Halaman Pertanian

Sekangkang kera bukanlah satu retorik bagi menggambarkan keluasan halaman pertanian depan umah saya. Kerana kalau dipanggil seekor kera dan buat kangkangan dia situ nescaya memang le sekangkang bendalah tu jelah halaman pertanian saya. Masa memula nak tilekan depan umah tu saya kata tutup jelah tanah tu ngan simen tapi pak encik saya mempunyai jiwa yg sgt besar utk bercucuk tanam bunga dan kenkonon herbs kt situ. So dia main campak je ler pokok2 yg bagi dia sgt perfaedah tapi bagi saya apa ke pekdahnya tu bang oiii... gitu lah. Sebab pakai main cucuk je kt situ. Ada yang mau tumbuh, ada yg kegersangan sebelum berkembang. Tuan yg berkobar-kobar tu maklum le buat2 bz memanjang tapi bukannye nak berjaga sgt halaman pertanian dia tu. Bila rumput rampai dan apa kebendatah flora yg suka2 tumbuh kt situ dah panjang dan menyemak mata dan perasaan, ini, mak encik inilah yg kena tukang trimnya. Kegkadang saje je buat tak nampak semak samun tu sbb saya ni tidak di kurniakan darjah kerajinan yang tinggi. Marilah melawat halaman pertanian saya...

Spesis ini di dakwa oleh pak encik sebagai Sarawakian Gambiros, sebagaimana di dakwa oleh pakcik yg jual pokok kt Taman Pertanian Indera Mahkota. Tak pasti lah apa relevannya pak encik nak tanam ni kerana banyak khasiatnya kata pak encik macam merawat sakit gigi ke apa tah. Ada lah 2-3 spesis pokok herbs lagi yg pak encik beli tapi sumenya suam2 kuku je nak hidup, ntah nape spesis ni pulak yg tumbuh subur dan berbunga sepanjang tahun. Lepas ni kalau pokok ini lesap pada malam hari jangan le pak encik marahkan mak encik pulak ye setelah di iklankan di sini... ehem ehem...oh ye, tengoklah pokok dil kt belakang tu, baru je cantas tu dah melampai balik... sighhh...

Tapi yang tak tahannya bila bunga bersepai dan bersepah2 cenggini kt laman. Sape yg sapu? Mak encik jugaaaa lahhhh...

Haaa.. spesis ini baru disedari oleh mak encik mengendeng kt dlm laman ni kelmarin. Tak taulah camana dia membawa diri sampai masuk ke laman kami. Saya menamakannya sebagai "mamanos jerukis", amat sesuai di buat jeruk maman. Pernah makan tak jeruk tu? Orang makan dengan nasi. hihihi...

Spesis Hempedus Buminos ini pula tersangatlah degilnya ia. Walau ku tebas, ku cabut pun tetap mahu hidup juga ianya di sini. Pahit giler siot kehapa. Sesuai untuk merawat kencing manis, adalah hikmahnya tu ia nak tumbuh di sini tu.

Among the bushes.....Yang ini tak yah cakap, keluarga spesis pegagos ulamos rajonos, tak pasti juga kenapa dan bagaimana ia tumbuh di sini...

Ha, yang ini pokok mangga di luar pagar yang dah tinggi melampai, amat sesuai dibuat teduhan parking waktu cuaca panas. Nampak tak pagar hitam tu? tulah umah Akma AF, selalu 'rebut' parking bawah pokok ni ngan akak dia. Pokok mangga ni berlumba tumbuh ngan pokok mangga keluarga A, ye double prosperity punya pokok, mcm yg kami pernah sembang ngan mak ngan ayah dia ntah sape dulu le yg berbuah tatau cam ala2 perlumbaan gitu, kami tak kesah pun sbb mak ngan ayah dia sangat baik orangnya. Eh, dah lari topik pula.

Ini dinner malam ini, saya buat dengan daging burger campur ayam cincang sket, sape kata yg tinggal kt umah bertingkat2 maleh turun kedai kalu tak cukup barang, yg umah atas tanah ni pun amat le pemalasnya nak capai kunci kete dan buka pagar rumah nak gi kedai! Tulah namanya kalau dah spesis Malaso Gilopagos!

Adios...

Comments

knitfreak-to-be said…
terror aa bagi name saintifik, abih sume ade ...os kat belakang, syabbas ;)
Yong Kamariah said…
hai, tak perasan ada komen sini, saya mmg suka merapu, jgn makan hati hihihi...

Popular posts from this blog

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

End Year 2017 and New Year 2018