Diari 6

Diam tak diam dah 7 hari kita pose. Sekejap jelah rasanya masa berlalu, sedo2 dah pukui 4 pastu nak balik pastu nak meracing blk umah nak masak utk berbuka. Teringat aku taim kecik2 dulu mak aiiii lamanya rasa nak tunggu waktu berbuka, mmg rasa kebulur tak hengat! Kira balik sekolah rendah dulu tu kira terlepek terus kt dapur, mengadap mak masak pastu amik bau2an pastu kena marah ngan mak. Masa tulah kalau arwah Ayah tak amik kt sekolah, kena jalan kaki kan, sepanjang2 jalan tu ape jelah pokok buah2an yg ditemui waima jambu air sebijik pun amik reserve wat buka pose. Bayangkan Jah baper banyak spesis buah2an aku kumpul : ngan jambu air, jambu batu, rambutan, belimbing, buah setor, buah gajus pun makcik simpan nak wat buka pose. Dah buka - haraaaammmm tak termakan. Ishhh ingat masakan2 mak ni kannn...rindunya.... Dulu emak selalu rajin masak byk gek jenis makanan nak berbuka. Selain nasi n lauk-pauk mak kan mesti rajin goreng mee/kuetiaw ker, kuih tak tinggal, mak selalu buat kuih puteri mandilah, tepung bungkus, pulut panggang (cam wajib pulut panggang nih), kuih kepal asam lah....mak mmg hebat lah jamu selera anak2 dia! Dah kan 8 org tu mcm2 songehlah!.

Anyway, tahun ni route dah lain, walau terpaksa patah balik Kelana Jaya amik Ammar, alhamdulillah masa sampai umah lebih kurang sama je ngan route dulu, kata opis dah dkt ngan umah kannn...jadi bai, semalam kira rasmi le dapur baru tak baru tu... eh, kekok plak rasanya, mengagau nak cari bahan2 ngan pekakas, padahal sapelah yg kemas yek...maklum le dah ubah tempat. Dlm mengagau tu sempat masak 2 lauk jek, jadilah nak makan sorang tukan, waktu berbuka on the dot baru sume siap...letih mak...


Jadi inilah hasil pertama - masak lemak labu n cekur manis n pucuk labu boh udang, sikit punya panjang nama dia. Mak inchik nih taim awai2 pose mmg tekak dah siap2 tune nak makan masakan kampung manjang, tatau lah naper. 2 mlm lepas siap beli durian terlonggok2 tu nak buat tempoyak. Semalam dah jadik tempoyak tu, kena peram lama sket baru kaw!


Lawan dia ayam sambal, ingat nak goreng ikan masin + sambal belanchan bagai tapi tak dan lah dek non - anak aku plak nak ayam manjanggg. Tp aku ngamkan ngan budu utk lauk sayur tuh - oihhhh sodap baiiii..


---------------------------------------------------------
Earlier, kira ntry basilah nih, seminggu sebelum pose walau dlm penat pindah randah kami sempat pi berfoya2 kt PD mandi-manda sambil bbq ngan officemate ngan famili.


Terlebih dahulu pi mkn besar ngan office mate kt Flaming Steamboat sbg meraikan keje kuat pindah randah...mmg best kt sini, murah pun murah utk buffet eat all u can!


Bbq kt PD. Sempat bermalam kt sini


Siap naik bot pisang lagik kau...aku sorang jek senior citizen atas bot nih.


Dak ammar sari suntuk tak keluo kolam!

Di en. See you soon!

Comments

Aida Rezuan said…
Yong,
Walaweh! Tuh dia.. sudah keluar bibit2 masakan dari dapor baru mu itu! Sekilas pandang pon dah tau, nih mesti masak guna dapor baru. Tergoda tau! Hehe!

Dah segala spesis buah pon Yong kumpul, patut bukak gerai and jual. Dapat duit beli mercun! :D

* keep on posting the lovely meals tau! :)
Yong Kamariah said…
Da - masak jgn tak masak yeah... nak celen aok masak sambal petai nih wehhhh...
kumpul buah tu tak mendatangkan hasil deee hihihi...
insyaAllah klu rajin lagik masak i'll keep posting it!

Popular Posts