Tetamu..

Pukul 12 tgh mlm tadi Sarah n famili datang ngan bawak mak sekali. Ya rabbi, dema bawak stok ikan from Balok lagi, kali ni berkilo2, siap ada udang ngan sotongnya. Kali ni mak sponsor wat stok utk 3 anak dia kt KL ni. Kul 12 lebih tu aku pun bertungkus lumus le menyusun dan menyimpan stok tersebut kt freezer sampai aku terpaksa bukak peti sejuk lama kt belakang dapur. Mak pulak bawak bekalan laksam ngan bubur lambuk spesel dia, ngam2 waktu perut aku dah mula berdondang. Dlm kol 1.00 tu anak beranak makan bubur lambuk ngan laksam tu, sedapnya tak terkata....

Ari ni Pak Su Di yakni laki Sarah dengan juruarah En. Azhar dengan bibik Sujinah pegi Dubes Indonesia. Tak tau pulak aku kalau maid nak bercuti ni kena minta surat permit dari kedutaan nak balik kampung. Anyway, bibik Sujinah tahun ni beraya sakan la kt Jawa Timur, tu pun ada ati nak bawak anak kecik Mak Su Sarah balik Indon. Balik2 dia selalu kata, "ni dia Anakku Bukan Anakku" kt si Faris tu. apa-apaan kamu ni non....

Ni tengah pikir apa menu nak masak balik ni, petang ni meriah sket pasal Kak Long ngan Nanie nak berbuka sekali (dan amik stok ikan). Sekali-sekala meriah cam ni best gek, kalau tak sepanjang minggu ni aku buka sorang je sbb En. Azhar keje malam, hemm, apa nak masak ni....

Kt bawah ni gambo2 masa cuti merdeka utk aku abadikan dalam blog tercinta ni...
Sabtu- gi picnik kt jeram Sg Mas, Sg Lembing. Masa ni tgh panas terik, so carik spot kt bawah jambatan
3 generasi... mak ngan anak ngan cucu2nya, Ammar dan Aqil
Ahad - BBq kt umah Kak Yah, kt Setiu, Ganu... Kak Long ngan En. Azhar separuh nyawa nak ngidupkan api
En Azhar yang dah termakan banyak asap...
Ammar dan sepupus tgh posing depan umah Kak Yah yang tak berapa nak siap lagi tu...
Mak Yong sempat posing ngan kain batik...
Malam tu jugak bertolak ke Kemaman umah Kak Tie, potong kek yg dikongsi bertiga, tapi arghhh..tension gambonya tak sharp sbb camera ngan jurukameranya tak profesional langsung...
Ammar yang teruja meniup lilin...
Oh chocolate indulgance, kenikmatan rasamu akan kukenang sampai bebila...
Ahli party yang sedang kelaparan kek...setelah berjam menunggu pengantinnya tiba...
Acara menyuap kek bermula...









































Comments

Popular Posts