Posts

Showing posts from May, 2008

Those the good old days...

Image
Suatu ketika dahulu, aku pernah menikmati zaman2 gemilang seorang remaja yang penuh warna-warni, satu ketika dahulu aku pernah meniti kemanisan dan kenaifan bergelar seorang anak gadis sunti, satu ketika dahulu yang mana aku mahupun teman2 tak mengerti makna kesusahan, apa maknanya stress, apa ertinya komitmen, mahupun tak tahu erti sebenar sebuah keegoan, zaman kami ketika itu penuh dengan gelak tawa, mahupun kenakalan bersama, kalau diberi pilihan mahu sahaja aku kembali ke zaman itu, ketika itu... (flash back.... ) aku mulakan zaman sekolah pompuan Tengku Afzan, Kuantan, masa ni aku sweet 15-16 ni, aku ni kalau pasal melaram mak datuk, no satu, asal ada org nak bergambar mesti aku nak menyelit, props nya tak kiralah, asal ada baju cantik sket pinjam le sesama sendiri melaram....byk gek le gambo2 beraksi sakan time ni tapi tak pe ler, cukup la 2 keping ni.... Gambo kiri tu, masa zaman rock kapak tengah meletup, tapi aku amatlah tak berminatnya rock ni, bagi aku time tu pakwe2 rockers

MAK, happy mother's day!

Mak, walaupun kita tak pernah membudayakan sambutan Hari Ibu ni, tapi kita nak mendedikasikan page ni khas utk mak. wah, mak sambut Hari Ibu dekat Sarawak dgn 4 anak mak tahun ni, pasti Ajie ada special celebration utk mak. Mak pun pasti rindu sgt kt anak lelaki bongsu mak tu, yelah, org tu dah jadi org Sarawak, kawin ngan org sana, dah siap beli rumah kt sana, pasti lah jadi pemastautin tetap kt sana, kita tahu mak ada rasa ralat sbb Ajiekan anak harapan mak, tapi mak, dia dah jumpa kehidupan dia kt sana, tak sapa pun boleh pengaruhi apa keputusan dia, biarlah, lagi pun Ajie tak pernah lupakan mak, setahun 3-4 kali pasti anak mak tu terbang balik jumpa mak... Mak, kita tahu, setiap anak akan kata maklah org paling best dlm dunia, macam tu juga kita, maklah superhero kita. Kita tahu, antara kita tak pernah menzahirkan ucapan sayang antara satu sama lain, sbb kita tak membudayakan benda ni. Tapi kita tahu, words are beyond anything yg dpt menzahirkan rasa sayang antara kita. Kita tahu,

Payback time!

Akibat dari memontengkan anak aku ari buruh tu, kesudahannya package bermalam 4 hari 3 malam di KJMC! Balik dr kampung tu anak aku mula demam, Isnin tak ke sekolah, bagi ubat demam elok kejap pas tu badan panas balik. Ari Selasa pegi klinik dia dpt MC 2 ari, ari Khamis demam tak kebah lagik, dr suruh gi hospital bagi referal letter. Sampai kt KJMC Dr Syed kata tonsil anak aku dah bernanah, so kena admit ler, masuk antibiotik ikut drip tu. Nasib baik laki aku keje petang/malam minggu tu. Siang dia tunggu anak, balik keje turn aku plak. masa memula masuk tu bilik dah penuh, lawaknya, ramai pulak org sakit nak ujung minggu tu, yg tinggal cuma bilik executive, aku ckp aku tak nak bayo kalu charge lebih, last2 dr kasi chan, masuk bilik exec tapi charge single, ok la cam tu kan... Dok hospital ngan anak cam aku cukup le menyeksakan, pasal sakit2 pun tak nak dok diam, nasib baik tak pakai sgt drip tu, buleh le dia melompat sana-sini, dah ada hati lagik ajak aku merayau2 kt wad tu, splint kt t

Sun n Sands, Spa n Sauna

Hari buruh 1 Mei aku nekad memontengkan anak aku sekolah pada 2hb utk pulang ke kampung laman aku di Bukit Goh, Kuantan. Nak jenguk mak yang dah lama aku tak nampak. maklumlah, mak selalu uzur lantaran sakit kencing manisnya. Aku balik pun ngan akak aku sekeluarga, tumpang dia atau dia tumpang aku, aku pujuk diaorang naik keta aku, aku bawak sampai ke Temerloh, separuh lagik abang ipar aku bawak, tulah first time aku drive ke pahang, kalau ikut laki aku mati idup dia tak bagi aku bawak ke pahang, tak percaya kt aku le tu....maklum le jln highway Karak tu cam trek F1 berliku2nya, this time laki aku tak ikut pasai keje. yang lawaknya aku tak lupa bawak kek arijadi aku yang aku lupa nak potong ari tu. aku kalu dah dok umah mak malas nak keluar, tapi kalau famili aku ni suka merendek kalu dpt balik kuantan tu. satu tempat yg aku takkan miss balik kg mesti ke pantai, tak kiralah ke pantai batu hitam ke, beserah ke, mesti pegi, kalu tak bawak budak mandi pantai pun pekena mee kari lazat kt

Happy Birthday Yong Kamariah!

28 april 2008 - maka genaplah umur makcik 34 thn.. alahai dah tua... laki aku cam biasa surprisekan aku ngan kek (dah boleh baca dah..) dekat pukul 11 suruh potong kek n berposing, tak kuasa akak, perut dah kenyang balik dinner, mata tak tertahan nak katup.. postpone lahpotong kek tu... Masuk umur 34 tahun ni sebenarnya macam2 yang aku wish... antara yg masuk wish list aku nak beranak lagi satu, tapi setakat ni tuhan tak bagi rezeki lagik... nanti kalu umur 35 thn (harap dipanjangkan umur) dah boleh gugurkan benda ni dari wish list, malas nak pikir lagik.. maybe rezeki aku dlm hal anak ni tuhan tak murahkan tapi alhamdulillah, dengan kasih sayangNya, limpah kurniaNya rezeki aku yang lain macam dari sudut kebendaan tak pernah putus, Dia kan maha pemurah lagi maha penyayang, setakat ni aku tak la pernah dlm kesusahan bab kewangan ni, urusan dunia ni pun setakat ni lancar je... Satu lagi wish list aku, semoga dimurahkan rezeki aku nak buat atleast umrah dulu, nak sangat jadi tetamu Allah,