Thursday, October 25, 2012

Sembang mak-mak orang

Assalamualaikum! knock knock..sape di dalam?

wehhh mata gue ari ni lawa sikit dari panda jer...boleylah pulak hakak melayan Khabi Kushi Khabi Gam sampai kul 2 lebih semalam...pahtu adinda tercinta sampai from Kuching n bertanggak kt umah, so sambung OT sampai kul 3 pagi.
Aku kan selalu ketinggalan train, bayangkan citer tu production tahun 2001, tahun 2012 baru le aku tengok wahhh epic betullah aku klu bab terkebelakang dari org. selama ni dok layan clip lagu dia je, klu tayang kt tv time raya pon harghaaammm zadeh lah nak tengok inspector shahab, ada je gangguan atau haku tak baper minat, sekali tayang tengah malam buta time sume org tido baru ler lehh fefeeling. once dah tengok kena stick mcm glue plak depan tv, aku sejak mesia replicate qabil qushry qabil igam mintak mahappplah aku nak layan, terdera emosi tgk mesia berlakon ala2 hindustan okeh- get a life! (sowiii ler peminat2 pilem tu sekalian)

Kesian uols juling2 baca entry Bandung kak Yong yek, punyeeeelah panjang eks. Manakan tidaknya, makan dua minggu tulis post tu akakaka...tunggu le Bandung 2 esok sampai tak cukup kertas aku tulih mahahaha...*padahaltakdesapepedulik*

Dah lama tak sembang mak-mak orang, cerita perihal dapur dan anak2, meh le masuk umah Kak Yong, nak gosip2 sambil minum kopi deh.

1. Anak terunaku sayang : Ammar my beloved autistic kid

Alhamdulillah...he's progress, dah masuk 11 tahun ni menyaksikan banyak perkembangan positif pada diri dia. For those who have autistic kid out there, don't feel down and low. You are doing great, berdoa banyak2 dan jgn lupa attached kan dia dgn kelas2 terapi yang ada. These days, many government schools yg ada kelas integrasi mengadakan banyak kelas2 terapi utk anak2 istimewa kita. Some of us might not be able to send them to NGO centre due to the budget/time constraint or, you have to 'que' due the long list of names for registration, jgn frust, sekolah gomen kan ada... I know, they kind of mix all the kids with different disabilities in a same class, but still they are doing their best, kt sekolah Ammar, these kids ditenpatkan di kelas2 mengikut level/tahap diaorang. Macam Ammar, tiap2 tahun Tahap 1 lah sbb dia boleh 3M and uruskan diri sendiri, macam tulah. Hajat hati nak lagi hantar dia ke NASOM utk betulkan behavioral disorder dia tapi apakan daya, none of us, me n hb, can send and pick him on time, we have to abide to the rules and reg. of our company kan, tak leh keluar sesuka hati, dulu hantar kt NASOM PJ, we thought dia bagus disitu tp sayang juga, due to our working hours, selalu ambil dia lambat and we have to bear additional cost utk ambil lewat. wahhh terus omputih perenggan disitu.
 
 Ni antara terapi dak Ammar, tunggang kuda every Thursday kt Setia Alam. Apart from the therapy, they kids had so much fun kt sini. Patut le gi Bandung tu ari beria2 beno nak menunggang kudanya!

 Sume terapi kami daftarkan utk Ammar, except Taekwando. We stopped it when we found that dia jadi cam ganas jeee, termasuk ala2 nak karate adik! brrrrrr...scary dow! plus more dia ni cam lembik je nak tendang2, tak sheshuai lewww... selain tu ada terapi renang, muzik, sensory integration, etc.


 Lately dia jinak bebeno nak semayang, asal masuk waktu je terus pi amik wuduk dan solat. Asal tengok aku duduk bersenang lenang je mula lah tanya, "Ummi dah solat belum? Tak semayang masuk api neraka!" - yolah nak. Hari2 praktis baca ayat2 lazim, tak kira tempat, tgh q nak bayar barang kat kaunter kedai pun baca, tgh gelabah jam dlm kete pun baca, pahtu tanya, "Ummi, kenapa wayamnaunalmaun? kenapa yuwaswisufi? kenapa.. oihhhh kenkadang lemas mak ko nak. ate nak jawap sbb apa? kt umah rajin mengeyoutube al quran, pahtu dia ikut baca, ni takde sesapa pun yg ajo, ikut kepala dia sendiri je. Instead of unleashing ciri2 autistic cam tepuk2 tangan dan lompat2 klu overexcited, repetitive pertanyaan (yg ni sgt2 kena bertabah dan bersabo, klu dia suka satu bab tu yg tuuuulah dia tanya sepanjang hari), dia baik-baik aje, byk juga dah berubah. Cuma sekarang tak boley ditegur, klu tak kena cara tegur dia protes le nak baling2 bantal (tp takut2 jugak), dak pun dia menangis pahtu cakap benda2 yg dia import dr normal kids cam gilerrr, mampos, dan ayat2 catchy bebudak sekrang adoih.....


 couple of months ago, gi jenjalan Low Yat teman anak buah nak beli lappy, bawak le Ammar sekali, mokna ANS tinggal kt umah haha...sekali yang meneman ni le yg angkat satu lappy buat anakanda tercinta, sbb nak bagi hadiah dpt puasa penuh. Budak ni lebih prefer layan lappy dari ipad, hok kt umah dah rosak lama, maka sian pulop kt dia, la ni pulak selalu bergaduh budak berdua kt umah ni rebut ipad so beli le satu. budak autistic cenggitu, dia payah nak bertukar dari routine biasa. masa beli ni tak le ckp kt apak eh...ko gilerrr gaji lambat lagi sekali duit saku beli lappy, atleast balik umah tak boley buat apa2 dah sbb dah terbeli bahahaks sangat bini mithali mak ko yek.
 afterwards treat Ammar with shushi. syabas mera beta...mera khandan mera khurur heyyyy...tekak melayu sejati mmg takleh jive ngan japanese food nampaknya, aku pulak nak termuntah2 ngabiskan shushi dia.


beli yang biasa-biasa je supaya klu rosak tak le maknya meraung, setakat meleleh airmata mungkinlah kot harharhar. yeahhhh aman sikit hidup mak ko, klu tak menjerit2 si mak enon berebut ipad ngan abang.

2. Sembang2 Dapur

 walahhhh.. dah lama cari plastik food portion ni, sejak tgk si chef pala botak License to Grill tu selalu marinate bahan2 bbq dlm plastic lagu ni- mmg dok tercari2, ada kt ikea rupanya bendalah ni. saya kan bukan setakat tertinggal train, katebang pun boley tertinggal, apatah lagi kitchen2 app. macam ni. sgt membantu buat portion2 ayam/ikan dlm freezer.

sejak ada mokna tu, mmg aku jarang ke dapur kecuali terpaksa dan weekend. Si anje-anje masih idok leee bagi maknya duduk kt dapur lelama, bagi apa pun wat main tak lutnya, nak soh kita dok main2 kt hall ngan dia je. bagus, kecik2 dah diva. tp klu apaknya keje lewat malam yg bermaknanya takdek org nak layan diva kecil idola, terpaksalah juga masuk dapur sbb Ammar sgt tak boley mis soru. Sudahnya masak simple2 je.

 cam ni, ai adalah sangat tak guna mee kuning, sgt trauma ngan kes asid borik, so damn worry for the kids maka replacementnya adalah pasta vercimelli. ni dalam proses nak wat pasta sup. beginilah caraku. dah rebus n toskan pasta tu, sangai ngan some olive oil, kicap n some sos bijan. sprinkle le some pepper. Yakni selepas kita sudah menyediakan supnya.

 homaigowddd... Ammar mmg freaks out klu tengok sayur bebanyak macam ni. sekarang sudah berjangkit sama itu adik. bagus, it runs in a family nampaknya. saje aku boh banyak2 supaya dia akan bosan menyahsingkirkan sayur, clever mommy. but clever lagik anak. terus haaaaakkkkptuiiiii itu sayur. termasuk yang kecik. siap bersembur2 lagik ke serata alam. bagus nak. these kids nowadays sangat terer buat mak  tersentap.*airmatayangberderaii*

 tadaaaa... inilah hasilnya, airtangan ibunda tercinta, dispite of the sayur2an, anak2 mmg makan sangat laju, termasuk yg kecik. syabas mere jaan...slurppppp sodappp, ehhh terpuji diri sendiri pula,  maknya yg kembang tekak sbb cam makanan org sakit, takdek pedas, takdek rasa, so buat ler cili kicap potong hahhah baru le kick dop!

 
 so mommy sudah worry pasal nutrisi yg tak cukup sbb they kids are the vege haters. mak ko kan selalu terpengaruh dgn iklan. tgk kt tv tu cam bagus je produk ni, nak menerai kt little Phia. ok, dah beli sebulan tapi trynya belum2 lagik, hermmm typical mak yong.

3. They kids.

 aloh aloh aloh...sekarang dah rambut awan nano. suka lerrrr main patung naruto saipudin abangnya. sungguh tak Paris Hilton me dotter.
 Dalam hati ada taman....taman hati mak kau okeh. Aku cam brutal eh, tapi ada dua tiga ekor koleksi patung barbie yahh....*tutupmukangantangan* sekarang rasanya... tibalah masanya untuk mewarisi koleksi fairy tales kepada puteri tercinta...

 hoihhhh Ammar agak-agak arrrrr, very the gatai one hang nohhhh...
 suka la tewww suka la tewww...

 owwhhh this is not a good sign...ada hati nak congkel mata patung tu yahhh

 another bad sign.....memerati dgn penuh keterminatan sebelum ehhh cam nak lapah je patung tu...
 marilah kita abadikan kenangan patung comel sebelum ia bertukar rupa kepada hantu kak limah, ataupun sebelum ia menjadi OKU huhu...

 practice makes perfect....'laksamania' kegemaran anak and apak eh.

 anytime you request son, anytime.... kecuali mood malas melanda.
and they ate it like piranha... tak kasi chan langsung dak Ammar ni, haku pun tak sempat nak merasa huhu...

 Last but not the least... woihhh makin byk akai noh... la ni suka bebenoooolah half naked *gulp*. suka tanggal seluo n diapers, kendakang sedo2 dah tercicir merata-rata... mulalah aku terbongkok2 nak mengesan tompokan-tompokan air kuning dilantai, cam nak cari periuk api dow, dah la mula rabun dekat, hermmm kids, aren't they do the darndest?

Okay folks,

Salam Aidil Adha semuanya, have a save trip balik kampung yahhh!

Monday, October 22, 2012

YUKKK BANDUNG!

Fuhhh aiii. I've been meaning to post this entry couple of weeks ago but time won't permit. Terkocoh2 mengejar masa, meeting with the deadlines, meeting itu ini, prepare report, etc, etc, kt umah si Sophia lak kena bug apa lepas pulang dari Bandung demam then kena cer-ber, then cer-ber dah baik sambung demam batuk selsema. Mata pun dah cam pontianak kampung dusun ni sbb berjaga malam anak demam ngan tetiba cer-ber kul 3-4 pagi.

Salam semuanya.

Jadi rancangan ke Bandung tak masuk dlm plan pun. Tetiba le cik wan azni call kata nak pi Bandung tak? sebulan sebelum tarikh nak pegi baru inform. bagus. Ingat den nak gi sorang je, lemaklum le nak meneman org nak cari barang kawin kt sana. Sekali bos beso kata mana aci dia kena jaga anak, alang2 nak pegi baik pegi sume sekali! ok, baiklah bos. Maka dingdong 3 family ikut rombongan cik Ani namanya.

Day 1st : Sabtu Yang Terpilu
 Ok, aku ikut rombongan je, sume hal tiket, hotel, pak supir adalah family cheq Ani yg uruskan. Flight pergi pada 6/10 adalah pd jam 6.45 a.m. Sbb nak jimat masa so that we have 1 full day on the first day kt Bandung. Satu lagi sbb tambang is cheaper gamaknya haha. Sebelum subuh sapiea lagik sume siap kena gi airport, pas. Dah check in, amik boarding pass sume- dah ada kt gate sekali ntah cemana sume orang hilang. Ada yg pi semayang Subuh, ada yg charge henpon. aku tengok gate dah buka. sekejap kendian gate closed. dlm terpinga2 tetiba sume org pun dah berkumpul balik tp still buat hal memasing menunggu2 org buat announcement panggil 'diminta datukdatin seri naik ke pesawat etc,ect' gamaknya, puiii... ingatkan kita ni saper ekkkksss? pesawat udaranya nggak nungguin kamu dong! check2 kt info counter tu sekali pesawat dah terlepas daaaa....aiyohhhh kecoh habis! yg heran sorang pun tak dengo last call dia tew, so for the same flight ada dlm 20 plus passenger termasuk newscaster tv9 yg terlepas flight, kecoh kt kaunter, sorang pun tak dengo announcement. *pitam* nak taknak kena amik next flight, yg available lagi plg murah dan afdol adalah flight kul 6.25 pm. hamik nak ko... sume dah tuko muka tikus, masa sampai airport muka gajah kan. so kena tambah RM244 for that flight. ok lerrrr, tu je yg adeerrrr. dah rugi satu ari, cepat2 inform pak supir di bandung flightnya tertunda, kang tak pasal2 tunggu satu hari dia kt bandara bandung.
 
anak den jakun masa sampai kt airport. suka bebeno dpt berlari sana-sini.
 
mintak mahap ya dek, jom le balik, tak jadi naik katebang. Terpinga2 agaknya ANS, sebelum tido ada kt airport, bangun tido pun kt airport lagik.. kupikirin sudah nyampei di bandung...
 
sementara nungguin tiketnya settle terus update status memasing.. sangatlah khannn...
 
 muka tak puashati terlepas flight, cik sophia dah tertido, dah mimpi sampai ke Bandung agaknya. aku malas bawak stroller.fullstop.sendiri-tanggung-kendong-anak-sana-sini.


 WTH nak tunggu kt airport sampai petang, patah balik umah ai di Buana Perdana, kemain nama taman perumahan aku yek, balik2 klu org tanya mana tu? hermmm jawapan adalah belakang taman medan, dekat Sri Manja, depan Petronas. Tak dapat ke Bandung maka singgah brunch at Taman MEDAN sambil minum air BANDUNG muahahha...dah boley nampak muka sorang2 yg dah tawar.
 
  muka happy lagi berlagak dapat juga naik next flight akhirnya...ok, kali ni everyone takmo pergi merata2 dah, everyone must stick together, kul 3 petang dah terpacak dpn pintu gate. sebelum azan Zohor memasing diarahkan siappp amik air semayang dan duduk dgn tawaduk atas sejadah bahaha.
 
 sib baik le budak ni tak le banyak ragam dlm flight, nasib le ye penumpang seat depan ngan belakang, kejap dia jengah org depan, kejap dia jengah org belakang. pastu siap bertempik bajet boley pecah kaca. maklong kata dengo suara dia je dlm katebang haha...mak ko tak agak2 pakai skirt mangkuk tingkat kat anak.
 
 Sampai di bandara Bandung dlm jam 8 lebih. Waktu depa adalah satu jam kt belakang, waktu aku tetap maintain waktu Mesia kesayangan. Jadi sampai kt hotel adalah waktu sudey mengantuk kira2 dkt jam 10 waktu mesia bdn dah letih sia...ketua peramugari kembang kempis announce kita mendarat adalah lebih awal dari jangkaan, aku dah berkepam momtot campur ketakutan sbb ada sedikit turbulance masa di atas paras laut. ai is don't very like fly one. memula sampai hotel aku kata ekkk elehhhh hotel ke umah teres ni? *aikansentiasaberlagak*




 umah teres pun umah teres lewww badan dah lotih bonar... sekali dah masuk sampai ke belakang wowww quite impressive, ni bukan kategori hotel tapi Guesthouse, a boutique guesthouse gitewww, mmg menepati le kebutikannya, sgt menyenangkan dan comfy dan murah bangat donk!
 
 cozy dan mendamaikan...
 


So this is where we stayed.. Ariandri Boutique Guesthouse. Cheq Ani and the gang leave it to the Pak Supir to book the hotel actually, bagus jugak pak supirnya ada taste, sbb hotel yg nak di book sudey penuh. Pak supir aka Pak Jaja adalah contact Ayah Wan aka pakwe cheq Ani yg dah ke sana sebelumnya. waduhhhh bagus bangat supirnya, ke mana saja ko nak pegi dia bawak, dia dtg amik rombongan seawal jam 8 pagi waktu Mesia (sbb ikut jam kt henpon kan), dan bawa balik ke hotel jam 10 malam setelah sume kedai tutup bahaha, satu hari penuh mmg kt luar arrr, so if you mmg meneroka sesungguhnya Bandung, better take Guesthouse sbb tinggal lagi balik tido je. value your money also.



 Bila siang aku peratikan byk betul Guesthouse kt lorong ni, ala2 lorong perumahan SS5d, SS10C cenggitu, owhhh Ayoh Wang tgh amik gambo lewww..

tp sumenya lawa2 belaka... Pastuer nama tempat ni




















So we took 6 room, satu bilik 2 org, ammar sebilik ngan apak dia, ai ngan anje n wan azni. Yuk liat biliknya!







 ni adalah standard room dia, rate hari biasa = 275.000rp =RM86 semalam, sgt okay utk baget traveler yg mementingkan keselesaan. macam ai.

 
 pass








pass.
malam pertama tak boley tido okey, takut ANS jatuh katil, budak tu klu tido cam ikan keli lagi tak suka bergebor, Bandungnya kan kaw. pergunungan, cuacanya lagi nyaman, sorenya hujan gerimis, langsung malannya aku ngak pasang pendingin hawa pun.

Day 2 : Yuk Bandung!


Arghhhh malas betul nak bangun, kok jam di henpon udah jam 7.00 pagi, lagi di pikiran tolak satu jam = samanya baru jam 6 di Bandung. Jam 4 lebih udah masuk Subuh. Yarkkk terusan aja menarik selimut. Gue ngak bisa sholat apa lagi donk...








Rise and shine! kita minum duluan...


owhhh anje-anje apak nih...


berdiskusi over brekie di taman


ALOHHH mak sapaaa lah yg CHOMEL sangat ni...


suke benooolah tu nak berjalan, klu time dia bercerita mmg le cenggini, dia sorang je yg hover, org lain looked kompius, ok tak kelakar...*ni klu berdepan ngan cannibal ni kompem kena panggang lepas ni, imagine sume tu kanibal tgh pegang parang sambil ckp dlm ati..*takkelakarpown*


Ni transpor nya..Sujuki ELF 12 seater. Sewa kenderaan, termasuk upah supir, duit minyak, tol sume adalah 1.8 jutak = kurang lebih RM552 for 3 days, so bahagi 12 pax = RM46 sorang, 46 utk 3 days...murah tak??? gilerrr arrr, supirnya tolak upah dia satu hari je sbb kami delay 1 hari kan...


Bersedia utk jenjalan ke Tangkuban Perahu. Ammar dan Apak eh dok kt depan, depan adalah 3 seater, ala2 kelindan lori gitu harhar...





Perjalanan ke TP, kurang lebih 30km dari Pastuer, jalannya mendaki, cam nak ke Cameron Helan.

Ya udah sampei...masuknya 50.000rp = kurang lebih RM15 sorang


Cuacanya dingin...

hati-hati donk..very steep lah.. akunya lagi lupa mau bawa baju panas ANS



tu diaaaa... dah buat lentok2 dahhh.. nak mintak lepas lah teww...
 
 Us.. aku rasa kalau setakat nak menyedut asap belerang dtg sini amatlah tak berpaedahnya... aku tak tahan sgt baunya tew



hoihhhh nak patah pinggang dokong dak ni tau...
 
 org Mesia je ramai, cuti sekolah esok2 taktau lerrr sesaknya...jadual pak jaja pun dah pack cuti sekolah ni katanya...

Yang tak menahannya lagi org yg jual2 tu lagik ramai dr pengunjung.. eiiikkkk rimaslah! ke mana saja ko pegi dia ikut, macam2 jualannya, rasa nak bg penampar laju2, tak senang nak menikmati pemandangan kan.. tp ye lah apakan daya, deme mencari sesuap nasi kan...aku taktahan rimas beli juge strawbery, tak makan mana pun, stoberinya manis amat, mulalah otak aku pikirin lain.. memula boley le ko muka manis takmo takmo last2 boley naik mengamuk oihhh bila kena kerumun.

beli le baju sejuk kt anje.. dia apa ada hal, bajet kulit tebal, kejap je pakai mengamuk nak buang

suasana kt TP, tak ubah kt kaw Rantau Panjang/Padang Besaq dan yg sewaktu dengannya,

kalau pandai bargain oklah, aku pening kepala nak convert duit, byk beno 0 kt belakangnya, sudahnya tanya RM je, tp awas yahhhh ko tanya RM pun kena bayo Rp jugakkan, make sure kepala otak terer maths, kang balik2 convert ehhh lagi tinggi dr RM yg ko tanya mula2 td. akak kan bajet berlagak terer, tak main le guna calculator henpon bahahaha...masa pegi ni rp100.000 adalah RM32.6 gitewww, giler pening otak berkarat nak bahagi 3 haha....berkoyan2 duit bila sampai kt sini eh.


kalau pandai bargain, harga penjual yg berjalan2 tu lebih murah dari kt kedai2 tu.


hamboihhhh dia pun nak membeli...my mentee

tuuu.. penjual tgh sua barangan kulit kelinci = arnab erkkk...ramai bebeno org nak menangkap gambo kt signboard tu, takdek makna nak tunggu turnnya.

Lepas TP, kita menyusuri kaw pertanian cam strawberry farm, aku rasa lagik lerrrr lawo kt Kemen Helan kita tu, tak jadik le masuknya. Tp ada plak org ride d poney kt sini, Ammar menggelenjan nak naik kuda padi. hermmm bagi le chan...

tangkap le gambo ngan adik sekali. adik dah stim mata nak tido, sian dia, kejap tertido dah sampai satu tempat, sib baik tak ngamuk2 mana. tahu bawa diri kat tempat org ye nak...bagus.

dan maknya sekali.

after that we nak pergi lunch. terjumpa kete kuda...ko ado? jadik pengangkutan kota lagik...well.. might be for tourism purpose lah kan... oh yea, teksi dia VIOS yek...tetiba rasa diri ini kecil. kt sini walau pun macet aka sesak ngan traffic tp ahkak sgt kagummm dengan toleransi memasing. tak de apa hal punya setakat ko hon org sana-sini, dema dah biasa okeh, klu kita kt sini, silap2 driver tu keluo kete, 'Lu apa hal hon gua?', jadi sgtlah toleransi mereka ini mahaha... setakat mat rempit kita boley nangis lah tengok depa rempit...setakat himpit lagik 0.001 inci between bas ngan lori takde apa hal derrrrr....

on d way kiri kanan building might be residence area yg agak elit but byk di tukar jadik hotel/gueshouse
macet-macet... jalannya menurun ni..

terjumpa le hotel terbesar (?) kt Kota Bandung, Universal Hotel, kata pak supir satu mlm kurang lebih rp500.000, ok babai, tahun depan mak aji datang lagik

rumah org berada kot.
satu lagik, aku ada nampak papantanda "Jangan kencing di sini" , aku kepelikan. Must there be the signage? owhhh tak lama kendian tgk mmg ade le org tala seluo ke arah pago tu...huhuhuhu... no wonder lah horr! padan juga rasa public toilet dia adalah bersih ok, that one aku salute, yg kt stesen minyak pun tak jumpa jamban berkerak, tp bayo haruslah rp1000 = 0.30 sen, so agak2 le org tak koserrr nak gi public toilet, last2 tabur je rata2 huhu..


wahhh jumpa one of the kindy kt sana...

ANS sedang menikmati suasana dlm van .. ke mini bas tah.


so kita menyetop for lunch. wahhhh sangat berkonsep resto ini.

we are going to have a Sunda food for today.


sume org tgh kelaparan, kt atas meja pondok ni dah sedia cerek ayonya.


aku tak kelihatan sbb cari bilik air, sampai Bandung perut tak sihat, ke mana saja rasa nak cari toilet, ni adalah bug yg dibawa dr tanahair tercinta, probably makan sambal tempoyak kt taman medan tu ari kot grrrrrr...


ni antara yg depa order, sambalnya katanya sangat mengancam.. aiol takut nak makan sambal lagik...

ikan bendah tahhh. ikan kaloi kotttt, kuahnya dijirus atas ikan masa depa mengidang, maka berasap2lahhh pondok tu, depa kata sangatlahhhh enaknya. sori, makcik ko tak makan ikan darat@ikan sungai, sedap cemana pun takleh lalu kt tekak. bukan le berlagak... tp sedari kecil my mak train makan seafood je, sedangkan arwah ayah pemakan ikan darat tegar, so mak akan masak 2 jenis lauk, tiap2 hari, without fail. satu special for ayah n memana anak yg nak makan ikan darat, satu lagik utk dia dan anak2.
 jadik now, kesian le kt apak ko, nasib le, tak merasa le airtangan bininya nak masak ikan sungai, gulai tempoyak pun guna ikan kembong je noks.

tu dia ANS, main2 je lebey...rambut tu is very the rimas one. sian dia sume lauk tak sesuai so order telur dadar je kt dia. aku takut gek nak bg makan sebarang2 kt dia, jadik tu je le makanan dia pown, kt hotel pun dah standy bubur nasi segera dah dlm beg...

yeahhhh soal makan serahkan saja kpd mereka.
The real ayam penyet sundanese style... jadik aku order ayam penyet je utk diri sendiri. kat sini aku tak jumpa ayam bandar, sume pun ayam kampung okeh. Not badlah. Boley katakan sume okay bangat cuma agaknya tak berapa menepati citarasa ai sgt kot...
tu dia kolamnya, ikan tu terus ditangkap dan dimasak di sini.

yeahhh, lepas ni tak lupa lagik dah nama restonya.
Total bil 825.00rp = RM253, mkn for 13 pax dewasa, okay tak?


 Ronda-ronda kota Bandung terserempaklah kt pengemis alaf baru. They are very creative people, giving some entertainment thru arts for some money. Tak sure actually pengemis ke ada event ke tp nak kutip duit.

 
Next destination is Pasar Baru, the shopping heaven for middle and lower class mahahaha...

on d way, terjumpalah Kartika Sari, tempat beli kek n pastry tu kan, dah masuk dlm schedule dah ni, but due to the time constraint, takdapek lahhh nak menyinggah huhu..


but don't worry kata Pak Supir, dia boley kontek siap2 the baker, dlm van dah siap sebiji kek lapis hot2 from the oven for the testing....sodapppp....what a thought lah pak jaja! lagik murah non dari Kartikasari dibilangnya, i lebiu le pak jaja, anything cheaper, bring to mama! so kami order 6 biji kek nak wat balik. tak silap ni 70.000rp = rm21 for 1/2 kg kek. freshly baked lagik. yolah, opkoz pak jaja makan komisen dops...



Pasar Baru dari luar - tak menahan aku tengok kesesakannya, tp kul 5 dah tutup. kelamkabut dibuatnya.
Pasar Baru adalah bersamaan Jalan TAR kuasadua.


Terus saja ke kedai jual kain pasang. Bakal pengantin nak beli baju utk pengiring2 dan famili members, berkodi2 huiiii nak kawin jaman sekarang boley pitammm belanjanya.

hokaloh alohhh kt mana saja pun boleyyy tapi utk seketika yaahhh..

Kat sini pown kena pandai2 le cari kedai yg tawarkan harga murah, aku rasa kalau setakat nak cari baju-bajan biasa harga dia standard sama je kt kita, takdeler murah mana pown...klu nak cari baju-bajan branded eloklah dan lebih afdalnya pergi ke factory outlet cam rumah mode. Kain pasang, telekung, kain batik dan pelikat mmg la much cheaper dari kita. Elok pi tingkat plg bawah klu nak cari benda2 tu,. aku borong kain telekung semayang kt tingkat atas tu.. kemain peniaga yg jual tu yahhhh, dah tawar2 harga dia ckp ni je harga plg kurang, walau apa pun terjadi ngak bisa diturun lagik, so borong le, sekali cheq Ani beli kain kualiti sama kt tingkat bawah adalah 50.000rp cheaper puiiiiii...walau apa terjadik yek??? grrr....geram betui le sbb beli byk pasang, dah tu rejeki dia so apa kita nak ckp horrr... aku dah malas nak convert2 terus tanya RM dan some of the peniaga terima RM. but takyahlah guna RM rugi kitew.


after that mengintai bakal pengantin cari kain utk menikah plak... dia siap2 customize pasang2 kt patung lagik pilihan kiterr, boleh tempah kt situ juga, so mek ni beli dan tempah siap2 kt sini


amboiiiii anak dara den.. awak punya turn lambat lagi nohhhh...


After that, Pak Supir suggested pergi kt tempat pemborong untuk kain pasang, katanya lagik juga much cheaper dari Pasar Baru sbb Pasar Baru pun amik kt sitew...oklah pak supir, bring it on! we are the cheapskate you are welcome hooray, hooray!

terusleh dibawa ke rumah pemborong merangkap kilang kecik harhar...



Sume kain pasang adalah RM35 hinggit mcm2 ada...opss sori le bg yg nak meniaga dah terbocor harga nya miaw...org indo takdek maknanya nak beli kain pasang sbb depa mana pakai baju kurung bagai ni, ni kata bapak Rudy mmg utk org mesia je spesial jualannya, byk dong org Mesia borong buat jualan di mesia... ohhh kesahnya...

inilah rumahnya di Taman Kopo Indah..ingat tu...

sekali terjumpalah kain telekung utk budak2, kira harga cincai dia bagi RM12, bagus bangat kainnya tew, aku rembat 3 walau tau ANS tak muat pun lagik ish ish ish...

tu dia Pak Rudi tgh mengadap pemborong selera beso dari Kay EL...sakan memborong ler depa2 ni..
pak rudy dan mbak wewe, chinese indo, aku suka bangat dengo chinese dia ckp indo pekat, bila depa ckp china sama2 depa tetiba rasa sgt awkward dengonya, langsung tak lancar, bila lah org cina kt kita nak ckp pekat bahasa melayu tatau lerrr..

Malam dah agak tua beno...tp lagi kedai tak tutup tak reti nak balik...

singgah di gedung apatah nama ni...ada org nak beli beg sbb tau dah brgnya dah beranak pinak haha...maklong tolong le kendong dulu budak kecik ni, mak ko nak window shopping (yolah tu).. kesian anak aku pakai baju tu je sehari2, tuko diapers je, tapi tak heran juga sbb tak berpeluh2 sbb cuacanya kan nyaman...dasar very de mak ko ni...


yeahhh Ammar dah dpt beg sekolah baru.

Perut pun dah lapo balik. Yuk makan dulu dong!

Jadik kami nak makan yg light2 ajerkkk setelah berkepok2 bakul nasi licin siang tadi. We went to Baso Malang, nak makan bakso huahhh...

woihhhhh, cam spageti okeh.... menurut kata bibik2 in da famili, ini bukan bakso asli, yg aslinya selalu yg bihun tu kan.. ni meenya tu adalah mee segera cam Indo mee tu. Siap ada kepek tempe ke gitulah. Aku makan separuh dah kembang tekak. Lebih prefer bakso Ema the cleaner kt opis lagik. ini dah sgt komersil. so malam tu makan goreng2 cam nasi goreng, bakso, adalah 357.000rp = RM110 for 13 pax. klu bab makan mmg boley berjoli sia...
ayoooo kesian anje...kena campak kt situ je, inilah akibat malasss nak angkut stroller.

alohhhhhhh... sujud syukur ke dik...sian lah dia cam dah terdera dahhh di bawa ke hulu ke hilior... sori ye dekk...


Fuihhhh sekian dulu lah entry makan minggu nak menyiapnya...betul2 mengejar masa la ni....
Daaaa..

Next : Bandung 2 insyaAllah...

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife