Tuesday, June 29, 2010

Kenduri di kampung

Weekend lepas balik kampung pak enchek di Telok Bakong west Boston utk menunaikan hajat pak enchek buat sedikit kenduri doa selamat aka tahlil dlm volum kecil-kecilan. Tertunailah hasrat dihatinya itu...alhamdulillah, agak murah rezeki tuhan berikan tahun ini, terimakasih tuhan yang baik hati...

Berbalik kepada kenduri tersebut, buatnya hari Sabtu, so agak kelamkabut lah sbb sampainya tgh malam Jemaat pukul 1.00 a.m. kira dah Sabtu jugaklah tu. Pagi2 pergi pekan lambak beli barang2 dan tanpa berlengah lagi menyingsing lengan membanting tulang masuk dapur... amboi bunyi macam aku sorang je masak, ya ampun kita masak satu team famili pak enchik merangkap akak2 ipo aku ler... alhamdulillah majlis berjalan dgn lancarnya.

Maka dgn tidak berlengah lagik kome layankan saje lah gambo2 kt bawah ni ye...


Bersiap sedia dah nak tahlil nih...serius je sume nih.


Antara lauk pauk ari tu...kari daging & ayam goreng berempah (gue le masak ngee), gulai pisang, sambal bilis petai, ikan masin bulu ayam...settle...terangkat beb gulai pisang tu, masuk plak ngan ikan masin n sambal tu...perghh tu jelah yg aku balun pun, lauk kampung mmg takdek tandingan!


Bersedia mengidang lauk


Dah habih kenduri mmg suka tengok acara pembahagian lauk pauk cenggini, dapatlah Doyah, Yong, Yeop keliling romah merasanya ye dok....


Pagi2 Ahad org2 kt umah ni dah sebuk masak baik punyer heavy punya breakfast aka lunch terus gamaknya...cheq apa lagilah mcm org mengantuk disorongkan bantal, mmg tokleh resist masakan2 kampung yg sedap mereng nih! Gambar menunjukkan masak lemak umbut rebung manis, cheq tak berani makan byk sbb takut bisa badan (macamlah kau pakai susuk ke saka ke hapa kan...)


Pastu dema suka makan ni...yang dipanggil keladi merawan cicah sambal belanchan...hooooo.. sungguh masyuk I tell you...sejak cheq temu jodoh ngan orang Perak nilah baru kenal keladi merawan nih... hai,.. lain padang lain belalang kan...tapi belalang kunyit dah lama tak jumpa kan, eh, tak relevan.


Petangnya kita naik keta ramai2 ala2 train ke Madras sambil ketawa dgn meriahnya pusin kelilin kampung


Dan kau bayangkan aku memangku budak debab kt seat depan, hawdy! naik kematu drumstick aku weyyy...


Hari Ahad sempat pegi round Lumut and Marina Island (jeti baru ke Pulau Pangkor). Very nice view, nak ke P. Pangkor pun dlm 10 min je, so P. Pangkor, nantikan kedatangan aku nanti!


Marina Island


Ni namanya posing keresahan menanti, ekceli anak cheq dah lapo nasi dah taim ni, liban libu dibuatnya

Dan akhir sekali resepi ayam goreng berempah rangup mak yong dedek ...



AYAM GORENG BEREMPAH RANGUP

Bahan A :
-Bawang merah/besar
-Bawang putih
-halia
-serai
-cili kisar
-serbuk kunyit
-serbuk kari daging babas
-serbuk jintan manis
-serbuk ketumbar
-daun kari

Gaul semua bahan A dengan ayam dan perap selama beberapa jam, jgn lupa garamkan dia.Gaul/tabur daun kari dan boleh juga nak tabur/gaulkan ketumbar dan jintan versi tak kisar sekali sbb nti bila digoreng lagi naik baunya.

Bahan B :
-Tepung beras
-telur
-serbuk kari daging
-garam dan gula

Pukul telur (atau blend) dan masukkan ke dalam adunan tepung beras yang tlh dicampur dengan air dan serbuk kari daging. Perasakan garam dan gula.

Gaulkan ayam perapan tadi dgn bhn B dan goreng sehingga golden brown dan rangup.
* Sukatan ikut citarasa sendiri dan ikut banyak mana ayam tersebut

Sedap, tak yah gi kedai mamak, masak sendirik lagi afdal. Selamat mencuba!!!

Di En.

Monday, June 28, 2010

Tiny One




How very often I have dreamed

A world of perfect bliss

To be the mother of a boy

Or of a tiny miss.

To hold its tiny hands in mine

To count its tiny toes

And then to place a tiny kiss

Upon its tiny nose.

To hold it very close to me

Warm against my breast

To gaze into its tiny face

Sleeping and at rest.

Oh, what could be more perfect

Or what could hold more bliss,

Than to be a mother of a boy

Or of a tiny miss.

By Elizabeth Anna Fetters (Pachella)

Friday, June 25, 2010

Random pix and sukan sekolah

Koleksi decoupage baru nih...dalam pada kepala ting tong tu ini le nampaknya pelupa sakit...




Buat ni atas papan kadbod nipis terbuang...

Meanwhile.... semalam hari sukan sekolah dak Ammar. Kebetulan pak encik keje petang maka dia dpt le tgk budak2 ni main sukan...layanzzz je lah gambo kt bawah nih :


Anak cheq dah siap sedia dalam barisan...


Oih semangat melambai je nih, satu permulaan yang baik nampaknya...


Betui kah main game nih cenggitu Ammar oi? Macam sorong papan tarik troli je, dak pun masuk bakul angkat sendiri...


Yezzerrrr...saya menang!!! Erkkk.. anak boleh turun sekarang ye nak.. org len pun nak amik medal nih!, kata pengerusi PIBG itu. Amboii... semangat sungguh dapat medal nih, membesar sbg juaralah katakan (juara ker?)


Dah dapat medal, tak sia2 bersusah payah ko naik train tu pastu kayuh sendiri nak.... yg tengah2 tu crush terbaru Ammar, dok sebut nama budak tu je ari2, alahai...


Sekian, Karam Sigh Walia melaporkan...


Cotton cuppies siap untuk kenduri esok... citer bersambung di next episode...

Tuesday, June 22, 2010

Yabedabedu

Semalam hari yang bosan. Lame giler.
Semalam hari Isnin.
Aku balik umah, jenguk Indon dan part umah aku yg dia kerjakan, pastu masuk bilik.
Dekat dua bulan rutin hidup aku dah jadi sama. Sangat lame.
Dalam bilik kalau tak berkuntaw rebut laptop ngan Ammar tak sah. Selalu raksaksa akan kalah, otomen Ammar mesti menang. Besa ar. Hero memang kena kalah awal2. Pastu aku berguling atas katil. Ammar dtg terjah berguling sama. Aku marah, hey! Sila baiki balik cadar ni ye! Dah komot2! Biasa nih!. Otemen Amar mesti baiki balik cadar tu walaupun sebenonya mak dia terdahulu buat komok cadar. oh, ntah hapa2 nak citer ni.
Pastu aku mandi. Pastu maghrib yg selalu 2 in one ngan Isyak. Pastu tengok berita citer hari2 org politik gaduh, pastu gula naik, pastu ada org eksiden. Apa daaa...aku alih tgk citer hantu tv9 setelah puas menonggeng2kan arial tv. Aku gelak tengok hantu tu, hantu tu gelak balik. Sungguh lame hidup. Nasib baik ada citer Arjuna. Pastu lagi lame plus kronik punya buhsan ada ka citer lama tapi dialog semasa, alih tv1. Sib baik ada dokumentari jalan2 buget, topik sgt hot bagi aku. Tapi hero dia anak ikan sangatlah. Lalu sbb buhsan aku mengupdate almari baju. Boleh tak kau bayangkan almari pakaian yg ko pakai tabur dan sumbat je pastu ko tutup kedap2 pintu lemari tu pastu bila kau bukak berterabur baju tu jatuh hempap kau. Lebih kurang camtulah. So aku kemaslah setelah ntah hangin monsun manalah dah sentap aku.
Tiba-tiba aku jumpa beg baldu kedai emas Aik Seng Batu Gajah yang dah dkt 2 tahun aku tak jumpa. Ada isi pula tu. Yabedabedu. Nekmat hujung bulan. Begitulah akibat kita jarang updet almari baju dan mewarisi sifat emak kita yang suka simpan duit bawah lipat baju. Terimakasih juga kepada citer2 lame lagik buhsan tv nasional kt Mesia.

Sekian.

Sunday, June 20, 2010

Dah berbunga!



Wah! Pokok bunga talang yg ntah bila pak encik campak dlm laman sekangkang semut tu dah berbunga nampaknya. Ni yang buat tangan rasa menggeletis nak try masak nasi kerabu guna bunga tu wat pewarna. Harap2lah bila dapur tu dah siap nti pokok tu masih sudi lah nak keluo bunga lagik!

Friday, June 18, 2010

Nak sangat...

Nak sangat...
Bercuti lama-lama ke mana2
sihat walafiat sejahtera...
Nak sangat...
Lihat langit biru yg damai
Lihat kehijauan yang santai
Nak sangat
Gelak ketawa bercanda
Kebahagian dulu yang sama..

Dah lama tak becuti ke mana. Dengan keadaan rumah dan kesihatan yang kurang mengizinkan, kuburkan dulu hasrat di hati.


Nak sangat menikmati angin sepoi2 bahasa ditepian pantai sambil lihat air laut dan langit nan biru....


Nak sangat bersantai lihat kehijauan alam yg mempesona...


Dan... nak sangat lihat diri slim seperti dulu kala....

Duhai sakit cepatlah pergi, serakkan awan stratus kelabu yg sesak, hamparkan pelangi dan raih kembali gebu putihnya nya awan kumulus!

Sunday, June 13, 2010

Makan

Memang kita kena makan untuk hidup.
Tetapi tak bermakna kita hidup untuk makan.
Tapi kadang-kadang kita terlebih makan sehingga memudaratkan kesihatan.
Ada orang mati dek banyak makan, ada org senang hati dek cukup makan.
Itulah masalah sebahagian besar penduduk di Malaysia, trend makan dlm kehidupan seharian.
Baiklah, mari kita tinggalkan kenyataan dari pakar nutrisi tersebut.


Mantan dapur

Namun, apakan daya jika tiada dapur untuk mengadu? sudah hampir 2 bulan aku sekeluarga makan diluar, sekurang2nya 3 kali sehari, setiap hari. Dapatkah kau rasakan vibenya itu? Dapatkah kau rasakan getaran tangan aku utk memegang sudip dan periuk kembali apabila makan mee kung fu masin kt kedai Salmah janda? Dapatkah kau rasakan kesengsaraan poket aku bila sebelum masuk resto cadangnya nak makan nasi goreng kampung tapi bila duduk terorder tomyam kung segala? Dapatkah kau rasakan betapa badan ini sudah hampir penuh menanggung toksinnya bila dipenuhi dengan ajinomoto? Dapatkah kau? Dapatkah? Oh, ok, teremosi tiba-tiba sahaja.

Hai nasib badan, Nasihat aku, kalau anda gatai nak renovate dapur dan org yg buat kejenya ala2 lemah gemalai dan mungkin terlalu skeptikal dengan condongnya ukuran geometrik kedudukan tiang etc sbb mungkin dia bekas pekerja buat bangunan twin tower ke, dan juga, jika anda mempunyai anak lebih dari 5 org dan mendapat slip gaji yang ditolak dgn EPF, SOCSO, dan juga Bank Rakyat, sila pikir lebih 18 kali. Dan mungkin juga kalau anda buleh tahan dgn godaan utk stick dgn keputusan utk makan nasi, ikan kering dan sayur lemak toge (+ sambal belacan mmg enaknya) sblm ke kedai makan, maka buleh la dipikirkan keputusan itu. Ini tidak tertakluk kepada level manager ke atas.Sengsara cukuplah I ini yg masuk kategori dpt slip gaji spt di atas bila kena makan luar tiap2 hari.Lepas tu I tak masuk kategori buleh tahan nafsu makan nasi + ikan kering+sayur toge, bila dah tgk display makanan tu ha kau, semua pun nak baham...kurrr semangat. Jadi tambah lagi la kesengsaraan itu.

Jadi entry ini tribute utk entry jalan-jalan cari pasal.

Awai bulan....


oh, tekak ini sungguh durjana, mulalah JJCP kt Kampung Barulah, cari kedai yg masuk rancangan JJCM lah, sungguh mengujakan adrenalin! Ini makan kt satu resto kt Kg Baru, makan ikan siakap krung thai apa kenama benda ni, sungguh sedap. Sungguh impressive sbb dlm menu tu kata ikan siakap krung thai with basil leaves. betulkah tumbuh-tumbuhan menghijau kt ikan tu basil leaves? kagumnya mak....


Tambah pula kedai ini ada dessert klasik yg sungguh menggiurkan, sempatlah merasa pulut durian dia...ya ampun...sedap giler, the best pulut durian I've ever tasted! Tapi tak berani pulun beria2 sgtlah, dah umur cenggini kena beransur2 redo jaga/pantang makan - tapi kata aje, harrraaammm, pantang jumpa je sebenonya...


Ini namanya pok tek - tapi buleh bagi nama dia pok tek sam, sbb masam sangat, membazir jek, sbb 2-3 sudu je buleh hirup kuahnya tu. Kedai sama, best juga resto ni - Lala Seafood kt Kg Baru, promote sket.


Masih kt kg baru (hari lain lah), pi makan kt kedai yg sungguh thematic, bertema kampung sungguh dengan pondok makan duduk. Dak Ammar ni mmg tokleh bawak kt resto yg lambat servicenya sbb nti dia teriak meraung sambil ckp "jomlah kita gi kedai lain, kt sini lembap!!! siap merembeskan airmata lagi.


mmg makanan awai bulan, best jugak masakan dia, tak ingat plak dah nama resto nih...


Bila pak encik dapat off hujung menggu merayap2 pula ke shopping mall, lalu selain fastfood, slow food yg buleh didapati adalah ayam penyet. Buleh le layan tekak.. ayam penyet kt the Curve nih, cuma ikan bakar penyet dia banyak slack dan hampa betul.


Ini pula nasi timbel kehapatah nama dia, le maklum le trend makanan Indo menyerang mesia sekrang ni, jgnkan orangnya, dramanya pun menyerang tv sekrang! Anyway, sedap juga nasi ni sbb penuh nutrisi sbb ada ulam2 kampung, dan gulai daging ada nangka, sambal belanchannya juga muahhh mamamia...


Satu hari dihujung minggu, perut dan kepala dah masuk hangin sbb lambat makan. Pak encik nak jugak bawa makan nasi beriyani femes kt area Bangi, dah lah tersalah jalan pusing2 keliling masuk angin keluar asap daaaa....lepas pekena nasi ini rasa sangat nak termuntah sbb perut dah kena gasak angin, aku tahan sbb harganya buleh tahan le handalnya, sib baik lah tak jadi keluo. Tapi rate aku bagi ala kadar je ni, gravynya tu tak jive rasanya - out!


Di kemudian hari lagi, tak sudah-sudah ngan nasi beriyani. Pilah makan resto nasi beriyani yg katanya amat terkenal di Johor baru buka cawangan di Kelana Jaya. Amat tidak mesra RM, portionnya dgn RM yg terbang sangat menghampakan buleh rasa nak nangis je, belum masuk lagi ayam merah yang langsung terpesong dr imagination aku.Rasa ok tapi cukuplah bagi aku sekali merasa. Tapi klu ada org belanja I sangat tak akan hampakan org itu.


Layan pula nasi ngan sup makcik Ani kt area dkt rumah. Ok je, tapi balik umah mesti muka dan pipi rasa semacam : indicator byk sgt MSG!

Bila dah tengah dan hujung-hujung bulan...


Makan tepi jalan sangat ok utk mode ini. Pekena pula mee kari dgn ditambah asap2 kenderaan yang bertiup sepoi2 bahasa...


Arghh, sangat nyaman kopi ini, tak terkata you!


Bila hujung bulan ada pulak org belanja open table makan ramai2 cenggini... sangat terharu giler! timakasih deh!
Pastu tambah2 lagi ada kenduri kawin... save juga budget tu yer...

Di En.

Saturday, June 12, 2010

Koleksi cinta



MENCINTAI...

BUKANlah bagaimana kamu melupakan..
melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN..
BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan..
melainkan bagaimana kamu MENGERTI..
BUKANlah apa yang kamu lihat..
melainkan apa yang kamu RASAKAN..
BUKANlah bagaimana kamu melepaskan..
melainkan bagaimana kamu BERTAHAN..
Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati...
dibandingkan menangis tersedu2...
Air mata yang keluar dapat dihapus..
sementara air mata yang tersembunyi
menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang..
Akan tiba saatnya di mana kamu harus berhenti mencintai seseorang
BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita
MELAINKAN karena kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia,
apabila kita melepaskannya.
Apabila kamu benar2 mencintai seseorang,
jangan lepaskan dia..
jangan percaya bahwa melepaskan SELALU berarti kamu benar2 mencintai
MELAINKAN...
BERJUANGLAH demi cintamu
Itulah CINTA SEJATI
Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan
DARIPADA berjalan bersama orang 'yang tersedia'
Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai
DARIPADA orang yang berada di sekelilingmu
Lebih baik menunggu orang yang tepat
karena hidup ini terlalu singkat untuk dibuang hanya dengan 'seseorang'
by Kahlil Gibran
ehem, bajet tayang decoupage terkini



Christina Rosetti - The Months

Listen

THE MONTHS

January cold desolate;
February all dripping wet;
March wind ranges;
April changes;
Birds sing in tune
To flowers of May,
And sunny June
Brings longest day;
In scorched July
The storm-clouds fly
Lightning-torn
August bears corn.
September fruit;
In rough October
Earth must disrobe her;
Stars fall and shoot
In keen November;
And night is long
And cold is strong
In bleak December.

terdecoupage white small basket with poem, tulisan plak comot giler, kena alter balik nih, anyway, I like these poem that I found on net

Thursday, June 10, 2010

Sarah's Wedding

Saje add sket gambar.


Tuesday, June 8, 2010

Aku, MC & Wedding

Minggu lepas aku dapat MC seminggu. Agaknya doktor suruh rest betul2. So you think u can dance? Cannot. Camnalah nak rest ngan keadaan umah yg tak siap2 lagi (lambat beno indon2 ni wat keje rasanya). Doktor pulak bagi ubat macam ubat bius, lalok dan buleh tido sampai tghari, masuk hari ketiga aku stop ubat tu. Makan ubat camne pun kepala masih ting tong lagik, ntah apa yg tak kenanya tu tataulah, kadang2 rasa nak ma.. ker... So I am in a state like kapten Jack Sparrow, gitulah. Anyway, dlm pada tu sempat jugalah pi tgk movie Shrek n ronda jln TAR temankan anak buah belikan tudung kawin sepupunya. Ok tak? Therapy sakit kepala. Yeah alasan yg sgt munasabah. Khamis malam balik Kuantan. Jumaat bergegas ke Chukai, Kemaman nak meraikan perkahwinan cucu pertama emak, which means anak buah aku yang pertama kawin. Bukan cucu sulong tau, tapi, cucu pertama belah emak kawin.

So bertempat di kediaman kakak no tiga, Puan Noorhayati dan Encik Azmi, maka berlangsunglah majlis perkahwinan anak sulong mereka, Sarah Nur Nadia dengan Mohd Azrul dgn sederhana tapi meriah dgn kehadiran jemputan dan sanak-saudara. Since akak aku ni penuh ciri2 Islamik maka takde lah pukul kompang, pencak silat, bersanding segala. Pelamin bagai tu ada tapi setakat amik gambo je lah. Anyway, aku pun turut merasa sebaknya menerima menantu anak buah yg pertama dan tahun depan silap2 jadik nenek sedara...owh, tidak....ekceli sebenonya disebelah pak encik aku dah lama dah bergelar Opah...Opah muda ngeh ngeh...ekceli sebelum aku diserang sakit pala lagik, layannnnsss the pix kt bwh nih :

Amboi mentanglah bapa pengantin orang IT, buleh ia superimposekan gambo daulat tuanku ini... Kebetulan jatuh harijadi Agong pula itu...

Sebak moment between father and daughter...(tapi masa sign 'agreement' laju je dak nih gegege..)

Eh, tiba-tiba ada budak nih...

Saat lepas diijabkabulkan...

Menangis sokmo pengantin baru nihhh...

Makan beradap...
Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa deh...

Lepas ni tokleh dok setepek camni doh kt MakNdak...


My sisters......There are 6 of us incl. emak pengantin (tak dek pula dia dlm gambar ni). Boria pantai timur.... last minute punya baju nih, tqlah mak su Sarah sbb sponsor baju nih utk semua, dgn ini semua diisyhtihar satu saiz (adik aku ni main pakai ukur saiz badan dia je utk sume org). Kenapakah kau pilih baju tak ikut tema Mak Su Sarah oiii???

My one big family...
SELAMAT PENGANTIN BARU NADIA@KAK YAH......



Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife