Friday, January 28, 2011

Dealing with diabetic pregnancy

Pejam celik pejam celik seminggu lagik nak masuk 7 bulan dah. Sekejap je rasanya masa berlalu, aku rasa aku dah tak larat dah nak dealing with diabetic pregnancy nih. Lately ntah ngapa rasanya selera makin membuak2 bertambah2, mmg betuilah kata org masa pegnen nih makan utk berdua...tapi mak...sob sob... eh, kena buat perenggan lain dah ni, ari tu Cik Puan Rina kata naik juling biji mata baca citer aku yg takdek perenggan....

Ari tu aku tgk iklan pizza dlm paper terussss drooling over pizza gemuk2 yg ada cheese melimpah ruah. Lepas tu kan aku tengok Chef Michael Smith @ Chef at Home ari tu buat pavlova ke hapa namanya tu.. terus aku mimpi2 aku buat bendalah tuh. Akan ku toppingkan dia ngan rich whipping cream ditaburi isi2 dan biji2 buah markisar (ntah napa byk2 buah aku terpikir buah markisar dow!)...Eh, alang-alang aku citer pasal pakcik Michael ni baik aku ngumpat dia sekali. Sebenonya aku suka le tagline dia.. "cooking without recipe" gitu, samalah ngan aku jenis campak2 jek, aku kan creative thinker ngeh ngeh. Suka beno aku tgk dia masak dgn pakaian sgt skima, idok pernah lagik nampak dia cooking pakai lengan pendek, mesti siap berbutang sampai hujung lengan. Klu akulah dah tentu singsing baju cam nak menyeluk pekasam! Pastu sume benda pun takyah basuh, klu sayur keluo dr pack terus potong masak. Agak2 pasaraya deme tu very hygienic kot! Ke sbb masuk tv dah dibuat2 lagu tu tatau ler makcik.


Kerang bako..perghhh mau pingsan klu dpt makan semangkuk nih!
Pastu kan, semalam aku teralih channel agrojournal pasai kerang...makkkk, teruih aku teringin nak makan kerang bakaq cicah ayaq asam! Deyyyy... berapa banyak ko punya cravings lah.....Sungguh tak cool hidup mak sekrang, tulunnnnn!!! Sungguh ku tak menahan menanggung napsu ini grrrr...Ari tu MPI saje nak bakaq aku, kata dia oven yg baru beli masa renovate dapur tu sunyi sepi jekkk...nantilah ko...kang sekali ngan jemput2 bawang aku bako dlm tu, bak kata USOP lembut kita bako! kita bako!


Tapi la ni tak buleh buat apa2 lagik laaa... memalam mula le aku mencipta benda2 berasaskan whole wheat cenggini, walau tekak aku rasa nak makan lasagne la, pizza lah...adoiii menyabo jelah mak...


Tapi lempeng ala2 cenggini not bad gek lahhh...cicah ngan left over kari ayam tu ari, layankan jelah mak yong...


Kata aku...campakkan barang sebiji dua asam boi itu ke dalam limau ais itu, hermmm sgt refreshing!


At 6 1/2 months, baby is about 1 kg, berat badan emaknya setakat nih naiknya pun acceptable, alhamdulillah from a scan so far so good sumenya. Cuma mak rasa cermin ini tidak memberikan keadilan sewajarnya ngan figure mak. Maybe le aku pakai baju yg kecik, klu pakai baju stok2 normal pegnen mmg nampak beso benolah aku nih.


Kata orang, tak baik buat persiapan awal2 sangat nih. Dah kalu ada org nak bagi souvenir awal2 cenggini mak terima je lah, jauh dr tanah beso China tu. Timakasih deh... sekali yg scan tak sama ngan keluonya... haru!

Ok everibodi, have a prosperity CNY holiday! Tengok tu, bila aku type prosperity terus teringat prosperity burger MekDi...nyum! Gong Xi Fa Cai uols! (Ni siap bg wish awai2 sbb rasanya tak baper rajin nak update blog menggu ni! We all nak balik kampung ke Kuantan, insyaAllah). See you soon!

Wednesday, January 26, 2011

Chicken Soup for the Soul

"Jue, nanti kalau aku masuk tingkatan satu nanti aku nak keluar dari kampung ni, aku nak sekolah kt bandar, masuk asrama, belajar tinggi2 sampai masuk universiti, pastu kerja best2, kawin dengan org kaya, bagi mak aku duit banyak2..." Kata aku kepada sahabat karib aku di kampung pada satu lewat petang. Jue terusan jua tersenyum kepadaku, begitulah dia, tidak banyak cakap, lebih banyak mendengar, sebab itulah dia boleh jadi sahabat setiaku. Aku pula lebih banyak bercakap, memang beza benar sikap aku dengan dia. Di hadapan kami bebunga lalang putih berbuai2 lembut disapa angin petang. Di atas sana awan kumulus berserakan putih bersih menghias biru firus langit petang. Di situlah menjadi tempat kami menghabiskan waktu senggang di kampung. Bukannya jauh mana pun, di belakang rumah kami yg letaknya di atas bukit. "Kau tak pelah Yong, kau pandai. Aku ni hermmm kt sini jelah", kata Jue merendah diri. Aku menguis lembut dedaun semalu yg tumbuh meliar di sekeliling kami dgn hujung selipar getahku. Aku dah jangka perkataan itu akan keluar dari mulut Jue. Aku malas lagi hendak berfikir tentang masa depan. Lantas aku mengajak Jue pulang, cari kawan lain untuk main ting ting sebelum senja menjelang. Malam selepas maghrib kami beriringan ke rumah Tok guru mengaji Quran. Balik mengaji adalah 'hantu' yang menyorok balik pokok sergah kami budak2 perempuan. Hermmm aku tak takut langsung, kadang-kadang rasa kesian sebab budak2 nakal tu macam dah tak ada kerja. Sebab itu aku tak sabar nak besar dan tinggalkan kampung...Aku nak jadi lain dari yang lain...

Kenangan puluhan tahun lalu tiba2 menerpa ingatan. Memang betul, dari tingkatan satu lagi aku dah tinggalkan kampung belajar di sekolah berasrama, lepas tu masuk kolej. Vision aku puluhan tahun lalu dah tercapai. Puluhan tahun hidup berjauhan dari ibubapa dan kampung, dah terbiasa berdikari. Tapi manakan terjangkau di fikiran anak dara sunti ketika itu cabaran dan tanggungjawap yang lebih besar menanti seiring cita-cita yg hendak dicapai. Kadang-kadang rasa macam nak balik semula ke zaman kanak2 dahulu, riang bersatu dengan alam tanpa perlu memikirkan survival hidup. Jadi orang dewasa tak best, macam-macam benda nak fikir. Hutang kereta, hutang rumah, nak sekolahkan anak, nak cari pengasuh, bayar bil bulan2 and the list goes on...



Chicken soup for the soul...
"There are only two ways to live your life. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle."
— Albert Einstein
Kata aku, yes, there is a miracle in life, with His consent, of course. It is indeed a miracle to be able to feel again something moving, kicking inside my belly after 10 years. It is something beyond words could describe how I feel at this moment. And this is Rezeki dariNya.



Fikir aku...kadangkala bila tuhan dah timpa kesusahan kepada kita, dia tak lupa untuk lorongkan jalan kesenangan dan kebahagiaan buat kita. Biar macam-macam kepayahan aku hadapi sepanjang pregnancy ni, kena selalu monitor sugar levellah, jap insulin hari2, jumpa doktor sana-sini, tapi alhamdulillah, so far aku ok physically, walau I am not that strong dealing with my head (owh that negative thinking..). Masa pregnant with Ammar, first trimester langsung tak bole bangun, mabuk teruk sampai masuk wad, berbotol2 air masuk dlm badan. MC toksah citerlah...dis taim around, alhamdulillah, takdek lagik amik MC, almost tak dek alahan kecuali a mild angin loya masa memula dulu. Walau ada craving nak makan macam2 tapi so far dpt tahan diri, yelah, people with diabetic pregnancy, harusss menahan. Doa aku, biarlah semuanya selamat till sampai masanya nanti. And I also have a special kid, dalam kepayahan dan airmata membesarkan dia, masih Dia buka pintu rezeki tak henti untuk kami. Supaya kami sabar dengan dugaan hidup kerana :

"Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat makbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu, Bila DIA tidak makbulkan doamu, Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun... Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya..."

Aku pegang kata2 hikmah ini, aku pegang. As for my condition, makin dekat the due date is approaching, the bigger the risk would be. Am talking about the risk of the silent death of the baby, risiko lebih tinggi dgn diabetic pregnancy tahap aku. Weeks 32 onwards kata doc sometimes the insulin will not work that efficiently. Kena betul2 jaga. Scary eh? Tapi aku pasrah, dan aku redha dah. Aku pegang kata-kata hikmah ini. Hoh, banyak betul taman dalam hati aku hari nih. Sekian dulu chicken soup for my soul for today.

Tuesday, January 25, 2011

Award from Cik Puan Fasha and Cik Aida

Musim penganugerahan award agaknya sekarang nih.
Baik kutip dan jawap cecepat sebelum terlupa. Sebenonya selain dari suka-suki penganugerahan award2 ni tak lain tak bukan bg makcik adalah tanda ingatan dan perkenalan sesama blogger di alam cyborg ini. Walau pun tak pernah berjumpa bertentang mata tapi rasa dekat di hati chewah cam tagline tv9. So, with honored maka, dengar jawapan dari makcik ni yek :



Award yg pertama datangnya dari si petite (tapi still rasa dirinya byk spare tyre tehee) cik puan Fasha yg residing in Deutschland, dengan selamatnya. Amboiii...tetiba mak rasa cam artis je dpt Versatile Blogger award ni, rasa cam Kak Pah je plak dah, eh, Kak Pah bukan ke malar segar. Ok. "Together with this award I have to write 7 facts about myself." Aduh, apa benda la aku nak kelentong pasai diri aku ni yek. Oklah, macam nilah lebih kurang :

1. Aku ni cam brutal and stubborn (Taurian dowh!) tapi dalam hati ada taman, penuh dgn taman. Keras kt luar tp fragile kt dalam gitu.

2. Masa aku kecik dulu nak sgt jadik Wan Zaleha Radzi, bak kata nak jadik pembaca berita harhar. Hari2 praktis baca suratkabar tp konon2 tgh ngadap kamera. Tapi kadang-kadang aku pun ada teringin nak jadik stewardess, model atau penyanyi eeeeukkhhh uols. Aku, memang kuat berangan dowh!

3. Aku adalah late developer, baik dari segi mental dan fizikal. Masa kecik2 aku sgt tomboyish, geng2 aku ramai budak laki dr pompuan. Dari darjah 1-3, keje aku main, main, main, tak ingat nak belajo langsung! Apa barang lah nak balik buat homework, buku latihan dan teks dah jadik belachan dlm beg. Sampai sekolah masa loceng nak bunyi baru aku kesah nak buat homework, sampai kena pulas telinga dan berdiri atas meja homework tak siap. Lagik le buleh kawan ngan budak laki, sama spesis pemalas! Tapi darjah 4, baru enjin nak setat, dpt cikgu garang nama Cikgu Rahman Kechut, masak... dari no 30 something aku teruih dpt top 5 dlm kelas! Pelan2 le aku jadik gegurl taim ni. Baiklah, sudah-sudahlah memalukan diri sendiri mak yong.

4. Aku ni tak tahan klu tgk MPI marah/scold anak. Geram sungguhhh... MPI ni klu volume dia mmg tak leh kontrol klu marahkan anak, tak kira tempat lak tu. Tapi aku heran juga, aku ni tangan lebih cepat la pulak dr MPI. Ada jek aku nak cubit ke, babap ke klu dah hilang sabo. MPI plak marah kt aku taim nih. Herm, fakta ke 4 ni tatau apa motifnya tulis kt sini teheee.

5. From a Creative Thinking test that I've done, I am more on creative thinking person compared to analytical thinking type. Thus, I am not born to be a leader/planner, hancusss. And I use Right Brain more than the Left one. Thus, it explains that I am a dreamer, imaginative, spontaneous dan colorful person.

6. I'm terrible at orgasining/arranging things, buleh tgk evidence at my workplace, aku tak boleh bekerja at a very tersusun place, nti aku tak jumpa fail2/barang aku dowh! I don't like benda2 yg skima!

7. Aku rasa aku mewarisi sifat simpan duit bawah lipat kain dari emak aku, sampai sekarang aku masih buat, kengkadang sampai terlupa ada duit balik lipatan baju lama2. Giler beng aku ni!

Ok, pantun sudah terjawap. Timakasih ye Fasha, ada sesetengah fakta di atas baru aku terdiscover pasal diri aku, punyalah tak kenal diri sendiri rupanya selama nih!



Jadik, award seterusnya datang dari Senorita Cik Aida@Cik Patin, org Pahang kita wehhhh, tp currently tgh merantau diri di Spain. Kali ini Awesome Chef Award, yoooo, hok ni sunggoh awesome sbb awesome ke koi nih memasak? Berat sungguh nih boh. Setakat tekak MPI and Ammar buleh le kata awesome sbb kalu tok sedap buleh paksa derang kata sedak, sedak! Buatlah lagik! (dalam juraian ayomata). Tapi, I'm honored to receive this award, ucapan saya, eh, mcm amik academy award plak dah. Jadi ini jawapnya ye :

1. Apakah masakan pertama yang anda masak dan bilakah anda mula memasak?
Hermmm...selain dari daun-daun kayu dan bunga-bungaan, rasanya masakan pertama yg aku masak yg buleh telan dan bernama makanan adalah meggie. Masa zaman anak dara sunti dulu, megi kan macam tgh femes, jadik sanggup himpun duit belanja sekolah buat beli megi. Makan pulak taim musim tengkujuh, beh boh! dulu2 kami kt pantai timur tu, klu musim tengkujuh mmg dekat 2 bulan le hujan turun tak renti2, jadik perut pun selalu le nyanyi2 mintak makan, hok plg masyuk sekali dah tentulah megi kari berasap dgn potongan cili2 dan ntah hapa2 sayur aku pakat main campak je dlm tu. Sbb adik-beradik ramai buleh jadik gaduh berebut makan megi ni uols!

2. Sapa yang menggalakkan anda masak…
Erkkk...sampai nak berlaki berumahtangga baru le ada dtg seru nak belajo masak2 nih, jadik sbb gatai nak kawin tu le gamaknya penggalak nak masak, tp tak pernah belajo pun, observe dan ingat2 lupa je taim emak masak tu, simpan kt otak pahtu hantam sajalahhhh....emak tak pernah bagi 'kelas memasak' formal kt aku, dia klu masak mmg one man show, takdek de nak suruh anak2 buat tu, buat nih, tgk tu, tgk nih, jadik pepandai je lerrr, habih2 suruh tulun balikkan ikan goreng atas dapuq, jadik, mmg cheq ni idok le suka memasak masa zmn sunti dulu.

3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda….
Yooo...sudah tentulah yang pedas lagik berapi! Tapi klu anak2 buah klu nak dtg umah mesti siap pesan, makdak, masak gulai tempoyak tau! Klu dak Ammar, nak pizza, nak pizza, pizza tu dgn erti kata lain bg dia lasagne lah...suka bebeno, maknya je yg rajin amat! Tp klu MPI apa2 je I masak dia suka...tehehe...

4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda..
Ayo...ada ke yg rajin masuk sini? Arghh..hantamlah, jadik saya dgn honorednya menyerahkan award ini kepada these lovely ladies, kali ni derhaka sket sbb instead of 5, aku tag 6 sekali, yg mmg kena masak klu kt kt umah (yo..masak ker?? hihihi...gurau jek)
1. Kak Wawa
2. Akak Zuren from JB
3. Mak Yana
4. Dilla
5. Doc Anis
6. Zura

Utk org no. 3 - 5, aku tau korang sebuk ngan kelas n study tp jawap le utk suka-suka dehhhhh...

Sekian, terimakasih sekali lagi kpd Fasha dan Aida. Jumpa lagi!

Wednesday, January 19, 2011

Main masak-masak

Memang dari kecik lagi makcik tak suka dok dapur. Emak kita pun tak penah train masa anak dara main masak2 masuk dapur nih. Last2 dapur aku kt belakang umah emak, hari2 berasap dgn erti berasap sebenonya sbbnya carik kayu ranting2 buat bahan bako, geledah poyok buruk emak dan macam2 benda yg aku masak termasuk ler daun2 kayu, bunga2 sekali ngan bunga taik ayam jadik bahannya, sampai masak cookies dari tanah liat pun adoooo...yaiksss. Genjoice bukan main dpt main masak2 pastu kunun2 jadik mak org yg kepohci, anak2 aku apa barangnya kengkawan yg sama beso gajahnya ngan aku. Sokmolah jadik emak org, takpernah pun kita dpt jadik heroin@pengantin. Agaknya muka aku tak cukup kriteria cun kot. Asal ada peranan emak, mesti ada main kawin2, siap sanding2 guna pelepah kelapa jadik pelamin. Bunga-bungaan kt laman umah makcik Minah, Mak Yam (jiran tetangga mak kt kampung)musti jadik mangsa buat gubahan. Tu kalau tak dek aktiviti meredah paya dan menangguk ikan petang2 kita akan main masak2, dah boring kita main galah panjang atau baling tin. Aduhhh meriah sungguh zmn kanak2 dulu.

Haaa, sekrang dah kawin beranak-pinak ko jgn spedo nak culas masuk dapur dah mak yong oi. Ada aku kesah? Eh, buleh ke jawap macam tu. Yelah, aku rasa skil main masak2 tu memang akan terpaksa diasah jua bila dah ada rumah dan tangga. Walau tak disebut berumahdapur. Kalau bapak dan anaknya kata tak sedap pun atleast kita still ada kuasa nak paksa mereka kata sedap juga. Iya, lebih kurang begitulah kuasa seorang surirumahtangga, dpt memaksa mereka makan dan still kena kata sedap.


Seperti memaksa mereka makan nasi lauk kicap dlm juraian airmata sebelum ke sekolah.


Atau rebus mee segera sempoi bila kita dah malas bonar nak masak tp anak kita melalak kelaparan. Ha kau, berpeluh2 budak ni dpt pekena megi berapi!
Warning : merbahaya jika kita lakukan ini bila kita duduk sekali dgn mak mentua.

Manakala itu, di hari-hari rajin jadi-jadian kita, kita boleh sahaja jadik sehebat Chef at Home, exploring the cooking skill kita yg agak tersembunyi sekian lama. Macam crouching tiger, hidden dragon, bila dah auuummm habih poyok kuali berkerak2 kau.


Iklan kejap : Sejak sesaja beronggeng ke Empire Shopping Mall couple of months ago, aku dah jatuh chenta dgn Jaya Grocer kt sitew. Aku rasa macam aku masuk Alice in Wonderland. Byk barang2 yg aku susah nak jumpa di hyper2 market cam Berbelanjalah di mana rakyat Malaysia membeli-belah, atau Gedung Borong Harian anda, yg susah nak jumpa certain item, aku buleh jumpa senang jek kt sitew. Esp. bila tetiba tekak garuk2 rasa nak makan western food mengada2. Bekerja di tempat yg dah biasa dgn sistem pengkelasan bahan, aku rasa cam aku dok kt library jek kt situ, mantop juga sistem pengkelasan bahannya walau tak ikut Dewey Decimal System atau Library of Congress. Bahahahah. Baiklah, mari kita tinggalkan iklan tak berbayar ini dgn segera. Walau cenggitew, aku tetap pilih kedai pasar basah Pakcik Zul kt belakang umah aku bila nak carik bahan basah utk masak tempoyak pucuk ubi. Yeah, talking about variety uols.

Meanwhile....


Spageti goreng with button mushroom, diced chicken and slices of chicken sandwich loaf for garnish. Amboi, panjangnya nama.

Couple of weeks ago, anak terunaku asek2 mintak megi goreng. Sekali dua takper lah, ni tiap2 malam makcik hangin satu badan. Dgn sisa2 ibu mithali yg ada dlm diriku, yg agak skeptikal dgn nutrien2 penting yg perlu diambil, sgt merasakan it is not healthy for the body. Jadik dgn bahan2 dlm fridge yg ada, makcik masak spageti goreng. Dia berkenan bebeno lah pulak, dah hari2 request spegeti goreng. Lek eleh, hangin la jugak makcik benda yg sama jugak nak kena masak. Tapi aku suka juga. It is infact a very healthy meal sbb lepas makan ambil bacaan gula amazingly gula tak naik langsung. Aku masak dgn button mushroom, sautee sekejap, pastu bio dia blend rasa dgn isi ayam. Nyum! kan dah kata... kita buleh paksa dia jadik sodap...

On the other hand, bila kerajinan kita dah upgrade ke level seterusnya, teringinla jugak nak masak2 yg elegan sket tp still ringkas2 jek.


So I cooked buttered roast chicken with mix herbs.

Bahan2nya (harus juga kita letak resepinya)
- Chicken (I used whole leg)
- salt and pepper
- butter, softened
- mix herbs
- few cloves of garlic, lightly crushed

Season da chicken with salt and pepper.
Half of the garlic kita lumurkan pd ayam, masukkan sekali dlm skin2nya. Half lagik campurkan dlm campuran butter and mix herbs. (mak main lumur je sumer).
Kita lumur, kita lumurkan pada ayam itu with the rest of campuran butter, mix herbs and garlic.
Pastu kita bako! Kita bako! Ayam ler, bukan ghomah Kak Limah...
Aduhhh harus buat lagik sbb bapak dan anaknya makan tak cukup2, kesiannnn.. dis taim mak tak paksa kata sedap sbb this recipe is a keeper! Harum jek bau satu ghomah dgn bau mix herbs tu. Mix herbs tu pi cari kt market yg tulih Mix Herbs. Agak2 makcik dlm tu ada dried oregano, basil, rosemary dan yg sewaktu dengannya.


I served it with black pepper sauce. Those roasted potatoes tasted really good. I just season it with salt and pepper (lada sulah putih), drizzled it with some olive oil dan kita bako! kita bako! sekali dgn ayam2 tu, with the skinnya sekali. Nyum! Grrr...

Thursday, January 13, 2011

Buai Laju-laju

Hi all.
Rupanya last entry masuk dlm last yearnya entry. Biar betik. Yolah, udah didraft dlm tahun 2010 ropanya dibaca sbg dlm tahun itu juga.
Ye, selamat berjumpa kembali di tahun 2011. Mari kita mulakan dgn sesuatu yg tradisional. Apakah relevannya itu?. Baiklah mari kita mula baca petikan di bawah.

Kampung MPI mmg sangat2 mengekalkan ciri2 tradisionalnya, dari segi budaya, masakan sehinggalah mitos2nya. Pernah dengo ada org tak buleh makan ikan tapah? Ye, dikampung itulah juga kejadian itu berlaku. The native orang Perak yg dok ditebin Sungai Perak. Oh sungguh damai kampung MILku. Masa memula kawin aku macam kena cultural shock. Iyolah, pasai aku brutal, tp di kampung itew kita masih jumpa sgt ramai perempuan melayu terakhir yg sgt rajin dan cekap di dapur dan di segenap penjuru rumah. Banyak beno pantang larangnya yg wanita2 moden dah lama lupa. Macam ko takkan jumpa org perempuan yg dok depan tv sambil makan nasik sepinggan. Everything is in order, siap berhidang elok bertimpuh kaki. Ko takkan jumpa kain tak basuh bersepah2, sedo2 dah petang sket siap berlipat kain ko tu. Aje ngan ye, masa memula kawin dulu kain baju kotor yg aku put aside sekejap selalu hilang, sedo2 dah berlipat elok (makna kata dah siap dibasuhkan). Herm, mengumpat diri sendiri pulak chesss. Ok, mari kita tinggalkan perkara itu.

Minggu lepas bertempat di rumah MIL, berlangsunglah upacara naik buai. Mungkin ada panggil berendoi kot. Anak buah MPI baru habih pantang dan cam biasa, adalah acara naik buai esp. plak ianya cucu sulung kak Ngah MPI. Ye, ye, aku udoh jadik opah muda uols. Majlis yg sederhana tapi meriah itu siap ada marhabban berzanji segala. Tapi yg aku macam rasa pelik sket, masa sebelum berbuai tu kena bawak baby pusing keliling buai sebanyak 7 kali. Hermmm, tetiba aku teringat upacara kawin yg keliling tut 7 kali gek tuh..opssss...Tetiba pula dah. Adat tradisional katakan... apa2 je lah. Apa2 pun layan je ler gambo berikut


Inilah dia upacara naik buainya itu, siap ada berzanjinya, lama tuh. Tp vokal mokcik2 nih mmg power gilerrrr. Selamat naik buai baby Dhia.


Back then...10 years ago turn Ammar naik buai, at the very same spot. Siap ada bunga2 matahari, sume ni MIL yg uruskan, aku bawak anak jek. Kemain genjoice Ammar tgk bunga2 matahari, amboiiii pink karer lagik tilam bertekad ko Ammar. Satu lagik, kt sini mmg femes ngan set tilam bantal kekabu bersulam2 bg baby baru lahir. Eloklah, buleh diturunkan kt adik ko Mar, insyaAllah.


MPI sebuk pasang speaker kt luo rumah, udoh ropa DUN Parit nak buat mesyuarat JKKK.


The making of pengat anak lebah...ini dia the special dish yg kita hanya buleh jumpa dlm upacara2 special cenggini. Deme tak buat sesuka hati bebila hendak makan pengat nih. Simple savory with simple ingredients. Manis tak hengat, genjoice uols.


Bubur/pengat anak lebah dlm poyok


Semangat rewang2 bergotong-royong kena ada kome, baru meriah.

Udoh la dulu, bersambung di lain edisi. Tata.

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife