Tuesday, August 27, 2013

Pindoh!

ohhhh pindoh la pulokkkk lagi! penak au dok...

So we will be back in Kelana Jaya! Yes! I like! Rasaya sebahagian dr hidup ini membesonya di Kelana Jaya, dari anak dara, ke mak dara sumenya kenangan terindah di Kelana Jaya, now we are back, welcome home!

Tapi sebelum tu cam biasa makin tua makin gian bebeno nak amik gambo bajet retis. Di MoU signing ceremony. Bajet event2 kt hotel terus berasa diri lawo ke apa puiii

Dah makan2 refreshment kt situ terus gerak ke opis baru. eee tak sabo nak pindah. tp proses nak bpindah sgtlah hazab sengsara, masuk gear 5 terus la ni. Balik badan urat habih sakit2, kul 9.30 mata dah cam kena gam.

 ye haaaa...workstation saya. ko gile dkt ngan pantry, makin dipampam le badan ai lepas ni...kejap selang 1/2 jam pi ngulang wat air ngan baham biskut gamak aku ni. silap2 org panggil penjaga pantry hahahha... pingsan. lepas raya mmg nak elakkan dr amik gambo penuh tp terambik juge. penuh ngan lemak2 rendang lemang semua, ngeri ai tgk body sendiri, dan-dan je small size gambonyer. haipp jgn coba click for enlarge. hermmmm dah kata jangan, degil nih!

 manakan tak naik di pampam...lepas tu soru lagik. at Fend ikan bako for lunch, tempat kesayangan dr dulu, dulu2 dia bisnis kut van je, la ni dah ada resto sendiri.
 
 huihhhh ckp tak gunalah....


 tak cukup tu amik kerang bako pula... kuangajo mentang2 boss belanja terus selera beso muahahahhah.....kita bako! kita bako!


lepas tu camhoror dlm kete kt traffic light. eleh....cam tak biasa...

mak bz uols...byk benda nak wat nihhhh, hadoihhh mmg nak kena carik tukang urat la lepas ni, mlm tadi sakit sgt rasa dlm perut kt rahim ke apa tu. kemarin anakanda Aleesya wat terjun tiruk terus kebabom landing atas perut boroi ai ini. sakit nak mampss.... pastu kt opis plak berkotak2 loading barang. adussss....aku kata klu bleeding mmg aku nak gi spital je semalam, setakat ni alhamdulillah ok lagik. ok bai.

Monday, August 19, 2013

Diari Raya 2013

  
Assalamualaikum wth....mestilah gambar tergempar ai dulu kan...

Wahhhh sumenyer sudah kembali ke sarang opis memasing dehhh...kita pun dr minggu lepas dah masuk keje. Cuti dah tak baper ader so pepandai le adjust cuti. Tp alhamdulillahhh... dapek lah den berayo bertingkek-tingkek di duo kampung hai. Rasa sekejap je sangat. Tak pueh raso en.


Tahun ni takde gambo raya sekeluarga boley? Tak dapek aku nak bergambo ngan baju rayanye. Ni jeler sekeping gambo di pagi raya ngan anak dara yg tak reti langsung dok diam depan kamera, asal panggil bergambo je jadik cam nak tangkap ikan keli kekdahnya. Abang Yeop Ammar lepas semayang raya dah ikut sepupu meronggeng beraya umah jiran taulan. Taktaulah behave ke tak umah org tu, kot pakai menonong masuk umah org taktaulah. org blk beraya duit berkepuk, dia tinggal selai dua je angpawnyer.
Kami beraya di Pahang dulu. Apakndanya pagi raya baru sampai umah Awe. Mlm raya keje lagi, nasib gek tetiba dpt cuti raya seminggu tahun ni. So lepas solat raya dia pulun tido sampai ke petang. Aku ingat raya kedua baru dia nak bangun.


anak dara den ngan baju rayanyer. Dah potong sesiap rambut depannya.



Ni jeler sekeping dua gambo raya. Suka bebeno dpt jumpa sepupu sepapat di hari raya, org dah pandai berkawan katakan.


Dan sekeping gambo di meja raya dgn sorang dua tetamu cilik, tahun ni mmg meriah ngan tetamu cilik. anak buah aku siap suggest ada dakwat kekal lagi utk bg duit raya, ada sorang dua yg dok ulang2 dtg berayanyer kuangkuangkuang haha

yang ni taktau pasal apa ada dlm kamera. Tu je pun gambonya. tak de mood nak bergambo. compact kamera pun tak bawak, kamera ipad pulak buat hal. dan-dan arrr malas nak amik gambo,

 Petang raya ai sempat masak rendang tok. Alhamdulillah, menjadik dia. Walau ikut kepala sendiri tp rasa mmg ngam ar rendang tok. Aku buat mana yg senang jelah, sejak kawin ngan org Perak mmg I fall in love ngan rendang tok. Masa memula kawin dulu mmg tgk mil and her team wat rendang tok ni mmg le renyahhhh. Tu belum kira lagik preparation zmn toknyang opahnya dulu, lagik le nak giling2 rempah2 bagai. Rendang tok is rendang rempah. Sume benda rempah yg ko kenal silalah masukkan dlm ini. Klu wat preparation sorang diri mau sari amik masa, tu belum masuk masa masaknya lagik. Ni pun kira wat resepi derhaka gek ni, amik mana yg senang je.

Resepi Rendang Tok ala resepi derhaka ala desperate housewife. Tok2 Nyang, Opah jgn mare arrrr....

Cam biasa, ai tak pandai bersukat.

Bahan A :
-Bawang merah
-Bawang putih
-Halia
-Serai
-Lengkuas
-Kunyit hidup
-Cabai kering
-buah keras (tumbuk)
Blend semuanya.
Aku tgk MIL and her team selalunya siap blend kering cili kering tu, maknanya, disangai2 atas kuali tanpa minyak, and blend kering. Jadik cam serbuk cili kering, cabai basah pun bubuh. Sorry le mok, keme tak dek mase, keme lesingkan cabai kering blend basah sumenyer. Lagik satu, utk bg lebih lemak sometimes deme hiris2 nipis kelapa masukkan dlm rendang ni. hermm tak pernah buat.

Bahan B :
-Serbuk ketumbar, jintan putih, jintan manis, serbuk kari daging, lada hitam tumbuk/kisar, kerisik
Satukan bahan B ke dalam bahan A yg siap diblend.

Bahan C:
-sedikit belacan
-air asam jawa

Bahan D :
-bawang merah, putih dan halia = di mayang halus
-rempah menumis 4 beradik

Lain-lainnya :
Daging, santan, garam dan gula melaka

Cara-caranya :
1. Tumis bahan D dengan minyak.
2. Masukkan bahan A+B. Tumis sampai rempah harum dan rasa nak makan-makan dan-dan tu.
3. Masukkan daging. Biarkan daging rasi dengan rempah dan masak sehingga daging empuk.
4. Masukkan the rest : Air asam jawa, belacan dan santan.
5. Masukkan garam dan gula merah, perasakan sampai kau rasa sedap dah. Rendang Tok berempah, jadik harus ada rasa manis from gula melaka, gula pasir tak aci okeh.
6. Masak sampai betul2 kering dan hitam.
7. Hidangkan lah pagi2 raya supaya dia bergaya duduk di sebelah lemang. hermmm nyum sampai nak pingsan hoi!
 
 Menjelang tengahari raya huiiii berpeluh2 hadohhhh time raya selalu hot-hot je cuaca. Aku tengok dak Aly dah rimas2 dlm peluh, siap tergaru2 lagik kepala. So sepupunya Cik Miho, the future hair salon owner  kebetulannya ada, so kita serahkan kpd yg pakar. Masa raya tu aku rasa 10 kepala jugak menadah kt Cik Miho ni, mentang kata amik kursus hair cut terus bukak open air salon kt anjung umah Awe.


 Tu dia aihhhhh, pasrah dan redho je menahan kepalanya. Tp tak dok diam mana pun tu, berpeluh2 Cik Miho pusing keliling amik angle haha...

 
 yeayyyyy dah siap, lega dan baru ler bernapas aku tengok dah rambut pendek ni. Aku pun tumpang sekaki siap itamkan rambut agi ngehngeh, timakasih Cik Miho atas perkhidmatan cemerlang anda haha..
 
 Hari sabtu konvoi raya ke Teganu. Ini on d way balik tetiba udohhhhhh .... jatuh longkang dah bas ni. Siap garu kepala lagik brader ni.. habihlahhhh bendalahhh nak jawap kt toke. Harap2 takdelah mangsanya tu. Hati2 kome wehhhh!!!

Last weekend, takde benda nak buatnya. Apakanda keje. Nak tunggu org panggil open house tak dek plak gayanya. So marilah anak2 ke kedai kopi putih lama.

 Sebab dah tak menahan dah nak makan ini, dah lama tak pekena mee curry dia, betul2 holiaw!

 Huihhhhh mokna ni... main kasar sesaja, siap panjat meja, aku kata kalau tak sit proper tak leh makan eskrim, baru le turun, tp sekejap je, pastu wat resto tu tempat latih gimnastik balik. Rambut dah pendek ni makin le bertindak diluar kawalan kekdahnya.

 Ammar dengan nasi lemak kesayangannya.

 Selepas itu kita beraya ke pasaraya pula. huuuu inilah nasib penduduk kota, tak kenal org mana le ko nak beraya. Sib baik Mak Long wat open house hari Ahad, dapatlah merasa beraya di kota.
Nak amik mood raya jadik marilah kita main pondok2, display je bekas kuih raya tapi isi takdek, klu org dtg umah je baru le kita bukak balang kuih raya. Masa aku keluoakan bekas2 kuih raya ni, tetibalahhhh jumpa rejeki terpijak. Tetibalah terjumpa sebungkal duit not 50 dlm satu bekas raya ni. Believe it or nottt??? You better be. memula ingat duit singgit2 duit raya bebudak ni ke ape...huiiii tgh2 hujung bulan tetiba jumpa duit banyak mmg le rasa talian hayat dibuka semula mihmih. Kira dah setahun le tu duit tu org tu simpan dlm tu. hamik nak ko, sorok ke bini ke apa taktau ar, aku jumpa jadik aku yg punyer hahahah gelak evil. dia pun dah lupa dia pernah letak duit tu kt situ. ntahapapa.

Ok bai.

Tuesday, August 6, 2013

Last kopek .. and Selamat Hari Raya!

Amboi amboi amboiiii.... berseri2 muka masing2teww dah balik raya tewww... sonot ye? Ada yg dah sampai kampung hey? kita masih kt Kay El lagi uols. Tengok le petang ke mlm ni ke balik lew Kuantan. Tu pun tumpang orang. Apakanda hari Raya baru dapat cuti, makanya babailah weol jln dulu, nak merasa berbuka umah mak jugak, aku tak kira nakkkkk jugak.

Entry ni sepatutnya jadi entry nak wat terliur kt org tp agak faillah sbb dah lambat nauuu... Ai is terhambat dek kebizian uols. Balik umah pun tak sempat berkemas. Nak muntah dah tgk umah sendiri. Balik umah dah tergesa2 masak, lepas bbuka maghrib pahtu ngaji sesikit pahtu sambung Isyak pahtu klu rajin tarawikh, klu tak rajin tu bermakna aku dah tersembam atas sofa ahahha...kul 1.30 terjaga baru le solat Isyak, nak sambung tarawikhhh adohhh mata dah macam digam2, rakaat last pun boley cam terawang2an, masyaAllah...laghaaaa sesokmo ni, padahal Dia dah 'kejutkan' tghmalam soh wat ibadat tu, tewasssss jugeeeelah ngan mata benci ai.

oklah, dah penat2 amik gambo tepek jelah noh. padahal dah tak seghairah biasa dah nak amik2 gambo iftar ni. klu masak rasa cam tahap bachelor baru le amik gambonye.
 
oklah puan2, ni ari apa tak ingat masak daging salai lemak cili api. Boh dlm 10 biji cili api esoknya rasa lebur bottom menchirbhir. hoihhh dah tua ni perut is kenot tahan the pedas leh. Asal aku makan pedas2 je time menyahur dah menyahut seruan toilet. tapi sedaaaaakkkk sgt ni tau. eh terpuji diri sendiri pulak. tak per, blog kita suka kitew lewww. masa order ni ngan budak Somban tu, mintak dia cari belimbing buluh sekali. yeahhh baru le fefeeling kolo pilah daging den bertingkek tingkek...owhh gitew. wat pekat2, apakanda makan bertambah2. laki aku mana makan tak pernah tambah dow.

lepas tu beli terung ada banyak le. Tak tau nak masak apa. ahhh boleylah goreng celup tempura. sedap gek.

pahtu beli siakap sekor. Masak le sweet and sour. tak jumpa nenas. tak jumpa sebab malas nak tobek2 nenas sebijik. so ai gantikan dengan epal hijau. So ikan siakap sweet and sour with apple sauce, klu nampak menu ni kt tepi tingkat resto nak masuk takkk? leh. sedap tau! walau rupamu tak menggoda tp ada umphhh. ikan kerat dua sbb malas nak keluo kan kuali beso. bolehlah. tema Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang malas. serba-serbi malas. taktaulah apa nak buat ngan pompuan ni. Tp Alhamdulillah Ramadhan ini Ramadhan yg tidak membazirin, almost zero defect pembaziran left over dlm esbok.

Last weekend kena pulak keje weh. what to do. so marilah mengambil kesempatan gantung poyok. kita makan luo je ler. Nak bg reward sikit kt Ammar. Tp mak kau ni Ammar asek keje last minute. Nak booking last minute tak arrr kan sume tempat ada lagi. Almost sume full house. So we ended up di Intekma Shah Alam. memang aku nak pilih yg tak lebih 100. itu azamnya. Masa muda dulu dah puas mkn buffett2 style ni. masa tu perut elastic lagik, gagah sume boley masuk, la ni kena nasi sepinggan dah se'eh. Klu harga 100 yg boley makan is dlm RM20 je klu ikut nilainya. Buffet is a pembaziran trap. Sedih juga. Dah tua dah insap sikit huhuhu. So satu lagi kriteria yg senang akses to surau. Apa benda makan sedap2 tapi tak ingat Allah? ehhh so ustazah tp yg benerrr dong.


ini adalah Ammar dah tak nenyaboooo dahhhhh.


Malu wehhh nak amik gambo makanan sesatu.

Aku sblm pegi google jugek review. mcm serem je ada org kata cam tak beh, hampeh lah. Tp dlm review lain kata beh, eh mana satuuu..soal selera sgt subjective. Barangkali kita memasing enzim ptailin dan jumlah deria rasa kt lidah tu differ from another kot eh. Atau chef ni punya air tangan tukar2, ari ni dia masak sukat elok, esok dia masak tak berasa benda pun. Tapi alhamdulillah, pd malam itu almost sume aku makan is sedap. Ni bubur lambuk ni the best aku makan dlm bulan pose ni, cukup sifatnyer. Bubur lambuk and murtabak dia tu mmg forte depa lah tu kira nya.

ni budak tido masa sampai, so masa nak bbuka dia terpisat2. Yang pinggan sebelah dia tu is kambing golek ke bako tah. Memula makan aku rasa... ehhhh sedap pulak, aku kan bukanlah pemakan kambing, selalu akan tersekat di skala 3 kt tekak, sama cam ikan sungai, sos black pepper dia best ler. [ehhh leleh nampak...] tp a bit dry lah daging dia masa 1st round ni. So lepas solat, sambung balik, amik lagik sepiring. ohhh dis taim kenot the tahan one, rasa terus kambing dia ukkhhsssss.... sbb masa memula kan amik kt bahagian atas, so bila dah tinggal bahagian tgh/bawah minyak2 kambing dah turun. terus potong.
lauk2 cam biasa je, tak amik byk pun.

sotong kangkung/rojak buah punya sos terbaekkk sedap. eh, jgn leleh.

huihhhh Ammar, dia kan dah menyasor tgk selection of food terutama nasi. Dah tak tentu arah ahaha... so dia punya pulun lahhh.. ummi dah pesan, amik yg light dulu, lepas solat baru makan nasi, eh tak, dah cam nak ngamuk frust. suka ati ko lah. second round dah nak terbelahak kahkah. segala kuetiow martabak dia amik. pastu tgk muka dia dah lain macam aku soh bapak dia bawak amik angin kt luo. haaaa tu lewww tak dengo ckp mak lagi.

yeahhh... kau di hati ku selalu, teh tarik terbaek at first round, second round dah rasa manis la pulok.


after we're done, lepak kt lounge sat. anak hakuuuu lenjan/panjat2 sofa ni cam umah sendiri huih. tak boley bawak gi umah org kekaya cenggini pitaaammmm....cam boiboy okeh.


serabut sekali aku tengok jurai2 tu.

So next day, berkuntau lagi cari tempat iftar. ingat nak try memana golf resort ke cam kota permai and kinrara or bukit kiara. called but fulled house and ada yg dah tak niagerrrrr. babai. google jumpalah satu tempat ni. dah apak eh pesan cari yg dekat2 dan aku nak cari yg dekat ngan mall sbb kasut bebudak belum beli lagi.


so, kt sini ler, nama dia Little Pantry. deco2 english style gitu leerrr, ni kt bah dessert/starter, tak makan mana pun.



kt main buffet area. Ada le nasi2 n spageti n mash pot. n gravy sume. masa tangkap gambo ni pun dah rasa segan ai.



ehhhhh??? cam tak caya je... amik spegeti je Mar? sos dia masam ok. tp mashed pot. n mushroom gravy tu boley tahan le. second serving baru le dia amik nasi. dia dah tobat lahom dah kemarin makan sampai nak muntah, so ni ari dia bajet amik nasi lepas solat. sorry le Ammar, surau jauh, so kita tak patah balik, nak makan time ni le. sib baik tak apa2 sbb dia amik sikit2. huh sikit2 haper nyer mee sup sumer dia amik mbekhekhek...


yg ni mkn dessert je. telan ailio ammar tgk nak2 lagi time nak bbuka doh.

harap ke deco je ni, maybe dia more specialised in western food so makan nasi2 tu rasa biasa2 je. Ammar siap baring2 lagik.

Bukannye nama anak aku le klu tak wat aksi cenggini.


pinggan Ammar, tak caya bukannn...



nasi2, biasa je. tak gi pun tak per *kejamnyerstatement*

amboihhhh kassim selamat tetiba...

tp crouton2, bruscheta ke apa tu sedap gek.

Apakanda warning sume org cepat sikit sbb nak kejo waktu. uhhh masa tu tunggu mokna cik Aly makan eksrim. lambatnyewww aku nak rasa sikit pun kena marah, siap nak tokek tgn aku ngan garpu. oihhh aper brutal ngat ni Aleesya oiii... so aku amik lagik byk boh topping sume jgn mareee siap tayang2 agi kt dia, biasa ngat ni kemuttt..


Jgn nak lelebih ehhhh... surau pun kt sebelah Aeon tu so afterwards kita pun beli kasut2. Dapat gek aku kasut raya sepasang hehehehe...

Oklah tu je,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam Eid Mubarak ya Habibie! kepada semua muslimin dan muslimat, maafkan andai ada terkasar bahasa di blog ini. Hati2 di jalan raya, have a safe trip balik kampung, panjang umur jumpa lagi lepas Raya...daaaa...

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife