Posts

Showing posts from October, 2009

EH! Tetiba...

Image
Tudung! Tudung! Tudung! Camana le aku buleh terjebak dgn aktiviti penjualan tudung ni aku pun taktau. KLK punya pasallah ni. Aku tulun jual je sket2, tu pun 3 kerat je pelanggan aku (pekerja wanita kt level aku ni), tak reti langsung aku nak wat marketing ni. Suka2 je ni. Tapi pakai di jamin selesa dan insyaAllah kalis kelepek (kalau tak dilenyek dan simpan elok2 yoo). Sume kain lycra ok. Aku saje nak glam dan alasan bergambar banyak2 ni. Tudung bercorak dan awning Thai silk, RM40. Model ini yg punya. Awning bercorak ni RM35. Dipercayai Thai silk (sbb aku tak ingat). Dua2 Sold out (perghh kembang kempis hidung aku taip ayat ni). Aku rasa aku cam cun je pakai tudung biru ni (ye, kenyataan tak sedar diri tapi aku suke, silakan muntah jus pankreas sekarang hoh) Awning plain Thai silk ini RM30.00. Sold out. Boleh sain kontrak untuk model Habibi Jewels pula selepas ini. Ini gambar kedua perasan hawte - budget boh kt FB. Juga RM40, kesayangan model ini. Juga dirembat oleh model ini. Hok ini

Random notes

Image
1. On Food Gambarajah di atas adalah contoh situasi yg selalu berlaku bila emak malas masak. Jangan contohi ini selalu. Ini contoh mereka yg tertindas, eh, tak, mereka yg terpaksa menahan kelaparan akibat dapur kurang berasap. Ammar, sudu itu tidak mengandungi zat besi, nak. Agak-agaklah nak mamah sudu tu. Kadangkala situasi ini boleh terjadi sbb milo itu sungguh mengujakan. Kita semua pemenang, tiada yg pengalah. Bapanya mungkin agak sedikit terannoy ketika ini sambil berkata dalam hati "siap la kau bila air bapa sampai nanti". Ini bapa yg punya, jangan kacau. 2. Bila terajin Bila emak terajin sedikit, selalu dia hendak masak yg merepek2. Few nights back, dia teringin nak makan lasagne, jadi bila dia ada semangat dia akan buat. Dia macam Siti Nurhaliza juga, tak suka dipaksa2. Ini kira siaran ulangan jugak : Emak rasa dia ada terhutang dgn Puan Z dari JB tentang resepi lasagne. (cheh, emak rasa cam diva plak ngan ayat ni). Emak pesan kt Pn Z, "puan Z, re

Paranormal Activity

Image
On random thoughts : Setiap kali baju-baju kotor dalam bakul atau pinggan2 kotor dlm sinki memanggil2ku "Mama..mama...cucilah kita..". Aku akan jawap "Nanti-nantilah... 15 minit kemudian aku sedang membelek barang2 harga murah di Mydin. Setiap kali anak aku kata "Mommy, I'm hungry.." (ok, tipu, anak aku hanya tahu berbahasa ibunda sahaja), aku akan jawap "Son, it is not good to eat between meals". 5 minit kemudian anakku makan naget segera sambil aku berfacebooking dgn amannya. Setiap kali kesayanganku kata "Sayang, Abang laparlah" , aku akan jawap "Ok, nantilah saya masak". 5 minit kemudian kami keluar makan charkuetiow kesayangan atau Ani Sup Utara. Setiap kali bos kata, "setiap unit sila buat proposal budget masing2 (selalu terjadi dihujung2 tahun macam ini)", aku akan jawap, "Baik bos". 5 minit kemudian keadaan memaksa aku berblog. Keadaan keempat sungguh memaksa (harap bos tak baca ini). Mari kita berb

Now and then...

Image
Now and then.. People say to see your woman in the future look at her mother. Lepas tu boleh bagi bunga kt mak dia macam yg Dafi buat tu. Ok, jgn tiru Dafi sbb dia nak mengurat mak girlfren dia yg sebenarnya (only if you have a smokin' hot mama bolehlah dimaafkan macam ramalan tukang kasut depan Giant tu kt I 15 tahun lagi, eh tak, I perasan je). I ada resemblance mak I tak? Eh kekok giler plak I guna gantinama I tapi takpe I saje suka2. Nilah emak kesayangan I. Eh, I tak paksa emak bergambar macam ni, we all cam tahu2 je naluri cap ibu dan anak nak bergambar camni. Gambar diambil masa kami tour kt pekan Slovakia, dalam daerah Bukit Cherakah. Bezanya cuma I ambil gambar guna kamera berbranded tapi mak I hubby I ambilkan guna henfon cap kambing, sangat diskriminasi ini!. (Oklah, sebenar cite I jalan dulu dgn anak dan anak buah I, emak jln ngan hubby I pastu kami terpisah, pas tu...dah habih eksplen) Tapi I tertanya2 kenapa I tak mewarisi tahi lalat ala2 Latifah Omar macam emak I tu?

Damn

Damn 10x. Hari ni aku pecahkan rekod yg tersendiri dlm karier. Hari ni aku balik pukul 5.45p.m. Sejarah tu. Pecah rekod tu. Selalu balik 5.30p.m. on.the.dot. Sape nak bayar 15 minit yg terlebih tu? Mengikut kebiasaannya aku akan terus race ke tempat parking, so ke situ off I went. Bawah pokok, Petak ketiga. Sangat strategik walau kadangkala kena dishitkan oleh burung, shit betul burung tu!. Dalam otak aku berangan apa nak masak utk dinner, berangan saje takpe, bukan tentu masak lagi. Sambil otak aku teringatkan Nigella dan Jamie Oliver Twist yg sgt cool di dapur. Aku tahu kesudahannya aku dok bersenang2 depan TV tgk AFC atau TravelnLiving channel, balik encik aku karang hanya order dia pi tapau chakuetiow SMS yg femes itu sambil kesayanganku itu buat muka separa redho. Berbalik kepada kes di atas, langkah kakiku tetiba terhenti bila melihat petak ketiga kosong semata2. Aku cuba tidak memanikkan diri sambil melilau2 mencari Pak Itamku. Ah, aku salah parking kt lain kot. Maka aku merayau

Saturday Nite Live

Image
Hari Sabtu berkonon2 hendak Saturday night live di KL. Ambil kesempatan pegi KL yg hanya kira2 5 kali jejak dlm setahun. Ronda2 kotaraya mlm minggu cam best je. So off we went to KL malam tu. We had dinner versi steamboat buffet at Tupai-tupai KL. Makan dengan penuh santun dan berhemah. Masa nak amik makanan pemilik resto dah bagi warning manja2 cam lebih kurang "sebarang pembaziran adalah perbuatan yg terkutuk, eh, tak, perbuatan yg tidak elok, pihak kami akan charge RM10 bagi setiap 100gm yg tak habis tu". Woh, takut mak bab extra2 charge cenggini. After that Ronda2 Kotaraya, wtf, jalan jem sana-sini... Hari Ahad pegi kenduri kawin sedara belah encik. memang tak sah org Perak ni kalu kawin tak dek main rebana yg amatlah meriahnya. Nampaknya adik itu bakal jadik chief kumpulan rebana lagik 20 tahun. Sangat bagus itu. Dan aku yg sangat cool sbb berfesyen kasut lain sebelah. Aku tersadar pakai kasut lensebelah ni masa nak turun umah pengantin, dah nak balik dah. Patutlah masa

Raya Lagi

Image
Berikut sekitar sambutan majlis hari raya di opis, versi ntry tertunggak. Moto : Kerjasama membawa berkat. Apakah hikmahnya mempunyai henbeg yg besar lagi bergaya? Hikmah terbaik adalah dapat mengepau kuih raya dlm tisu dan boh dlm beg itu. Sgt ramai yg telah mengaplikasikan ini. Mari, marey, marey kita tambah kolesterol, kata semua juadah yang terhidang itu. Pertandingan tangan terbaek... pemenangnya tlh dikenalpasti sebagai yang paling banyak kepam kuih raya itu. Mereka yg sukar khusyuk apabila terpaksa mengadap juadah lebih 2 jam baru dpt makan. Bos sdg membayangkan beliau potong kek besday di waktu ini kerana beliau takkan ada chan potong kek besday sendiri di opis disbbkan staff beliau yg selalu kontang nak anjurkan surprise party. Sayangi bos anda selalu kerana boslah org yg selalu sponsor utama event2 yg camni. Timakasih bos! Pura-pura makan dengan berhemah dan santunnya. Jumlah kalori dan kolestrol yg diambil pada hari itu sebenarnya adalah lebih 10x ganda dari yg ditayangkan d

Nota 2 kerat

Image
Nota satu kerat : Hujan (Sket jer). Jalan Jem (versi giler). Minyak kete kontang. Dan aku yang panik (Juga versi giler). Ayat2 di atas kalu diresemblekan mungkin akan jadi satu tragedi yang ngeri buat orang yg cepat panik macam I. (ceh, I plak dah...). apsal ha Lembah Kelang dan yg sewaktu dengannya asal hujan je jem, asal jem je kete tak dek minyak. Semalam kete aku dah bling2 mesej tak dek minyak masa nak keluar rumah. Ah, aku abaikan aje. Sbb selalunya kata buah hatiku : "ok tu, takper, u redah je, sempat lagi minyak tu, dia nak provoke u je dgn blinking camtu. Patah balik umah pun dan lagi Sayang" ... eh tak, aku berangan je tu, Dialog ini hanyalah dialog ciptaanku diawang2an saje setelah 9 tahun menikah. Setelah 9 tahun menikah ekceli ayatnya camni : "alah, sempat lagi tu, kang balik nanti singgahlah stesen minyak, camtu tu pun abang nak ajar ke.." eh tak, tak, ayat last tu pun hanyalah rekaan aku semata2. Saje nak jadi annoying dan sarcastic kejap. Mudah cite

Saya tidak ditakdirkan untuk jadi cikgu.

Image
Pernah tak annoying giler sampai rasa nak hempuk orang? Macam tengah bercerita dgn penuh khusyuk dan tawaduk kt seseorang dan bila tiba ayat last anda org itu cakap "ada aku kesah"?. Annoying giler. Cam tulah aku rasa beberapa hari lepas, but this time happened to be kt my anak. Tapi ayat dia lebih catchy iaitu "Wak luu..." . Pernah dengar ayat itu? Kalau tak - mungkin bermakna anda masih hidup dalam zaman kemasyuran Syarifah Aini dan D.J. Dave lagi, atau zaman rap gaya A.C. Mizal. Termasuklah saya, saya cuma dengar ayat ini setelah mempunyai seorang anak buah yg muda belia tinggal bersama saya. Nota : rasa sgt murni guna gantinama 'saya'. Aku sukaaa. Berbalik kepada topik, beberapa hari lepas, saya jumpa nota cikgu/sekolah dlm beg sekolah Ammar. Minggu ni minggu exam katanya. So cikgu tulis topik untuk revision berserta buku homework. Oh, baru saya tahu itulah yang anak saya belajar selama ini. Bukan salah saya semata, sbb amat jarang cikgu bagi bebudak