Posts

Showing posts from January, 2009

Episod yg belum berakhir..

Kes mak belum habih, hari Jumaat tu baru masukkan tiub kt dlm je, pas tu balik, bulan 2 nti dtg lagi utk op, masukkan kamera melalui tiub tu nti dan cuba 'cari' batu karang tu, hemm, klu batu karang tu tak leh dibuang, kenalah tebuk, lahai, sian mak.... 2 hari mak dok lepak umah aku, terbaring jer, dia tak larat sgt, aku lak serba tak kena rasanya nak soh mak rest molek2, ntah dpt rehat ke tak, tak tau la, makan tu tak lalu, makan ni tak lalu, yg dia lalu sumernya yg kena pantang.. demi nak soh mak makan sbb nak kena makan ubat aku turutkan jugak selera mak, tapi kena bagi dlm julat yg sikit je.. mak teringin makan nasik kerabu aku gi cari pusing keliling Taman Medan/Tmn Datuk Harun, nasib baik kt situ macam2 ada, nak harap aku masak, alamak, tak pernah masak pulak nasik kerabu ni, separuh gek mak makan, aku masak bubur mak kata kembang tekak, petang/mlm dah tak lalu nak makan nasik, buat air n biskut whole meal mak tak baper gi, mak nak makan roti sweet potato lak, gi ler ak

Mak, Oh! Mak...

Image
Hari Jumaat lepas mak masuk wad, lepas wat ultrasound mak balik umah Kak Long. Semalam mak masuk wad balik sbb esok mak nak op. Setelah ke hospital, klinik sana-sini, termasuklah perubatan tradisional akhirnya mak direfer ke HUKM, katanya kt situ ada specialistnya. Sebenarnya aku pun tak tau op yg mak nak hadapi ni major ke minor op, aku cemas giler. Batu karang kt buah pinggang mak dah makin besar sampai kidney mak bengkak. Bila kidney bengkak, blood pressure pun naik. Dah tak leh guna laser dah. Yang menambahkan kerisauanku adalah keadaan mak yg aku rasa tak fit utk op. tu. Mak pesakit diabetes tegar, gula tinggi manjang. Kata doktor, it's a bit risky memandangkan faktor usia dan kesihatan mak. Aku takut proses healing tu tak berjalan lancar. Seram gek aku rasa dan mak pulak dah pasrah dah, kadangkala dia give up pun. Bulan lepas mak sakit sendi kaki yang teramat, sampai tak tertanggung sakitnya. Kesian sungguh tengok mak yang kesakitan camtu. Sebab tu mak selalu give up,

WARGHHH!! AMMAAARR!

Image
Dalam dunia ni, walau apa pun yg jadi, nak perang ke, nak terbalik ke, ada satu manusia, a young boy named Ammar yang tak akan kesah sume tu, janji dia bahagia dlm dunia dia yg tersendiri.... Before computer was invented in 1882, inilah aktiviti sampingan beliau, takyah feature wall, inilah mural semulajadi umah aku dulu..ini adalah antara peninggalan sejarah yg anak aku tinggalkan di dinding satu bilik kt umah, yg lain byk dah kena cat, sekali tgk mirip lukisan manusia zaman batu dedulu, seakan bercerita... "saya sedang bermain dgn kengkawan, di langit saya nampak bintang dan planet Zuhal ...." , manalah tahu 1000 tahun akan dtg (klu blum kiamat lagi), manusia nak bina petempatan baru lalu terjumpalah sisa tinggalan umah aku dgn lukisan zaman batu ni.....hihihi.. Walaubagaimanapun, setelah tv kaler dicipta, beliau telah temui satu cara yg lebih menjimatkan masa dan tenaga, 'up' sikit, 'up' sikit dari lukisan black n white, yakni beli sticker dan tampal aje

Kehilangan....

Kehilangan.... Dalam hidup aku, aku pernah merasai 2 kind of kehilangan. Satu untuk sementara, satu lagi kehilangan utk selamanya. To tell which one is lebih terasa, adalah sukar. Kehilangan Ayah tersayang pada tahun 1995 agak sukar utk aku terima sbb dia pergi secara mengejut, kemalangan. Aku memang macam tak percaya yg aku dah tak de ayah masa tu. Tapi aku tak rasa kosong. Mungkin sebab aku tak rapat dgn Ayah. Tapi malam tu, bila aku sampai rumah dari KL, aku mula terasa kosong sbb jenazah arwah dah selamat dikebumikan. Entah kenapa, masa aku turun ke dapur, aku stop dkt mesin basuh, tangan aku gapai baju terakhir yg Ayah pakai dlm bakul baju kotor, dan aku cium dlm2 baju Ayah, sambil airmata berhamburan keluar tanpa hentinya. Ketika itu baru aku terasa kehilangan. Antara sedar dengan tidak, aku pandang sekeliling, aku bisik perlahan2 seolah2 Ayah ada disisi, 'kenapa Ayah tak tunggu kita? Kita nak tengok Ayah buat kali terakhir..Kita nak mintak maaf, Ayah…' Barulah aku terasa

Ayoh! Kembali ke sekolah part 2

Image
Bila pikir2 balik sapelah aku nak sedekahkan seluo sekolah Ammar yg tak muat tang pinggang/perut tu, dptlah ide nak mengedit seluo anak aku tu, sayang, sbb panjang dah elok. Anak aku tu nampaknya selain susah nak cari size kasut (sbb saiz kaki mewarisi ayahnya yg macam saiz kapal tu), saiz perut/pinggang pun nampaknya ada ciri2 nak mewarisi mak ngan ayah dia. Maka di satu malam yg sunyi, boipren aku, diulangi, boipren aku, yakni bukan aku yg mana tangan memang kong keng dlm hal2 menjahit/kerastangan (kak aku selalu kata tangan tak bedung masa kecik) memulakan operasi sulit meng'alter'kan seluo anak dia.... Kelengkapan ke bilik bedah..... Ayah Ammar sedang melapah seluar anaknya... dah settle dah problem, seluo jadik longgar balik dah, jgn tgh2 jalan terlondeh pulak seluo tu yek Ammar ....

Ayoh! kembali ke sekolah...

Image
Ha, tajuk tu lagu jingle iklan kasut ke, beg sekolah kt tv tu... dah seminggu dah bebudak kembali ke sekolah. Sedar tak sedar dah Tahun 2 dah anak aku sekolah. Aku punya preparation ala2 aje, baju, kasut, beg tahun lepas elok lagik. Kata E. azhar utk meraikan anak sekolah kena jugak beli baju baru sempena tahun baru. Okaylah, buleh la beli selai dua. Yang aku tak sado dan perasan adalah betapa pesatnya anak aku membeso... Dgn kompidennya aku membeli 2 helai seluo sekolah yang aku kira dan congak setakat 'up'kan 1 size bigger dr tahun lepas. Malam nak sekolah baru try test kt anak. Larrr... rerupanya nak kancing kt perut tu tak celusss... kesian Ammar kena tahan nafas sbb mak dia nak terak jugak kancing seluo tu. Ish, tak leh jadik, kang biru birat anak aku tercekak pernafasannya. Panjangnya elok je, pinggang seluo tu pulak macam kerengga sizenya. Hem dah sah anak aku dah jadik makin gemuk cam mak ngan ayah dia. Mana taknya cuti sekolah ni dia kerja makan, makan dan makan lag

And the cuti is over....

Image
Arghhhh..tensionnya kena balik opis balik. Seminggu cuti rasa kejap jek. Kali ni tak sangka aku jejak jugak ke JB. Masuk JB terus teringat Singapore. Sebelum tu lepak 5 hari kt kampung. Dlm lepak2 tu aku sempat gek meronggeng ke Kelantan, dah Kak Long ngan A.Zan ajak maka aku pun macam org mengantuk di sorongkan bantal. Qado balik last trip kt Rantau Panjang. Sebelum balik KL anak aku buat hal, ntah apa excited sgt dia melayang terbang kenalah terhempap mak aku kt tulang rusuk, kesian org tua tu dah la tak sehat anak aku lak wat hal. Sian dia berhari2 sakit kt bahagian tulang tu. Tak tau nak kata apa lagik aku ni... rasa bersalah giler lak kt mak aku... Anyway, hari Jumaat lepas jadik jugak masuk highway ke Selatan. Hajat aku sampai ke Melaka je, tapi En. Azhar tetiba kata jomlah gi Johor, dah lama dah tak gi sana. Aku pun okay je ler. Sampai JB dah petang, carik2 jalan dan tempat penginapan pun dah berjam2. Aku dah memang sematkan kt dada no shopping sbb dah tercedera parah masa