Thursday, October 29, 2009

Random notes

1. On Food
Gambarajah di atas adalah contoh situasi yg selalu berlaku bila emak malas masak. Jangan contohi ini selalu.

Ini contoh mereka yg tertindas, eh, tak, mereka yg terpaksa menahan kelaparan akibat dapur kurang berasap. Ammar, sudu itu tidak mengandungi zat besi, nak. Agak-agaklah nak mamah sudu tu.

Kadangkala situasi ini boleh terjadi sbb milo itu sungguh mengujakan.

Kita semua pemenang, tiada yg pengalah. Bapanya mungkin agak sedikit terannoy ketika ini sambil berkata dalam hati "siap la kau bila air bapa sampai nanti".

Ini bapa yg punya, jangan kacau.

2. Bila terajin

Bila emak terajin sedikit, selalu dia hendak masak yg merepek2. Few nights back, dia teringin nak makan lasagne, jadi bila dia ada semangat dia akan buat. Dia macam Siti Nurhaliza juga, tak suka dipaksa2. Ini kira siaran ulangan jugak :

Emak rasa dia ada terhutang dgn Puan Z dari JB tentang resepi lasagne. (cheh, emak rasa cam diva plak ngan ayat ni). Emak pesan kt Pn Z, "puan Z, resepi lasagne ni bersepah2 kt internet, jadik emak ceduk je le apa yg patut". Ini resepi versi emak :

Untuk sos/inti daging :

- Minyak zaiton/butter/kelapa sawit-pun-tak-pe utk menumis
-1 labu bawang besar (bwg Holland lebih afdal), dicincang halus
-4-5 ulas bawang putih, dicincang halus
- Daging kisar
- sebiji fresh tomato saiz besar, dicincang halus

- 1-2 camca besar pes cili/cili kisar (sori kak, I tekak Melayu, ni utk membalancekan rasa masam)
- 1 kiub stok daging, optional (emak tak bubuh pun)
- 5 camca besar sos tomato/ tomato puri pun buleh
- oregano
- gula, garam, pepper secukupnya

Bahan Sos Putih/Bechamel

-60 gm butter/mentega (cam 1/2 potong butter kiub tu)
-60 gm tepung gandum (cam 3 sudu gandum gitu)
-600 ml susu segar/UHT (lebih setengah kotak satu liter tu)
-garam, pepper secukupnya
-Bay leaf utk bagi special effect aromatiknya

Cara membuatnya:

1. Panaskan butter/minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar dan seterusnya tomato cincang dan pes cili. Kacau lagi.
3. Masukkan sos tomato/puri tomato dan seterusnya masukkan air. Kalau ada stok/air rebusan daging sgt bagus juga

3. Didihkan atas api sederhana hingga daging empuk.
4. Masukkan pepper,oregano, gula dan garam kemudian angkat.
5. Senang citer cam buat kuah spageti.

Utk sos putih/bechamel
1. Cairkan butter dlm pan/periuk.
2. Masukkan tepung dan kacau sekejap cam sampai nampak dia berbuih2 sket.

3. Tuangkan susu dan kacau lagi atas api perlahan hingga sos pekat (jgn sampai berketul).
4. Masukkan garam, pepper, bay leaf kalau ada dan kemudian angkat.

Cara membuatnya sebelum bake :
1. Susun sos daging, sos putih dan lapisan lasagne berselang2.
2. Ulang hingga lapisan atas sekali adalah sos putih.
3. Taburkan cheese di atas sos putih.
Ada org taburkan juga serbuk cheese pada
setiap lapisan sos putih tu. Ini sangat menggalakan pertumbuhan kolestrol. Emak tabur juga tapi sikit je.
4. Bakar pada 190 C selama 40-45 minit atau hingga masak. (Emak main taruk dlm microwave jek)

Sukatan dan ayat2 lebih bersivik diambil dari blog Kak Norz. Emak main tabur2 je takdek sukatan. Mak tak reti nak sukat.



Lasagne yg sangat mampu menyumbatkan arteri dgn kolesterol jika diambil 18 hari berturut2. Ini versi microwave, bukan bake. Kegemaran Ayah dan anaknya (boleh menjawap soalan kenapa mereka sekeluarga terobesiti).

3. On jiran

Remember Ah Fat, jiran saya yang prosperity itu? Inilah anak2 dia bila taim waktu petang. Ada ciri2 prosperity juga. Bermain badminton sambil half naked sangat cool.

4. On Ammar

Pagi tadi Pn Chen, guru penolong kanan berbincang ngan aku ttg Ammar. She recommends Ammar to be transfered to a normal class due to his progress in Academic. They want Ammar to be in 'real progress', like fly, baby, fly.... I' m speechless, not because I'm too happy, but I feel agak awkward. I don't feel my son fits in that 'other world', I'm worry, indeed. I don't think he's ready for that, just not yet. I don't give a damn on academic progress, I'm worry about his behavior, attitude, and other pupil's acceptance. That 'other world' could be so cruel. My son is so safe in this 'small world' he's been put into. He is still a 'baby' to me, now I'm so doubtful with my previous statement that he is "Not My Baby Anymore". He is, indeed.

No comments:

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife