Bulan Puasa dan Aku

Aku dapat sambut puasa ngan mak tahun ni...yabedabedu... makan cam tak ingat dunia, mak masak sedap-sedap cam satar ikan ngan kuih bom inti ikan, yummy... makan nasik ngan segala jenis ulaman, panggang ikan fresh yang aku beli kt jeti Balok, pas tu cicah budu.. dah tak ingat dunia dah, sup ayam ngan lauk2 glamer yang Kak Long masak dah tak heran dah aku. Encik Azhar macam tak caya tengok bini dia makan ari tu, selalu aku kalah ngan dia, ni dah vice versa... Balik cuti merdeka ari tu pusing-pusing dunia (dunia belah pahang ngan ganu jer..).
Hari Sabtu gi picnic kat jeram Sg Mas kt Sungai Lembing, ari Ahad gi ronda bandar KT, singgah pasar payang beli batik sutera ngan stok serunding , petang tu jugak gi Setiu kat umah Kak Yah, barbeku reramai, sebelum maghrib bertolak ke Kemaman gi umah Kak Tie lak, nak potong kek ari jadi ngan anniversary. Sume ahli party dah hangin satu badan pasai 'pengantin'nya pukul 10.30mlm baru sampai. Ari Isnin dah posa, lepas berbuka n isyak bertolak ke KL pulak. Penat memang penat tapi ati puas...

Sebelum balik ke KL, aku ngan En. Azhar gi carik ikan fresh kt Balok. Dlm lebih korang pukul 3.30 nelayan kecil-kecilan dah balik dari laut. Masa tu orang dah berebut2 beli ikan yang dijual terus dr nelayan tersebut. Teruja aku tgk cam ikan kembung yang warnanya hijau biru tu, aku beli le 2-3 spesis ikan dlm 2-3kg, wat stok masak bulan posa balik KL, isi dlm tong ikan, boh air batu, sampai umah boh dlm freeze, sebulan pun buleh tahan.

Bulan posa semenjak jadik surirumah part time ni (lepas kawin) boleh kata hari2 aku masak. aku jarang singgah pasar ramadhan, antara sbb2nya macam kalau kt Kelana Jaya ni, kata En. Azhar adalah 'pusat penyembelihan', makna kata harganya adalah harga menyembelih org, En. Azhar selalu berseloroh, kata dia peniaga2 kt situ hari2 asah parang tunggu nak semelih org (tapi tak semua lah..), keduanya belum tentu sedap dan ketiganya aku pernah terbeli makanan dah basi. Jadik, jalan selamat dan puas ati kompem masak sendirik. Dan disbbkan umah dekat ngan opis maka aku sempat le masak, kalau dok jauh, kompem selalu lauk tunjuk.. aku ngan En Azhar pulak mesti nak pekena nasik, maka hari2 aku cam pening jugak nak mereka menu. Tapi bahan mentahnya dah ada senang sket. dlm fridge aku pun ada 2 tabung tempoyak, nampak gayanya minggu2 akan dtg ni banyak le lauk berasaskan tempoyak, heheheh...

Pasal anak pulak, cakap pandai, tapi tak paham, ari2 kalau aku marah dia soh pose, dia akan cakap ayat standard, "Ammar dah besar, Ammar kena kuasa (pose le tu..)", tapi lepas tu melalak mintak nasik. Selalu aku haramkan dia makan heavy masa sampai umah, no nasi, no mee, ni nugget, no kuih, ok la, dia boleh le berkompromi, alih2 masa aku tgh sebuk masak, tengok2 dia baik punya tengah pulun biskut sambil hadap tv, hemphhh, hampehh... masa berbuka elok je mengadap meja makan, tak pe lah, janji memula ni dia paham, dah azan, baru boleh makan, maknanya tulah berbuka posa.... tapi kt sekolah kata cikgu dia melalak nak gi kantin masa rehat, kantin sekolah pulak tu bukak, tu aku tak leh wat ape lah, harap2 tiba masanya dia akan paham apa maknanya pose tu...

semoga Allah memberikan sejuta keberkatan Ramadhan ini, dan aku bersyukur kerana diberi kesempatan bertamu lagi dengan Ramadhan kali ke 34 dlm hidup aku.. amin.

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet