Posts

Showing posts with the label Puisi

Teacher's Day and I-City

Image
Ini kira entry dah basi, tapi nak citer jugalah kan. Seingat aku lah, aku tak pernah amik pot pun nak bagi2 hadiah kt cikgu masa zaman sekolah2 dulu, paling habih pun pernah bagi sekuntum bunga ros kt cikgu Matematik aku dulu sebab bagi aku markah yang buat lobang hidung aku kembang sedepa satu ketika (sbb lama sgt aku dah tak ingatlah plak bila tu, bukan selalu dpt Math cemerlang pun). Hok lain aku ingat, konsert, konsert, talentime, bajet pakcik aiskrim dtg dlm sekolah dak pon van vitagen dtg kt sekolah sambil berhibur dgn talentime (owh, aku le juara masuk menari2 kt sekolah nih). La ni bila sekolah anak ada sambutan hari guru boleh pula terasa teruja sedangkan anak tu entah paham ke makna Hari Guru tu tak taulah. (anak akulah, bukan anak hangpa). Tapi sbb guru kelas dia ni spesis sgt perihatin sampai duit belanja sekolah pun dia jaga akaunnya, cam ari ni beli apa, makan apa, dsb, rasa tak patut le tak hargai jasanya tu. Maka dengan peringkat amatur giler nih, memalam terbongkok...

Satu Pagi di Bulan Ogos...

Image
Satu pagi di bulan Ogos… Subuh ini ku dengar suara burung bernyanyi, kicauannya indah menghibur hati, Di atas sana langit jingga dan biru firus menyapa mesra sinaran pagi, Aku dan segala kelemahanku memanjat kesyukuran ke hadrat Illahi, Memohon diberkati satu hari lagi dari legasi hidup ini… Satu pagi di bulan Ogos, Aku mulai berdandan sederhana sambil oleskan gincu tipis dibibir, Bersama permata hatiku yang barangkali masih diulit mimpi indah di tubir malam, Melangkah seiiring kami memulakan satu lagi rotasi kehidupan... Satu pagi di bulan Ogos, Sepanjang jalan kulihat anak-anak sekolah girang mengatur langkah, Bersama teman-teman beriringan ke sekolah, Kicauan burung di pepohon semarak bagaikan nada riang yang diolah, Walau mungkin hanya gagak riuh berkawan, Namun masihku andaikan itulah murai, serindit atau kelicap berkicauan, Yang satu ketika dahulu pernah mengiringi langkahku menimba ilmu bersama teman… Satu pagi di bulan Ogos, Kesesakan jalan di lebuhraya sud...