Monday, January 25, 2010

No story

I don't really have a story to scribble here. Saturday - lame. Sunday - boring. Weekdays - Always killing me.
Whatever happened to this animated, sweet, lively, chattery, sexy woman? hey, I'm not talking about myself, gettoutofhere!


Oh wait, hari Sabtu - was a sad day actually, separuh hari juga aku jem dpn tv tgk live pengkebumian Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail. Alfatihah.

Over a year ago, I happened to be there, tempat upacara tu,
melawat2 muzium n istana kt JB and that day aku saksikan pengkebumian Sultannya. Must be a great lost to the rakyat Johor. I spent half a day juga kt muzium aku dah lupa namanya tu, reading the very interesting kesultanan johor punya history. I found Johor mempunyai sejarah kesultanan yg sgt interesting, lain dr kesultanan negeri lain. Well, ok, my history is not that good, so I leave it here.(For the record : see, I was there...)

Ok now atleast I got story jugak. Hari Ahad - telah menghabiskan masa menjadi desperate eh tak, fulltime housewife. Keje2 yg sgt menarik spt membasuh baju terutama memastikan baju2 sekolah, kasut, stoking sekolah anak tlh tersedia utk esoknya. Dah, tak yah citer, sgt menarik itu semua tlh tahu.

Dan, saya juga telah memasak di hari itu hooray... Saya sgt kepingin utk makan asam pedas Muo (tq kak wawa kerna tlh berjaya buat saya terliur diblog anda selama berminggu2 lamanya ). Since Muo tu punyalaaaah dekatnya, so saya buat versi saya sendirilah, asam pedas ikan terubuk, very the oily one sbb ikan terubuk le katakan, jadiklah nak lepaskan gian tu...

Dan saya pernah mention yg saya akan ke sekolah tiap2 malam, maka I found keje sekolah anak saya ini sgt interesting.... wah, pandai ko Ammar, rambut kawan ko sgt blonde...ada kelas...

Tuesday, January 19, 2010

Akhirnya...

Pada suatu hari, Ammar dan rakan sekelasnya sedang berbual2 sementara menunggu subjek Pengajian Malaysia.
Rakan Ammar : "Kau rasa mak kau hot tak?"
Ammar : "Er... aku rasa mak aku hot je. Mak kau?"
Rakan Ammar : "Apa yg buat kau rasa mak kau hot?"
Ammar : "erkkk...errrr...ermmmm... mungkin sebab dia pakai gigi palsu kot..Mak kau plak?"
Rakan Ammar : Terbahak, terbahak. Mestilah mak aku hot yooo.. smokin hot!
Ammar : 'Sebab?"
Rakan Ammar : "Sebab dia masih buleh pakai bikini polka dot"
Ammar : How come aku tak pernah nampak pun..."
Rakan Ammar : "ohhh, mak aku tak dek kat sini, dia femes kt Hollywood nun....
Ammar : "Sape mak kau?"
Rakan Ammar : "Megan Fox".
Kedua2 mereka terbahak2 lagi. Anehnya, aku ada di situ sambil memakai gaun kembang paras lutut polka dot dan payung di sebelah tangan.
Suara aku rasa berat walau aku cuba menjerit : "Bertuah punya anak! Jaga kau aku sesah dgn payung ni kang...!". Tapi mereka terus juga terbahak-terbahak.

My eyes snapped open. It was 3.30 a.m. Berpeluh siut. Aku raba gigi aku, thank god, ianya bukan palsu. What a creepy nightmare, lebih creepy dr aku mimpi dating dgn Jim Carey tahun lepas. What a nightmare, and kurang asam punya budak2. Sekarang aku kena cuba kurangkan menggunakan perkataan hot, smokin hot...crap!.

Whatever pasal mimpi bukan2 tu (walau aku confirm betul aku dah basuh kaki dan dah semayang sblm tido). Anyway, yeay! Dgn penuh iltizam dan semangat aku berjaya juga bukak api dapur semalam utk memasak kuetiaw goreng, a dying request dari anak teruna. Ni dari pinggan si dak Ammar. 3 kali tambah walau tak sedap. Sbb aku rasa tak sedap sbb aku masak dgn separuh jiwaku pergi... chey chey... jiwang siut cam drama akasia TV3.

Tidak menggiurkan langsung sbb tak hitam... hitam itu menawan yo...Kuiz untuk anda : Sila cari udang sebanyak mungkin di balik kuetiaw ini....

Anyway, separuh jiwaku pergi dgn kamera baru ini, aku dah tak dek mood nak bereksperimentasi ngan object disekeliling. I've tried the super macro n ini seems the best pix with this macro thing whatever. Aku tetap rasa Canon has the best technology, really miss my old canon. You see, mempunyai a professional photographer husband doesn't make you a good photographer also. Macam kau mempunyai suami toke restoran tapi tak semestinya kau pemasak yg bagus. Ok, tak yah paham sbb aku pun tak paham, looser! (aku ler..).

Monday, January 18, 2010

Bored

Ok, I wanna be Miley Cyrus, atau Megan Fox, mungkin juga Siti Nurhaliza. Sebab aku bosan jadi aku. Bila kita jalani rutin hidup yg sama kita mungkin akan mengalami mental crisis as such boring tahap maksima. Bangun pagi pi kerja, lepas keje amik anak kt sekolah. Sampai rumah tgk slot Akasia ke hapa tu kejap pastu mesin baju pastu masak...air ke megi ke klu rajin tahap perkasa masak mee goreng atau nasi atau paling senang tapau. Pas tu usha dgn sgt berhati2 kt Ah So belakang umah kalau2 dia ada ati nak melambai2 kt aku lagik masa tgh sidai baju atau eavesdropping jiran yg selalu gaduh2 ngan anak beranak sampai nak pecah cermin kaca or something. Atau enjoy lagu2 hindustan dari channel Zee TV yg jiran Benggali pasang punyalahhhhhh kuat sampai buleh tembus bunyi2an tu ke rumah kita. Oh, so lame and boringnya hidup. Maybe I have to try harder to get life more interesting seperti join kumpulan marhabban atau program tarian poco2 anjuran UMNO kawasan. Note : kepala aku sedang jatuh ke atas meja saat ini.
Bilakah aku akan berjasa kepada bangsa dan negara ni?????? Bilalah aku nak buat sesuatu yg sgt bombastik dlm hidup nih???

You see aku sgt hendak sambung belajar tetapi aku selalu menyalahkan encik aku sbb dia selalu keje malam so cam sapalah nak tgk anak klu aku ada kelas malam - ye, itu alasan sgt lame tetapi aku suka blame on something sbb aku takdek usaha nak push diri aku ke level itu atau pun aku jadik lemau bila mengingatkan research n thesis yg sgt aku tak suka proses pembuatannya. Oh apa2lah mak yong, you can always kill yourself in silence, eh betulkah aku ni jenis suffer in silence? whateverlah.
Aku rasa aku buleh sgt buat hidup aku sgt interesting tapi ada satu halangan yg sgt besar- ye, Malas. Noktah.

Kesan dari tabiat itu telah membuatkan dapur aku tak berasap selama sebulan ini. I live like a queen, order je makan atau ajak 2 org ahli rumahtangga aku pi dining kat luar. Oh, sgt ala2 nak bermewah sungguh kau ni. Jadik kesan dr stok tak de idea nak tulih kt entry ni kira aku upload je le gambo2 pi dining outside. Oh ianya juga kesan dr tag doc Anis yg tanya bila kali last makan pizza? so aku menyahut cabaran sbb tetiba aku rasa nak makan pizza...

Ni dinner kita malam tadi, stok mengabiskan sisa2 gaji bulan ini, ye, minggu ini kita hanya buleh makan char kuetiaw RM3.50 sahaja utk ditapau.

Sila jgn malukan emak dan bapa kita dgn makan sgt penuh perasaan seperti ini. Jangan beritahu org emak dah beberapa hari tidak memasak makanan untuk saya.

Wah emak makan macam2 ni...
Kita akhiri dengan ini...yum yum, kata Ayah yg makan 3/4 dari portionnya

Thursday, January 14, 2010

Schoolastic

Aku bukan tak suka sekolah, boring je sikit, tapi aku pernah juga benci sekolah. Aku late bloomer, intellectually, atau mungking aku tak intelek langsung. Masa sekolah rendah dulu aku asyik booking no 33/34 out of 38 cenggitulah, atleast aku ckp kt diri aku sendiri ok la tu, janji tak corot. Sehinggalah ada push factor yg membuatkan aku terpaksa bekerja keras dlm pelajaran masa darjah 4 sbb aku dpt cikgu garang giler, lagik garang dr mak dan bapak aku yg aku tak pasti tahu ke tak aku dpt no. 30-an tu. So tetiba aku masuk kelompok top 5. Pun aku tak kesah, janji aku tak kena rotan ngan cikgu tu. Dulu aku bengang giler kt org yg mencipta theori Pythagoras ke hapatah tu sbb buat otak aku kena bekerja lebih keras selain dr memikirkan camana kejamnya J.r. Ewing dlm citer Dallas atau menyampah kt Joyah citer Opah. Bila sekolah menengah plak aku benci giler kt subjek Fizik sbb ntah sape tah pulak cipta lagik macam2 teori cam tenaga Inersia ler, jisim tu la, jirim ni la, eh, ada ke, aku pun dah lupa. Pun sbb selemau cikgu yg mengajarnya, masa Fizik bermakna masa aku berangankan New Kids on the Block, kumpulan Gersang atau George Michael (eyukhhh sblm aku tau dia gay ok). Aku lebih rela kalau Salwa Abdul Rahman saje yg mengajo aku masa tu walau aku anti giler ngan geng Mekar Sejambak masa tu. Sekurang2nya aku selalu rasa sepatutnya aku telah disunting oleh putera raja masa aku umur 16-17 thn tu. Entah camne aku rasa aku lawa je masa aku umur taim tu, ok, dah, jgn nak berlebih.

Sekarang I am undecided. Bila tgk buku teks si Ammar aku rasa dah sah2lah aku yg kena buat keje sekolah budak ni nanti. So everynight from now on, I'm back to school. Sangat tidak cool ok. Kenapakah terlalu advance subjek bebudak yg sepatutnya masih terloncat2 dlm alam penuh warna itu? You tell me.

Oh yea, kemarin kesabaran aku diuji dgn amat ekstrimnnya di sekolah. Lepas balik sekolah, si Ammar hidup mati nak beli mainan sampah yg dijual org penjual eskrim, eh kau dah jual eskrim jual je ler eskrim, apahal nak jual sampah sarap lak...RM5 pulak tu. Tgk je classmate dia beli tu macam nak mati nak benda tu jugak. Wah, eksyen betul la budak tu keluokan not RM5 dr dompet dia beli mainan tu. Perghhh, ada stail plak tu macam ... nah, amik ni RM5, ada aku kesah? Aku terkebil2 je tgk budak darjah satu ada byk duit dlm dompet buat shopping after school. Anak aku tu aku bagi singgit je buat beli nasi lemak kt kantin. Sungguh mencabar tahap keintelektual makcik ni. Hello, aku ni hidup zaman 90 an ke agaknya? Agak2 bebudak sekarang ni RM10 bawa ke sekolah. Perkara ini sungguh annoying dan menakutkan bagi makcik. Makcik kena terima hakikat dan upkan elaun RM2 hinggit sari kt anak makcik. Sebenarnya makcik tahu anak makcik tak pandai uruskan duit, so makcik bagi yg perlu sahaja. But it seems not enough, not enough, and I'll be damn.

Tuesday, January 12, 2010

Tag ye...

Aku tak paham sgt pasal tag mentag kt blog ni, klu MARC tagging fasih lah. Dulu aku ingat cam org tu post tag kt blog kita ker, (ada ka?) tapi bos kata klu u boring taim keje tu ok je nak jawap tag tu (ya ampun bos cerita rekaan semata2). So ni kira nak jawap tag dari Doc Anis F. yg rupawan n still smokin hot sexy tu. Kira2 cam copy and paste lah ye Anis ye? Ntah le, buat jelah ni...

anda rasa anda HOT...
- Of course! I'm one smokin hot n sexy lady yo! Pendapat org doesn't matter, you take control of yourself hoh....(yeah, yeah, sila ketawa berdekah atau muntah jus pankreas sekarang)

upload gambar kegemaran anda ...
Boleh?

bila terakhir anda makan pizza ...
Yang pasti tahun 2010 ni belum lagik merasa
lagu terakhir yang anda dengar ...
-Banyak dlm playlist ni.. maybe Flightless Bird by Iron n Wine... dan mungkin juga lagu Mas Idayu Senggol2an dr org sebelah ni...
apa yang anda buat semasa menyiapkan tag ini ...
-Monthly report utk meeting esok...ye, saya sgt terdesak utk escapism....bahah
selain nama anda sendiri, anda dipanggil apa ..
- yg hot : babeh, sayang, honey, sweetie, hot mama... ok, semua ini rekaan saya semata2
-yg biasa2 dan plain - Yong, Umi, Mak Andak, Mak Su n even Opah, awh so boring..

tag lagi 6 orang ...
-sama cam jawapan Anis

Soklan lain yg lebih funky please...

Apakah ciri lelaki idaman anda...
- Yang of course, no doubt, smokin hot n sexy cam R-Patz, oh, beliau sgt drop dead gorgeous and down to earth and funny and witty, dan tanpa terperasan beliau sgt hot membuatkan beliau lebih seksi and - eh diam, ustazah cakap bersyukurlah apa yg kita ada....alhamdulillah syukur nekmat...so jawapan standard I would be of course, my dear darling lahhh (oh, jawapan yg sgt selamat)

Kenapa kita mungkin takkan dpt ciri lelaki idaman kita...
-Sbb tuhan maha adil, mungkin kita akan jadi Megan Fox kalau kita dpt R-Patz, yeah, kau tak faham apa aku cakap ni, neither do I, so drop that...

Dimanakah anda sepatutnya berbulan madu selain Langkawi dan Sepang atau PD...
-Mungkin Maldives atau Prince Edward Island....

Apakah tema perkahwinan impian anda selain dewan komuniti atau khemah beropol kuning...
- maybe English Garden, atau tepi pantai Bali, eh, mungkin juga 1001 night yg lebih gempak dari Mawi, oh ye, taknak unta ye...just belly dancers will do

3 words yang menerangkan who you are...
- Funny, sensitive.... can't find the 3rd word

Siapakah anda ingin dating sgt (jawapan haruslah selain spouse/kesayangan anda sekarang)
- Selain R-Patz mungkin Barack Obama

Soalan yg ingin ditujukan kepada org itu...
- To R-Patz : kenapa kau sgt hot?
-To Barack Obama : Boleh tak kau tak jadi warga US?

Soklan funky ini ingin di tag kepada mereka yg ingin ditag oleh Doc Anis termasuk Doc Anis sendiri. Come on girls, just for fun, no harm to whosever your darling at the moment, yeah we know we love em.....Jawap jgn tak jawap....

Monday, January 11, 2010

Decode

Oh, kita tak terlalu tua utk enjoy band indie tapi kalau terlalu enjoy the other indie such as Hindustan ye, kita pasti akan cepat tua.

So enjoy, Decode by Paramore, sgt cool

video

Friday, January 8, 2010

Ah Soh

"Kakak!Kakak!" , panggil satu suara satu mlm pukul 10 p.m. kt belakang dapur ketika gue tgh menyidai baju. Tak creepy langsung. Aku terpanggil utk pusing ke belakang. Auw duh, seorang Ah So jiran belakang umah in her 60s (probably) melambai2 tgn ke arah gue dr balik gril besi pintu dapurnya yg bertemu pintu dapurku. ntah nape aku terbayangkan penjara dgn seorang banduan wanita yg melambai tgn behind the bars dgn tuduhan membunuh suami bagi mendapatkan harta pusaka, atau duit EPF atleast. Oh dis taim rasa sgt creepy. I tossed aside that stupid image from my mind dan cuba concentrate. "kakak, kakak!", panggil 'adik' Ah Soh tersebut. Sekarang aku rasa annoying giler. Aku mengambil keputusan untuk sengih. Well, pada asalnya rancangan aku nak ckp kt dia "Kau kenapa? - Moron!". Eh tidak, aku rasa drastik giler kalau aku ckp mcm tu, probably dia akan terchoke gigi palsunya."kakak, umah ada air kah?" Kata Ah So setelah sekian kalinya memanggil aku kakak. "Tak dek!". Aku ckp. Kenyataan, mlm tu air takde due to kerja2 korek jln tahapa2 nak korek lagik lalu paip pecah gitulah. Whatever. "Air tangki ada", kata aku. Ah So memandang aku tak kelip dgn muka bangang eh bukan, muka blur giler, "Air tangki!", repeat aku lagi, dan dia masih buat muka blur. Conclusion aku maybe dia baru dtg dr Tanah Besar dan sempat katam perkataan Air, Takde, dan paling penting - KAKAK. Well, nothing harm, aku angkat tangan dan terus tutup lampu dan pintu belakang. Sori Ah So.

OMG! I've got superimposed


I've laughed my heart out loud when I received a superimposed photo last night on FB. Are you kidding me? Me and Rob? Moron me. Oh ok, nice attempt lah. . Ini sume keje my brother in law yg tak dek keje dah agaknya (ek bukan ke kau yg soh buat?). What's with the lips macam lepas pekena sirih 10 lai ini? Sangat makan hati ok.
My.Definisi.Of.Seksi. (ok skinny and tall is a trend now and also messy hair)

Thursday, January 7, 2010

I too, Spy, I mean...

Woho, rasanya it's been ages since I last keyboarded my last word here. I guess don't really miss my blog, I don't even bother, can't tell why coz I donno... let's count, hmm over a week hoh record pencapaian seumur hidup sejak memblogging ni, whatever. Eh, agak2 ada yg rindu aku ker (cheh, shut up - moron). Ok boleh turun siku sekarang . Took few days off sempena budak nak sekolah. Been busy with the not so bz thing coz I was like hallucinating over Robsession (don't bother to understand).
Ok, ok, happy new year everybody. Resolutions? Duhh, I never had one, guess I don't take and trust in resolutions so I just don't bother to have one. Come what may, I'll endure. Pathetic? Yup, I'm trying to be a moron. Dot.

About school - so we thought we wanted to give it a try. Normal class then. No kompromi punya. Tapi kena patah balik darjah 1 - poor thing budak Ammar. Trial sebulan. 4th day today alhamdulillah he's doing fine. The besarest boy in the class. Good thing dia dah boleh membaca dan menulis, hope the rest tu dia buleh catch up, esp. in that social interaction with classmate. Kau jgn provoke org dah le Ammar. So sepanjang minggu ni kita berdua jadi spy. Nasib baik Ayahnya dpt off seminggu, buleh le tgk pergerakan dia kt sekolah. Antara reportnya :
Hari kedua keluar je dr van sekolah, dia terus menonong dan masuk kelas. Yeah right- budak kelas pagi belum keluo kelas lagik, keterujaan yg sgt positif. Last2 ada pengawas hanto ke kantin sekolah.
Hari kedua amik lambat sikit sbb jln jem - dah melalak kt pintu pagar sekolah. Sib baik Cik Tipah the van lady sudi kutip wat masuk van dia dulu.
Hari ketiga - desas desus kuat bergoncang dikalangan makbapak dan makcik kantin ada budak darjah satu mengepau duit budak darjah 2- diulangi, mengepau senior. Woho, ada samseng kg dusun nih, siap nak tarik talipinggang senior dia tu lagik buat nak belasah. Ish2, jgn le anak aku jadik mangsa. Rupanya budak ni dari tadika lagik kaki ngepau. Mampossss... jgn kau provoke budak tu je dah le Ammar oi. Mari kita lihat hasil I spy kt sekolah - oklah, the so not spy sbb menyorok camne pun budak tu mesti nampak aku punya.

Ibubapa yg sgt keterujaan sambil berharap dpt duduk sebelah anak dlm kelas

Wow, hot babe next to you lah...

Eh kau pura2 malu dan buat tak tau pulak dah...

Oklah, cikgu soh dok depan


Diam nak, diam.. wohhh, hari pertama ni tak pelah kamu semua nak bising pun, esok siap kau aku ulam2kan... kata cikgu itu dlm hati kecilnya, eh tak, cikgu tu baik ada makna.Oh baiknya kau sgt tekun menulis apa2 tu

Murid2, kita mestilah diam dan beratur dan beratur dan beratur, in one line please.... Masa rehat kt kantin Dah abis sekolah dah, bagus, kau still maintain in character

Ok bos, saya balik dulu.

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife