Sun n Sands, Spa n Sauna
Hari buruh 1 Mei aku nekad memontengkan anak aku sekolah pada 2hb utk pulang ke kampung laman aku di Bukit Goh, Kuantan. Nak jenguk mak yang dah lama aku tak nampak. maklumlah, mak selalu uzur lantaran sakit kencing manisnya. Aku balik pun ngan akak aku sekeluarga, tumpang dia atau dia tumpang aku, aku pujuk diaorang naik keta aku, aku bawak sampai ke Temerloh, separuh lagik abang ipar aku bawak, tulah first time aku drive ke pahang, kalau ikut laki aku mati idup dia tak bagi aku bawak ke pahang, tak percaya kt aku le tu....maklum le jln highway Karak tu cam trek F1 berliku2nya, this time laki aku tak ikut pasai keje. yang lawaknya aku tak lupa bawak kek arijadi aku yang aku lupa nak potong ari tu.
aku kalu dah dok umah mak malas nak keluar, tapi kalau famili aku ni suka merendek kalu dpt balik kuantan tu. satu tempat yg aku takkan miss balik kg mesti ke pantai, tak kiralah ke pantai batu hitam ke, beserah ke, mesti pegi, kalu tak bawak budak mandi pantai pun pekena mee kari lazat kt gerai batu hitam tu pun jadik la.. bagi aku la...kelapa sawit n pantai tak dpt dipisahkan dari hidup aku, aku love to be at the beach, even menghirup bau air laut tu dah beri ketenangan pada aku, dari aku zaman anak dara lagi masa sekolah kt Sekolah Pompuan Tengku Afzan, Teluk Cempedak tu dah cam jadi umah kedua, kengkadang warden bawak joging kt sana, maklumlah dekat ngan sekolah, sun n beach n sands n wave ni dah jadik cam sebati ngan diri aku..
petang jumaat adik aku ajak gi sauna kt Swiss Garden kt area Beserah, tumpang kemudahan adik pompuan aku, Sarah, pasal laki dia ada membership family package kt resot tu, makanya seluruh kaum kerabat boleh di angkut ke sana, tu ler untung keje under Petronas ni, macam2 facilities diorang provide, membership tu pun dia support kt staff dia, tak yah bayo apa pun.
So sementara anak2 kami mandi kt kolam, kaum ibu nak bersauna, makanya akak aku, Nani, aku n Sarah terus menyerbu sauna tanpa membaca arahan terlebih dahulu, maklum le tak sapa pun antara kami pernah bersauna ni, masuk dlm tu mak datuk rasa kena panggang, tak sampai 1 minit nani n sarah dah menggelupo keluo sampai ketawa macam nak rak. bila baca arahan baru le tau kena mandi manda dulu, so lepas shower kami masuk balik sambil curah air kt batuan yg di panggang tu. yg best dpt wat aksi bertangas, kata Nani ni agaknya macam praktikal kt neraka je.. lepas bersauna aku ngan akak aku cam pening lalat je, sementara adik aku dah setat menggaru (pasal dia ni ada sinus). bila kembali ke kolam budak2 tak ingat nak balik dah..
Ari sabtu ke Kemaman umah Kak Tie, makanya kt situ barulah acara potong kek bermula, aku kata sapa yg makan kek tu maunya mabuk pasai dah berkali2 bergoncang dan jatuh terkerap dlm kete, le maklum dari KL-Kuantan-Kemaman, dah pulak umur dia masuk 5 hari dari tarikh beli, bukak2 tengok strawberi dia dah naik kulat, tapi tak pe janji kek selamat utk dimakan.
Balik dr Kemaman kami singgah di Beserah beli seafood yg fresh pasai nak bbq malam tu. Balik umah mak, terus le aku ngan Bibik adik aku menyiang ikan, sotong, udang n ayam n perap terus buat bbq. mlm kt anjung umah mak kami bbq sakan, puas betul dpt makan seafood yg fresh ni, tak terkata dpt rasa manisnya ikan, udang n sotong yg susah nak rasa cam tu kalu kt KL ni.
puas rasanya dpt balik kg walau hanya 2 full days (tolak 2 ari pegi balik), mak tiap kali anak2 nak balik mulalah sayu n layu wajahnya, kalau anak2 balik dari tak larat terus jadik larat, buleh masak makanan kegemaran anak2 lagik, tapi kata sarah once anak2 yg dok jauh ni balik KL dia terus jadik terkelepek tak larat.. I guess kebanyakan org tua mesti cam tu, masa anak2 jengah adalah masa yg gembira tak terkira bagi mereka, tapi nak wat camne, anak2 ada tugas n tanggungjawap pada keluarga sendiri, aku kesian jugak kt mak, dia buleh iklankan nak sponsor minyak n tol lagik sebagai bribery utk anak2 balik, maklumlah, kami kata mak orang kaya, pasal hasil tanaman kelapa sawit 10 ekar utk mak sorang je, kami tak usik pun, mak pulak kata dia dah tua ni baru ada duit banyak, tapi tak dpt nak optimizekan duit tu pasal dah sakit macam2, nak makan macam2 pun tak boleh, nak melancong pun badan dah tak larat, nak wat umrah pun dia tak berapa larat (tapi aku tak terkilan sgt sbb dia dah buat haji dah) ; akhirnya mak selalu beli mas, kata dia kalau dia tak de nanti, bulehlah dia tinggalkan reta utk anak2 pompuan dia yg seramai 6 org tu, mak dah beli siap2 6 utas gelang tangan, pada aku tu tak jadi isunya tapi mampukah kami membahagiakan dia di saat dia menghabiskan sisa2 hidup dia tu, sedih juga aku, sbb aku tak termampu, aku ada tanggungjawap kt sini, aku tak boleh tamak masa lapang aku utk mak aku aja sbb aku pun ada family sebelah suami aku, so... what to do?
Comments