Schoolastic

Aku bukan tak suka sekolah, boring je sikit, tapi aku pernah juga benci sekolah. Aku late bloomer, intellectually, atau mungking aku tak intelek langsung. Masa sekolah rendah dulu aku asyik booking no 33/34 out of 38 cenggitulah, atleast aku ckp kt diri aku sendiri ok la tu, janji tak corot. Sehinggalah ada push factor yg membuatkan aku terpaksa bekerja keras dlm pelajaran masa darjah 4 sbb aku dpt cikgu garang giler, lagik garang dr mak dan bapak aku yg aku tak pasti tahu ke tak aku dpt no. 30-an tu. So tetiba aku masuk kelompok top 5. Pun aku tak kesah, janji aku tak kena rotan ngan cikgu tu. Dulu aku bengang giler kt org yg mencipta theori Pythagoras ke hapatah tu sbb buat otak aku kena bekerja lebih keras selain dr memikirkan camana kejamnya J.r. Ewing dlm citer Dallas atau menyampah kt Joyah citer Opah. Bila sekolah menengah plak aku benci giler kt subjek Fizik sbb ntah sape tah pulak cipta lagik macam2 teori cam tenaga Inersia ler, jisim tu la, jirim ni la, eh, ada ke, aku pun dah lupa. Pun sbb selemau cikgu yg mengajarnya, masa Fizik bermakna masa aku berangankan New Kids on the Block, kumpulan Gersang atau George Michael (eyukhhh sblm aku tau dia gay ok). Aku lebih rela kalau Salwa Abdul Rahman saje yg mengajo aku masa tu walau aku anti giler ngan geng Mekar Sejambak masa tu. Sekurang2nya aku selalu rasa sepatutnya aku telah disunting oleh putera raja masa aku umur 16-17 thn tu. Entah camne aku rasa aku lawa je masa aku umur taim tu, ok, dah, jgn nak berlebih.

Sekarang I am undecided. Bila tgk buku teks si Ammar aku rasa dah sah2lah aku yg kena buat keje sekolah budak ni nanti. So everynight from now on, I'm back to school. Sangat tidak cool ok. Kenapakah terlalu advance subjek bebudak yg sepatutnya masih terloncat2 dlm alam penuh warna itu? You tell me.

Oh yea, kemarin kesabaran aku diuji dgn amat ekstrimnnya di sekolah. Lepas balik sekolah, si Ammar hidup mati nak beli mainan sampah yg dijual org penjual eskrim, eh kau dah jual eskrim jual je ler eskrim, apahal nak jual sampah sarap lak...RM5 pulak tu. Tgk je classmate dia beli tu macam nak mati nak benda tu jugak. Wah, eksyen betul la budak tu keluokan not RM5 dr dompet dia beli mainan tu. Perghhh, ada stail plak tu macam ... nah, amik ni RM5, ada aku kesah? Aku terkebil2 je tgk budak darjah satu ada byk duit dlm dompet buat shopping after school. Anak aku tu aku bagi singgit je buat beli nasi lemak kt kantin. Sungguh mencabar tahap keintelektual makcik ni. Hello, aku ni hidup zaman 90 an ke agaknya? Agak2 bebudak sekarang ni RM10 bawa ke sekolah. Perkara ini sungguh annoying dan menakutkan bagi makcik. Makcik kena terima hakikat dan upkan elaun RM2 hinggit sari kt anak makcik. Sebenarnya makcik tahu anak makcik tak pandai uruskan duit, so makcik bagi yg perlu sahaja. But it seems not enough, not enough, and I'll be damn.

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet