Ice Age

Ok sambung lagi jalan2 dkt yg mana boley buat hari weekend.
Satu hari tu, hari Sabtu ke Ahad, lepas Zohor gitu tetiba rasa nak ke mana. Pagi tu plak dok skodeng IG, Fb bagai nampaklah hashtag Ice Age kt Genting. Haa... tpt sejuk, bagus. Dah petang pun jadi. Sian budak2 sbb weekend depa bukan cam weekend orang lain. Kena tunggu mamidedik off betul2 baru boley jalan2. Klu tak bapak dia keje makdia yg keje, tp mak dia jarang2lah. So off we went up to the Genting, Apak Eh kata bukan ke tutup? Mak Eh kata, yg tutup tu outdoor park jek! Chalo!

Eh dah sampai dlm kul 3 lebih kot. Berkabus2 Genting. Nak mencari parking menyaso. Nak cari convention centre dia pun menyaso. Akhirnya sampai le juga.
 
Tiket masuk rm20 kot. Aku tak baper impress sgt le sbb cam tpt galeri je. Susah nak impress aku ni rupa2 nya (poyo). kalau dia buat atleast ala2 Jurassic age cam kt I-city tu ke ok le jugak (eh ada lagi ke?). Real sket.
 
 Tapi budak2 maybe sukalah kot esp. yg suka sgt citer Ice Age cam Aleesya tu. Tiap2 malam melayan citer tu duh.

 
Setakat tangkap2 gambo gitu je lah.

 
 Dak ni mmg pasrah lagu ni lah dianya klu soh bergambonya.
 
 Kebetulan masa aku pegi ada shooting, ngan blogger2 cam abang Nara gitulah. pastu ada rombongan budak sekolah.
 
Eh...tetiba saya muncul di situ.
 
Ada lah sebijik dua trick art cenggini. Pandai je depa ni belakon eh.

dan satu lagi.   

Lepas tu mcm taktau pebendaaa nak buat. Dah lepas bergambo tu dpt aiskrim. Mcm ada activity art n craft tp cam tak menggapaiku ke situ. Maybe sbb bebudak sekolah tu dah kerumun kt situ. 
Lepas tu mcm nak blah. Tp dia kata ada short story/movie. So masuk dlm room ni tgk citer pendek dan ada Q&A sambil dpt token. 

 Lepas tu maskot pun keluo lahh jengjengjeng...

amboiiii siap main2 pala anak aku eh.
kt luo dewan tu.

ni mende nama dia ni? Scrat? Panas tak dok dalam tu?
  
pastu ada cam dua game boley main dlm tu. Kena beli kad. Nampak gaya sume keturunan kami mmg takde ong bab main ala tikam2 ngan pusing2 roda sbb nak rebut soft toy. Ammar je berjaya dpt satu soft toy kecik. Payah ooo nak kena. Sape yg dpt byk2 softtoy tu samada dia top up card tu byk2 atau mmg dia dpt sponsor kuakuakuak... padahal tangan kita ni yg pengkor huhu..pastu sempat solat Asar dlm tu, selesa.


Lepas tu rasa jom le balik. apsal aku rasa tak le seronok mana pun. So jgn terpedaya ngan review aku, hal2 ni mmg subjektif, tak seronok aku maybe seronok kt hangpa. so silakan pegi. budak2 mesti suka.

 
 Lepas tu berlegars kt dlm indoor park tu. Sempat naik train tergantung tu. Ingat nak bwk Aleesya masuk dlm playland tu tp dah rembang senja. Next time maybe tp dtg awal2 la.

Lepas tu lapar. Makan kt MB.
Turun bawah dah Maghrib, so berenti solat kt Masjid kt bawah tu. Dah tu je habis. Ntah apa2 laporan.

haaa ni sbb dia debok. Boley tahan gek le klu makan. Tp tak le byk mana pun. Aku rasa sbb lepas dia umur 2 1/2 thn dia dah tak baper minat susu. Klu nak bg susu dia soh tambah milo, jadi elok aku cari susu perisa coklat. Susu dia biasa minum takde perasa coklat. So aku try Dutch Lady coklat. Suka pula dia. Sbb tu debok kot. Klu makan nasi tak kena lauk dia boley mkn nasi putih sesaja.

Bibik beli benda atas kepala tu kt paso malam. Terus rupa bibik Eni.
Ok bai.

Comments

Mulan said…
seronok jgk ice age kan.. waahh baik nya bibik belikan hok atas kepala tu..

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet