Thursday, June 30, 2011

Oh! Krismas Tree..

Sejak Isnin kemarin, makonyo bermulolah kehidupe mokcik sbg krismas tree...Pagi2 di bahuku ada 2-3 beg dan seorang baby utk diusung dlm kete. Suspen gilo mokcik nak drive bawak Miss P(Pocahontasku)wehhh.. (Miss P : Jeet - I loikeee...). Pasalnya, dia ni klu taim kamok2 tu mmg ler mendera perasaanku, nak2 taim dia nak tido, lobang mana nak korek carik buai klu dah dlm kete tu kamok2 nak tido wehhh. Asalnya mokcik trauma sket pasai ada satu mlm menggu lepas, Miss P payohlah nak tido sambil dtg kamok2 dia tu. Mokcik ajak Pokcik masuk kete pusing-pusing ini chan baik musti dia terus terlelap dlm kete. Harapang dan anganangku punah semata-mata sbb dia terus kamok2 dlm kete, so kenalah kami patah balik, masuk buai terus lena. Hoi hoi ya hoi... lajak perahu buleh ku undur, lajak ajaq berbuai takleh ku brek derrr...hai nasib badan...


Krismas tree in action depan umah pengasuh. Ko ni Ammar tak habih2 nak cium kepala adik tu!


7.30 a.m. – Krismas tree mengangkut beg dan segala perkakasan dlm kete. Fuihhh… bagaiku menatang minyak yg penuh dlm dulang agar tak tumpah sebegitulah ku dukung Miss P letak dlm car seatnya supaya beliau tak terjaga. Betapa senang dlm hati beta bila Miss P tido lena cenggini sambil aku dengo lagu2 kt radio.


Sampai lah kt trapic light kete berenti. Hah…sudah…ahah…ala2 nak terjaga cenggitu, gelabah mak ko ni menopok2 sebelah tangan sambil sebelah tgn pegang stering. Sib baikler kete auto, klu manual sesilap kaki yg pegang stering horrr…ishhh huduh aihh nak imagine!


Bersyukurlah omak ekau ni ke hadratNya ekau dah tertido balik. Selamat ler sampai ke umah Umi Ton, ko nak kamok2 pun mak tak kesah derr…

--------------------------------

5.30 p.m. – Tamatlah satu hari bekerja. Mokcik krismas tree meracing ke car park dan meredah jem. 5.50 sampailah mokcik ke rumah pengasuh balik.


Hok aloh.. .. baru 1 km Miss P dah terjago dan terkua-kua… hoh baru lah mokcik gelabah biawok namanya. Berenti bagi susu baru ler ko diam kejap. Pastu hok hek balik. Manolah omak nak cari buai yaiii… tang manalah nak transformerskan kete ni nak jadik buai Aleesya oiii… lain kes takdek, ni kamok2 nak tido la ni, mana maunya dia nak dok diam dlm car seat tu. Tak makan saman ko dek, baby lain klu masuk kete je dah pingsan… ko kena dodoi buai segala dulu baru le nak tido, mak ko plak yg pingsan ni kang…. Lalu mokcik dpt idea menggoyang goyang… goyang-goyang eh, goyang bb car seat tu ke kiri ke kanan. Berpoloh den!


Mau juga ko diam dan terussss terlena, mokcik apa lagik meracing kete meredah lagik jem balik umah, asal jumpa trapic light Miss P terjaga, goyang-goyang, topok2 tido balik. Mmg saspen giler bawak Miss P ni naik kete!

Meanwhile….
Sejak hampir seminggu hantar Cik Aly kt umah pengasuh mmg awal beno dia tido malam. Sebelum kul 9 p.m. dah tido sampai ler ke pagi. Bangun nak menyusu jek. Ragam 3 ribu dah jatuh ke tahap seribu dan harap2 akan jatuh terus ke paras di bawah par. Hohoho.. tp still tak baper nak tido taim lepas tghari kata Umi Ton. Ko meragam kt umah Umi Ton la plak dek. Tu pasallah ko cover tido lepas maghrib tu ye dek. Clever gegurl! Bulehlah omak rilek, eh, eh, buleh la omak buat keje umah apa yg patut malam2 tu ehhh…

Meanwhile...


Balik umah sekian hal. Acara naik buai tetap di teruskan. Nasib baik ada assistant tak bertauliah nih. Hok aloh…teringat kt org dulu2, mak tgh wat kuih lepat utk jualan di bawah lampu pelita sambil abang/kakak tgh belajo sambil buai adik. Isk, rupanya ada juga kt jaman moden ni yek, cumanya kali ni omak tgh bertenet eh, eh, omak tgh menyapu lantai, basuh pinggan gitew…(kau jgn nak spedo kak yah oiii..)


5 minit kengdian – ihhhh letih lah Ummi!…. Abang yeop dah berada pada tahap malas di bawah par. Siap kuak lentang bagai ko yek… eh, kata nak adik sangat, tolonglah buai! Kata omak sambil mengomen kt FB, eh, eh, I mean lap meja.


5 minit lagik – ate apa gelor nya nak berbuai lama2 macam ni?… udoh macam2 position dah abang yeop keletihan ni.! Omak giggle geli hati, pasai adik dah lena tido dah… macam ni tak yah lah omak beli buai bermotor horrr…

Friday, June 24, 2011

Random Notes

Salam siaran.

Memanglah blogger dah meroyan, post aku pun di disable kan komennya. Sungguh sabotaj.


10 p.m. abang ngan adik dah tergobai tido. Sejak balik pantang kt umah sendiri dah sebulan aku tak naik upstairs. Le maklum ler, kita berjahit bagai tokleh lah nak naik turun naik turun. Lama2 dah tak koserrr der naik ateh, jadik reramai kami tido terbongkang kt hall. Si Aly pun dah jarang guna crib dia, menepati ramalanku bakal jadik tukun tiruan. Anyway bulehlah omak stretch badan after a long day sambil menghirup secawan cappucino. Hoh mmglah rasa masa panjang klu dah terperap 1 bulan kt umah sendiri. Tp pejam celik pejam celik life will get back to normal again tp tak samalah. Menggu depan naik keje makcik bakal jadik Krismas tree lah. Sebelah tgn angkut beg yg ada diapers, susu, clothing etc., sebelah tgn pegang henbeg n baby. Owhhh sungguh mencabar perasaangggg.....

Anyway, badan dah naik lemau rasanya bila mikio kan minggu depan udoh naik koje. Nak2 bila mikirkan nak tinggalkan sikecik kt nursery, sayu sungguh. Tapi apakan daya, kita nak cari rezeki. Hatiku berbahagi2 rasanya nak amik maid ke tak. Kengkadang rasa tak berbaloi, sbb cam yg aku praktikkan sekrang, klu dah tak lalu tgk umah semak aku panggil bik Ersi si maid Kak Long taim weekend upah dia kemas umah. Tapi bila aku mikirkan klu aku amik maid n tinggalkan si kecik ngan totally stranger lagi tak tenteram jiwa ragaku. Mujur juga aku dah kenal Umi Ton kt nursery tu dah 10 thn so percaya gek lah kan. Tengok le camana, apa2 hal pun tunggu lepas rayalah, si bibiks 4 bersaudara nak balik raya Indon, ada jugak aku soh deme risik2 ada ke sedara mara dema nak keje kt sini. Sbbnya setakat ni 4 bibiks bersaudara tu mmg org kampung Indon totok, langkah deme tak panjang, setakat ni mmg rajin giler lah. So klu nak amik mmg nak amik org kampung deme.

Anyway.....


My Pocahontas sejak dua menjak ni rajin beno tegur org. Sekrang ni kira dia celik mata je ada ler mau dok diam, ikut mood dia lah. Klu dia nak meragam dia buat hal jugak. Mmg payah bonalah nak tido, nak patah pinggang omak buaikan dia, tido kejap2 jek, tu pasallah nak meragam aje, tido tak pueh. Klu dulu topok2 je mau tido, la ni kena ler pakai buaian, penat bohhhh, buai berenti maka plingggg... celik le mata dia, hohhh sungguh diva la kau dek...


Si abang ni kejap2 nak cium kepala adik, balik sekolah je carik kepala adik, idok le tau pasai apa, buleh le mintak tolong tengok2kan adik klu omak nak buat keje. Adik plak klu pacifier/soother tu mau lekat kt mulut 1 minit kira hebat sgt lah tu, omak ingat nak train pakai pacifier tu buleh le tutup sket mulut dr panggil2 omak, hermmm... idok ler berjaya misi busuk omak tu...

Meanwhile...

When you have a crying baby in your hand, mmg sgtkah tak handy nak wat apa2 pun. Kerja sume pun kena bergerak pantasssss sementara dia tido. Pun mujur jugalah si Aly ni dah buleh dok diam sket klu tak tido tu, buleh le buat apa2 sket keje sementara tunggu dia panggil kita.


Macam buat spageti kt si abang nih. Amboiiii nampaknya iklan sos spegeti anak chef wan tu sgtlah berkesannya sampai Ammar beria2 request wat spegeti. Bahan dah ada pung bukan susah, ha kau dua pinggan lincin sekali kau balun.


Klu dpt masak sup ayam simple2 ngan sambal ikan cenggini ni kira awesomelah mak ekau ni Ammar


Sambil buai2 si Aly tertengok le akak Nigella wat bread pudding. Hoh telan air liur omak. Pulak tu ada sebantal roti yg dah nak expired, apa lagi omak pun on lah. Tak sampai 5 minit siap tunggu masuk oven je. Omak buat ni masa si Aly terkua2 panggil omak, arghhh nak layan adik 24 jam jo mano aci, lain kojo tak do korr... eh, eh, Aleesya, klu adik baca ni 10 thn akan dtg ker, omak gurau je ye dekkk...


Ha, buleh jugak main masak2 walau ada crying baby nak dijaga.. all these kena say thanks to abang Yeop yg tulun buai adik walau dlm keadaan separa redha! Klu tak no games yer...

TAMMAT.

Tuesday, June 21, 2011

Majlis Akikah dan Cukur Jambul Aleesya

Salam siaran satu Malaysia.
Meroyan ke hapa blogger nih, susah beno nak upload gambonya, udoh pukui satu pagi nih pung, anakku pun dah riau nak susu. Oh sempat lagik aku membebel.

Ni kira siaran ulangan kt FB lah ni yerk...

Bertempat di Taman Buana Perdana,19 June 2011, berlangsunglah majlis Akikah dan cukur jambul baby Alyku sayang dgn sederhana tapi meriah. Alhamdulillah, tertunailah hajat tuan tanah utk buat mejlis kt umah sendiri. Udoh tepu otak teman nak mengarang citer pepagi buta berembun cenggini, hangpa layan le pix kt bawah nih. Udoh tak kuasa teman nak che citer che citer....



My fair lady... pengantin yg diraikan ari tu...masa lahir aritu omak tgk cam Sinchan, la ni dah cam spesen ngan Pocahontas plak dah.. Pocahontas pung Pocahontas la dek, janji ekau sihat sentiasa...


Tido sgtlah tu...pahtu malam ekau buat OT eh... pun syukurlah dah kurang ragam 3 ribu tu, pepagi klu dia bangun buleh ler tersenyum simpul kt sesiapa yg melintas depan mata dia tu... dalam hek hek tu sesekali stop kejap pahtu tegur kita....ari ni gi cucuk vaksin 2 bulan udoh 5kg...how come aku tgk dia tiny beno tp dah sama berat ngan sekampit beras 5kg horrr? miracle sunggoh kejadian tuhan ni yek...


Tidolah tido..anakku sayang...9 bulan...menanggung azab..eh, cenggitulah lirik org marhabban tu...sgtlah menginsapkan...


Marhabban ya nurul aini...


Ayooo...udohhh...nampak suar dalamnya tu dek...


The Cradle


Ekau dok diam2 dlm buai ni eh...buleh tahan gek sewanya nih...sib baiklah baby tak meragam, pandai ekau jaga imej omak yooo...


The proud mommy


Atok tgh potong jambul cucunya...


Turn Maklong aka Chek pulak, byk berjasa dlm pantang ni tau...


Mastura dan Abdul Wahub lahhhh... tarbus sangatlah apak eh tu...


Buai laju-laju.....


Ammar and Uncle Adam.
Ekau Ammar mmg selalu buat muka tempoyak lagu ni klu taim bergambo, idok ke ada apa2 perasaang di hatimu? Kulit tu omak tgk dah separa rentung dah dek paneh berendam dlm kolam tiap minggu wat swimming therapy...


Aly and Autie Azura Z.R. idokler beliau melaporkan apa2 hihi, timakasih sudi dtg walaupung bz


Antara tetamu yg hadir dlm tenda pink, timakasih deh sudi meraikan mejlis kami...


Udoh tak terasa penatnya bila rezeki dapat berbahagi cenggini, inilah kebahagian yg tak ternilai, alhamdulillah tak terhingga kepadaNya atas rezeki yg dilimpahkan...

TAMMAT, (udoh nak patah pinggang dok ateh kerusi ni kome..)

Friday, June 3, 2011

The moment

Hip hip hooray.... ari ni udoh 44 hari mak neng berpantang dlm gaya tak baper nak pantang...ala2 pantang nampak gitew hor...masa sebulan Kak Long bela mmg le cam dlm pantang, bila balik umah sendiri...humang aiii..sume rasa nak mkn, sib baik ada MIL, segan le sket kot.

anyway, saje nak citer citer yg udoh basi.. cher chiter, che chiter... citer hari kelahiran baby Aly...begini citernya...

3 hari sblm kena lapah eh, operate, doc bg MC 3 hari, mak neng apa lagik... pedulikkan le ngan gula-guli dlm darah, yg penting kita enjoyyyy...

18 April
Omak - Apak eh, jom lunch kt apa namanya...Serai apa ke benda tah kt Empire Shopping Mall tu
Apak - Jom try!
(Aku rasalah... rasanya tak setimpal ngan harganya)

19 april -
Apak - jom kita pekena nasik Arab
omak - hoh, sungguh menarik tu, jom heboh!

20 April
Omak - ada permintaan terakhir lah Apak eh sblm check in spital..
apak - apanya laling?
Omak - Jom pizza!
Apak - Hooray!!!!

Malam 20 April
Omak - Chop, permintaan terakhir kedua
Apak - Ate..ape nye?
Omak - Nasik goreng kampung satu!
Apak - Siap!
(Hah kau, siap sup ekoq segala Apak eh tapau)

21 April..
Sebagaimana pesan doc, selepas Subuh check in hospital sbb untuk jimatkan kos katanya (baik punye doktor), maka mak neng n Apak eh bergerak le ke sepital. Mak neng kena puasa dulu from 10 p.m. malam tu. Dlm hati gedebak gedebuk masa kena sorong kt bilik preparation, sampailah disorong ke OT, mak rasa mcm nak pegi perang jek. Dis taim around MPI masuk sekali dlm OT, tgk the whole process.

8.15 a.m. - Siap2 dlm OT
Mak dah gelabah tgk lampu-lampan ateh kepala. Doc F kata rilek arrr. Crew dlm OT pasang lagu Mahir Zain sambil mengira pisau-pisan gunting-guntang buat lapah. Aku tak enjoy langsung. Anesthetist pun kesian tgk aku yg ketakutan.Dia soh aku peluk bantal n tunduk ke depan utk masukkan jarum bius kt spinal. "she's so scared", katanya. Maka aku pun bersembang ler ngan Doc sementara dia buat proses melapah tu. Sempat citer pasal teater Lat lagik. MPI kontrol macho kt sebelah.

9.00 a.m. - Baby dikeluokan ketika dia masih rilek2 dlm perut, agaknya tgh bersenggang2 dlm sarung dia, tetiba kena tarik keluo pulak
Masa ni doc soh MPI tgk depan2 baby di pull out dr rahim. Aku bajet dia musti kejong tgk perutku yg dah dirobek2 itew tp he managed to stay calm. Heh... Masa tu baby tak engage betul lagik kt tempat sepatutnya, baby Aly cam main sorok2 plak, jenuh doc tu seluk cari dia. Gelabah gek aku bila anesthetist tu tekan2 perut aku dr atas sambil ckp, 'do you need a forceps?' Sib baik doc tu kata 'no need, I've got her'. Bila doc tu angkat baby sambil greet "Assalamualaikum", aku tanya, boy or girl? Doc F ckp, "kau tak caya eh aku ckp baby girl, tgk ni tak caya", kata doc sambil angkat baby depan mukaku. Masa tu ler first taim aku dengo keteriakan Aly, mak, buleh tahan kata aku. So baby n Apak keluo dr OT sementara aku dijahit. Later on, baby dibawa masuk balik, midwives pegang baby sambil tunjukkan kt aku, first thing aku nampak kaki Aly. Alhamdulillah kata aku, ada 5 jari (bengong aku ni sempat kira lagik), midwives held the baby closer utk aku cium baby. Alhamdulillah... dah selamat keluo babyku. Sume crew dlm OT cheering up. Masa tgh menjahit perutku doc F kata, lagi 2 tahun boleh beranak lagi satu, kat dlm elok lagi ni. Yolah tu...kata aku dlm hati.


Fresh from the oven... lepas je disorong keluo dr OT, menggigil2 mak neng masa ni kesan bius. Sebelum doc beredar, dia sempat pegang tangan aku, ckp tahniah, comel sgt baby you. Thanks to you... kata aku.


Baby Aly tgh diproses midwives n paed. Sian dia hypo, gula rendah sgt, deme bg susu 2 oz, licin...


Kesian dia.. nangis sampai menitik ayo mata


Ntah apa ke nama bendalah ni tah...


Baby Aleesya, 3.21kg, April 21st, KJMC, 9.00a.m.
"Eh, anak aku ke anak Cina mana ni?" Kata aku masa memula aku tgk Aly betul2. Tak caya plak anak aku ni, tp bila tgk ropanya ada stroke muka Apak eh... herm...mak neng tak salah lagik derrr...


The proud daddy... yolah Apak eh, mmg betui le anak awak tu, kenapa, tak percaya??


us 3... Abang yeop kegenjoyan dpt adik.


Nak tgk dia senyum cenggini dpt tgk masa dia tido ler... anak Apak ragam 3 ribu, klu dah dpt menyanyi tu, loud speaker pun kalah, aku rasa klu kt negeri omputih nih, dah lama polis ngan jabatan welfare dtg ketuk pintu, sekali riau tu mcm kena cubit2... bersabo le omak nih...
Apa-apa pun alhamdulillah, sume selamat...

Sekian dulu ye, versi citer kelam kabut sementara baby tido, kang dah celik mata hapah pun tak leh buat keje. chow.

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife