End Year 2017 and New Year 2018

Assalamualaikum wth. and salam sejahtera.

End of 2017 adalah waktu kedukaan bagiku bilamana bonda yg dicintai telah kembali ke pangkuan Rabnya. End of 2017 adalah juga waktu yg sempat mengecapi kegembiraan dgn spiritual trip utk umrah dan ziarah Mesir bersama 6 siblings and family members. Sblm kami berangkat utk umrah dan ziarah, mmg berat hati utk meninggalkan mak dgn keadaannya yg uzur dan keluar masuk hospital. Bila dia beransur pulih sblm kami berangkat pd 7hb December, legalah seketika hati. Ketika di hadapan Baitillah tak hentinya berdoa utk dipermudahkan segalanya bg bonda. Kami tahu emak tak mampu bertahan lama, kami berdoa emak utk tunggu kami sehingga kami pulang ke tanahair. Aku personally tidak berdoa utk kesembuhan seperti biasa, kalau baik syukur Alhamdulillah, tetapi sekiranya adalah lebih baik utk dia pergi, aku mohon Allah ambil dia dalam redha Allah pd bonda, dalam rahmat dan kasih sayangnya. Alhamdullilah dia tunggu kami, 3 hari selepas pulang, dia pergi untuk selama-lamanya, Syukur Alhamdulillah, aku dapat mengadap, memandikan jenazah dan mengapankan bonda sebelum dia ke destinasi terakhir. Cukup tenang muka bonda seolah2 sdg tidur dan alhamdullilah urusan perjalanan ke destinasi sebelum akhirah berjalan lancar.


Dan ketika itu juga struggle utk menyiapkan course work sblm semester berakhir, aku sudah tak tahu siang dan malam, hari apa, berapa haribulan...semua harung dalam satu masa. Tidur pun hanya berapa jam saja, dr jaga mak di hospital sblm kematiannya, sampailah berjaga malam utk sudahkan course work. Sesungguhnya aku letih....

Few of photos from the trip here, insyaAllah if time permits, I'll blog about it, and cont. with the Balkan trips. Selamat tahun baru rakan alam maya, semoga 2018 membawa sinar keindahan dalam rahmat Allah kpd semua...

























Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet