Those the good old days...

Suatu ketika dahulu, aku pernah menikmati zaman2 gemilang seorang remaja yang penuh warna-warni, satu ketika dahulu aku pernah meniti kemanisan dan kenaifan bergelar seorang anak gadis sunti, satu ketika dahulu yang mana aku mahupun teman2 tak mengerti makna kesusahan, apa maknanya stress, apa ertinya komitmen, mahupun tak tahu erti sebenar sebuah keegoan, zaman kami ketika itu penuh dengan gelak tawa, mahupun kenakalan bersama, kalau diberi pilihan mahu sahaja aku kembali ke zaman itu, ketika itu... (flash back.... )








aku mulakan zaman sekolah pompuan Tengku Afzan, Kuantan, masa ni aku sweet 15-16 ni, aku ni kalau pasal melaram mak datuk, no satu, asal ada org nak bergambar mesti aku nak menyelit, props nya tak kiralah, asal ada baju cantik sket pinjam le sesama sendiri melaram....byk gek le gambo2 beraksi sakan time ni tapi tak pe ler, cukup la 2 keping ni....







Gambo kiri tu, masa zaman rock kapak tengah meletup, tapi aku amatlah tak berminatnya rock ni, bagi aku time tu pakwe2 rockers ni selekeh ler, sbb tu bila member aku Ijut ngan Along tu ala2 rock funky ngan sport shoe aku tetap maintain vogue siap high heel lagik, ehem, baju tu aku beli masa Jumbo sale kt sekolah, dua inggit je tu....
Gambo kat sebelah tu masa zaman gonjeng ngan member hostel tak silap umur 14 thn ke, tgh bebudak lagik time ni, lurus ngat lagik....





ahah, ni masa persembahan drama kt sekolah, aku zaman sekolah ni sgt aktif ngan performing arts ni... plg aku suka menari, time ada show je mesti muka aku ada, aku ni kira ahli kebudayaan sekolah le masa tu, masa ni tgh perform drama "Sumpah Semerah Padi"... ada ke patut aku yg paling cun ngan hensem masa tu diberi watak Datuk Penghulu Semerah Padi, ish ish ish... tak patut.... babak yang paling aku tak lupa masa tu waktu 'besan' aku pulangkan balik tepak sireh :
line besan aku : "Datuk, kami mahu memutuskan pertunangan antara Taruna dan Dara.."
line aku : " "mengapa begitu saudaraku?"
line besan aku : "kami tak mahu buah yang telah rosak.... Dara sudah tidak suci lagi... Dara telah ditebuk tupai!"
Jam tu aku macam nak cramp perut tahan ketawa, tapi demi siaran langsung, aku gagahkan jua... wrap aje babak tu aku ketawa berguling2 ngan member kt backstage... ade ke patut "Dara dah ditebuk tupai!" , aku pun tak perasan audience perasan tak benda ni.....



ni menghabiskan masa petang ngan beriadah, hem, apa lagik kalau bukan game yg popular time tu.. netball la... tapi yg penting aku tetap kontrol jelita walau org lain tgh berpeluh2 masa tu...


Ini class of 91' , aku masa ni 5 Beta, tu guru kelas kami puan Azian, cikgu Maths yg paling best dlm dunia ni, aku barisan tengah, kedua dr kanan, masa shooting ni tak siapa perasan pun aku ngan Juju (yg kt sebelah tu) menjingkit kaki utk kelihatan tinggi! tapi sian kt Juju dia jungkit macamana pun dia tetap paling ketot dlm kelas tu...


ahah... ni zaman masuk itm, LS20, inilah gadis2 gonjeng bilik Kolej Anggerik AB2/101,
sya, aku, intan sue n diana, alahai, sucinya masa ni, tudung sume spesen, tak pandai nak melawa lagik masa ni....





Ini member2 yg best ni... zureen, Ina Trex, Aku ngan Salwa... dulu aku selalu lepak bilik AB2/103, bilik zureen n salwa, dema boleh tahan ngan aku sbb kalau balik outing kami selalu 'pancit' bergolek2 atas katil, mandi lambat2, bilik tak berkemas pun tak pe, ehem, tapi kalau aku wat lagu tu dlm bilik aku, siapla aku ngan mama rap diana, buleh bernanah telingan dengo dia berleter, siap boleh panggil aku si busuk dari gua hira' lagik .. ish, tak patut sungguh kau diana... wakakakaka....





Ni geng2 kamcing, masa ni aku agak dlm semester 1/2, Zureen, aku, dillah, yam, anis, salwa n Ina trex, ke mana pun selalu sama ni, kalau gi kelas kt menara mesti berbondong2, ada dua lagik tercicir time ni, si Linda ngan Anis, tapi yg lawaknya dlm pada tu sempat lagik dema ni menubuhkan PERTAP, Persatuan Tak Ade Pakwe, lawak betul dema ni....aku...ehem, of course la tak msk persatuan tu, aku kan ada boipren masa tu....





Ini member2 yang 'dear' di hati aku...
Ina, selain dr Turie, ko lah member pertama sekali aku berjumpa masa masuk LS20 ni, masa tu aku ingat kita tgh beratur panjang nak daftar, sembang2 punya sembang rerupanya kita satu kursus, apalagi satu kepala le kita time tu, tapi rupanya kita dpt bilik lain2, frust gek aku masa tu... Kau tu nama je trex, nama je badan beso/tinggi, tapi aku tau kau ni manja dan sensitip orgnya, masih terngiang2 ditelinga aku suara ko yang manja dan pekat ngan loghat kuala kangso ko tu, oh Azlina, how I miss you my dear! tak dek rezeki kita nak jumpa kt kuala last year masa ko tgh pantang, tapi aku berharap kita akan berjumpa juga satu hari, aku nak peluk dan cium ko sekali! heh...
ehem, yang sebelah tu siapa ye.. siapa lagi kalau bukan cik Zul kita! cik Zul kontrol hensem masa ni.. cik Zul, masih ingat masa zaman muda2 dulu?...




Ni gambo masa dinner kt mana ek, aku pun tak ingat, si Turie tu siap jelir lidah lagik tu, mama Diana, wah, sungguh ayu masa ni.. terlebih suda.....


Hem, tu sume memori yg tak mungkin padam dlm kotak ingatan aku, kalau ada masa akan aku load lagik gambo golden classic dulu-dulu....gambo2 ni buat aku sebik dan sebak kerana.... itulah waktu2 aku slim dan kini... allignment dah lari dan tak mungkin dpt di alter lagik.... how I miss those good old days!





























































































Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet