Posts

Showing posts with the label Movie Review

Hafalan Shalat Delisa

Image
 ......"Delisa sayang Ummi kerana Allah..." -Allahuakbar betapa akan menitis airmata ini jika anak-anakku berkata begitu usai solat berjemaah bersama-sama.... Akukan selalu ketinggalan komuter....rupa2nya ramai org dok sohseh2 citer HSD, kisah berlatarbelakangkan kejadian Tsunami di Acheh pd 26 Dec 2004 yg lalu... Cerita ini sarat dgn pengajaran, ajaklah anak2 anda menonton bersama. Cerita ini kuat pada watak anak kecil Delisa yg petah berkata2, nakal dan periang. Anak2 kecil biasalah.... selalu buat benda nak upah. Justera Delisa buat apa2 pun sbb nak upah, misalnya Ummi dia sudah siap beli seutas rantai dgn loket "D" jika dia lulus ujian hafalan sholat, maka anak kecil itu dengan bersungguh menghafal bacaan solat sehingga tiba giliran dia menghafal, tsunami pun melanda. Dia pejam kuat mata dia sbb ustaz pesan, jgn hiraukan keadaan sekeliling ketika ujian menghafal.... bukanya mata dia sudah tersadai di birai pantai dgn kaki yang cedera teruk da...

Went out for movie : 2012

Image
Memula harus aku akui I'm the domestic goddes, anti-social, whatever, you name it, I'm all that. Can't help when you have a special kid whose behavior is 'superb'. So bila Encik A dapat off 4 hari straight peluang utk berpoya tidak harus dilepaskan (off masa weekdays - duh). Now boleh tinggalkan a son ngan Daddy while mommy dgn amannya buleh tgk wayang. Since dia punya promo release aku mmg aim nak tgk citer ni. Satu filem berskala besar in terms of budget and special effectnya mmg sesuatu yg I'm looking forward. With that, malam semalam pegi Sunway Pyramid ngan KLK, gamble je tiket utk show 8.30 p.m. Sbb sume show malam tu full house, so kami berbaris panjang dgn harapan ada org yg reserve but didn't turn up. Hah! how lucky, sampai kt kitaorang punya turn mmg ngam2 ada 2 seat tapi lain row. Tak kesahlah, it was worth it beratur panjang tu dan penat2 tu kan. 2012 probably the closest picture a human being could ever potray what's the doomsday's li...

Tengok movie : Harry Potter

Image
Bila aku tgk iklan wayang Harry Potter tu ari cam best, maka dengan penuh berniatnya aku soh KLK membeli tiket utk malam semalam. Tiket yg cun dgn kedudukan yg cun adalah pukul 8.20 p.m. Maka dengan penuh disiplinnya makcik amik air semayang dan tunggu azan maghrib berkumandang, wahhhh... kira klu ada markah dpt le aku markah penuh ari tu, klu tak, cam tak percaya namanya aku ni nak tunggu azan dan semayang awal waktu camtu, ai, bilalah nak berubah mak yong oii... Encik aku bagi mesej balik lewat sket disbbkan peristiwa pengeboman kt hotel di Indon. Kira utk tajuk berita utama esok hari la tu. Duh, pukul baper nak sampai kt Mid Valley ni. Sebelum peristiwa pengeboman 2 hotel kt Indon petang tu aku dah bagi mesej ancaman bom dah kt Encik aku tu supaya balik awai ari tu, klu tak perang dunia kedua akan meletus. Sbb malam sebelum tu telah tercetus perang dingin pertama antara aku ngan encik aku tu gara2 perselisihan pendapat nak hantar anak ke NASOM balik. Tak per ler, tu nti aku tulis di...

Tengok Movie

Image
Kelmarin lepas balik keje badan rasa lesu sbb otak bersawang tension. Kak Long Kecik (KLK) ajak pi main bowling. Aish, tak sior aku, maleh le nak baling bola ke longkang lagik, sekali KLK ajak pi tgk movie. Hmmm, aku pikir cam ok je idea budak ni, lagik pun rasanya since ages aku tak tgk layar lebo. Citer apa? KLK kata Hannah Montana, aishhh, citer budak kecik rupanya, akak ni klu kt skrin halus buleh le layan tgk citer2 budak kecik ni. Aku sebenonya nak tgk Transformers tpi nampaknya ahli jemaah lain dah tgk. KLK tepon kawan dia kata kul 9 ada citer Last House on the Left (LHTL). Suspen thriller, ok gek aku rasa, setidak2nya boleh jugak aku lelap mata dlm panggung tu nti. So kenalah aku mintak approval dr En. A. Sebenonya aku agak mencuakkan diri je nak tepon lelaki itu pasai pagi tu aku dah lancarkan perang hangat kt dia. Asalnya terlewat bangun jek, sbb dia buleh tido balik lepas dengo jam jaga. Sebenonya aku pun dengo tapi sbb tanggungjawap En.A di pagi itu mengerahkan kami bangu...