Damn

Damn 10x.

Hari ni aku pecahkan rekod yg tersendiri dlm karier. Hari ni aku balik pukul 5.45p.m. Sejarah tu. Pecah rekod tu. Selalu balik 5.30p.m. on.the.dot. Sape nak bayar 15 minit yg terlebih tu? Mengikut kebiasaannya aku akan terus race ke tempat parking, so ke situ off I went. Bawah pokok, Petak ketiga. Sangat strategik walau kadangkala kena dishitkan oleh burung, shit betul burung tu!. Dalam otak aku berangan apa nak masak utk dinner, berangan saje takpe, bukan tentu masak lagi. Sambil otak aku teringatkan Nigella dan Jamie Oliver Twist yg sgt cool di dapur. Aku tahu kesudahannya aku dok bersenang2 depan TV tgk AFC atau TravelnLiving channel, balik encik aku karang hanya order dia pi tapau chakuetiow SMS yg femes itu sambil kesayanganku itu buat muka separa redho.

Berbalik kepada kes di atas, langkah kakiku tetiba terhenti bila melihat petak ketiga kosong semata2. Aku cuba tidak memanikkan diri sambil melilau2 mencari Pak Itamku. Ah, aku salah parking kt lain kot. Maka aku merayau2 mundar mandir seketika bak pekerja MBBJ yg sedang mundar mandir cek tiket parking. Crap! Pak Hitamku tak kelihatan di mana2. Aku akui ketaku itu amatlah senang dibawa lari kerana aku tiada steering lock yg macam penukul besi itu. Jantungku bergoncang bagai nak terkeluar. aku cuba menenangkan diri sendiri. 15 minit yg pertama amat crucial. Jgn tepon laki dulu, takut dia plak panik tak pun paling kurang mengeluarkan bunyi2an yg sgt tak enak macam apa haa????-nasir bilal khan lagi. Peluh dingin mula berceriau di segenap pelusuk body. Crap, sgt crap ini.

Lalu aku terpikirkan manalah balai polis paling dekat nak buat report. Sempat aku meminta dan terfikirkan org yg nak amik report itu. Woh, jgnlah macam yg amik report masa aku kena rompak dulu. Pakcik tu dah taraf pencen dah. Kesian dia dah jadik ala2 polis perhiasan arkib je kt pondok polis TM tu. Sekurang2nya biolah yg smokin' hot macam hero2 Gerak Khas. Eh, tak, A.C. Mizal tak termasuk dlm golongan Smokin' Hot. Mungkin yg macam Ashraff Muslim kot. Oh tidak, ari tu aku baca ruangan gosip artis yg gender beliau masih misteri. Farid Kamil mungkin? Oh tidak, tidak, side burn dia yg selai dua tu sgt tak macho. Sah, mmg tak de idola pelakon local camni. macamana dgn Brad Pitt pula? Atau Keanu Reeves saje? Nicholas Cage yg selalu jadi hero action pack itu?

Astaga, sempat lagi beliau berangan sebegitu. 15 minit yg crucial hampir berlalu. Aku give up, kena call kesayanganku. Sgt crap, macam Mr. Crab. Astaga, ya rabbi, astaghfar bila aku teringatkan kesayanganku itu. Barulah aku tersadar pagi tadi kesayanganku itu yg hantar aku pegi kerje. Aku ada driver rupanya pagi tadi. Damn bimbo. Peluh dingin ku bagaikan menjerit2 mengatakan 'buat habih ke boreh je aku keluo mencurah2 ni!". Entry ini untuk peringatan kepada cucuku : Maafkan nenek kerana nyanyuk sebelum waktunya...

Di En.

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet