Thursday, April 29, 2010

Birthday Bash

Rencana ini bertajuk bagaimanakah saya menyambut harijadi saya pada tahun ini. Mari kita see how.

Pagi 28 April 2010 - Dengan rasminya sweet 16! Tgh tunggu van utk bawa ke KL utk attend trainingTiada apa yang lebih menggembirakan dari menyambut harijadi dengan training 3 hari berturut-turut, terima kasih kompeni.

Sudah separuh mereng ketika ini tapi kutahan Jebat. Espresi sebenarnya adalah akibat dlm otak itu sdg membayangkan kek oren cheese atau chocolate indulgence sedang dilahap tanpa rasa berdosanya terhadap effectnya utk kesihatan tubuhbadan. Pastu ada ayam kentaki dan nasi beriani. Tetiba.

Tapi nasib baiklah trainernya itu amat sejuk mata memandang....

Pada malam itu, saya rasa not feeling well cam nak demam. Pak encik ajak pi dinner. Lepas telan panadol kami pun bertolak ke resto.


Ni dia pre-celebrationnya, akibat tak boleh makan kaw2 sbb nak domam maka kita celebrate next taim je lah bang. Cheh, makan ringan2 pun habih sume nasi lemak ayam, tomyam segala, chicken chop lah lincin kena balun anak-beranak.

29 April, 2010

Oh, sungguh terharu akak sebab encik bos kt ofis sponsor majlis raikan harijadi akak. Aiseymen, sedih lah bos.... oklah, bagilah I perasan sket sbb sebenarnya bos selalu sponsor anak2 buahnya klu taim besday. Tima kasih bos! Sangat terharu I. I sesungguhnya terus melupakan peristiwa tak dpt gi India. Tetiba lagi.

Fuh, sib baik tak de angka.

Inilah ofis mate yg sama2 meraikan besday I. Amboiii, lihatlah kegirangan semua orang ini dapat makan free hujung bulan begini.

Ye, silalah makan dengan bersungguh-sungguh.

Ye, itulah angka bertuah tahun ini.

Meanwhile....

Cita-cita pak encik nak extend umah dia kt belakang sampai tingkat atas tu akhirnya tercapai juga. Kerja-kerja perobohan sedang giat dijalankan sekarang. Suspen tak kena duduk dgn 3 org Indon totally strangers selama sebulan? Trauma siot. Dah 4 malam gek la dema tido kt bilik bawah jaga barang. Jadik sekrang umah cam tongkang pecah. Dapur pun kena bagi MC lah nampak gayanya.

Amboi... manisnya senyuman dia... sila cam betu-betul ni in case.. eh, eh, tak nak sebut.

yeah... roboh bang, roboh... wahhh... sungguh stylo mamat ini dengan kemeja-T polo beli kt downtown (akak pun beli kt pasar malam dek)

Di en.

Wednesday, April 28, 2010

Happy Birthday!

Alhamdulillah... hari ini dipanjangkan umur oleh tuhan yang Maha Baik untuk menikmati satu tahun lagi pertambahan usia, dan masih bernafas untuk satu lagi hari atas izinNya. Aku hanya berharap yang baik-baik dariMu, dan mohon barokah dalam perjalanan hidupku ini. Terimakasih tuhan untuk umur ini, dan hidup yang kau landaskan untuk aku jalani. Walau pahit, walau manis, aku tetap mensyukurinya. Jadikan aku lebih baik hari ini dari hari sebelumnya. Berikan aku kekuatan ya rabbi, ya karim. Amin.

Sunday, April 25, 2010

Ketupat Sotong

Mempunyai emak yg merupakan anak jati Terengganu tidak dapat tidak saya membesar dengan masakan2 tradisional Terengganu. One of my Favorite is Ketupat Sotong. Masa zaman dok kepit celah ketiak mak, kalau musim sotong berlambak2 kt pasaran tu, mesti expect mak masak sambal sotong ataupun ketupat sotong. Kalau mak tak masak tu boleh moncong sedepalah jawapnya tu. Kalau kt Terengganu/Kuantan tu, bulan Mac-June tu, esp. April camni, mmg musim candat sotong la tu. Kata mak, masa dia kecik2 membesar kt pantai Terengganu tu, musim2 cenggini meriah le kt pinggiran pantai tu dgn bot2 terang-benderang mencandat sotong.

Seingat aku pula, dah dekat sebulan ada dalam 4-5 ekor sotong duduk menyorok dlm freezer kt dlm lemari ais kt dapur tu. Tu stok sotong sekilo yg beli kt Beserah masa balik kampung bulan lepas. Wahhhh, sgt menunjukkan tuan rumah ini punyalah rajin memasaknya. Tetiba teringat kt ketupat sotong... lama beno tak pekenanya. Dengan sedikit ego malas nak call mak kt kampung tanya camna nak masak, aku agak2 je lah resepinya tu. Bukan susah pun cam buat nasi dagang tu. Jadi, mari kita semak resepinya tuu..

The yummy ketupat sotong... (amboi sememeh je kt tepi pinggan tu)

Angle bila di potong....biar pulut tu duduk mampat2 barulah nampak menggoda.

Resepi Ketupat Sotong :

- 1/2 kg sotong sederhana besar
-1 pot beras pulut
- santan
- dalam 3 ulas bawang merah dimayang
-seinci halia, dimayang
-secubit halba

Cara-caranya ;
1. Rendam sedikit santan yg dicampur dgn sedikit garam ke dalam beras pulut. Kira2nya cam nak buat lemang la tu
2. Sumbatkan adunan beras pulut itu ke dalam sotong. Kira2 dlm setengah perut sotong tu, bajet pulut tu kang kembang klu masak
3. Now masukkan kepala sotong dan sematkan dgn lidi/tooth pick. Kalau bajet nak buat sikit je, sila dgn selambanya masa makan kt gerai/resto amikla barang 4-5 btg pencungkil gigi tu. Cheh, ajar ilmu sesat poyolah kau.
4. Didihkan sotong tersebut dgn santan cair sehingga kita dpt agak beras pulut dlm sotong itu dah masak
5. Tambahkan santan pekat dan masukkan hirisan bawang, halia dan halba.
6.Perasakan garam dan gula
7. Masukkan secubit asam keping utk balancekan rasa

Kacau perlahan-lahan tanpa pecah minyah. Dah pun siap.

Ekceli aku ada nak membebel lagi kisah aku dan sotong ni tapi ya ampun serabut perut dgn si Ammar dok berebut lappy nih, tgh meratap merintih tu bajet nak download game ngan youtube lagu si Tomok. Nah, nah, amik ni, ko kalau rosak lagi lappy ni tahulah kau omak nak buat apo kat ekau. Adehhh... sayonara, see ya.

Thursday, April 22, 2010

My name is Khan

"My name is Khan and I'm not a terrorist".

One of the reason that drives me to watch this movie is because of the character played by SRK, which is as autistic person. Personally aku tak kenal sorang pun org autistik yg dah dewasa. Bukan calang2 pengarah boleh menggarapkan jalan cerita yang agak berat dengan tema kekeluargaan, keagamaan dan terrorism seperti ini. All are blended quite well by Karan Johar. Senang aku tgk citer Hindustan tanpa berguling kt gunung-ganang and bukit-bukau camni. Namun watak SRK sgt buat aku skeptical. Kadang2 SRK potray the watak as macam org terencat je (sorry to say). Dan tambah musykil camne org secantik cam Kajol nak kawin ngan seorang yg digambarkan sebegitu. Tapi apa pun seorang autistic tu tetap dgn mudahnya akan di assumekan 'sakit mental' disebabkan kejanggalan mereka dalam ber socialised. At least, itu tanggapan masyarakat yg mempunyai tahap pengetahuan yg cetek terhadap golongan ini. Tapi aku tak pasti Ridzuan Khan itu digambarkan severe autistic atau sindrom Asperger ke, I've no clue. Tapi tak pula Ammar tersenggut-senggut cenggitu plak, yelah, Ammar tu kira mild autistic.

Berbalik kpd jalan citer, movie ini mengisahkan seorang autistic yg bernama Ridzuan Khan yg ke Amerika dan menjalani liku2 kehidupan yg penuh sukar dgn ketidakupayaan diri sbg seorang istimewa dan pandangan masyarakat Amerika yg sgt phobia dan mis-conception antara nama seorang Islam dan terrorist. Berjumpa dgn seorang pengamal salon, Mandera (Kajol), janda anak seorang, fate membawa jodoh mereka berdua (hermmm mazhab apa tatau Hindu kahwin dgn Muslim and they both practikkan agama masing2). But bearing a Khan's name in his surname, bukan mudah bagi anak tiri Ridzuan Khan di sekolah. Due to his name and peristiwa September 01, Samir diejek dan dilabel pengganas oleh rakan2 sekolah, sehinggalah terjadi pergaduhan yg meragut nyawa Samir. Dan seterusnya membawa kpd keretakan dlm hubungan mereka. Mungkin atas rasa bersalah (ye, tlg fahami bahawa autistic person juga ada perasaan) maka Ridzuan pun menjalankan misinya untuk bertemu Mr. President semata2 utk menyatakan beliau bukan terrorist. Ke naifan beliau akhirnya menjerat diri bila di cap sebg terrorist lalu dihumbankan ke dalam penjara.

Sebenarnya yg menarik cerita ini adalah ketika journey Ridzuan Khan utk bertemu Mr. President yg mana beliau tlh menemui insan2 yang pelbagai warna wataknya dan penonton dpt discover unsur2 humanistic tanpa mengira kaum dan agama sepanjang journey itu. Ada bab2 yg buat aku sedih juga. Terus teringatkan Ammar, apakah journeynya nanti akan menghadapi kesukaran sebegitu rupa dan apakah disebabkan "autisme" itu akan membawa musibah kepada dirinya apabila seringkali disalahfaham sebegitu. Aku nak sangat berjumpa seorang autistik dewasa dan memahami keadaan dirinya sebagai 'bekal' utk aku bersedia dgn kemungkinan yg datang nanti. As for this moment, semuanya kabur lagi pada aku. Satu lagi movie yang aku nak tengok sgt dan study autisme tapi tak jumpa kt Mesia ni adalah "Temple Grandin", based on true story. Temple Grandin adalah seorang autistic dan merupakan saintis wanita yg mengkaji mengenai tabiat haiwan dan kaedahnya sehingga sekarang digunapakai oleh giant co. cam McD ketika proses slaughter. Membaca kisah mengenai hidupnya sgt inspiring, Temple disahkan autisme ketika berumur 4 tahun dan bezanya dengan Ammar ,Temple is the one with severe autisme, while Ammar is mild. Tapi mempunyai satu kelebihan yg peka dan sensitif dengan haiwan (org putihkan selalu ada ladang), beliau menghabiskan banyak masanya membelai haiwan sehingga dia mengkaji sensitivi haiwan ketika disembelih dan menemui kaedah utk cool down the nerve of the haiwan yg akan disembelih. (Aku rasa sebab dia tahu haiwan juga punyai perasaan tapi siapa yang tahu bagaimana kesengsaraan haiwan itu utk menghadapi mati, begitu juga autistic people yg tiada pun org yg tahu perasaan mereka disbbkan hidup dlm dunia sendiri - sedih plak aku rasa ni...). But she managed to finished her study sehingga memperolehi Phd dlm bidang yg dia ceburi. Dia tak pernah berkahwin sehingga sekarang kerana menurut beliau siapalah yang mahu mengahwini dan memahami seorang autistik...

Hati yang terluka....

Mean while, kami telah mengambil keputusan utk memberhentikan Ammar dari sekolah agama. Kami terima aduan dari ustaz/ustazah yang dia semakin sukar nak dikawal sebab suka bermain dipadang permainan diluar kawasan sekolah walau dilarang. Sorang2 pulak tu. Bimbang betul dgn keselamatan dia. Dan cam biasa mengalami masalah kesukaran bergaul dgn rakan sebaya, kalau orang tak kacau dia, dia pulak kacau orang nak belajar, bila dah macam tu mulalah bergaduh. Tu belum lagi import benda bukan2 dari budak normal cam ejek sakit mental la, tak betul lah, macam2. Termenung jugalah kami kesedihan sbb tak tahu mana lagi saluran nak pergi utk perkembangan dia selain kelas khas. Sighhhh... takper lah, aku redha ini bahagian aku kt dunia ini.

Sayang juga kerana dia dah boleh mengikut baca ayat2 lazim sekarang, lately sebelum tidur dia selalu punggah buku2 agama bawa tidur atas katil, suruh Ummi sekali baca buku Ustaz kata dia.
Datang mood dia baik, sambil baring cenggini dia baca surah Al-Fatihah. Macamanalah hati Ummi ni tak sedih nak....

Monday, April 19, 2010

The making of karipap pusing

Pada petang hari Sabtu yang lepas, ketika pulang dari kerja, sebaik2 memasuki LDP, hujan telah turun dgn selebat-lebatnya diikuti ribut petir dan hujan yang turun dengan menggilanya. Sangat suspen je masa tu, sib baik le umah dekat je, dari kejauhan highway Persekutuan, perayaan lampu break kelihatan sepanjang2 jalan. Sampai kt area umah, pokok2 dan ranting kayu bersepai menyembah jalan. Terpaksa lah cilok sana sini masuk kawasan rumah orang. Okaylah, sekian karangan pendek dari saya.

Makanya bila hujan dan sejuk2 camni marilah kita buat karipap panas, itulah sebenarnya moral of the story. Dengan ilmu tak habih download ni mari kita buat karipap pusing/lapis, apa ke namanya tu....

Inti karipap.

Bahan2 A:
-3 biji garlic
-1 biji bawang besar
-segenggam udang gagau kering (udang gagau je yg best buat inti karipap nih)
= blend semua bahan ini sekali

Bahan B :
-beb biji kentang dipotong dadu
-dlm 3 sudu makan kari ikan babas (mak campur 1 sudu serbuk kari daging, kata akak yg buat katering kt belakang flat kt umah tu serbuk kari ikan plg ngam buat inti)
-1 sudu pes cili (optional)
-isi ayam
-daun ketumbar di racik (optional)

Caranya :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan A. Masukkan beb helai daun kari jika mahu.
2. Bila sudah keperangan dan naik bau, masukkan serbuk kari (no need to bancuh air first). Gaul dan masukkan isi ayam, gaul lagi.
3. Masukkan kentang yg dipotong dadu (takyah rebus first). Gaul dan akhirnya masukkan air secukupnya dan tutup kuali/periuk sehingga kentang empuk.
4. Perasakan garam dan gula
5. Masak sehingga kering
Taraaaa.. dah siap intinya. Todappp bak kata cik Patin (wink).

Untuk doh (oh, tidakkk...), untuk buat kulitnya, kita buat 2 bahagian doh ye.

Bahagian yg pertama, gaul tepung dengan air yg di larutkan dgn sedikit garam dan gula. Uli sampai jadi dohlah katakan.
Untuk bahagian kedua, gaul tepung dgn majerin semata-mata...Sampai dia jadi lebih kurang peruiii camni

Kemudian, kepal bahagian kedua dan masukkan ke dalam bahagian yang pertama cenggini. BTW, kalau tak kepal pun tak per, masukkan je dalam bahagian pertama tu.


Sampai dia jadi bulat camni. Now, gelekkan dia sampai leper laaa, and start gulung (wah siap alas plastik you tak nak lekat punya pasal... nasiblah, sendiri buat sendiri amik gambo, pak encik keje, nak harap Ammar jauh panggang dari oven je)

Sampai dia jadi macam gulungan ini. Now, gelekkan lagi dia secara membujur begini.

Kemudian, gulung lagi,
Sehingga dia jadi gemuk cenggini.Dan kita potong2kan ia ...haaaa kan dah nampak lapis2nya tu...
Macam ini untuk setat buat kulit karipapnya
Gelekkan ia dari atas dan apalagi masukkan inti dan claim, klim, whatever lah wordnya tu.
Cengginilah sebelum digoreng

Taraaa.. karipap panas minum dgn teh panas pada suatu senja...layannn...

Friday, April 16, 2010

Warehouse sale dan diari resepi

WAREHOUSE SALE DATANG LAGII!!!! (boley juga baca dgn nada iklan TORA datang lagi...)

Tengahri semalam sempat pergi jualan gudang di Stadium Malawati Shah Alam, yg branded, tak dek branded sume ada, potongan sampai 70-80%. Akhirnya aku beli... sebiji kek coklat yg takde kena mengena ngan jualan gudang dlm stadium tu. Kira beli barang yg menebeng kt luo stadium tu. Tak silap aku ni jualan Tangs kot, patut le aku rasa tak semeriah Metro Jaya sales mcm tahun sudah kt sini. Anyway, bagi yg berminat, sales ini dari 15-18 April, dapatkan ia sebelum kehabisan people!


Yeahhh... pilih kak, pilih, mungkin akak itu sedang berkata dlm hati "apa barang buat sales tengah bulan cenggini, buat meleleh ayaq lioq jeq.." Ekceli yg kata tu adalah penulis sendiri.

Haaa... yang ini tak buleh tahan, apalagi yg branded tinggal 70% diskaun, menggugat keimanan sehhh...

Meanwhile....

Saya telah menceritakan keetikaan saya yg poyo dlm entry yg lepas. Heh, saya bukanlah baik naw pun, tapi adalah satu dua buku catatan resepi tulih tangan dlm henbeg saya tu.


Haaa.. inilah dia handbook saya tu, siap tampal gambo lagi, wat paper cutting tempek kt sini. Terus teringat kat Kak Long sbb masa dia muda2 dulu siap ada buku ledger resepi lagik. Kak Long pengumpul resepi sejati. Dulu dia suka jamu adik2 ngan masakan2 yg vogeh. Masa dia dok Sarawak ikut suami dulu sempat le dia bertapa ilmu kek Sarawak. Masa aku dlm umur belasan tahun tu kira terer le kt kampung tu dpt makan kek lapis bagai ni. Tapi aku lagi suspek giler kt mak sbb simpan dlm otak jek resepi tradisionalnya cam nasi dagang, otak2, satar, etc. Sempat juga le interview mak kutip resepi2 tu manalah tahu... eh, tak nak sebut.
Mak aih, panjangnya resepinya tu..

Amboiii... siap ada gambarajahnya lagi...kalau tak jadik juga tak tau lah....

Ada jugaaaa... antara pagesnya tu terselit jugak contengan dari dak Ammar, apa sahaja buku dlm umah ni mesti ada contengan luahang perasaang dia. Lihat pada perenggan ketiganya itu : "Lagu Mikankerusin". Ada sesapa buleh teka lagu apa tu?? Heh, mesti susah giler nak jawap soklan ni, so, bagi yg 'expert' cam I ini yang mampu membaca isihati budak autistik cenggitu ini jawapnya ye : "LAGU MEET UNCLE HUSSEIN". Yeah, sila clap tgn kuat2 kepada I. Utk ayat cenggini kita haruslah lihat by predikat : "MIK-ANKER-USIN", maka buleh le teka. Tapi buat I wonder camanalah "Lagu Umi" tu....bilalah pulaknya aku buat lagu tu yek?
Ini pula mini notebook saya, bawa kemana2 dlm henbeg..
Kt dalamnya penuh dgn resepi mak... bajet balik kampung tengok mak masak favorit dish terus catit resepi.

Haaa.... yang ini kau jangan nak spedo... terus dengan tanpa rasa berdosanya straight print dari PC kt ofis... (tetiba terdengar lagu Kris Dayanti.. 'aku ini...wanita biasa'...)
Sekian.

Monday, April 12, 2010

Tag lagi dan Manfaat kerja kita

Bagi memenuhi request cik Patin yg nak tgk koleksi kasut I- ini diperturunkan antara koleksi kasut I yg selalu menyorok bawah meje kerja I ini (ini sgt impromptu ok, panas2 lagi gambo ni).

Ha... yang ini le selalu mengambil giliran di kaki ini buat pakai hari2, sebenonya ada byk lagik kt almari kasut kt umah tu tapi wat malu arrr sbb dah jadik arkib dan bajet buleh lambai2 panggil akak Alice si pemborong barang2 terpakai ke hapa tu. Oh yea, itu belum lagi koleksi dlm kete nti le petang2 sket I akan ambilkan gambar ianya. Selalu aku ni pakai satu2 kasut tu sampai dah tak rupa lagik dah kasut tu, taram cukup2 tapi bila dah dtg angin meroyan kt shopping mall tu mau jugale capai sepasang 2 kasut pastu lama2 I dah lupa cammm... 'ohhh... aku ada kasut ni rupanya". Kasut2 dan selipar aku ini dari harga RM5 sepasang sampai le ... errrr... lebih kurang tu je ler harganya pun ngeh ngeh ngeh... yg paling mahal pun pernah sekali je sampai harga 3 angka sbb saje nak manjakan diri, sekali tu je ler (sila semak label dulu). Hah, topik ini sgt interesting kerana nti I akan postkan gambo koleksi pak encik sekali sbb kegemaran beliau beli kasut hoh.

Meanwhile....

Sometimes kerja kita sangat memberi manfaat buat kita walaupun se pathetic mana pun kita rasakan ianya. Kerja aku kan selalu menyopping, jadi bila ada fakulti hospitality ini boleh menjadi sangat mengujakan apabila kita harus membeli buku2 masakan yg sgt cool seperti ini :Selalu tak de masa pun nak baca ia bila dah sampai, jadik selalu telek2 gitu je ler...

Isn't it heaven dpt menghasilkan buku2 yg sgt sejuk seperti ini dan menghabiskan berbelas2 hari tanpa rasa berdosa hanya dpt merenung buku2 ini utk org2 seperti I yg hanya sangat pandai makan sahaja...

Feasting your eyes with the food captured inside sambil berangan2 memegang penggelek pastry dan memberi senyuman semanis akak Nigella...

Melihat panduan membuat pastry dgn langkah demi langkah tapi aku pula tersangatlah doh-histeriaphobia (wahhhh kawinkan ayat gitu) bila nak buat doh kerana tahu selalu tak boleh blahhh bila taim buat doh

Oh ini saya sangat tak tahan sehhh...
Dan ini juga walau dapat amaran paras glukosa dlm darah dah tahap membahayakan penumpang dan bot-bot kecil..... tak boleh handle punya...

Pasta yg sgt mengujakan adrenalin kamu..
Atau pergi ke mesin fotokopi dgn sedikit rasa berdosa sambil toleh kiri kanan looking for bos. (owh, jgn salah faham, saya sgt tidak aktif dgn aktiviti macam ini, nti saya postkan gambar buku handbook a.ka. catatan diari resepi saya - tulis tgn you, ye, buleh berikan tepukan gemuruh kerana masih ada jati diri etika yg kental dlm diri ini kuang kuang kuang...)

Atau juga berangan display ini di atas dining table sambil berlagak menayang dish2 lain dgn pinggan mangkuk porcelin murah Ikea...

Owh, mengapakah kek kawin saya hanya kek krim chiffon sahaja tidak seperti kek pementasan pentas ini???

Sekian

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife