Bored

Ok, I wanna be Miley Cyrus, atau Megan Fox, mungkin juga Siti Nurhaliza. Sebab aku bosan jadi aku. Bila kita jalani rutin hidup yg sama kita mungkin akan mengalami mental crisis as such boring tahap maksima. Bangun pagi pi kerja, lepas keje amik anak kt sekolah. Sampai rumah tgk slot Akasia ke hapa tu kejap pastu mesin baju pastu masak...air ke megi ke klu rajin tahap perkasa masak mee goreng atau nasi atau paling senang tapau. Pas tu usha dgn sgt berhati2 kt Ah So belakang umah kalau2 dia ada ati nak melambai2 kt aku lagik masa tgh sidai baju atau eavesdropping jiran yg selalu gaduh2 ngan anak beranak sampai nak pecah cermin kaca or something. Atau enjoy lagu2 hindustan dari channel Zee TV yg jiran Benggali pasang punyalahhhhhh kuat sampai buleh tembus bunyi2an tu ke rumah kita. Oh, so lame and boringnya hidup. Maybe I have to try harder to get life more interesting seperti join kumpulan marhabban atau program tarian poco2 anjuran UMNO kawasan. Note : kepala aku sedang jatuh ke atas meja saat ini.
Bilakah aku akan berjasa kepada bangsa dan negara ni?????? Bilalah aku nak buat sesuatu yg sgt bombastik dlm hidup nih???

You see aku sgt hendak sambung belajar tetapi aku selalu menyalahkan encik aku sbb dia selalu keje malam so cam sapalah nak tgk anak klu aku ada kelas malam - ye, itu alasan sgt lame tetapi aku suka blame on something sbb aku takdek usaha nak push diri aku ke level itu atau pun aku jadik lemau bila mengingatkan research n thesis yg sgt aku tak suka proses pembuatannya. Oh apa2lah mak yong, you can always kill yourself in silence, eh betulkah aku ni jenis suffer in silence? whateverlah.
Aku rasa aku buleh sgt buat hidup aku sgt interesting tapi ada satu halangan yg sgt besar- ye, Malas. Noktah.

Kesan dari tabiat itu telah membuatkan dapur aku tak berasap selama sebulan ini. I live like a queen, order je makan atau ajak 2 org ahli rumahtangga aku pi dining kat luar. Oh, sgt ala2 nak bermewah sungguh kau ni. Jadik kesan dr stok tak de idea nak tulih kt entry ni kira aku upload je le gambo2 pi dining outside. Oh ianya juga kesan dr tag doc Anis yg tanya bila kali last makan pizza? so aku menyahut cabaran sbb tetiba aku rasa nak makan pizza...

Ni dinner kita malam tadi, stok mengabiskan sisa2 gaji bulan ini, ye, minggu ini kita hanya buleh makan char kuetiaw RM3.50 sahaja utk ditapau.

Sila jgn malukan emak dan bapa kita dgn makan sgt penuh perasaan seperti ini. Jangan beritahu org emak dah beberapa hari tidak memasak makanan untuk saya.

Wah emak makan macam2 ni...
Kita akhiri dengan ini...yum yum, kata Ayah yg makan 3/4 dari portionnya

Comments

Popular Posts