Thursday, August 26, 2010

Sotong Sumbat Perpat



Bila mata dah makin kuyu petang2 hari tu haruslah mak telek2 buku resepi. Ada satu gambar yg cepat menangkap mata mak, buku dia Masakan Tradisi Johor oleh Halimah Shuib. Ditelek2 rupanya tu barulah mak perasan ropanya si Halimah ni (bukan, bukan HJ), beliau adalah pengasas jamu mak dara. Oh rupanya terer jugak dia masak eh. Tabik spring utk beliau di situ. Maka nama dia sotong sumbat perpat. Jadik mak terailah. (Aish, rasa cam Mak Neng pulak bila bahasakan mak nih). Sebab dia ada kelainan tang sumbat tu maka aku pun coba. Bolehlahkan, tp sebab masak sekali ngan gulai tempoyak ni maka dia jadi lauk sampingan je lah. Tapi cam biasa, aku olah2 kan lah ikut suka aku sbb tangan ni haippp biasa nih, tak bedung. Sari dua ni terajin lah pulak nak main2 resepi nih. Jadi, mari kita semak resepinya :

Bahan A :
-Sotong
-pulut tanak

Bahan B :
-7-10 tangkai cili merah (kisar)
-7 ulas bawang merah (kisar)
-3-4 ulas bawang putih (kisar)
-sedikit pes cili kering (optional)
-sebiji buah keras (tumbuk)
-sedikit belacan
-1/2 cawan santan pekat
-1 serai di ketuk
-1 biji tomato dicincang


Bahan C :
-1 labu bawang besar
-3 biji tomato
-1 biji timun siam

Cara-caranya :
1. Sotong dibasuh bersih dan dilumur sedikit kunyit.
2. Sumbatkan pulut tanak kedalamnya dan sematkan dgn pencungkil gigi atau apa cara utk kepala sotong lekat bersamanya. Ketepikan.
3. Tumis bahan B kecuali santan hingga pecah minyak
4. Masukkan sotong dan kacau sebati
5. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan2
6. Perasakan garam dan gula
7. Masukkan bahan C, kacau sebentar dan angkat.


-ya ampun ibu Halimah, anak dah renovate sedikit bahan2nya tu...Selamat menerai bg yg nak menerai!

8 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

aku tengah fikir jugak nak buat apa dengan sotong yg aku beli kat tg karang ari tu.

Asyik2 sambal cincin.. boring gak..

boleh gak cuba ni.. tembam-mambam jadiknya

Yong Kamariah said...

hihi...segar tak sotongnya tu Rin? bilalah aku nak sampai situ - pak inchik sebuk manjang....
terai Rin, jgn tak terai, sama cam aku, asek reti masak sambal sutun jek...sesekali kena ubah angin ye tak?

Aida Rezuan said...

Yong,

Uiks! Tengok gambo sotong sumbat Yong, terus tingin nak buat untuk berbuka. Sotong lak tarak, camno nih? Wawawawa!

Nak puji gambo2 Yong makin mengancam skang nih! Bravo! Bravo! *sambil tepuk mousey* Teruskan tepek gambo2 tau!

* pulut tuh tanak bubuh santan tak? ke untuk resipi nih tak payah? (tanya soklan sambil lap air liur leleh)

Yong Kamariah said...

Aloh cik Eda, ni amik gambo pakai taram jek, mode menonggeng2 tehee... sutun susah ke nak carik kt sana? ishhh takkan, kata dekat ngan laut kan... pulut tu terpulanglah nak boh santan ke tak, saya tak boh pun, tanak biasa je ngan sedikit garam...amacam ngan persiapan raya? sume dah siap ke? eh, sensitip ke soklan koi nih...ih...

Aida Rezuan said...

Yong,

Sotong and seafood memang senang bebenor dapat kat sini, Yong. Cuma stok dalam fridge ku itu.. tarak. Haha! Maleh nak keluar gi beli, paneh.

Ooo.. so tanak besa tak bubuh santan, ek? Orait roger! Hehe!

Persiapan raya? Memang SENSITIP tau, Puan Yong! Wawawa! Takat nih, hapa pon tak prepare.

Yong cuti raya sampai bila?

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,

Salam ziarah.

Renovate hehehe, kurang kaler merah nampaknya, ni misti kes tak tahan pedas, anyway sedap nampak gayanya sotong sumbat nih..

Yong Kamariah said...

Hi lipislady...

Kurang merah tu pasai guna cili merah, sbb resepi asainya gitu, klu guna cili kering tu mesti dah merah kan, kang langgar daulat ibu halimah lak, ahaks!

Yong Kamariah said...

Aida, koi raya tahun ni balik umah mak kt Kuantan, awok jgn la plak sedih2 yek! (tgh dengo lagu CT tak dpt beraya bersama....iskkk..sedih kt awok lah!)

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife