorang saja yg melalui kepayahan ini, jadi saya tertanya mengapa saya? Namun perlu saya akur, inilah dia dugaan dariNya untuk menguji keimanan sa...

Masuk wad lagik

Aku ni org berpenyakit... tambah2 pula dengan keadaan sekarang... kena tahan kt wad plak dah sari dua ni, sume kena monitor nampaknya nih... apa nak buat, redah je lah.... apa nak buat bilik single dah penuh, kenalah dok bilik share share plak ngan sorang Amoi nih... mak aihhhhh terlebih peramah yang amat... dari gosip siti nurhaliza sampai le ke Amber Chia, sume dia tau tak henti2 aku angguk2 kepala listening to her stories bila nak berenti nih???? arghhhhh gua tensionnn!!!!!!

Bukan Rezeki? Masih ada Rezeki?....

9 tahun lamanya berlalu sehingga sudah lupa bagaimana rasanya. Bertahun2 ternanti-nanti tak kunjung tiba. Ketika usia mencecah 36 tahun April yang lalu aku sudah putus harap. Tidak mengharapkan apa2 lagi. Namun kuasa tuhan siapalah yang menduga. Ketika kita berharap2 Dia belum mahu memberi, namun ketika kita sudah putus harap Dia memberi kita sinar harapan. Minggu terakhir Ramadhan yang lalu badan menjadi letih dan lesu, 2 hari lagi Syawal bakal menjelma aku nekad utk berjumpa doktor. Namun jawapan masih samar2 ketika itu.4 hari selepas raya aku buat ujian sendiri, Positif. Tak mahu terlalu excited, aku tunggu selepas beberapa hari raya lagi utk ketemu pakar sakit puan berdekatan dgn rumah. Doktor kata sudah 7 minggu kandungan aku. Namun hasil ujian scan yang aku lalui ibarat kaca jatuh terhempas, begitulah bagaimana retaknya hati ini. Kata doktor kandungan ini tidak normal, defect, kalau masih ada nyawanya kami bakal menghadapi hari2 yang cukup sukar dan penuh masalah. Lalu doktor c...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua...

Image
Assalamualaikum wth., dan salam sejahtera kepada semua. Diam tak diam, dlm senyap2 Ramadhan sudah mahu meninggalkan kita, akan bertemukah lagi dengan Ramadhan akan datang? Ntah kenapa tahun ni sume preparation aku buat last minute, rasa cam tak berghairah pun nak sambut raya tahun ni, tak tahulah pasai apa. Badan pun sejak akhir2 ni macam tak sehat, lemau, letih lesu sume ada. Nak masak pun tak de semangat. Semalam dgn rasminya aku dah tutup dapur aku tu, takdek mood langsung nak masak. So pegi PARAM, beli nasi kerabu, ya ampun sedihnya aku bila taim buka sambalnya dah basi! So lapar punya pasal asingkan yg bersambal tu, makan nasi biru kosong dgn ikan gorengnya, tu pun dpt sesuap dua. Dasar penjual tau nak untung jek! Ntah dah baper hari le di recycle sambalnya tuh. Kurr semangat....patah hati! Baju raya tahun ni dah tempah awal2 sampai aku lupa dah kaler apa! So masa nak beli baju melayu kt Ammar dan ayahnya tu dah jadik blur, last2 hamtam sajalah. Last weekend baru le amik baju temp...

Selamat Hari Kemerdekaan ke 53 and Happy 10th Anniversary To Us!

Image
Rasanya belum terlambat lagi utk ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke 53 utk semua, semoga Malaysia terus harmoni selamanya walau sentiasa diganggu-gugat ngan isu2 tak relevan. Dan sepuloh tahun yang lalu pd tarikh yg sama adalah hari pernikahan kami, sama ngan hari Marlia Musa-M.Nasir nikah tu! Hai kata orang sudah tertulis jodohnya ngan lelaki nama Azhar, maka tulah yg jadi suami dah 10 tahun. Bercinta bertahun2 bagai nak rak ngan org lain pun tp tuhan kata bukan jodoh tak jadik juga. Alhamdulillah rasanya dialah yg terbaik buat aku hingga saat ini (cehhhh kembanglah tu klu baca nih!). Aku redho lah apa yg terkurang dan terlebih tu, macam aku juga yg aku rasa bukanlah isteri mithali cam Raudah citer Ular Emas tu ngeh ngeh... Hai... tak nama suami isterinya kalu tak de pasang surutnya dlm perhubungan tu kan...kita ketawa, kita menangis, kita bergaduh, kita berbaik dan kita rungkaikan segala kekusutan bersama-sama. Bukan mudah nak pertahankan satu perhubungan tu dizaman yg menuntut ...