Happy Birthday Yong Kamariah!

28 april 2008 - maka genaplah umur makcik 34 thn.. alahai dah tua... laki aku cam biasa surprisekan aku ngan kek (dah boleh baca dah..) dekat pukul 11 suruh potong kek n berposing, tak kuasa akak, perut dah kenyang balik dinner, mata tak tertahan nak katup.. postpone lahpotong kek tu...



Masuk umur 34 tahun ni sebenarnya macam2 yang aku wish... antara yg masuk wish list aku nak beranak lagi satu, tapi setakat ni tuhan tak bagi rezeki lagik... nanti kalu umur 35 thn (harap dipanjangkan umur) dah boleh gugurkan benda ni dari wish list, malas nak pikir lagik.. maybe rezeki aku dlm hal anak ni tuhan tak murahkan tapi alhamdulillah, dengan kasih sayangNya, limpah kurniaNya rezeki aku yang lain macam dari sudut kebendaan tak pernah putus, Dia kan maha pemurah lagi maha penyayang, setakat ni aku tak la pernah dlm kesusahan bab kewangan ni, urusan dunia ni pun setakat ni lancar je...



Satu lagi wish list aku, semoga dimurahkan rezeki aku nak buat atleast umrah dulu, nak sangat jadi tetamu Allah, tapi a part of me takut jugak, ye lah macam2 benda org kata buleh jadik kt sana disbbkan cam bad deeds yg kita buat didunia ni...



Wish list aku yg paling aku harapkan semoga anakku akan jadi anak yang normal, kalau tak boleh normal betul atleast dia buleh uruskan dirinya sendiri dan dpt pertimbangkan baik dan buruk dlm sesuatu tindakan. harapan aku secara teknikalnya tak tinggi pada anak aku tu, maybe dlm bidang teknikal atau profesional tak la tinggi harapan aku, aku amat berharap aku dpt masukkan dia dkt sekolah tahfiz, semoga dia boleh jadi seorang ustaz nanti, manalah tau...



akhir sekali aku harap, jodoh aku berpanjangan, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, semoga aku sentiasa berada dlm lindungan Allah dan sentiasa berpegang pada taliNya...amin.

Comments

Popular Posts