Monday, November 24, 2008

Minggu2 yg sebuk


Minggu2 yg sebuk, keje yg kena kejo dateline (kudos to staff2 kt unitku yg sedang bertungkus-lumus tu), kenduri kawin, konvo, troop org kampung bertanggak kt umah...sungguh sebuk 2-3 minggu ini..



Akhirnya... impian yg indah...


tapi sebenonya..



Aku hanyalah 'penanggah' kt konvo itu...





Sedang memetik bunga selepas majlis bersama teman2 yang mesra..heh...


Minggu lepas jadi komiti Konvo ke-8 UNITAR kt PICC. Tetiba rasa aura yg gah rasanya masuk dewan PICC sbb terkenang saat manis amik ijazah kt itm dulu. Bilalah saat itu akan berulang lagi... insyaAllah, suatu masa nanti, ingin kugenggam sekali lagi scroll keramat itu....dan satu lagi aktiviti bila tgh sebuk, makan dan makan lagi, kain n baju yg dah agak longgar lepas raya n puasa 6 dah rasa sendat balik...hem, yong kamariah, so much of a diet la tu....

Friday, November 14, 2008

Perihal sekolah anak..

Happy Birthday...

Minggu lepas Ammar n geng yg lahir dr bulan 6 - 12 diraikan oleh guru2 dan parents, aktiviti tahunan sekolah. Memula aku menyorok kt celah2 org bila tengok Ammar join aktiviti, dah dia ternampak mak dia, mulalah tak moh berenggang, nak ajak balik jer.

Ammar n geng siap2 nak tiup lilin kek, girl kt sebelah Ammar tu Ratu gelek Bollywood ari keluarga ari tu...

Penolong kanan, Cikgu Chen penuh sabar melayan kerenah bebudak PPKI Sri Kelana yg dah tak sabo2 nak tiup lilin


Dah ready ngan Mr Cheeky, 1..2..3...


Ammar n Cheeky n mak dia yg menempel sama n anak cikgu Jayanthi
more of Ammar @ Flickr
Semalam, hari penyampain hadiah utk Anugerah Cemerlang. Tak sangka Ammar pun naik pentas dapat hadiah. Baru kemarin aku tergelak beso tengok kertas jawapan BM dia.
Soalan : Ayah saya pergi Mekah naik (Kapal terbang/Motorsikal). Ammar jawap motosikal. Haw haw haw, mana le dia tau Mekah kt ne kot, lagik pun antara dua kenderaan tu, motosikal je ayah dia pernah bawak...
Periksa tahun ni Math Ammar dapat 94, Agama 95, yg lain ada A ada B. Tgk kertas jawapan Maths tu sejuk je mata aku tgk kertas tu bersih n kompiden je dia tulih jawapan. Tapi result penggal ni merosot terutama English. Cikgu punya komen kata "...talk in BM when teacher teach. Talk too much..." Pendidikan jasmani pulak cikgu kata "...murid semakin hyper.." - Aiyooh...

Friday, November 7, 2008

Kenangan lalu...

Kenangan lalu mengusik jiwa....
Dinner kt concorde, ngan geng2 kamcing - Trex, Linda, Dilla, Wa, Anis, Yam, Zura ngan Zureen, oh, rindunya saat itu.. sob sob...


Dinner kt Concorde, posing ala-ala la kononnya tu.. I was the lady in black.. quite a dish, didn't I? haw haw haw....

Dinner Concorde lagik.. hai, makcik Saluwa tetap maintain posing ayu...


Ratu Kebaya 1998....


Ngan geng2 LS20, depan IBBM, versi slim giler, baju pun longgar...






Kenangan lalu mengusik jiwa... sesaja browse PC terjumpa gambo2 lama@anak dara ni...

Wednesday, November 5, 2008

Michael Phelps

Last weekend Kak Long singgah umah. Tetiba Kak Long bukak citer pasal Michael Phelps. Memula tu aku blur sape le Michael Pek, Michael Pax ni (ikut sebutan Kak Long). Kak Long kata, larrr tak kenal ke Maikel Pek tu? Yg menang olimpik tu, perenang?? Sekali lagik aku blur, aku tak amik pot pun pasal mamat ni, so blur sket. Pas tu Kak Long bukak story pasal Michael Phelps. Kak Long kata mamat ni autistik. Dia baca citer pasal mamat ni dlm rencana kt suratkhabar. Kak Long kata bebudak autistic ni ada kekuatan/kelebihan luarbiasa, Kak Long suruh aku latih Ammar berenang. Aku gelak beso. Gi swimming class pun kena paksa, asyik takut buaya je, ye lar tuh. Tapi dlm pada tu aku kagum gek kt Kak Long, veteran surirumah fulltime, tapi banyak 'research'. Apa taknya kata Kak Long dia tak dek keje, so kalau baca surat kabo setiap genap ruang dan berita kt dlm akhbar tu habih dia kerjakan. Aku kata patut le umah Kak Long selalu selerak....hihih...

So bila aku ada lapang sket, aku mulalah search kt Internet. Michael Phelps pemenang 8 pingat emas acara renang di olimpik Beijing. Michael Phelps currently is a Honorary Board Member of Pathfinders for Autism. Sejak kecil beliau di diagnos ADHD (Attention-deficit hyperactivity disorder (ADHD), where it is sometimes considered a mild form of autism by many people. Masa kt sekolah cikgu selalu kata dia ni tak de masa depan sbb dia tak pernah nak fokus kt apa benda pun kt sekolah (hemm, cam familiar je...). His Mom adalah backbone Michael, yg hanto anak dia ke swimming class sejak Michael kecil lagi.

Sebenarnya bebudak macam ni memang ada kelebihan yang tersendiri, parents yang kena peka apa yg diorang ni cenderung. Aku fail utk 'scan' apa kelebihan anak aku setakat ni. Bila Kak Long kata ada kekuatan/kelebihan luarbiasa, yg aku terfikir kelebihan wat bersepah dlm umah, kelebihan makan, kelebihan melompat sana-sini, kelebihan melalak (sekrang dah kurang). Tapi maybe dia ada memori yg kuat. Dan dia jenis yg suka explore, (sampai PC aku habih bertabur fail dlm tu dikerjakan). Tapi bila fail tu hilang, pandai pulak dia cari balik, tak tau le mana belajo, aku tak ajo pun perihal PC ni, tapi sekali tgk aku bukak n shut down pc, dia dah tau wat sendirik lepas tu. Semayang pun cam tu, sekali aku suruh le dia ikut semayang ngan aku, terkejut gajah gek le aku bila dia baca sume bacaan dlm semayang tu elok je, dari tomakninah, sujud, rukuk, sume bacaan elok, cuma sebutan je ler tak ikut tajwid n sometimes bertabur sket. Aku pun tak ajar sbb susah betul nak ajo dia ni, tiap kali ajo benda pun dia wat dek je. Agaknya dia perati dan dengo kot, tak pun belajo kt sekolah ke, nursery ke... Bagi ada anak normal umur 7 tahun agaknya tu perkembangan biasa, tapi cam anak aku tu, aku anggap perkembangan lebih biasa sket....

Anyway, geniuses like Bill Gates, Albert Einstein, Thomas Jefferson, Nobel prize-winning economist Vernon L. Smith are Asperger as well autistic. Tak tau le aku, tak mo pikir lagik masa depan budak ni, kang aku riso kang...

Sunday, November 2, 2008

Penniless

Now I'm quite broke. Hahah, baru je abih dekat RM8k, settlekan lawyer documents (tuko title) umah aku. Tu termasuk le bayo cukai pintu, cukai tanah, ntah apa2 tah lagi ler utk proceed documents. Dah lepas tu lega rasanyer, bak lepas beban seketul kt bahu. Utk sampai ujung bulan ni kena dok diam2. Utk bayo sume tu, En. Azhar tak dpt bagi pn. Kamariah elaun bulan 11. So, no happy strolling kt giant hypermarket depan opis aku ni, no sales peeping, no new years day to celebrate, no chocolate covered candy hearts to give away... (lyric lagu ni..hohoho), now only left the penniless Kamariah who, previously, just loves to give away her money to the unnecessarily things, duhhh...(and , baru sat tadi Kamariah telah menghabiskan RM165.00 beli barangan kesihatan Mililea, damn her, tak sado lagik ker.. sigh..)

Sebelum tu, aku telah beraya sakan tahun ni. Sebab aku tau kami kena keluo duit banyak utk umah tercenta tu. Bila tgk dlm akaun bank ada lebih sket, ntahlah, company aku tahun ni murah ati nak bagik bonus (kudos to Datuk2 kt company tu..), makanya, aku bagai nak melepas dendam beraya tahun ni. Aku gi merewang Sogo sengsorang, aku borong 3 handbag sekaligus, tu jugek le 1st time dlm idup aku beli kasut yg reganya lebih RM100 sepasang. Selalu tiap tahun anak aku le aku lebih2kan, tahun ni aku jadik a very, very bad, green Ogre yg lahap beno. Baju anak 2 helai je aku beli tahun ni. Aku, camana tetiba boleh jadik 5 pasang (tu sebenonya termasuk baju yg hanto tempah lama dah tapi baru amik nak raya..). Kat Ayah, bz sgt sampai time nak raya, pandai2 dia le carik baju, kang aku beli tak berkenan pulak. Hasilnya, raya tu baju dah tak senada, tapi tak le ralat, sbb tak leh posing pun pagi raya. Tahap ganaz aku time tu bagai tak dpt dikawal lagi, En. Azhar bagai bagi mesej 'go slow man, go slow'.... Maka bila lalu kedai elektronik, aku sempat sambar tv lagik, konon nak tampal kt dinding. Utk memeriahkannya lagik, cat umah aku tahun ni, mak ai, kata Kak Long memang raya Indu. Dari ruang tamu sampai nak naik tangga, aku buleh boh 3 kaler...hohohoho... lalala....tu belum masuk borong kuih raya lagik (aku rasa sampai ke raya haji la tu..), sempat gek lagik aku beli almari kasut 2 bijik (bukan boh kasut sgt pun, boh barang2 arkib yg besepah merata2).

La ni, kena la dok diam. Minggu ni kena prepare RM1000 lagik, kali ni adik-beradik pakat nak top up rawatan fisio mak kt KMC. dok tunggu hospital kerajaan wat sakit ati, nak tunggu appointment pun kena tunggu nazak dulu, baru buleh dahulukan. Kak Yah kata mak tak mau pi spital, nak wat rawatan tradisional je. Kak Yah kata mak sayang duit dia agaknya, sbb dia tgh plan nak beli gelang baru. Tapi kata Kak Long, mak nak beli gelang terakhir nak cukupkan ikut bilangan anak2 pompuan dia. Tetiba aku sebak.... mak sakit sgt lately, batu karang dlm buah pinggang, tulang belakang dia retak, demi mak, semuanya aku sanggup....

Family Day..

Semalam, Sabtu, ada hari keluarga sekolah Ammar, Hari Keluarga PPKI Sri Kelana. Sejak terbabit ngan PIBG ni, ntah camna me n En Azhar terjadi AJK sponsorhip. Alhamdulillah, we managed to get sponsor dr Milo (Nestle). Tahun ni, first timenya dptlah anak2 n ibubapa pakai t-shirt yg berprinted hari keluarga, hasil sumbangan Milo, tapi dah tersilap info lak En. Azhar, dari sepatutnya perkataan 'program' dah jadik 'pusat'... apa nak buat. Dpt jugaklah beb. carton air tin Milo. Selain tu aku tempah le sedikit kuih muih utk sumbangan bersama.

Aku tgk dr jauh je aktiviti ari tu, ntah kenapa aku tak rasa jadi sebahagian dr 'keluarga' walau namanya ari keluarga. Patut la pengerusi PIBG Pn Anisa kata susah nak dpt kerjasama mak bapak. Selain dr cikgu dan beb. kerat AJK, mak bapak lain wat acuh tak acuh jer. Kata sorang supplier kt aku, sekolah anak aku ni sekolah orang kaya, aku tatau la pulak, sbb utk pendidikan khas macam2 background yg hanto anak kt situ, kelas lain tak tau le. Tapi bila ari tu, aku tgk ada beb mak bapak yg blagak dan tak tegur org, nak jugak aku mengiakannya. jenis yg nak cakap omputih separuh2 ngan cakap melayu n konon stylo. Tak mau pakai baju cap Milo tu. Lantak ler, tak jugak aku heran. Tapi ntah le, I fail to enjoy myself ngan ari keluarga sekolah anak aku ni, enviroment dia agaknya menghalang aku. Something is missing (n wrong)somewhere. Schedulenya pun aku rasa cam tak kena.
Tak mengapa, janji, aku puas tgk bebudak enjoy diri sendiri, tgk ada yg bergelek bollywood sakan atas pentas buat aku ketawa sengsorang.Selagi aku buleh bantu apa yg patut, aku akan cuba...

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife