Thursday, June 30, 2011

Oh! Krismas Tree..

Sejak Isnin kemarin, makonyo bermulolah kehidupe mokcik sbg krismas tree...Pagi2 di bahuku ada 2-3 beg dan seorang baby utk diusung dlm kete. Suspen gilo mokcik nak drive bawak Miss P(Pocahontasku)wehhh.. (Miss P : Jeet - I loikeee...). Pasalnya, dia ni klu taim kamok2 tu mmg ler mendera perasaanku, nak2 taim dia nak tido, lobang mana nak korek carik buai klu dah dlm kete tu kamok2 nak tido wehhh. Asalnya mokcik trauma sket pasai ada satu mlm menggu lepas, Miss P payohlah nak tido sambil dtg kamok2 dia tu. Mokcik ajak Pokcik masuk kete pusing-pusing ini chan baik musti dia terus terlelap dlm kete. Harapang dan anganangku punah semata-mata sbb dia terus kamok2 dlm kete, so kenalah kami patah balik, masuk buai terus lena. Hoi hoi ya hoi... lajak perahu buleh ku undur, lajak ajaq berbuai takleh ku brek derrr...hai nasib badan...


Krismas tree in action depan umah pengasuh. Ko ni Ammar tak habih2 nak cium kepala adik tu!


7.30 a.m. – Krismas tree mengangkut beg dan segala perkakasan dlm kete. Fuihhh… bagaiku menatang minyak yg penuh dlm dulang agar tak tumpah sebegitulah ku dukung Miss P letak dlm car seatnya supaya beliau tak terjaga. Betapa senang dlm hati beta bila Miss P tido lena cenggini sambil aku dengo lagu2 kt radio.


Sampai lah kt trapic light kete berenti. Hah…sudah…ahah…ala2 nak terjaga cenggitu, gelabah mak ko ni menopok2 sebelah tangan sambil sebelah tgn pegang stering. Sib baikler kete auto, klu manual sesilap kaki yg pegang stering horrr…ishhh huduh aihh nak imagine!


Bersyukurlah omak ekau ni ke hadratNya ekau dah tertido balik. Selamat ler sampai ke umah Umi Ton, ko nak kamok2 pun mak tak kesah derr…

--------------------------------

5.30 p.m. – Tamatlah satu hari bekerja. Mokcik krismas tree meracing ke car park dan meredah jem. 5.50 sampailah mokcik ke rumah pengasuh balik.


Hok aloh.. .. baru 1 km Miss P dah terjago dan terkua-kua… hoh baru lah mokcik gelabah biawok namanya. Berenti bagi susu baru ler ko diam kejap. Pastu hok hek balik. Manolah omak nak cari buai yaiii… tang manalah nak transformerskan kete ni nak jadik buai Aleesya oiii… lain kes takdek, ni kamok2 nak tido la ni, mana maunya dia nak dok diam dlm car seat tu. Tak makan saman ko dek, baby lain klu masuk kete je dah pingsan… ko kena dodoi buai segala dulu baru le nak tido, mak ko plak yg pingsan ni kang…. Lalu mokcik dpt idea menggoyang goyang… goyang-goyang eh, goyang bb car seat tu ke kiri ke kanan. Berpoloh den!


Mau juga ko diam dan terussss terlena, mokcik apa lagik meracing kete meredah lagik jem balik umah, asal jumpa trapic light Miss P terjaga, goyang-goyang, topok2 tido balik. Mmg saspen giler bawak Miss P ni naik kete!

Meanwhile….
Sejak hampir seminggu hantar Cik Aly kt umah pengasuh mmg awal beno dia tido malam. Sebelum kul 9 p.m. dah tido sampai ler ke pagi. Bangun nak menyusu jek. Ragam 3 ribu dah jatuh ke tahap seribu dan harap2 akan jatuh terus ke paras di bawah par. Hohoho.. tp still tak baper nak tido taim lepas tghari kata Umi Ton. Ko meragam kt umah Umi Ton la plak dek. Tu pasallah ko cover tido lepas maghrib tu ye dek. Clever gegurl! Bulehlah omak rilek, eh, eh, buleh la omak buat keje umah apa yg patut malam2 tu ehhh…

Meanwhile...


Balik umah sekian hal. Acara naik buai tetap di teruskan. Nasib baik ada assistant tak bertauliah nih. Hok aloh…teringat kt org dulu2, mak tgh wat kuih lepat utk jualan di bawah lampu pelita sambil abang/kakak tgh belajo sambil buai adik. Isk, rupanya ada juga kt jaman moden ni yek, cumanya kali ni omak tgh bertenet eh, eh, omak tgh menyapu lantai, basuh pinggan gitew…(kau jgn nak spedo kak yah oiii..)


5 minit kengdian – ihhhh letih lah Ummi!…. Abang yeop dah berada pada tahap malas di bawah par. Siap kuak lentang bagai ko yek… eh, kata nak adik sangat, tolonglah buai! Kata omak sambil mengomen kt FB, eh, eh, I mean lap meja.


5 minit lagik – ate apa gelor nya nak berbuai lama2 macam ni?… udoh macam2 position dah abang yeop keletihan ni.! Omak giggle geli hati, pasai adik dah lena tido dah… macam ni tak yah lah omak beli buai bermotor horrr…

10 comments:

PatinPasta said...

Haha! Kena report membuli Abg Long kalo gini! Hehe!

Mak saya pon ngelat gak bila buai cucu. Dia ikat tali kat buaian pastu dia dok kat sofa, layan segala cerita Indon. Buleh? Cucu terbaru, beli buai motor.. semua orang gumbira.

Try bawak Cik Aly naik kuda ka, kot tak kamok2? :D

~jeet~ said...

baguih betui abang mithali tu..dah tergolek2 pon x lepas buai..mintaknya konsisten...

harusla omaknya kasi upah lebih sikit..spageti hari2 ke.. ;)

Yong Kamariah said...

Cik Patin,

Buli jgn tak buli! Kena ajo asuh adik ni, klu tak nak main game manjang horrr...
Hahaha...kreatip your mom, mmg ye, klu dpt budak nak kena buai selalu ni mmg rasa harus beli buai motor tu horrr...
Ayooo.. ada ke kuda buleh buat budak tak kamok2? Nak beli satu!

Yong Kamariah said...

Dear Jeet,

Tu le satu buleh puji abang yeop, lagi tak soh berenti buat, tp siap nak nangis2 kena paksaangggg! Hawo sungguh omak dio kan...Omak bagi upah roti jagung 6 kupang dah cukup happy dah!

~Mis Azni Azizan~ said...

part ammar mmg ngekek ketawa...sabar btol abg yeop tu tau melayan kerenah umminye yg tengah surf tenet smbil amik2 gambo..eh silap tgh msk smbil menyapu...hahahah~

Yong Kamariah said...

Miss Azni,

abang Yeop kena diancam tokleh main game baru ler nak buai adiknya itew klu tak haram maunya....

Eine Frau aus Botnang said...

Salam Yong,lama beno tak lawat sini, maap YOng! 2 bulan sudah, Cukur jambul sudah,dah setat kerja sudah, Miss P pun dah pandai senyum2. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar nampak. Xmas tree alahai berseri2 kita tengok tu ha. Seronok tengok kenduri si Miss P pink sana sini! Abang Long taatlah pulak menghenjut adik tu,tu lah mak dia kena bagi upah henjut adik tu selalu, motivate sikit dak? Suka tengok dia dok nak cium adik dia tak puas2. Hahahaha kelakar bab dalam kete, Miss P kamok bila kete berenti eh. Dia sengaja nak try test mak dia ni sebenarnya tu. Takpe lepas ni ok lah tu, dah biasa nanti kan. Take care dear, and you know it is only going to get better. InsyaAllah!

Maya Marisa said...

Ala yong, chomel nyer si ally nie. Gebuuuuu...
Rasa nak cubitX2 jer pipi miss p nie ...hehehe ... Gerammmm

Yong Kamariah said...

Dear Fasha,
woot woot... apa kabar mu di sana? hope you're doing so fine kt tempat baru (eh, dah pindah kan?).'
It is true indeed, things are getting better, still adjusting myself with the new title, i mean, dah lama tak beranak tecik, everything pun rasa kekok n sikit kelam kabut! Definitely akanku upah si Ammar sbb henjut adik dlm keterpaksaang!
Anyway, happy belated birthday to you bulan April ari tu, marilah kita sama2 maju jaya menuju ke big 4 ngeh ngeh.. tq ya dear.

Yong Kamariah said...

Dear Madam Maya,

Haishhh bz bee beno dia lately yek, le maklum le bakal bos besor ngeh ngeh...
Hai, takkan geram anak org jek, cecepat produce another edition of Maya M, kasik Chacha adik cecepat! Selamat maju jaya ye Maya!

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife