Gambar terakhir....

Cheyyy...tajuk tokleh handle punya.

Sejak kehilangan anak angkat tersayang menjelang awal Syawal tempohari, hidupku terutama jari-jemariku terasakan kosong, hambar. Manakan tidak, dialah tempat bermanjaku, ku belek2, ku kebek2. Ke mana pergi tak pernah kami lupa membawa dia. Setiap momen itu penting waima lubang hidung Ammar pun dialah yg akan merakamkannya dlm memorinya. Keluh kesah hati ini mengenangkan siapalah yang akan menjaganya kini dan berbuat apa2 kepada memori yang dipegangnya itu. Sebenarnya aku tak mahu ingat tentang dirinya kerana aku mulalah hangin dan mulalah memandrem laki (dalam hati je berani). Sabar jelah hati dan redho. Redho okay.

Aku ingin mengabdikan kenangan terakhir bersamanya di sini, buat aku sedih giler ni. Nasib baik aku sempat simpan ia di tempat lain. Kepada anak angkatku itu, pandai2lah bawa diri di tempat orang, emak sentiasa mengenangimu. Al-F... oh, sudah lebih la kau ni...

Jadi layankan saje gambar2 terakhir yg sempat dirakamnya...

Yeay... mak, orang dah jual ikan ni mak! Cepat beratur....!

Kete ikan dari lorong ke lorong muncul pada raya ke 6. Yg herannya hanya kami lah pelanggan yg keluo membelinya dan kamilah yg borong sume hasil jualan abang ikan ini, untung abang ikan itu boleh buat modal open house keesokan harinya di rumah beliau.
Kejadian berlaku di umah Mak Yam, jiran sebelah umah sbb port landing kete baik pnyer.

(Memula tak de mood nak boh kepsyen (alah senang eja caption, kan dah kena explain..) Tapi apalah makna gambo takdek citer bak kata encik aku pictures tell stories tapi aku yg menstorikannya...)


Gaya PR tak hingat dari abang ikan buat akak tu borong sume sotong tu buat balik KL.
Nota tambahan : sekilo 9 hinggit buat akak itu mengagau panggil sume adik2 dia yg tinggal kt KL supaya borong sume itu.
p/s : abang ikan tu sedang mencari calon isteri ketiga, serious...


Dan ikan tenggiri ini juga, 15 hinggit sekilo menyebabkan ikan itu dikerat lapan belas.

Ni hasil bahagian emak... sotong sumbat pulut, perghhhh.... satu mana cukup... anda buat, anda dapat....(apa relevennya moto ustazah bahyah di sini?)

Minggu kedua Syawal aku wat makan2 utk anak beranak kt KL, tu jelah termampu terhandle bagi tulang beberapa kerat aku ni, klu ada bibik kan senang, anak-beranak pun adalah jugak dlm 20 org. Menu ari itu mee kari, nasi impit, kuah kacang, rendang, etc. (ok, etc takde dlm menu wikepidia, jgn cari)

tetamuku sedang melayan diri sendiri.


mentang kata anak beranak periuk segala naik atas meja
Eh apa ni? Tetiba...
Dan gambar2 di bawah yang tak tahu apa tujuannya di upload disini. Raya ke 4 gayanya ni deme2 ni pi memukat..what the???
Gambar ini terpaksa di sabotaj kerana tidak sesuai untuk tontonan umum tapi sbb muka nampak cun sket dari angle ini maka terpaksalah akak menempeknya, cheh perasan tak sudah...sesungguhnya perasan itu satu perasaan yg sgt indah...warghh...

Sebenarnya ini bukanlah gambar terakhir, gambar terakhir adalah sepeket Jusmate Dr. Rozmey-aku-tak-suka-style-rambut-dia-tolonglah-ubah-jambul-ko . Kerana masa tu aku cadang nak tulih pasal camana org cam aku mengagau carik makanan kesihatan a.k.a nak diet lepas raya. Tak sempat aku nak save gambo tu, terpaksalah aku google carik gambo dr Rozmey kt tenet lepas ni, eh, buat apa... Anyway, tekak aku sgtlah tokleh terima minuman itu maka encik aku la calon sesuai utk itu. Dah keluo topik lagik, suka2 nak taip lebih2 tau...

Tak dpt aku bayangkan bagaimanakah aku nak berkarya dgn tanpa foto selepas ini, nasib...

Di En

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet