MAK, happy mother's day!

Mak, walaupun kita tak pernah membudayakan sambutan Hari Ibu ni, tapi kita nak mendedikasikan page ni khas utk mak. wah, mak sambut Hari Ibu dekat Sarawak dgn 4 anak mak tahun ni, pasti Ajie ada special celebration utk mak. Mak pun pasti rindu sgt kt anak lelaki bongsu mak tu, yelah, org tu dah jadi org Sarawak, kawin ngan org sana, dah siap beli rumah kt sana, pasti lah jadi pemastautin tetap kt sana, kita tahu mak ada rasa ralat sbb Ajiekan anak harapan mak, tapi mak, dia dah jumpa kehidupan dia kt sana, tak sapa pun boleh pengaruhi apa keputusan dia, biarlah, lagi pun Ajie tak pernah lupakan mak, setahun 3-4 kali pasti anak mak tu terbang balik jumpa mak...

Mak, kita tahu, setiap anak akan kata maklah org paling best dlm dunia, macam tu juga kita, maklah superhero kita. Kita tahu, antara kita tak pernah menzahirkan ucapan sayang antara satu sama lain, sbb kita tak membudayakan benda ni. Tapi kita tahu, words are beyond anything yg dpt menzahirkan rasa sayang antara kita. Kita tahu, mak melalui zaman kepayahan dan kecelaruan masa mak kecik lagi. Mak dan Ayah mak bercerai ketika mak masih kecil lagi. Bila keduanya kawin lain, mak terabai, mak dibesarkan dari satu tangan ke satu tangan. Ibu dan bapa saudara mak, sepupu2 maklah yang jaga mak sampai mak besar. Mak tak ada didikan yang sempurna, mak sekolah sampai darjah berapa pun masa tu, agaknya sampai darjah 2 - 3. Dan tak de sapa yang ajar mak ilmu rumahtangga, mak belajar sendiri bila dah kawin. Jadi kita tak ralat kalau mak tak pandai nak menzahirkan kata2 sayang pada anak mak, tapi kita tahu, sepnjang mak jadi ibu, tak PERNAH SEKALI PUN mak gagal menjalankan tugas sebagai ibu dan isteri. Kita yang malu pada mak pasal kita rasa kita yang gagal jadi anak yang baik.

Mak, walau dulu mak dan arwah ayah susah membesarkan kami 8 beradik, tapi mak lihatlah anak2 mak, semua dah ada kehidupan sendiri, tak de sapa yang susah. Back then kira2 40 thn dulu, ayah yang pernah bekerja sebagai nelayan dan akhirnya menjadi peneroka FELDA, membesarkan kami 8 beradik penuh kepayahan, tapi sekali lagi, itu tak pernah menghalang arwah ayah berkerja bertungkus lumus menyekolahkan anak. Kita bangga mak, sbb arwah Ayah amat pentingkan pelajaran, arwah Ayah pernah kata biar dia tinggal seluar dalam sekali pun, utk cari duit buat pendidikan anak2 pun arwah Ayah sanggup. dlm kesusahan tu arwah Ayah dpt hantar Kak Long, Pak Ngah & Kak Tie ke sekolah Vokasional kt bandar, masa zaman mereka 80an dulu ramai anak peneroka keciciran, tapi arwah Ayah lain, sampailah zaman Kak Yah, Nani, kita, Ajie dan Sarah pulak semua dpt ke Universiti. Tapi sayang, arwah Ayah tak sempat 'menuai' hasilnya, tuhan lebih sayangkannya, mak.

Mak, dulu masa kita kecik2, dan ketika itu semua anak2 mak tengah bersekolah ramai org pandang hina dan pandang rendah pada mak dan arwah Ayah. Yelah, kami adik-beradik mana macam anak org lain, pakaian pun susah nak berganti, makan pun alhamdulilah, cukup, tapi tak lah mewah macam org lain. Masa tu zaman2 80an, kita ingat, peneroka dah mula hidup senang, jiran2 kita ada yg eksyen mak, sbb anak2 mrk taklah ramai yg bersekolah, tapi mak kena berjimat cermat utk kami. Anak2 dema sekolah kt Felda tu, tapi kebanyakan anak mak sekolah kt bandar, dok asrama. Kita ingat masa kita darjah 2/3, arwah Ayah masuk RELA, kena kursus/kerja luar daerah selama berapa minggu. Kita ingat masa tu kita tengah panas balik sekolah, arwah PakTeh jiran kita kata, 'tengok tu, anak yatim dah balik sekolah!", kita lari masuk bilik dan menangis sampai tertido, kita pun tak paham kenapa arwah Pak Teh dan mak Teh jaki sangat ngan keluarga kita. Tapi mak tak pernah lupa sediakan bekal utk kita ke sekolah. Bila kakak2 dah lepas belajar barulah lega sikit.

Tapi mak, masa kita memasuki alam remaja, kita ni pemberontak sikit. Kita sekolah asrama kt bandar, kawan2 kita pun ramai org bandar, kita dah mula tak sedar diri dan demand. Kita ingat masa kita nak pegi Senior's Night sekolah kita minta duit belanja lebih dr mak. Tapi mak tak dpt bagi sbb tak cukup duit masa tu. Kita dengan bongkaknya kata mak kedekut, kita haram tak paham kesusahan mak masa tu, kita asyik jeles dengan Ajie masa tu sbb arwah Ayah lebih2kan dia yang tgh sekolah kt Sains Raub masa tu. Sebulan kita tak tegur mak, kita tahu mak sedih, kita terdengar mak sembang ngan kawan mak yg juga jiran kita masa tu, mak kata, 'dia tak tahu kita ni susah dpt duit..' tapi kita tak hirau, yg penting ego kita. Tapi mak, seseorang ibu tu tak pernah kenal erti ego, erti dendam pada anakdia, walau kita wat dek je kt mak bila mak tegur kita, mak tetap tak pernah gagal melaksanakan tugas ibu, mak tetap masak makanan kegemaran kita waktu kita balik rumah, mak siap tapau lagi bila kita nak balik semula ke asrama, benarlah kata org kasih ibu hingga ke syurga.... kita pun tak ingat mak bila kita start tegur mak balik, kan ke hubungan istimewa ini macam air yg takkan pernah putus, mak ,sampai sekarang, kalau boleh kita nak lupa insiden tu, kita kira mak pun dah lupa, tapi sejak jadi ibu kita tak boleh lupa benda2 camni mak, sbb kita tahu hukum karmanya, kalau kita pernah buat cam tu tak mustahil anak kita boleh buat kt kita juga....

Mak, zaman kesusahan tu dah lama berlalu, sepatutnya mak dah boleh mendabik dada dengan anak2 mak sekarang kalau dibandingkan dengan jiran yang pernah mencemuh mak dulu, anak2 dan menantu mak kan dah ada yang jadi pendidik, doktor, pensyarah, system analyst, pegawai kerajaan, etc. Tapi kita tahu mak tak reti nak bangga diri cam tu, mak tetap dengan stail dan jiwa kampung Terengganu mak yang pekat tu, mak tak yah berubah pun, sbb that's what you are mak, kita bangga ngan asal usul mak tu, kalau arwah Ayah ada pun mesti dia bangga kan mak, anak2 dia menjadi, walau tak le semewah dan sekaya mana, yang penting menjadi, kita kengkadang tumpang kesian ngan anak2 jiran kita yang ada menghisap dadah, mak bapak tanggung, anak2 ada yg haru biru sampai org tua bengkak mata menangis, tapi mak dah lega, mak sendiri pun arwah Ayah dah tinggalkan tanah ladang kelapa sawit 10 ekar, sampai pendapatan mak boleh cecah RM6k sebulan! kalah anak2 cam ni mak!

Mak, sekali lagi terimakasih sebab jadi mak kita, kita tak dapat nak luahkan benda2 atau kata2 cam ni mak sbb kita tak terbiasakan begitu, kita cuma mampu peluk dan cium mak setiap kali kita balik jenguk mak, pada anak kita mak, kita tak pernah gagal walau sekali pun untuk peluk dan cium dia hari2, sbb kita mahu cover balik apa yg sepatutnya mak buat dulu, dan kita mahu dia tahu, dia special walau macamana pun dia, dan kita nak dia tahu, ibu dia sayangkan dia lebih dari segala2 dlm dunia ini, sbb, SEBAB - kita dah mengerti itulah naluri sebenarnya seorang ibu, mak! MAK, SELAMAT HARI IBU, kalau mak boleh baca ini : KITA SAYANGKAN MAK JUGA LEBIH DARI SEGALA2NYA DI DUNIA INI!

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet