Posts

Showing posts from September, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini... dengan penuh rendah diri sambil mengakui kekhilafan dan kekurangan diri aku ingin memohon maaf andai ada perlakuan, tulisan mahupun kata2 yang menyinggung perasaan sesapa. Aku rasa dah tua ni hati aku dah tak kuasa dan tiada ruang nak simpan dendam atau kemarahan ngan sesapa, aku harap pun begitulah sebaliknya. Kepada yang nak balik kampung tu berhati-hatilah kita semua. Semoga Allah mengizinkan lagi kita semua bertemu lagi pada Ramadhan dan Syawal akan datang. Amin.

Hari-hari terakhir Ramadhan

Ramadhan dah nak berakhir. Kurang seminggu dah nak raya. Aku selalu terpikir apa le amal ibadat yang aku manfaatkan sepanjang Ramadhan yang penuh barokah ini. Pegi keje, balik keje, kelam kabut nak masak, buka, semayang maghrib terus sambung isyak, tgk tv sikit2 pas tu.. khohhhh tido. Rugi, rugi betul aku tak grab amal ibadat bln seribu rahmat ni. Kengkadang aku sayu juga kenangkan Ramadhan nak berakhir ni, aku rindu n teringin sgt nak pergi jemaah terawikh kt mesjid macam zaman muda2 dulu, nampaknya hanya En. Azhar je la yg dpt gi mesjid wat tarawikh, aku kena le dok umah jaga anak (bukan jaga apa sgt pun..), tapi kalau kami gi sekali, kang tak tenang jiwa aku kang ingatkan Ammar yg akan wat apa2 kt mesjid tu nti, tak pun ilang ke (nauzubillah) jadiknya hanya mampu mengaji je ler sementara tunggu isyak.. bila bulan pose ni dah nak berakhir, maka penyakit Mim mulalah datang, maleh dah nak masak ni rasanya, dari masak kari, gulai lemak, gulai tempoyak, sambal tumis, sup, nasi ayam, ma

Yea, yea, nak raya..

Kalau kecik dulu, tu le lagu standard petang/malam raya sambil melompat sakan. Kecik2 dulu standard le, pagi raya baju kurung, petang raya atau raya kedua pakai gaun. Tapi aku tak le banyak, sepasang je pasal mak ada anak pompuan berderet2, zaman tu kalau baju kurung sume sepesen patennya, mak beli pukal. Kalau dapat ikut mak gi bandar Kuantan punyalah seronok gi kedai mamak jual kain pasang. Oleh kerana Kak Long pandai menjahit, maka Kak Longlah jadi tukang jahit baju adik-adik. Namun begitu, selalunya Kak Long suka wat keje last minute. Selalu jugak aku berlinangan airmata malam raya tunggu Kak Long claim baju. Pernah sekali aku melalak sbb dah tgh malam raya tapi baju aku tak siap claim. Sambil berlinang airmata aku tunggu jugak tepi mesin jahit sambil Kak Long menggelek2 kaki ngan mesin tu. Jam tu Kak Long dah tertekan nak siapkan baju terus dia halau aku tapi aku tunggu gek sampai baju aku tu nampak macam ropa baju. Sudahnya pagi raya aku pakai juga baju yang tak berclaim tanganny

Kejadian jenayah

2-3 hari lepas gempar jugaklah malaysia dengan berita seorang wanita yang dijadikan tebusan di bunuh dengan kejam oleh perompak yang nak merompak rumah arwah. Kejadian dan modus operandi tu similiar jugaklah dgn apa yang berlaku pada jiran blok belakang umah aku awal minggu ni. jiran aku tu doktor sampai masuk ICU kena belasah dgn 4 perompak Indon yang masuk umah dia masa dlm kul 4 pagi, masa org bersiap nak sahur. Citer2 cam ni wat aku rasa ngilu, seriau, ketakutan dan segala macam lagi lah ngan kadar jenayah kt Lembah Kelang dan Malaysia secara amnya. Sungguhpun umah dah kena gril, terkatup rapat pun kalau perampok tu dah kejenya merampok dicari jugek jalan camana nak pecah masuk. Benda ni mengingatkan kembali pengalaman aku pada tarikh 08.04.08, tarikh keramat aku tahun ni dimana dlm sekelip mata aku hilang kerakyatan dan harta benda. Pagi tu pagi yg gelap bagi aku. Masih aku ingat aku sekeluarga tgh bersiap2 nak gi keje, manakala anak nak sekolah. Aku tgh mandi dalam bilik air

Tetamu..

Image
Pukul 12 tgh mlm tadi Sarah n famili datang ngan bawak mak sekali. Ya rabbi, dema bawak stok ikan from Balok lagi, kali ni berkilo2, siap ada udang ngan sotongnya. Kali ni mak sponsor wat stok utk 3 anak dia kt KL ni. Kul 12 lebih tu aku pun bertungkus lumus le menyusun dan menyimpan stok tersebut kt freezer sampai aku terpaksa bukak peti sejuk lama kt belakang dapur. Mak pulak bawak bekalan laksam ngan bubur lambuk spesel dia, ngam2 waktu perut aku dah mula berdondang. Dlm kol 1.00 tu anak beranak makan bubur lambuk ngan laksam tu, sedapnya tak terkata.... Ari ni Pak Su Di yakni laki Sarah dengan juruarah En. Azhar dengan bibik Sujinah pegi Dubes Indonesia. Tak tau pulak aku kalau maid nak bercuti ni kena minta surat permit dari kedutaan nak balik kampung. Anyway, bibik Sujinah tahun ni beraya sakan la kt Jawa Timur, tu pun ada ati nak bawak anak kecik Mak Su Sarah balik Indon. Balik2 dia selalu kata, "ni dia Anakku Bukan Anakku" kt si Faris tu. apa-apaan kamu ni non.... Ni

Bulan Puasa dan Aku

Aku dapat sambut puasa ngan mak tahun ni...yabedabedu... makan cam tak ingat dunia, mak masak sedap-sedap cam satar ikan ngan kuih bom inti ikan, yummy... makan nasik ngan segala jenis ulaman, panggang ikan fresh yang aku beli kt jeti Balok, pas tu cicah budu.. dah tak ingat dunia dah, sup ayam ngan lauk2 glamer yang Kak Long masak dah tak heran dah aku. Encik Azhar macam tak caya tengok bini dia makan ari tu, selalu aku kalah ngan dia, ni dah vice versa... Balik cuti merdeka ari tu pusing-pusing dunia (dunia belah pahang ngan ganu jer..). Hari Sabtu gi picnic kat jeram Sg Mas kt Sungai Lembing, ari Ahad gi ronda bandar KT, singgah pasar payang beli batik sutera ngan stok serunding , petang tu jugak gi Setiu kat umah Kak Yah, barbeku reramai, sebelum maghrib bertolak ke Kemaman gi umah Kak Tie lak, nak potong kek ari jadi ngan anniversary. Sume ahli party dah hangin satu badan pasai 'pengantin'nya pukul 10.30mlm baru sampai. Ari Isnin dah posa, lepas berbuka n isyak bertolak k

Happy 8th Anniversary

Image
Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke -8, wahai suami tercinta... Dear Husband, 8 tahun hidup bersama, kita bahagia dengan cara kita. Tiada kereta mewah, atau rumah banglo bertingkat, namun kita tetap senang harungi segala pahit getir bersama. Akukan sentiasa doakan moga jodoh ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Abang, Happy 8th Anniversary...