Paranormal Activity

On random thoughts :

Setiap kali baju-baju kotor dalam bakul atau pinggan2 kotor dlm sinki memanggil2ku "Mama..mama...cucilah kita..". Aku akan jawap "Nanti-nantilah...
15 minit kemudian aku sedang membelek barang2 harga murah di Mydin.

Setiap kali anak aku kata "Mommy, I'm hungry.." (ok, tipu, anak aku hanya tahu berbahasa ibunda sahaja), aku akan jawap "Son, it is not good to eat between meals". 5 minit kemudian anakku makan naget segera sambil aku berfacebooking dgn amannya.

Setiap kali kesayanganku kata "Sayang, Abang laparlah" , aku akan jawap "Ok, nantilah saya masak". 5 minit kemudian kami keluar makan charkuetiow kesayangan atau Ani Sup Utara.

Setiap kali bos kata, "setiap unit sila buat proposal budget masing2 (selalu terjadi dihujung2 tahun macam ini)", aku akan jawap, "Baik bos". 5 minit kemudian keadaan memaksa aku berblog.

Keadaan keempat sungguh memaksa (harap bos tak baca ini).

Mari kita berbicara mengenai paranormal activity pula. Aku telah menerima gambar via bluetooth (woh people, aku dah pandai bergigi biru sekarang wohhh...pencapaian seumur hidup ni...). Gambar ini yg mana kalau di zoom in kan akan nampak sesuatu di backgroung gambar. Gambar seorang pompuan pakai baju putih ala2 zaman Victoria sambil pegang sabit. Oh yea, perempuan itu juga ada 'cutting' yg agak hot. Maybe smokin hot juga masa dia hidup dulu. Tak caya cuba savekan ia dan zoomkan gambar ini. Katanya gambar ini diambil di Taman Tasik Permaisuri. Aku tak tahulah ek, rasa macam tak real tapi dibuat2 real tapi kalau real hati2 pegi TTP itu ye. Jangan cuba2 pura2 jogging pukul 3 pagi pula. Atau kalau nak bertenet carik pot lain cam pejabat kadi lebih bagus.


Sekarang perhatikan gambar di bawah pula.


Aku juga ada gambar yg sangat real, dicaptured dlm ex-henpon encik aku (kini henpon itu telah bercouple dgn aku pula). Di ambil dalam sebulan yg lalu. Perhatikan ke'real'annya itu. Sungguh menyeramkan, ianya berlaku secara tak sengaja. Apakah ia pada pandangan anda? Setelah saya zoom inkan, berikut adalah hasilnya :
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Oh yea, saya lupa nak titipkan gambar ini masa entry Ammar keluar hospital ari tu. Inilah gambar yg telah dizoom inkan itu. Masa ini campak dan ruam dia habih keluo satu badan, so memalam je we all lumurkan badan dia ngan bedak sejuk. Inilah hasilnya paranormal activity tersebut.
Oh yea, inilah gambar pertama smokin hot Ammar Firdaus di tenet. Tolong jgn superimpose ia.

Di En.

Dah pi buat keje, ooo, suka citer hantu tauuu...

Comments

Telok Bakong said…
tahu le A Mat Ganti tu photographer hu hu
Yong Kamariah said…
photographer setakat kt opis je yek, kt umah takdek makne deee....

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet