Penniless

Now I'm quite broke. Hahah, baru je abih dekat RM8k, settlekan lawyer documents (tuko title) umah aku. Tu termasuk le bayo cukai pintu, cukai tanah, ntah apa2 tah lagi ler utk proceed documents. Dah lepas tu lega rasanyer, bak lepas beban seketul kt bahu. Utk sampai ujung bulan ni kena dok diam2. Utk bayo sume tu, En. Azhar tak dpt bagi pn. Kamariah elaun bulan 11. So, no happy strolling kt giant hypermarket depan opis aku ni, no sales peeping, no new years day to celebrate, no chocolate covered candy hearts to give away... (lyric lagu ni..hohoho), now only left the penniless Kamariah who, previously, just loves to give away her money to the unnecessarily things, duhhh...(and , baru sat tadi Kamariah telah menghabiskan RM165.00 beli barangan kesihatan Mililea, damn her, tak sado lagik ker.. sigh..)

Sebelum tu, aku telah beraya sakan tahun ni. Sebab aku tau kami kena keluo duit banyak utk umah tercenta tu. Bila tgk dlm akaun bank ada lebih sket, ntahlah, company aku tahun ni murah ati nak bagik bonus (kudos to Datuk2 kt company tu..), makanya, aku bagai nak melepas dendam beraya tahun ni. Aku gi merewang Sogo sengsorang, aku borong 3 handbag sekaligus, tu jugek le 1st time dlm idup aku beli kasut yg reganya lebih RM100 sepasang. Selalu tiap tahun anak aku le aku lebih2kan, tahun ni aku jadik a very, very bad, green Ogre yg lahap beno. Baju anak 2 helai je aku beli tahun ni. Aku, camana tetiba boleh jadik 5 pasang (tu sebenonya termasuk baju yg hanto tempah lama dah tapi baru amik nak raya..). Kat Ayah, bz sgt sampai time nak raya, pandai2 dia le carik baju, kang aku beli tak berkenan pulak. Hasilnya, raya tu baju dah tak senada, tapi tak le ralat, sbb tak leh posing pun pagi raya. Tahap ganaz aku time tu bagai tak dpt dikawal lagi, En. Azhar bagai bagi mesej 'go slow man, go slow'.... Maka bila lalu kedai elektronik, aku sempat sambar tv lagik, konon nak tampal kt dinding. Utk memeriahkannya lagik, cat umah aku tahun ni, mak ai, kata Kak Long memang raya Indu. Dari ruang tamu sampai nak naik tangga, aku buleh boh 3 kaler...hohohoho... lalala....tu belum masuk borong kuih raya lagik (aku rasa sampai ke raya haji la tu..), sempat gek lagik aku beli almari kasut 2 bijik (bukan boh kasut sgt pun, boh barang2 arkib yg besepah merata2).

La ni, kena la dok diam. Minggu ni kena prepare RM1000 lagik, kali ni adik-beradik pakat nak top up rawatan fisio mak kt KMC. dok tunggu hospital kerajaan wat sakit ati, nak tunggu appointment pun kena tunggu nazak dulu, baru buleh dahulukan. Kak Yah kata mak tak mau pi spital, nak wat rawatan tradisional je. Kak Yah kata mak sayang duit dia agaknya, sbb dia tgh plan nak beli gelang baru. Tapi kata Kak Long, mak nak beli gelang terakhir nak cukupkan ikut bilangan anak2 pompuan dia. Tetiba aku sebak.... mak sakit sgt lately, batu karang dlm buah pinggang, tulang belakang dia retak, demi mak, semuanya aku sanggup....

Comments

Popular Posts