Monday, August 30, 2010

Berpuasa di kampung

17 Ramadhan - Hari ini dalam sejarah. Ammar dapat puasa penuh. Macam tak caya je. Makna kata boleh la tu puasa penuh, tp tak tau la masa mandi togok air paip bergelen2! Setiap kali pose setiap kali tulah protes! Tak paham2 kenapa kena pose. Tp disebabkan separuh hari dalam perjalanan nak balik umah Tok dek kerana excited boleh la plak lupakan kelaparan tu. Hari kedua and ketiga kt kampung umah Tok ada 2 org sepupu kenit yg tak pose, keimanan mulalah goyah, taim bebudak tu makan nasi dlm pukul 10 meraung2 mintak nasi juga. Maka hari kedua boleh tahan sampai kul 2 jek. Hari ketiga haraaaammmm, terus baik makan pagi2...susah betullah budak nih!

Meanwhile....

Pak inchik bila dah balik umah emak dia mulalah....request kt emak nak makan tu ini...adoiyaaiii, anak emak le katakan. Emaknya pulak tu sukalah melayan hajat anak bongsunya itu, yelah, sape tak sayang anak. Pak inchik request emaknya masak kuih2 nostalgia zaman kecik2 sampailah dah bapak budak ni, tu le kuih tradisional orang kampung dia. Aku plak sejak kawin ngan orang Perak nilah baru kenal nama kuih2 ni. Tapi yang aku tau org Perak kt kampung dia kuat makan manis! Aw makkk...makan le manisan diaorang ke, minum air kopi diaorang ke...silap2 buleh kena diabetic koma!

Tapi herannya famili pak inchik ni tak de la pulak yang kena kencing manisnya! Plak tu macam MIL dan adik beradik MIL yg masih tinggal lagik tu tak de le kena penyakit2 kronik dah usia emas pun, macam MIL dah 80an tp still sihat lagik, cuma dah tak gagah cam dulu je lagik. AKu rasalah, aku dah discover apa rahasianya tu bila perati cara pemakanannya tu. Salah satunya makan ikan bilis hari2! Disbbkan dulu2 masa muda MIL and famili buat bendang, maka breakfast diorang wajib pagi2 tu nasi dan sambal bilis, sampailah sekarang, mesti ada tu. Air kopi plak hari2, aku yg tak reti minum kopi pagi2 pun dah buleh on. Jadik ikan bilis tu kira cam sumber protein utama dan sape tau jadi rahasia umur panjang ke... ok, ok, makcik agak merepek dah disitu, tp manalah tau...


Inilah namanya lempeng basah, aku rasa cam lucu bila mula2 tau nama dia, sbb tak de kena mengena ngan rupa lempeng pun, tp febret pak inchik ni. Yang bentuk kun tu tepung pulut campur santan pastu intinya gula, pastu tabur gula kt base dia, curah santan, pastu tabur gula lagik kt atas dan kukus...hermmm, boleh bayangkan dah manis tuh! Tapi sebenonya aku pun layan cuma tak boleh byk sbb tak tahan manisnya tu!Tak pernah aku jumpa pun ia kt mana2 PARAM...exclusively kuih tempat diorang kot!


Yang ini penjan ubi, pernahlah jumpa sebelum kawin ngan pak inchik, pun tak tahan manisnya tu...


Yang ni pengat biskut kapas... selalu jumpa dalam kenduri kendara diorang, level manisnya tu pun buleh tahanlah...

Ok, tu jelah nak share, until jumpa lagik.

Thursday, August 26, 2010

Sotong Sumbat Perpat



Bila mata dah makin kuyu petang2 hari tu haruslah mak telek2 buku resepi. Ada satu gambar yg cepat menangkap mata mak, buku dia Masakan Tradisi Johor oleh Halimah Shuib. Ditelek2 rupanya tu barulah mak perasan ropanya si Halimah ni (bukan, bukan HJ), beliau adalah pengasas jamu mak dara. Oh rupanya terer jugak dia masak eh. Tabik spring utk beliau di situ. Maka nama dia sotong sumbat perpat. Jadik mak terailah. (Aish, rasa cam Mak Neng pulak bila bahasakan mak nih). Sebab dia ada kelainan tang sumbat tu maka aku pun coba. Bolehlahkan, tp sebab masak sekali ngan gulai tempoyak ni maka dia jadi lauk sampingan je lah. Tapi cam biasa, aku olah2 kan lah ikut suka aku sbb tangan ni haippp biasa nih, tak bedung. Sari dua ni terajin lah pulak nak main2 resepi nih. Jadi, mari kita semak resepinya :

Bahan A :
-Sotong
-pulut tanak

Bahan B :
-7-10 tangkai cili merah (kisar)
-7 ulas bawang merah (kisar)
-3-4 ulas bawang putih (kisar)
-sedikit pes cili kering (optional)
-sebiji buah keras (tumbuk)
-sedikit belacan
-1/2 cawan santan pekat
-1 serai di ketuk
-1 biji tomato dicincang


Bahan C :
-1 labu bawang besar
-3 biji tomato
-1 biji timun siam

Cara-caranya :
1. Sotong dibasuh bersih dan dilumur sedikit kunyit.
2. Sumbatkan pulut tanak kedalamnya dan sematkan dgn pencungkil gigi atau apa cara utk kepala sotong lekat bersamanya. Ketepikan.
3. Tumis bahan B kecuali santan hingga pecah minyak
4. Masukkan sotong dan kacau sebati
5. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan2
6. Perasakan garam dan gula
7. Masukkan bahan C, kacau sebentar dan angkat.


-ya ampun ibu Halimah, anak dah renovate sedikit bahan2nya tu...Selamat menerai bg yg nak menerai!

Wednesday, August 25, 2010

Blackforest Trifle



Sebenarnya idea puding ni saya ambil dari sini. Namun disebabkan faktor iklim, masa dan mudahnya nak dapatkan bahan, maka saya buat versi saya sendiri, which sgt tidak menghampakan! Ianya resepi yg mesra Giant, Tesco, Mydin dan yg sewaktu dengannya tehehe. Hermmm, kalau jadi buatnya dengan sukatan yg betul, rasanya saling tak tumpah dgn coklat indulgence SR! Eceh...melebih2 la pulak makcik nih...jadi mari kita semak resepinya itu :



Resepi puding Blackforest Trifle

Lapisan pertama :
- A slices of kek coklat (ye, takyah susah2 buat, beli yg ready made jek)

Lapisan kedua
-1 kotak jelly serbuk perisa Raspberry (saya guna Nona)
-beberapa biji strawberry
-3-4 tbs jem blueberry

Lapisan ketiga
-3-4 tbs tepung kastard
-1 tin susu cair
-1 tin air
-1-3 tbs gula
-secubit garam
-dark chocalate/coklat masakan

Lapisan keempat
-250g cream cheese
-250/300 (1 kotak) thickened whipped cream
-3 tbs gula kastor

Cara-caranya :

Lapisan pertama
- Susun kek coklat dlm bekas (sukatan ini utk bekas yg sederhana besarnya)

Lapisan kedua
- Larutkan jelly mengikut arahan dikotak. Dah larut tutup api.
- Dlm bekas berasingan, cincang beberapa biji strawberry dan gaulkan dgn jem blueberry.
- Masukkan strawberry yg digaul ini kedlm larutan jelly, kacau sampai sebati
-Curahkan ke atas susunan kek coklat dan biarkan sejuk
*Now, campuran bhn ini dpt menggantikan rasa yg dikatakan 'blackforest' itu. Apa nak buat, tak de akar rotan pun jadik kannn...

Lapisan ketiga
- Cairkan dark chocalate dgn kaedah double boiling. Masukkan sedikit susu segar utk senang cair
- Campurkan semua bahan utk kuah kastard ke dlm periuk, kacau perlahan dgn api kecil sehingga likat.
-Tutup api dan masukkan cairan coklat kedlm kuah kastard.
-Kacau perlahan sehingga sebati
-Curahkan ke atas lapisan kedua dan biarkan sejuk dan likat
*Now, utk sukatan gulanya itu, terpulang kpd tahap kemanisan masing2. Perlu diingatkan kek coklat dan jelly itu sudahpun manis. Jangan sampai ada yg kena diabetic koma sudahlah! 3 tbs gula sudah memadai manisnya tu. Kurang lagi bagus.

Lapisan keempat :
- Pukul cream cheese dgn gula kastor sehingga smooth
- Masukkan thickened cream dan pukul lagi sehingga sebati dan smooth
- Curah ke atas lapisan ketiga
-Sejukkan ke dlm lemari ais 4-5 jam sebelum serving
-Hiaskan diatasnya dengan kepingan badam, cherry/strawberry atau kepingan coklat
*Now, boleh juga perah sedikit lemon kedlm adunan cream cheese utk mengelakkan rasa muak cheese, tp saya tak buat pun, rasanya just fine sbb jelly itu sudah masam manis rasanya.


Maka tadaaaa...sedap seh!


Sehingga ke potongan yg terakhir...Selamat mencuba!

Tuesday, August 24, 2010

Iftar 12 Ramadhan

Jadi, pada 12 Ramadhan tu nampaknya turn makcik lah plak jadik hos utk iftar. Kami tiga beradik kt Lembah Klang nih mmg amik turn tiap weekend jadik host. Jadik aku pun kira balas dendam lah ni masak ni walau dapur baru dah berkecai, maka gunalah dulu dapur lama. Masa hari Sabtu tu buka umah Kak Long, bibik Ersi nak ikut aku balik, baguih sungguh lah ia kata nak tolong2 aku. Maka aku sambut dgn dada yang lapang, jadik byk jugak kerja2 kt umah aku yg dia kerjakan, pesen tak dok diam nih sorang nih. Jadi berikut antara menu yg aku masak utk berbuka hari tu :


Sambal bilis petai... hai Cik Patin, nampaknya kita dah seri satu sama hihi...mmg mcm hot cakes lakunya nih, yg ini lincin dulu!


Dipadankan pula dengan gulai tempoyak, oleh kerana geng2ku tak mkn ikan sungai, maka cheq guna ikan kembung jek...sodappp n lincin juga nih, tapi kalau guna ikan kerisi merah lagik kaw!


Dan lagi...Sotong Sumbat Perpat


Terlebih rajin pulak nak masak lasagne, buleh ganti murtabak! Resepi di sini.


The best of the day...Blackforest Triffle


pagi2 dah siap2kan ia, masih terkenang2 lagik kt dia....


Ammar mcm ia2 je ngadap makanan, pose yang yok plak tu...pose setengah hari pastu menyasau carik makanan, nak tu, nak nilah...kejap2 bukak tv nak tunggu waktu buka...sbb klu makan dulu sebelum buka tak beli baju raya...tau takut!


(Tolonglah buat2 best!) Makan ala kenduri kt kampung, mmg best dpt makan ramai2 cenggini, meriah!

Saturday, August 21, 2010

9 tahun ...


Tanggal 23hb August 2001, jam 7.30 a.m., disebuah dewan pembedahan, Ammar selamat dilahirkan. Walau Ummi tidak merasakan nikmat kelahiran normal itu, namun Ummi dan Ayah bersyukur ke hadrat Illahi dikurniakan seorang bayi lelaki yang comel dan cukup sifat serta sihat tubuh badannya. Bayi itu dinamakan Muhammad Ammar Firdaus. Disebabkan bayi itu selalu mengalami baby colic dan menangis dari tengah malam sampai ke Subuh, Ayah berusaha minta nasihat kpd imam masjid negara ketika itu makna nama itu, alhamdulillah, ustaz kata molek namanya itu... "mengimarahkan syurga". Mudah-mudahan nak...


Ammar membesar dengan motoric skill yang baik, tiada apa2 yg kami syak bahawa ada yang tidak kenanya pada Ammar ketika ini


Ammar semakin hyper bila membesar, namun ada sesuatu yang tidak kena apabila tiada respon dari Ammar bila dipanggil... no single word and silence was all around and he was too absorb in his on world..nobody could reach him...


Ammar sukar utk dipegang, apatah lagi utk dicuddle, luluh hati Ummi ketika itu seperti di'tolak' anak sendiri. Genap 3 tahun setengah setelah dirujuk ke specialist di 2 hospital, Ammar didiagnosed sebagai mild autisme. Ayah dan Ummi pasrah walau hati retak seribu...

Ammar,

On your 9th birthday, Ummi titipkan sedikit kenangan ketika pertama kali menyambutnya dulu. Masih terasa meriahnya suasana dgn kehadiran ramai tetamu. First birthday katakan, Ummi dan Ayah mahu birthday yang paling meriah dan disambut di apartment yang pernah kami sewa di Kelana Jaya dulu.


Kenangan : the very first birthday...Ammar 1 tahun...


A world of perfect bliss-- to be the mother of this special boy...


The unconditional love : the love that never ends...

Ammar, hari ini genaplah usia Ammar 9 tahun. Sudah besar anak Ummi. Apa yang Ammar tahu mengenai pertambahan usia itu?, tidak, Ammar tidak tahu maknanya. Bermainlah nak, gembiralah nak, kerana esok tiada sapa yang tahu. Hanya 2 hati dari darah dagingmu sahaja yang tahu betapa gundah gulananya memikirkan masa depanmu. Tapi syukurlah, tika diusia ini, Ammar sudah boleh bertutur, menulis, membaca dan dapat mengikut arahan. Walau kadangkala ada rakan sebaya yang normal sesekali menggelarkan dirimu gila dek lainnya perangaimu dari mereka, Ummi selalu doakan Ammar senantiasa dlm lindunganNya. Tiada sambutan yang meriah dikala Ramadhan al-mubarak ini tapi doa Ayah dan Ummi tetap bersemarak dan senantiasa mengiringi langkahmu nak.

Ammar,

Dengarlah Ummi mahu berpesan...


Ammar, dunia ini penuh tipu muslihat, onak dan ranjaunya... Ummi tahu yang Ammar tak mengerti apa-apa...


Sesunnguhnya Ummi dan Ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk Ammar...


Dan doa dan usaha tanpa hentinya supaya Ammar dapat membesar senormal mungkin seperti kanak-kanak lain...


Ammar tahu, when you are younger, hospital was always your second home, sakit selalu... namun Ummi halalkan dan reda setiap titisan airmata yang tumpah keranamu...tidur yang tidak cukup keranamu...demi keranamu nak...alhamdulillah, sakitmu itu sekurang2nya menyedarkan Ummi betapa agungnya kasih sayang seorang ibu, pengorbanan seorang ayah...


Tidak putus2 Ayah dan Ummi mencari perubatan alternatif buatmu...samada berubat kampung atau bertemu specialist...

In happier times,


Kalau boleh Ummi mahu Ammar happy sentiasa...


Bahagia, cukup makan pakainya...


Gembira seadanya, bergaul dgn kanak-kanak yang normal walau mereka kadangkala meminggirkanmu...


Ammar, jadilah anak yang berguna....


Semat dan penuhkan ilmu di dadamu...


Ingat pesanan gurumu...


Hormati ayahmu...


Sayangi ibumu kerana ia membawa ke syurga...


Kasihani pada yang tua...


Sentiasa pemurah pada yang memerlukan...

Itu pesanan dan doa Ummi buatmu diusiamu menginjak 9 tahun. Ayah dan Ummi tidak tahu sampai bila kami akan berada sisampingmu selalu... hanya Allah sahajalah yang dapat melindungimu selalu nak...

Happy 9th Birthday, Love!

Friday, August 20, 2010

Patahlah hati....

Patahlah hati...
membawa derita...
merajuklah diri
merajuk diri tak tentu haluan

Oih tetiba teringat lagu lama yg CT Nohalpunyer nanyi...mmg hati mak patah saat ini. Terus lagik le hilang mood al-Mubarak tuh. Pasainya :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kunun dapoq imported beli lagik kt gedung yg femes tuh, siap harga ribu-riban habih duit dlm lipat kain kikis kunun nak macthing ngan dapur baru kunun...eh baper banyak kunun... amik kau, masuk hari ketiga pecah berderai retak seribu...eh apada punya brand....jadik call ler call centre dia kata klu dia attend pun dlm masa 3 hari bekerja...maka mak menapak lagik la kt PARAM sari dua nih...menci arrrr...dah 2 hari makan lauk2 tak kena tekak, lecasss jek rasanya, ari tu beli sup ayam, ayamnya seketui sampai RM5 hinggit blk makan mak aihhh...tawaq hebiaq....apa nak buat, inilah dugaanku, mungkin tuhan nak bagi petunjuk jgn nak berpoya2 berlagak sangat, pakai dapur cap kupu2 ajelah wehhhh! iskkkk.. geremmmm


Dlm pada tu ada waktu luang sket dok pulun telek buku2 resepi kt dlm library nih, ratus2an buku to feast the eyes! Tp haram satu pun tak ikut lagik!


Oh! mesin baru auto dah sampai! Akhirnya...dari auto- tukar pakai manual - tuka auto balik, aku harap SYABAS lebih happy dr aku sbb bil air mesti jimat - harapkan aku klu basuh baju guna mesin manual tuh selalu le sedekahkan air kt longkang jek...maklumlah tak baper tahun lagik nak masuk ambang junior sikit kpd senior citizen...selalu lupa...aku doakan kau wahai mesin basuh, jgnlah ikut sepupu tiri angkat kau si dapur tu buat hal once aku tayang je gambo ko kt sini...amin.

Wednesday, August 18, 2010

Diari 7

Hari ketujuh ni masak asam pedas jek, sebenonya tak le ada mood sgt nak masak since pak inchik keje malam tp aku gagahi jugalah sbb kalu gi pasar ramadhan pun cam tak tau nak beli apa. Aku ni kalu dah makan nasi kira kuih pun tak baper nak jalan dah. Semalam aku masak asam pedas, buleh lupa plak nak beli asam jawanya, sib baik ada Ummi Ton kt Nursery Ammar so mintaklah sket.
Anyway, asam pedas ni ada macam2 versi. Versi yg aku plg suka yg pekat punyer, pastu diketuk serai ngan letak daun limau purut, mmg naik betui aromanya. Selalu aku gantikan daun limau purut tu instead of daun kesum.


Asam pedas ikan pari

Cam poyo je nak masukkan resepi, tp dah katanya jurnal kan hihi. So my version punyer resepi :

Bahan A (kisar):
-Cili kering
-Bawang merah
-Bawang putih
-Sedikit kunyit hidup

Bahan B :
-Bawang sederhana besar yg dimayang
-Sedikit hirisan halia
-Daun limau purut
-Serai

Bahan lain :
-Belacan
-Asam jawa
-bendi/terung/tomato

1. Tumis bhn B didlm periuk sampai naik baunya
2. Masukkan bahan A. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Tambah belacan dan tumis lagi.
4. Masukkan air asam jawa dan biar mendidih.
5. Masukkan air secukupnya diikuti ikan
6. Perasakan garam dan gula
7. Masukkan bendi/terung/tomato sebelum angkat


heh, poyo tak? Ada juga aku tgk versi yg boh black pepper. Org kata versi Johor/Melaka plg best, aku tak ingatlah aku pernah rasa ke tak tp nak kena perasakan juga tuh.


Dan...lauk eksesori : Sayur campur

Tu jelah dulu citernya, masak makcik nak tunggu lagik 20 Ramadhan klu cenggini, kang klu tak dek idea mesti kena gelak kingkong ngan korang.

babai.

Tuesday, August 17, 2010

Diari 6

Diam tak diam dah 7 hari kita pose. Sekejap jelah rasanya masa berlalu, sedo2 dah pukui 4 pastu nak balik pastu nak meracing blk umah nak masak utk berbuka. Teringat aku taim kecik2 dulu mak aiiii lamanya rasa nak tunggu waktu berbuka, mmg rasa kebulur tak hengat! Kira balik sekolah rendah dulu tu kira terlepek terus kt dapur, mengadap mak masak pastu amik bau2an pastu kena marah ngan mak. Masa tulah kalau arwah Ayah tak amik kt sekolah, kena jalan kaki kan, sepanjang2 jalan tu ape jelah pokok buah2an yg ditemui waima jambu air sebijik pun amik reserve wat buka pose. Bayangkan Jah baper banyak spesis buah2an aku kumpul : ngan jambu air, jambu batu, rambutan, belimbing, buah setor, buah gajus pun makcik simpan nak wat buka pose. Dah buka - haraaaammmm tak termakan. Ishhh ingat masakan2 mak ni kannn...rindunya.... Dulu emak selalu rajin masak byk gek jenis makanan nak berbuka. Selain nasi n lauk-pauk mak kan mesti rajin goreng mee/kuetiaw ker, kuih tak tinggal, mak selalu buat kuih puteri mandilah, tepung bungkus, pulut panggang (cam wajib pulut panggang nih), kuih kepal asam lah....mak mmg hebat lah jamu selera anak2 dia! Dah kan 8 org tu mcm2 songehlah!.

Anyway, tahun ni route dah lain, walau terpaksa patah balik Kelana Jaya amik Ammar, alhamdulillah masa sampai umah lebih kurang sama je ngan route dulu, kata opis dah dkt ngan umah kannn...jadi bai, semalam kira rasmi le dapur baru tak baru tu... eh, kekok plak rasanya, mengagau nak cari bahan2 ngan pekakas, padahal sapelah yg kemas yek...maklum le dah ubah tempat. Dlm mengagau tu sempat masak 2 lauk jek, jadilah nak makan sorang tukan, waktu berbuka on the dot baru sume siap...letih mak...


Jadi inilah hasil pertama - masak lemak labu n cekur manis n pucuk labu boh udang, sikit punya panjang nama dia. Mak inchik nih taim awai2 pose mmg tekak dah siap2 tune nak makan masakan kampung manjang, tatau lah naper. 2 mlm lepas siap beli durian terlonggok2 tu nak buat tempoyak. Semalam dah jadik tempoyak tu, kena peram lama sket baru kaw!


Lawan dia ayam sambal, ingat nak goreng ikan masin + sambal belanchan bagai tapi tak dan lah dek non - anak aku plak nak ayam manjanggg. Tp aku ngamkan ngan budu utk lauk sayur tuh - oihhhh sodap baiiii..


---------------------------------------------------------
Earlier, kira ntry basilah nih, seminggu sebelum pose walau dlm penat pindah randah kami sempat pi berfoya2 kt PD mandi-manda sambil bbq ngan officemate ngan famili.


Terlebih dahulu pi mkn besar ngan office mate kt Flaming Steamboat sbg meraikan keje kuat pindah randah...mmg best kt sini, murah pun murah utk buffet eat all u can!


Bbq kt PD. Sempat bermalam kt sini


Siap naik bot pisang lagik kau...aku sorang jek senior citizen atas bot nih.


Dak ammar sari suntuk tak keluo kolam!

Di en. See you soon!

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife