Kehidupan hari ini



Gambarajah di atas adalah menunjukkan kehidupan yg anda boleh dapati pada hari ini. Gambarajah sebuah keluarga lepas balik keje/sekolah. Jgn expect gambar yg lebih murni dari tu seperti tgh sapu sampah atau tgh basuh pinggan kt sinki. Live with it. Rujuk gambarajah di bawah untuk kerja emak lepas balik keje. A pathetic part time housewife. Jangan tiru macam saya.


Gambarah satu : Membasuh baju dengan mesin semi auto. Tobat saya nak tuka balik ke mesin fully auto sbb silap2 saya kena menjawap dengan kerajaan Selangor kenapa membazir air setiap bulan dengan kapasiti sebuah kilang aiskrim padahal saya tak perlu membayar bil air kerana Kerajaan Selangor sgt perihatin dgn mensubsidi bil air. Motif tulis begini kerana ianya sebuah mesin semi auto, damn bimbo, selalu tak hingat pasang air dlm mesin lepas tu tinggalkan air itu terpasang sendiri sehingga setengah hari. Jangan tiru macam saya lagi. Undilah barisan perikatan hapa2lah untuk bil air free.

Gambarajah kedua : lepas basuh baju mestilah kena hang. Pakailah sabun Dia untuk cucian yg tak kena cahaya matahari. Ini pun jangan tiru macam saya.

Gambarajah ketiga : Yang ini lagik la jgn tiru macam saya. Baju tak berlipat tunggu sehingga setinggi gunung Tahan baru ada hati nak berlipat. Tapi kebaikannya adalah senang nak cari baju main selongkar dan tabur2kan aje. Ini senang diaplikasikan dlm hidup sume orang. Oh yea, jgn aplikasi ini bila mak mentua anda datang rumah demi menjaga imej anda sebagai menantu.

Gambarajah keempat. Fenomena lepas masak. Ini saya bagi kredit kepada suami saya sbb dia ambil tender ini sejak 9 tahun yg lalu. Tapi saya boleh bilang berapa kali, eh, bukan, maksud saya berapa kali dia basuh pinggan sambil tersenyum lebar.

Jadi kesimpulannya saya redho, saya bahagia giler. Tanyalah suami saya kerana keredhoan saya itu saya sudah kurang berleter. Dan entry ini kerana saya dah takde ide kerana sudah takde gambar jadik saya guna gambar recycle saje.

Di En.

Comments

Amri Mat Saaid said…
salam kak yong

ape A Mat Ganti buat ngadap komputer aje koje nye
Yong Kamariah said…
dah namenya koje dgn surat habo maka dimana2 dia nak cari berita je ler
TBO said…
he he jangan jadi tokeh sorat habo lame udah le
Yong Kamariah said…
memang dah jadik tokeh surat habo lama dah, tiap2 bulan juai surat habo lama kt lori cina sbb byk koleksi s/habo kt umah
Teluk Bakong said…
tak kisah lerr tu janji dapat duit ais krim utk si ammar he he
TBO said…
This comment has been removed by the author.
TBO said…
salam kak yong

A Mat Ganti udah betoi2 exact copy arwah apaknye arwah pak mat ganti

Popular Posts