Sunday, October 12, 2014

Ice Age

Ok sambung lagi jalan2 dkt yg mana boley buat hari weekend.
Satu hari tu, hari Sabtu ke Ahad, lepas Zohor gitu tetiba rasa nak ke mana. Pagi tu plak dok skodeng IG, Fb bagai nampaklah hashtag Ice Age kt Genting. Haa... tpt sejuk, bagus. Dah petang pun jadi. Sian budak2 sbb weekend depa bukan cam weekend orang lain. Kena tunggu mamidedik off betul2 baru boley jalan2. Klu tak bapak dia keje makdia yg keje, tp mak dia jarang2lah. So off we went up to the Genting, Apak Eh kata bukan ke tutup? Mak Eh kata, yg tutup tu outdoor park jek! Chalo!

Eh dah sampai dlm kul 3 lebih kot. Berkabus2 Genting. Nak mencari parking menyaso. Nak cari convention centre dia pun menyaso. Akhirnya sampai le juga.
 
Tiket masuk rm20 kot. Aku tak baper impress sgt le sbb cam tpt galeri je. Susah nak impress aku ni rupa2 nya (poyo). kalau dia buat atleast ala2 Jurassic age cam kt I-city tu ke ok le jugak (eh ada lagi ke?). Real sket.
 
 Tapi budak2 maybe sukalah kot esp. yg suka sgt citer Ice Age cam Aleesya tu. Tiap2 malam melayan citer tu duh.

 
Setakat tangkap2 gambo gitu je lah.

 
 Dak ni mmg pasrah lagu ni lah dianya klu soh bergambonya.
 
 Kebetulan masa aku pegi ada shooting, ngan blogger2 cam abang Nara gitulah. pastu ada rombongan budak sekolah.
 
Eh...tetiba saya muncul di situ.
 
Ada lah sebijik dua trick art cenggini. Pandai je depa ni belakon eh.

dan satu lagi.   

Lepas tu mcm taktau pebendaaa nak buat. Dah lepas bergambo tu dpt aiskrim. Mcm ada activity art n craft tp cam tak menggapaiku ke situ. Maybe sbb bebudak sekolah tu dah kerumun kt situ. 
Lepas tu mcm nak blah. Tp dia kata ada short story/movie. So masuk dlm room ni tgk citer pendek dan ada Q&A sambil dpt token. 

 Lepas tu maskot pun keluo lahh jengjengjeng...

amboiiii siap main2 pala anak aku eh.
kt luo dewan tu.

ni mende nama dia ni? Scrat? Panas tak dok dalam tu?
  
pastu ada cam dua game boley main dlm tu. Kena beli kad. Nampak gaya sume keturunan kami mmg takde ong bab main ala tikam2 ngan pusing2 roda sbb nak rebut soft toy. Ammar je berjaya dpt satu soft toy kecik. Payah ooo nak kena. Sape yg dpt byk2 softtoy tu samada dia top up card tu byk2 atau mmg dia dpt sponsor kuakuakuak... padahal tangan kita ni yg pengkor huhu..pastu sempat solat Asar dlm tu, selesa.


Lepas tu rasa jom le balik. apsal aku rasa tak le seronok mana pun. So jgn terpedaya ngan review aku, hal2 ni mmg subjektif, tak seronok aku maybe seronok kt hangpa. so silakan pegi. budak2 mesti suka.

 
 Lepas tu berlegars kt dlm indoor park tu. Sempat naik train tergantung tu. Ingat nak bwk Aleesya masuk dlm playland tu tp dah rembang senja. Next time maybe tp dtg awal2 la.

Lepas tu lapar. Makan kt MB.
Turun bawah dah Maghrib, so berenti solat kt Masjid kt bawah tu. Dah tu je habis. Ntah apa2 laporan.

haaa ni sbb dia debok. Boley tahan gek le klu makan. Tp tak le byk mana pun. Aku rasa sbb lepas dia umur 2 1/2 thn dia dah tak baper minat susu. Klu nak bg susu dia soh tambah milo, jadi elok aku cari susu perisa coklat. Susu dia biasa minum takde perasa coklat. So aku try Dutch Lady coklat. Suka pula dia. Sbb tu debok kot. Klu makan nasi tak kena lauk dia boley mkn nasi putih sesaja.

Bibik beli benda atas kepala tu kt paso malam. Terus rupa bibik Eni.
Ok bai.

Saturday, October 11, 2014

When you have it here...

Arrghhhhh takmo komen, takmo komen byk bajet 2015. Tak memberikan apa2 impak pd saya pun. Not even my income tax. Tp kenaikan kos sara hidup - hidup ke, mati ke... saya lah kena tanggung, sayalah probably antara penyumbang BRIM tu melalui tax yg dikenakan ke atas pendapatan saya. Kena redhakah saya? Saya redha klu betul2 di salurkan kepada pihak yg sepatutnya. Tp klu ada kes yg tak patut dpt tp terlepas dpt gek... itu bisa mengundang murka. Sedangkan ramai lagi golongan sepatutnya tak dpt. Pastu guna duit wat shopping kt Pekan Kuah lagi. Atau beli smartphone baru. Tak bermanfaat langsung, bukan nak menambah pelaburan ASB ke, tabungan lain ke. Gi berjoli. Jgn tipu benda mmg jadi. Lazim org kita. Tp of course tidak semua lah. Gula2 apakah ini jibby? Agihan kek yg tidak membuatkan semua org kenyang! Arghhhhhh tensinya dok dlm golongan sandwich nih... kaya idok miskin idok... terjepit terjepit di tengoh2 bayo itu ini. Now kalau ada org kata hiduplah dgn ukur badan baju sendiri. Klu takmo baya itu ini jgn beli umah besar, kete besar... tang kete saya setuju. Tp klu tang rumah ia takkan susut nilai. Klu mampu dgn duit pendapatan takde salah beli rumah selesa di bandar, sekurang2 menyumbang statistik kaum saya yang mampu milik umah selesa. Daripada masuk statistik keciciran di bandar. Takmo dengar kaum saya ramai cenggitu. 

Saya bukanlah jenis menghabiskan gaji saya sampai tunggu next gaji. Hampir separuh gaji saya pd setiap bulan, saya agihkan ke akaun lain termasuk menabung. Jadi saya cuba disiplin kan diri utk survive jumlah yg saya put aside utk belanja. Sbb tu saya byk berkira nak berbelanja. Buat2 lupa duit dlm akaun yg dah di asingkan. Tp kekadang terbabas gek esp. adanya occasion huh.Tp dgn keadaan sekarang i doubt boley menabung byk sob sob... Dlm kepala berkira2 nak pencen awal. Dah letih, nak rehat. Sbb tu berjimat cermat dr sekarang. Klu boley tak nak dah sambung hutang itu ini lagi, maintain jelah apa yg ada. Saya kan pekerja swasta, takdek pencen...kenalah ada tabungan sikit. Nak tunggu umuq 50-55 lambatlah plak lagi nak keluo epf tu kan huhu... Itu hanyalah rancangan...Dia je yg tau apa nak jadi di masa depan....

 --------------------------------------------------------------------------------------

Anyway, saya pun kena ikat perut gek nampaknya. Nampaknya saya kena byk mkn buah-buahan tempatan .. dan berlibur bawa anak2 ke sekitar lembah Kelang je huwaaaa...

...Such as bawa budak2 gi I-City satu lazy afternoon kebetulan apak eh tak keje. Maka terhasil lah gambar2 cam kt bawah. Kesian budak2 ni... mak apak spesis kena keje weekend gek. Begitu teruk nak cari duit ye anak2 huhu... kadang2 dah rasa tua no dah letih nak kejo timeline sumer. Solat pun boleh tak sampai  4-5 min masa kt opis tu punyalah nak kejo masa. Laghaaa sokmo2. Apa pun tak boley.

Bila tgk gambo2 kt dlm henpon ni rasa nak senyummm je. We only managed to visit the Trick And Art Museum je, keluo2 dah lewat beno nak Asar.
I personally think that this kind of activity adalah very good for autistic kids. Or maybe just Ammar. Tgk expression muka and body language dia ... menjadi plak. Maybe he sees things differently so lebih senang pada dia nak nampak naturally.

Of course lahhhh... kena instruct pebenda nak buat. But he did that naturally and paham what is the outcome from the tricky art.

Panjat Mar..panjat.

Org bongek art cam aku ni mula2 masuk tu tertanya2 pebendeeelah nak buat ngan bendalah ni. Sbb buta art ke apa. Sib baiklah ada cth gambo kt each of the tricky art tu. Wahhh terlajakkk tua berkarat otak Kak Yong ni dehhh...

Aku suka ini.
 
 Dan ini. Luahan perasang ke apa Mar?

Amboiii iye iye nau...
Pandai juga anak aku berlakon. Probably he thought it was almost real.

Pasrahhhh ikut arahan mak kau. Sib baik beri kerjasama yg baik.

tak tau pasai apa jadi melintang songsang gambo ni.

Sila teleng pala sikit klu nak tengok hih

alo Amoi...Tengok adik pulak.. si Aleesya debok. Saper pun jumpa dia mesti kata dah debap sejak dok ngan bibik. ehhhh byk cantik bibik dpt nama. Sedangkan bibik pun kekurangan zat sekeping je. Dah le tak meraikan makanan. Sampai ke la dok makan nasi sekali sari je. Cemana dia survive aku pun tak tau. Klu aku tak instruct masak kt budak2 ni kering le budak berdua tu kt umah. Mula2 dia dtg tu anak aku makanan ruji nasi ngan telo ngan kicap je. Dia bukan reti masak nau, kena le aku yg ngajo. Sekarang boley le masak ayam kicap ngan sambal. Ok le buat anak2 aku idup pd siang hari. Blk kang aku masak le mee ke toast ke.
Tp aku kena sorok penyedap makanan cam Tumix tu. Perghhh baper sudu dia boh aku taktaulah...gemo beno pakai perasa depa nih. Allah mak ai.. baper byk ngumpat ko kt sini Eni...dah.

ohhh buaya ropa gini tak le takut mana haha

Boley tahan le suruh belakon dak ni

hihi

Ammar dah boring. Aleesya pakai tibai je..org soh lambai dia lambat..tp yg gigantic art mcm Ammar buat tu dia takut.


hahaha...  molek gek ikut arahan si mokna ni...some of the art cam x real sbb lighting kot.


Yang ni gaya bebas. Depa pilih nak masuk dlm mulut.

hello..tibalah giliran mak kau, kasik chan kt dia.
dia mmg suka bab ni.

org tu tgh gosok baju apahal kena siram aku pun x paham..

ahhhh gitew

huhu..kita tak mampu nak oiii nak gi sini. Iye-iye mokna tu mcm main ngan kucing jadian.


dah...nak keluo- org museum upah eksrim.

dahhhh lewat petang..nak kejo solat Asar, tak dan masuk sini. Eh.. ke sebab tiket masuk RM50 sorang? kita kan miskin bandar hahaha....
Ok, jumpa lagi!  

Friday, October 3, 2014

Kula Kula

Salam.

Sebab apa kita malas nak update blog? Sebab ada media sosial cam IG. Petik kamera bg 2-3 words and you get connected. La ni sume nak cepat sbb masa pun berlalu sgt cepat. Baru je berhari Jumaat tup tup dah Jemaat balik. Allahuakbar... tak terkejo dah lagha dunia ni. Sebuk manjangggg.... 

Dah lama nau berperuk dlm folder citer Kula Cakes ni. Sbb suka skodeng IG org maka terjumpalah satu tempat yg hype n femes ni yg rupa2nya kt kg kitewww je. Kt mana celah ni tak pernah perasan pun bila lalu. Ok, lokasi kt Jalan Besar, Kuantan. Cafe for cake, dessert and such. Dan nak bergambo bajet masuk FB ngan IG ngan yg sewaktu dengannya.

 
 Haaa kan... Nak bergambo2 cenggini. Gantung basikal kt dinding yg nampak kulat2 kusam2 jadiklah artistik.

Aiya amoiii Aleesya debok klu posing sekali hermm..

Meh masuk dalam. Hahhh gitewww menu and regenya.

 
 Hahhh gitew kt kaunternya.

 
 Haah gitew amoinya, kt dalam ada le sebiji dua meja ngan kerusi. Kecik je cafenya pun.
 
Hahhhh tak tertahan2 lagi tgk cakes n pastriesnya. Sume nak try.


I've tried this. Gehhhhh...geli geli tekak manis ang ang. If you are a really, really, I mean really are a sweet tooth mmg selayaknya ini utk anda. Hakak tak tahan ouls terlajakkkkk manis. Baper kg gula tumpah tak tau ah.

 Those macs pun samo yo.

Red velvet... Tak silap aku pegi bulan pose ni. So tak dan kt aku dah dibaham Aleesya. Sedap barangkali.
 Akan tetapi.... cafe ni mmg femes sbb mango cheesecake ini. Terbaekkkk! Win sangat. So guys if you are craving for mango cheesecake go get them at Kula Cakes *mesej tak berbayo*
Dah tu je nak citer. Kebosananggggg yg melampau dalam kebizianggggg ni. Bz tak kancup2, Allah duga ngan kesibukan duniawi. Moga Allah ampunkan dosa kita semua yg selalu capek ngan urusan dunia ini.
Eh, Selamat Raya Korban uols! Puasa tak? Kita mengambil fadilat sempena Wukuf ni pose from Khamis n insyaAllah sampai Sabtu. Selamat beramal.

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife