Tuesday, December 24, 2013

Malam Hantu

Hi alls.
Just nak upload pix from our annual dinner ngehngeh. Masih ada kehidupan rupanya aku rather than office work lambat2, house chores lambak2, sume pun lambak2. Nak cuti pun tak tau lah boleh ke idok ni. Enjoys...mlm lepaskan perasaan namanya nih. Night of magic n spell kata ko....

jeng jeng jeng... walaupun jahat tp kena maintain jelita...puiii. Tak byk modal, 2 hengget je jadik. hak lain mix n match jek.

Our dpt.
CAYA TAK CAYA AKAK KO NI NARI THRILLER. GILER GOYANG. LEPAS PERASAAN/GIAN HABIH. TP GAMBO NAMPAK CAM NAK NYANYI NASYID. DOW. CAYA TAK CAYA OUR GROUP DPT BEST PERFORMANCE OF D NIGHT. YOU BETTER BELIEVE!

Among tajuk makanan malam tu.

Sekolah Hogwarts kata koooooo.....

Enjoy betul tgk performance other dpt. Gelak je keje mlm tu, mmg release tension.


Macam2 watak le mlm tu, ramai betui witch. Sah2 takkan menang costume terbaik. Akak pakai bunga tu mmg comellah...ahahaha...terus aku terbayang bunga orked hiasan kt dinding tahun2 80an.

Antara santapan malam tu. Gila bak angggg nerbes nak buat persembahan sampai tak lalu makang. Balik umah perut bergendang nyaris dah nak masak megi.


Antara dessert yg di ambik. Ntah natang apa tah macang2 bentuk broom pun ado.


Tetamu. Kitaorang.

wah wah wah...yg sebelah ni mmg menakutkan. Modal RM20 hinggit pakai buang itu contact lenses.

posing jgn tak posing,

ni citer apatah watak si Johnny Depp dlm Alice in wonderland ala-ala kata ko...

air ala2 biji mata kata kooo.. 

dah habih. hantam saja mana gambo yg keluo dr henpongggg...

Sunday, December 8, 2013

Aku yg kehilangan....

Hallo.....
Aku yg kehilangan mood dan masa nak blogging.
Ya Allah jgn lah jadikan aku org yg terlalu mengejar dunia. Lagu mana ni rasa masa tak cukup2. Kadang2 rasa nak berenti je, tapi tiap kali rasa nak quit tulah gatai ada je meng commit benda baru. Pun begitu Alhamdulillah...terasakan Allah sentiasa sayang kt kita, selalu dia mudahkan urusan tiap kali kita kebuntuan. 

Kesibukan dunia ini buat aku rasa nak escapism.

Jadi aku jln2 kt mall, which xtvt sebulan sekali. Sungguh pathetic itu. Lalu aku lalui kedai henpon dan lektrik. Lalu aku nampak satu henpon yg latest gek la kt display. Aku tak sempat nak pikir panjang.
Lalu aku rasa nak beli sbb tetiba rasa nak membeli. Mungkin nak me rewardkan diri dgn kegilaan semua yg kulalui ini. Lagi pun dah lama kuasa membeli tlh hilang dlm diri ini. Kuasa membeli sabun dan susu anak kt Speedmart x dikira.

Lalu aku beli ini. Tu jelah nak citer pun

Friday, November 15, 2013

Kemen Helan, Autistic, sumer ada..

Hi semua. Assalamualaikum wth. Hallo dan salam sejahtera.

Nampak sangat salam perkenalan org tgh takde kerje. Atau boring. Memang boring pun. Mata dah nak lelap lap lap dah ni.Puasewww katewkan.
Sekian lama tak bersua mmg blog juge le medium melepaskan perasaan ye.

Kadang2 aku rasa penat nak rehat berenti keje jaga anak mengemas masak. Bestnyer. Macam ada staff kt kompeni aku ni nak berenti ujung bulan ni, umur dia tua setahun je dr aku. Dia berenti sbb dia nak rehat kt umah, nak jaga anak2, nak gi surau and such. Ada tok laki baikkk punyer masyuk ok le kan. Klu aku le... alamat pakai lampin kain le ko Aleesya, susu cap tepung kati ke. Dak pun dinasihati supaya menjauhi sebarang shopping complex dan yang sewaktu dengannya. OMG sgt tragis kehidupan sebegitu. Tp kita kena ingat jua rezeki Allah taala itu sgtlah luas, mana pernah dia tak sayang hamba dia kan.

Tapi....kalaulah jadi kenyataan.... Hari2 otak penat pun pikir nak masak apa je sampai terkeluar otak. amboih over. Pagi2 lepas anto anak sekolah pi pasar. Nak penat pun tinggal lagi compare price brg2 grocery je. Ari ni ikan tenggiri baper sekilo, eh eh, dak, sbb dah tak kejekan kena usha ikan kembong je. Ayam kedai ni baper sekilo. Pahtu soh macha kerat 18 stok seminggu mahahaha. Sorang makan seketul je tiap ari.  Pahtu kita tubuhkan persatuan ibu2 beli ikan dan ayam. Bergosip. Amik anak sekolah, masak. Pahtu tgk citer drama Venuzuela aiamor. Lipat baju sambung citer Filipina marimar plak. Dah petang sikit tgk sinetron, alih tv3 sinetron, balik alih tv9 pun sinetron. Dah petang alih tv Alhijrah pulak dlm keadaan redho dan takwa. Beli arial elok sket sbb Estro dah tak subscribe sbb nak save bajet muahahha... janji ati senang dok?
Mende aku repek2 ni tah.

Aku ni sebenonya tgh kesedihan sbb SD card henpon aku dah rosak, so byk dah gambo2 yg hilang. so sad. aku dah tak koser dah nak bawak kamera asing2 nak pi mana2. sbb tu aku tgh pikir2 nak tuko henpon ni. tuko ke tak. tak tuko je. bak angggg. pasai nak ngabih duit ade jalannye ye.

Sebab aku nak share gambo2 aku gi Teluk Senangin ngan Keman Helan tu ari.

Teluk Senangin.
ahhhhh gitew. Terpakse le google gambo org, pinjam ye tuan punya.

So masa cuti cahaya ngan hijrah tu ari, kami balik Perak kesayangan suami hamba. Dia kata dah lama tak balik, ok leeee. So antara aktivitinya kami pi piknik reramai kt Teluk Senangin. Seronok le juga, siap bawak sandwich ngan nasi walau tak baper berlauk. Sebab cam nak gi ke tak gi, so balun je bawak benda yg ada. ahah, dah jumpa Port baru kt belah2 ni yg cantik, air chomel, pasir putih sume. Selalu klu area Lumut tu org pi Teluk Batik, ishhh aku tak baper bekenan sgt sbb struktur kedalaman pantai tu tetiba cam ko cecah je gigi air tu ehhh dah berteluk ke dalam. bahaya no. ke aku je yg rasa. aku kan selalu belagak, pantai kt Pantai Timur je kunun chomey2. Syukurlah pantai kt sini sgt ok. tapi klu tgk chalet2 dia aishhhh lemau je. Ko jgn nak expect mcm kt tpt peranginan lain la plak. sbb ni cam tempat baru, so org berjualan pun ala2 koboi je lah. Pantai dah cantik tp upset betullah... takde penyelenggaraan pantai ke??? sedey ar tgk byk sampah2 berkeliaran kt tpt org berteduh. Jadik kita bawak ke tengah perkara ni ye Yang Berhormat.
Sayang betul plak gambo Aleesya sdg berpimpin tgn ngan bapak dia di pantai dah hilang. Klu tak boley jadi gambo kenangan calon bapa mithali. ahh gitew.

pastu esoknya cadang nak ke Pekan pagi Parit nak beli bantal kekabu. woaaa mahainya sebijik, beli gek le dua. ada pakcik kt situ juai aihhhh pesen memaksa la hang ni. sbb akak ipo aku beli jauh no lebey murah yg pakcik tu jual, bak anggggg nih. Tp biasa arrr, aku ngan apak eh ni spesis same je, dah pikir pakcik tu sound dia dah penat kirai2 bantal dia nak jual alih2 tak beli siap dia dah masuk dlm plastik, beli gek dua. bakk angggg betul. ntah benda maksud bang angg tu taktau ar, pakai balun je. aku rasa spesis wakluuuu...betul ka?

Lepaih tu dlm cam kehampaan sbb dah terlambat sume dah nak tutup kedai, kami pun terus le panjat kemen helan. hahaha...dah tengahari rembang, takut gek ngan latest update kt Keman Helan ni, sbb tanah runtuh semedang kan, tapi ketegaq nak naik atas gek. sampai atas ok je. Hujan pun tak, setakat gerimis sesikit. Aleesya pun pakai baju sleeveless sikit punya giler mak dia. Last2 masa singgah MarryBrown for lunch, tgk ada baju spare so pakaikan le dia baju 2 lapis takut sejuk.

 ah gitew lagi.

Ni kami berenti kt tp ladang teh kecik dah nak hala balik dah, ingat nak lepak kt ladang Bharat yg selalu kami gi sambil menikmati teh and scones tp due to dah lewat tak jadi. So singgah sini semayang kt surau tgh2 pokok tea. Ada takde suam2 kuku je surau dia ni. aku ingat tpt solat pompuan tutup so regret betul jugak tak dpt solat. Last2 dak Ammar cam biasa tokleh dok diam dia main bukak pintu ehhh pulokkk, tak kunci pun, so syukur alhamdulillah, dptlah kami buat jamak Zuhur ngan Asar dgn tak baper minit lagi nak masuk megrib kuangkuangkuanggg. Nak amik air semayang ya rabbbiiiiii sejuk kemain.
Ammar my autistic kid ni satu pe'el dia, dia tak lupa nak solat walau ke mana nak pegi, kadang belum masuk waktu dia dah ready nak solat. Alhamdulillah. Tp solat pesen dia arrrr, kadang ketawa dlm solat, ekspress dia toksah cakap leerrr, tp rakaatnya cukup. Moga Allah terima solatnya, insya Allah. hermmm Aleesya siap buang barang kes lagi mas dlm surau ni bak anggg, sib baik ada toilet kt tp minum tea tu, tp nak minum tea dah tutup pula. Sian dak kecik ni terkemut2 masa cebuk sbb ayo nyer brrrrrr sejukkkkk huhuhu...


ahhhh gitew. Siap ada paranormal activity kt belakang..hoiii choyyyy sangat. Maksud aku ada plak couple kt belakang, silap pandang jadi paranormal activity bahahaha.
Eh, ada tempat baru yg aku tak perasan ni. Berpuluh2 gambo posing ada kt dlm ni tp apakan daya card dah rosak choyyyy bak aangggg sangat nih. Apa nama tempat ni dah tak ingat, Lavender garden ke apa tah, ada pokok lavender and bunga2an yg cantik kt atas ni. Naper aku tak perasaan eh sblm ni, tpt baru ke. amboiii ckp macam tiap minggu naik ateh ni. Kt area Kea Farm, masuk adult RM5, kekanak RM3 rasanya. tinggi jugak nak panjat sampai ke puncak ni, dia buat cam zigzag ke atas so ada bunga2, stoberi and such. antara penyumbang keruntuhan tanah di CH jugak ni kuangkuangkuang...

 ade gek gambo anak dara pakai baju dua lapis ni, mmg sikit punyer giler mak ko nak. pakaikan baju merah sleeveless masa naik atas ni. dah biru bibior anak baru kalut cari baju spare, sib baik ada, klu tak cari le baju sejuk yg ke 7 lai beli tapi hareeem takkan pakai lepas tu. benda tak terplan kheen. Lani nak pakai baju cantik2 je, dia yg pilih sendiri nak pakai baju sekrang.

 
alamak...panjang plak dah entri kali ni. ini citer Temple Grandin, based on a true story.

So ahad lepas, tv alhijrah tayang citer Temple Grandin. yeayyyyy setelah sekian lamanya nak tgk citer ni atlast..... Aku maleh citer panjang pasal Temple Grandin hangpa google le sendiri yek. Dia ni autistik, bila aku tgk citer ni esp. time dia masa kecik mmg teringatlah kt Ammar yg ada simptom yg sama, they don't want to be hugged, a delay in speech, and such. in her case, Temple can't speak until she was 4. Ammar plak dlm 3 1/2 thn baru reti menyebut. Setelah tgk citer ni then only we can understand how they feels actually, e.g. when they don't want to be hugged. Because it hurts. They can't bear suasana hingar bingar, it makes them bercelaru, so that they always wanna run from any gatherings, suasana bising cam when people socialising, pi market ke, that is why they don't want to socialise. And they will engange and try to look for something that can sooth them cam Temple, dia rasa klu dia masuk dlm tempat kuda kena kepit tu dia akan rasa secure, whenever dia run from that 'hurt' situation. It makes her understand animals better. Dia genius, most of autistic person does. cam Ammar aku tak cam lagi huhuhu. So now dia Professor kt one of the Uni kt US in animal science, she even invented a way and designed tempat nak slaughter lembu that economically way better that the traditional ranch tu, and most importantly, it treats animal in such a way you give a respect to the animal before you eat them! because cara lembu tu masuk dr satu tempat ke satu tempat before they got slaughtered, they will be more calm, so nak slaughter takdek le dia mengamuk or terkejut. And it all comes from a sense of this special autistic girl, yg org biasa tak mungkin akan fahami. And she is a living autistic person who'd be able to tell the world how they feels actually when they acted in awkward way. arghhh sedeyyyyyy, coz I don't understand my own autistic boy up until now!

Citer ni jugak wat aku sedeyyyy and cried melihatkan ketabahan maknya si Temple. She can't even accept when the Dr. told her Temple ni autistic and should be referred to an "institution" which, I think a mental inst. She wept. But she refused to, hey, she's a Harvard graduated, mana boley Dr challenge her intellectual just like that. So dia berusaha jugak bawak Temple pegi kolej and such, walau ramai kekawan Temple ckp dia giler (so sad, sama cam Ammar pernah alami). But there is one Professor who could detect her intelligence, cikgu lain tak sanggup nak terima dia dlm kelas but this Prof said ok, dia boley bentuk. Temple minat sains dr kecik. woiiii byknyer dah aku wat sinopsis ni, berminat tgk ar sendiri.
Tapi aku nak kata, I cried tgk adegan mak dia menangis masa dia ajar Temple flash card masa kecik, Temple refuse to listen sbb dia too enganged with something else yg lebih membuatkan dia interested. Aku pernah rasa benda tu, sampailah mak dia give up, pegi dapur and cried. oh so sad and frustrating. You see, coz you don't understand how they look at things, very, very different from our normal people punya perspectives. Mereka byk visualised benda2 yg tak tercapai dek otak kita. Hai org2 kampung tengok la citer ni supaya you can understand what is autisme, better, rather you make a wrong judgement.


this is Ammar, aku soh tgk citer ni. "Ni kawan Ammar" aku kata, masa the first 5 min. tu tetiba dia kata kt aku, "Ummi sayang tak Ammar?". Sbb dia tgk si Temple ni pelik, sama cam dia, alahai anakkkk, syukurlah dia juga ada perasaan dan pertimbangan and relates thing. tetiba aku rasa sedey. of course nak. And after 5 mins, dia pun dah tak baper endah dahhhhh citer ni huhuhu...

Last but not least.... thanks D for uploading ni dlm FB.
Haha, gambo masa memuda, first gathering lepas kolej kot, masing2 dgn anak sulong, now dah 12-13thn dah babies ni. Ihhh Ammar si debab, aku ingat dlm 4 bulan masa ni.

okbai. See you next time.

Friday, November 1, 2013

Hallo



Well hallo....warghhhh memula mestilah gambo tergempar akak kheennn. Kata winduwwww haruslah bg satu gambo terkini lagi sensasi. Sampai terkeluar-kuar garisan lipstik kesian. Ok tak kelaka. Hiiish terasa tuo beno diri ini, maklum le dah tak lama nak masuk 4 series kuakuakuak. Ni nasib gek ada filter klu tak mmg nampak lewww skin yg flaw sgt tu. Mana nak cari kolagen ni, byk beno le jenisnya kt pasaran.

Berabuk2 dah blog ni terabaikan. Amboi-amboi...bermaharajalela spam dlm kotak dialog tu ehhh....Sumpah takde masa dow. Seminggu 7 hari rasa tak cukup beno, mmg full benda nak buat satu ari, dari hal keje sampai hal rumah tangga. Sebegitulah. Balik umah dah lewat, kadang masak kadang tak sempat, anak2 membeso mmg nak mkn malam, cam ni ngan diet2 mak kau pun ranap sekali anak oiii. Minggu lepas mak turun KL dah mengomplen... "gemuk pulok napok le ningggg".... sudohhhh dia dah buat dohhhh. Dah tukang masak takdek makneeee je nak renung benda dia masak ye dok.

Apa kate kita citer pasal raya korban tu ari.

Hari Raya Korban 2013.

Tahun ni tak balik ke mana. Cuti tak baper ada ngan cuti short beno. So kita beraya kt umah je lewww.

 yeahhh... kutip gambo kt IG je, jangan tidok hapdet blog. Macam biasa saya masak nasi tomato je, senang dan mudah, pastu tambah rendang tok nyum nyum and beli lemang. perghhhhh....penuh berkati-kati lemak kt badan. Makan 4 beranak je pun.

 Ingatkan nak tido berjemaah tghari tu tp tak jadi ar, mari kita beraya lah. Amik gambo ngan anak dara dulu. ih tajam beno gigi taring ko dik sungguh vampire. Akak ipo tak balik beraya so why not kita pi beraya umah dia dok.

 Lagi satu. Baju ni cik abe beli kt Mesir, bapaaaak seret lantai, dah alter pun masih gedoboh jugak. inner dia plak ntah hapa potongan tah tak berlengan dow. terpaksa aku pakai inner lain berlapis2 panehnya ya rabbi. pelik aku org Mesir ni klu wat baju. same cam leher baju budak2, tak celuih kepala.

 haaaaa tu dia... buah pelam epal depan umah galak berbuah alhamdulillah, dapatlah adik kakak jiran tetangga merasa. Org yg petik ni pulak dahhhhhh jatuh gedebuk ada satu petang tu masa guna tangga.,.. mmg dpt bini bertuah bukan nak simpati tapi ketawa sampai meleleh airmata...kuangajaqqqq bak anggg, sbb takdan nak simpati dgn otomatiknya member bangun balik mcam takde pepe, padahal kaki dah berdarah hanyar
Mari citer bab makan sementara aku ada masa. Now dah jumpa port mkn seafood baru, kt resto Aroma Ikan Bakar, pantai Jeram. Hala ke Kuala Selangor tu. tp perghhh punya lah jauh nak cari mkn ni, but it is worth it sbb seafood dia mmg segar2 mmg terbaeklah. even gi kul 9 ke atas pun dia akan selalu refill stok seafood dia. Boley lah google map tpt ni klu nak pegi.

 yeahhh tamak haloba selalu, tu nak amik, ni nak amik, makan 4 beranak je tp boley accommodate 6 org dewasa, last2 sikit je terluak, selebih tapau wat mkn lunch esoknya. la ni dah tau dah nak amik apernye. sbb selalunya masa nak pilih seafood tu bila dah boh dlm bakul tu rasa cam sikit je, tp bila dah masak ha kauuu cam tak caya je benda-bendalah ni yg ko pilih tadi.

Historical moment...
26.10.13 saying goodbye is always the hardest, setelah mengkuda kami sampai dah fully utilised, kini tibalah masanya kita berpisah...banyak jasanya pak itam ni, but sad to say...we have to let go..kami ni org kampung, jauh plak tu, tiap bulan kenalah je balik jengah mak/mak mentua, satu pahang satu perak mmg le kena cari a better performance punya vehicle ye dokkkk...mokna ni la ni klu suruh posing beginilah aksi dia, aksi nak menerkam namanya.

 So last week emak dtg sini ngan abang ipo, tagged along was jiran merangkap sahabat sejati dia Mak Yam. Tido semalam kt umah, amik barokah tetamu kehormat ni wat round2 Putrajaya, ajak turun sorang pun takmau sbb tak larat dah nak jalan esp. my mom.
 @ JPN. Aku rasa ni kali ke 4 dah wat ic. Ic ilang pulok dohhhhhh...cicir kt mana tah, careless sangat niiiii bak anggg.... tp dlm record dia catat aku ilang 2 kali, perghhh legaaaa... klu tak nahas nak bayo 300 lebey, so aku kena denda 230 tp dia bg less sbb aku kata tolongggg le, aku bawak 150 jeeee, so ok le, dpt la diskaun tu ari walau dlm ati menangis tersedu hukhuk..


Dapat rilek memalam kira untung le sesangat, selalu kul 10 mata dah kena gam, jarang je ada masa nak baca buku ke, even ngaji pun celum celam je. Melayan kerenah bebudak ni pun dah letih bonar, kekadang aku dah tertido bebudak ni terbio je layan kartun memalam, tiap2 mlm nak tgk Phineas and Ferbs ke benda tu. eh ntah apa aku repek ni, sampai sini jelah dulu, see you soon babai.



Monday, October 14, 2013

Allahuakbar. Alhamdulillah. Salam Aidil Adha

Assalam uols.

Allahuakbar. Masaaaaaaa.... tak terkejar.
I'm still alive, just in case you're wondering where's the he*teet is Kak Bap.
Huihhh lelah rasanya dada ini mengejar dateline sume. With the pindah2 ofis and all.

Finally.... ini dia concept open office weols. Dulu2 tak nampak org ada bilik2 sumer, now management says, no more barrier-barrier, harap2 comm. dah tak breakdown lagi, now everybody is accessible, nasib ko lah pepandailah nak browse rotikaya.com ke, blog resepi.com ke ahaha.... oh mind the kerusi, time ni kerusi opis tak sampai lagi uols. ada org ckp mcm komputer lab ler, kantin sekolah lewww, whatever, personally I kind of like it (er sebab I dok belakang sekali dan terlindung dr angin monsun timur laut hah hah). Even bos pun takdek bilik ouls.

chakkkk... kosong, kosong, kosong...terserempak plak ngan budak ni masa nak solat. bagus dak ni, sat agi Asar pun jumpa dia agi. Sbb kelas dia dkt ngan surau, rasanya next semester klu panjang umur izin tuhan kak bap ajo dia kot. tapi rasanya dah malas nak ngajo ni, alangkan satu kelas pun rasa tak bernapas dah, juggling between kerje rutin n class, huiii org lain lebih lagi steady je asal aku je lembek, biasalah tu

well... this is one of the reason why I'm quite bz lately... chomelkan mereka2 ini? terpaksa dlm rela part time mengajo, dah takdek org nak ngajo satu subjek ni pass kt den lew, nasib lewwww. yg letihnya kena wat lecture notes lerrrr...ko giler aku kena study balik, bab2 study ni mmg bukan makanan aku ler kihkih. Anak2 murid ni akak treat cam my own kids. Sbb ni bebudak gen Y ni bezanya ngan kita dedulu, you cannot treat them like zmn2 kita dulu kheeeennn. Klu geram pun simpan dlm ati yek, but personally I think.... i kinda enjoy teaching young kids cenggini. eh, ye ker, ker ye. ye la tu.

Anak2 cambiasa lahhh... balik umah tensi hok ni pulops...bab menyepah umah mmg terbaek, baik panjat2 pun juara. letih ar nak citer pasal mokna ni.
masa pi taman teruntum. Akses free, I loike.
La ni sume benda ada pertanyaan. "Apa ni?" "Apa ni?"
Kulit bawang pun ko nak tanya mmg letih arrrrrr mak kau nak jawap. kekadang aku jawap ntah. Jadi dia akan ckp oooo ntah. Aloh pulok dohhhh. Now nama kulit bawang is "ntah".
Elok le tu, gi keje ngajo budak, balik umah pun ngajo subjek anda dan alam sekitar kt anak. Obviously hidup aku bukan lah seperti dulu lagi. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang hoi!

Salam Aidil Adha semua. Nak masak apa le esok ni....

Tuesday, September 3, 2013

Catatan Umrah 2013 : Corat-coret Makkah

Assalamualaikum wth. Salam Hari minyak naik eh pulopss....
Sampai jem stesen minyak semalaya. Syabas bete.

Tgk2 folder..masih ada rupanya gambo2 di Makkah. Owwh So Sayu... bilalah lagi gamoknyer dpt pergi lagikk??? so gambo dan citer tak ikut turutan lah ni kekdahnya.


 Ni di depan tempat penginapan kami. Bukan, kami tak le menetap kt Multazam Hotel tu. Kami dok kt Qasar AlQamar, owned by TA. Kt bawah cemacam adaa... dah balik umrah, boley terus bercukur rambut kt barber tu. Gamak rasa penin kepala, tak sedap badan, nak cari losyen, bedak bagai boley gi farmasi tu. Gamak rasa haus balik beribadah from AlHaram singgah kedai jus n eskrim kt sebelah farmasi tu. Gamak rasa lapo balik dr beribadat tetiba ternampak wahhhhhh ayam gorengggg *gayaupinipin* boleh singgah resto ayam golek kt sebelah barber tew. Syukurrr sangat dok kt tempat byk kemudahan. Masjid AlHaram pun tak jauh dah nak menapak dr tpt penginapan kami ni. Kira klu dr Alharam rasa perut memulas ke, rasa nak terkench ker, boley berlari lagik ke bilik tp dlm keadaan termengah lew kehkeh.. Alhamdulillah kpd mu Tuhan kerana memudahkan segalanya.

 inilah dianya roti apa nama tahhh...nak kata roti canai pun dakkk, kuah dia kena beli asing2, harga boley tahan lebat juga. Adik aku selalu beli kuah daging kamben ke cenggitu. Tapi rasanya takde nasi Arab pulops, ala2 nasi beriyani je. Amboiii toke dia pun kemain eh. Ada sekali dah nak balik cenggitu, aku run out of Rial, sekali gunalah duit Mesia terpaksa. Amboi amboiiii kemain lagi suka toke tu yek dpt rm, barokah, barokah katanya... so sbb ada diff. in rate, aku kata bak le sini balik change aku, sekali dia kata takdek, takdek, siap kata aku bakhil hoiiii padahal ko yg bakhil. eh, dua kali terkena bakhil kahkahkah. O sonotlah toke tu, untung dlm 3-4 rial gek choyyyy takpe lah pak aji, mak aji halalkannnn....

selalu gek ngan brader ni beli roti. Siap main2 mata choyyyyy.... harom! harom! ahahha gurau je. dia siap nampak kelibat aku mesti sengeh dr jauh, pasal aku selalu minta merepek2, mamak, murtabak satu! so dia tercengang. mamak, roti telur satu! dua kali dia tercengang kahkah... saje je usik dia. last2 selalu dia tampal telur je kt roti tu. mmg tak feel lah cam roti canai mamak kita. tp ayam golek tu mmg selalu melambai2 tiap kali balik sejid. last2 rasa toke dia kemut dan-dan je rasa ayam masin, padahal bawak dlm bilik licin je bedal. Read : Kemut means lebey kurang taik idung masin ahaha jgn pikio lain ek.


 Ni antara sajian kt tempat penginapannyer. Ko jgn nak komplen sgt eh. Memula sampai aku rasa hokaloh-aloh... sedapnyer makan nasi kt sini. Masuk hari ketiga cam tekak dah tokleh terima dah. So dgn aura sedikit berlagak dok tala nasi beriayani/ayam golek/roti ntah apa nama tah cam roti canai tp tak rasa roti canai kt bawah tu.

 Masuk hari keempat gitu, aku bilang dlm ati, sekali lagi aku tengok nasi ni boley muntahhh. Ha amik nak ko, lepas tu tekak aku dah tokleh terima nasi, sampai aku tak termakan nasi dlm katebang. Sampai tanahair pun aku pi tapau Mekdi. Baru ckp dlm ati, ko jgn main2 kt tanah haram ni.
 
 ehhh tangan saper pulok. Antara menu breakfast. Nasi goren. Siap ada kopok. Selalu makanan wat naik atas bilik je.

 Hari2 terakhir mengambil kesempatan shopping. Pilih je mana nak, nak yg kt bazar murah2 ke, nak kt area hotel tahap dewa sakti. Ofcourse aku pilih yg earlier ngehngeh...

 Ni kt sepanjang jln kt area hotel2 menuju AlHaram byk nau bazar2 jual murah2. Aku beli rempah nasi Arab. sampai laaa ni dok kering dlm kabinet dapur kehkeh.

 ahhhhh gitew. Dah byk shopping kt Madinah, ni wat lauk tambah je. klu ikut hati mati. Tp klu nak shoppink jubah lawa2 i think better beli kt Madinah, lebey variety. Tp cam biasa beli juge kt arked kt sini dasar pompuan tokleh harap punyer. Aku borong byk jubah kt Madinah, selai je utk diri sendiri. kira ok lerrr takleh tamak haloba selfish, sbb apak eh dah byk beli jubah kt bini dia masa dia pi Mesir ngan Gaza tu ari. Ni jubah adalah jubah Mesir dia beli tu ari bawak pakai ke sini. Kt mesia jgn harap, agaknya raya haji baru nak pakai. Tu nampak tak cincin ngengada kt jari aku, sampai Mesia tatau mana aku lesin. Tu ada pak arab manatah bagi free kt aku masa aku teman akak aku shoppink. Aku tak beli brg pun, tp dapat hadiah kahkahkah...akak aku yg beli barang pun dia tak bg, kecik ati member. Aku pun taktau le, baik kt Madinah mau kt Makkah, berkenan aje pak arab kt aku *muntahijoo* Mesti dpt diskaun kawkaw punyer. Sampai akak kau kata klu nak gi beli brg kena bawak aku, aku pandai goda choyyyyyyyyy!!! sgt lah kuangajo punyer guaraun eh... aku rasa sbb mulut aku bising terlebih ramah tamah kot... ko gilerrrr nak goda2 kt tanah Alharam... ya hajjiah! Harrom! Harrom!

 Geng2 kaki shopping terutama hok depan sekali tu Kak Zah kesayangan hahahha...heran betul aku, tiap kali ada org naik bilik dan berbeli-belian dia mesti kata... dohhh beli mana pulok doh comey ngat nihh?? tak pe, sket lagi Kok Zah nok gi beli... kuikuikui...mmg byk betul dia ni bershopping, buat ibadah pun kuat. Good girl!
Kt sini byk le kedai 3 hinggit. Jadik aku byk beli inai n minyak wangi, gelang2 loktang etc. la ni dah tak semestinya perfume attar je, dah mcm2 wangian dah ada, rose, yasmin, ko pilih je.
 Doh penat shopping kami singgah minum jus or eskrim. sgt sedak lahhhh!!!

 Ni mmg tak jumpa yg rasa lagu ni kt Mesia. nyum! nyum! Klu jusnye tu boley pitammm diabetic koma dow!

 So mari kita meronggeng ke shopping complex kt hotel2 bima sakti ala2 TokTi menginap tu. Window shopping je, dah tak larat dah nak shoppink pun. Betul2 depan Masjid AlHaram. Cukup waktu semayang sume tutup lengang.

 kita bergambo jelah.
 Ehhhh mokyong bergambo kenangan di depan gate AlAziz. Sbb dah cik P, tokleh masuk mesjid, kami berzikir maksurat depan pintu mesjid je, sambil terjenguk2 melihat Kaabah kesayangan umat Islam dr luar.

 Catatan suhu gitu.

 Dengan Insyirah yg kuat semangat beribadah. pantang dengo org nak wat umrah dia mesti nak ikut punyer, alhamdulillah, kaki dia yg patah 2-3 kerat sbb eksiden 2 thn lepas gagah pula bila di sini. Good job girl! masa ni mak dia pun join the group Cik P, so kami bertiga malam2 gi gelandangan depan perkarangan mesjid, to breath into the night air of Masjidil Haram, mengambil segala nikmat dan hikmat buat azimat sebelum pulang...ni rasanya masa wat wida', lambaian selamat tinggal buat Makkah....apakan daya diri tak suci, hanya mampu wat dr luar. Bercakap pasal ucapan selamat tinggal ni, kita tak boley lagik berlengah2, hatta pi naik bilik sekali pun kecuali klu nak terkench kejap. Dah ucap selamat tu jgn le lagik wat yg bukan2, kang kena dam! Amik gambo pun tokleh beb! Adik ipo ngan akak aku lepas wat tawaf wida' selamba je pi bergambo depan Masjidil Haram. pastu terkulat2 ko pandang aku, aku pandang ko, ehhh cam salah je... kami ni dok tunggu dah dlm bas mana leerrr tak muncul2 dua org tu, sekali depa tanya ustaz ya ampunnnn pilah masuk balik dlm tu, wat lagi sekali tawaf wida'... hoiiiii....biasa ni! tak pasal2 wat tawaf 14 kali muahahhaa..... last2 menunggu le bas kami ni utk 2 org VIP tu! hahaha kenangan terindah wokkk....

 yeahhhh KFC Arabia...khennnn... sesekali pi beli ni kt betul2 depan masjid AlHaram... kata tak suke amarika....dan2 betul2 depan sejid! huihuihui...
Ni anak2 buah aku suka arrrr... mak apak diorang byk duit, bekalkan duit byk2 kt sorang2 utk shoppin dan belanja. Sekali klu gi ngan aku dan-dan je pau aku, bile aku wat2 donno je, depa kata, takper ar makdak, kita takmboh... sekali tgk aku dah tapau tu ngendeng2 choyyyyy biasa nihhhh...duit ko tu wat pekasam ehhh...tapi ngan anak buah apa ada hal...cam anak sendiri ye dok? belikan juge ler... sampai duit tinggal 5 rial je dah masa ni, dah tak kuasa dah nak tuko duit bagai ni. sbb dah nak balik. Aku tuko 2k licin, tp byk brg boley bawak ke Mesia. Sblm pegi mmg tak rasa nak tuko byk, sbb tujuan pegi nak beribadah. so aku tuko 2k je, sekali kooo, tgk org shoppink cemacam bengkok juga iman hahahha... sampai akak2 aku ngan kak zah offer nak bg pinjam duit. sib baik iman masih kuat. korang klu nak pegi sini i think 2k is sufficient enough. byk dah boley beli barang, tu pun aku dah risau bila timbang beg, ngan inainya, buah kesuburannya, tasbih2 nya hoiiii pantang org berjual!

Oklah uols, ada masa kita gebang lagi. babai bebeh.

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife