Belanjawan berhemah

Pernahkah anda dinasihatkan supaya berhemah ketika mengunjungi pasar malam? Tak pasti apa tujuan soalan ini ditanya sebenarnya.

Tadi saya ke pasar malam untuk membeli bawang lada. Tak perlu letak 'dan' kerana bawang putih juga termasuk famili bawang. Akhirannya saya berlenggang balik membawa sehelai tudung. Tanpa bawang lada dlm plastik gelenyar (org pantai timur mesti tahu apa makna gelenyar tu) kerana saya hanya membawa RM20 dlm beg kecil ada 3 kompartment yg dijual dikedai eksesori henpon tapi saya tak bawa henpon pun. Sekarang anda faham apa relevannya soalan di atas sekali tadi. Nampaknya kaedah berhemah dgn membawa hanya sejumlah kecil wang pergi pasar malam tidak berkesan kepada saya. Saya hanyalah pembeli tegar. Damn bimbo. Tapi saya berhemah dgn tidak menggunakan minyak tanpa plumbum. Saya berjalan kaki sahaja ke pasar malam itu. Dan tanpa membawa anak kerana ianya juga berhemah sbb anak selalu meminta2 nak itu ini.

On the way balik saya lalu depan rumah jiran selang 3 pintu saya, Ah Fat (saya tak tahu nama sebenar dia sbb saya rasa itu sesuai dgn dia sbb dia lambang dan definisi prosperity). Ah Fat juga sangat berhemah sbb bukak dapur kt laman umah dia. yes people, dapur terbuka kt tempat porch/parking. Dia juga lambang berhemah sbb jadikkan laman umah dapur restoran terbuka. Sbbnya Ah Fat meniaga gerai makanan. Masak umah dia dulu kemudian bawa jual ke gerai. Sungguh berhemah dan kesian jiran kiri dan kanan dia. Hari2 saya juga boleh terbau apam manis dia yg dia kukus depan umah tu, sungguh mendera deria saya. Now, itu sangat tidak berhemah. Ah Fat juga sgt berhemah sbb masih bawa van yg saya hanya last jumpa masa tahun 80an dulu, (oh ini saya tak pasti guna minyak tanpa plumbum ke tidak). Rasa sangat magic kerana masih jumpa org macam Ah Fat kt kejiranan saya yg ramai masih kental sifat seperti jiran suji saya. Maklumlah, kt kejiranan saya ni ada artis lah, doktornya, pegawai bandaraya je-tapi-seorang suji, dan yg best ada pustakawan. Ini membuatkan semangat nak berniaga nasi lemak saya makin berkobar2.

Masa saya masuk rumah terjumpa sekeping kertas A4 yg dipotong dua kt lantai (ini juga dikira perbelanjaan berhemah). Ada undangan open house jiran belakang umah esok dr 4.30 pm - 9.00 p.m. Wow, ini sangat berhemah bagi saya. Esok tak payah pikir nak masak apa terus buka pintu dapur dan masuk ke dapur jiran itu. Dan juga hari Sabtu ni undangan open house clinic by jiran doktor- ada- klinik-yg-nak-buat-open-house-kt-klinik-dia-buat-saya-impress-sbb-tak-pasti-kt-dlm-klinik-ke-kt-luar-klinik-dia-nak-handle-open-house-tu. Saya suka ini.

Di En.

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet