Nota 2 kerat

Nota satu kerat :

Hujan (Sket jer). Jalan Jem (versi giler). Minyak kete kontang. Dan aku yang panik (Juga versi giler).

Ayat2 di atas kalu diresemblekan mungkin akan jadi satu tragedi yang ngeri buat orang yg cepat panik macam I. (ceh, I plak dah...). apsal ha Lembah Kelang dan yg sewaktu dengannya asal hujan je jem, asal jem je kete tak dek minyak. Semalam kete aku dah bling2 mesej tak dek minyak masa nak keluar rumah. Ah, aku abaikan aje. Sbb selalunya kata buah hatiku : "ok tu, takper, u redah je, sempat lagi minyak tu, dia nak provoke u je dgn blinking camtu. Patah balik umah pun dan lagi Sayang"... eh tak, aku berangan je tu, Dialog ini hanyalah dialog ciptaanku diawang2an saje setelah 9 tahun menikah. Setelah 9 tahun menikah ekceli ayatnya camni : "alah, sempat lagi tu, kang balik nanti singgahlah stesen minyak, camtu tu pun abang nak ajar ke.." eh tak, tak, ayat last tu pun hanyalah rekaan aku semata2. Saje nak jadi annoying dan sarcastic kejap. Mudah citer ayatnya akan lebih mudah dan steret to de poin. Woh, tersasar giler dr topik ni.

Maka bila jalan jem umah yg hanya setanak megi mee segera pun akan jadik setanak sup tulang tak pakai pressure cooker punya lamanya. Dadaku dah berdebar2 bagai nak rak. Sempat ke tak sempat ni? Aku tak pakai ekon pun, bukak tingkap luas2 sambil tengok ada jejaka smokin hot pakai spek hitam beratur dlm jem di sebelahku. Nasib baik aku dah tahap saham jatuh menjunam. Aku pura2 tak pandang pada incoming message alert kt bar minyak yg tak reti2 nak stop blinking tu. Dlm pada panik aku-sorang-je-tahu tu aku tercari2 kt manalah nak tekan hazard light ni. Incase la kan. Masa2 macam ni aku terpikir kenapalah aku tak duduk kt San Francisco atau di Zanzibar sahaje? Damn 3 kali. Alhamdulillah, selamat aku tiba umah dgn minyak yg kering kontang. Bila aku citer kat kesayanganku dia kata : "Alah, ciannya busyuk masyam I, sian you letih kan, nanti I buatkan secawan iced lemon tea kat you Sayang.." .eh bukan, itu pun ayat ciptaanku dan dlm mimpiku semata2. Ayat sebenar adalah leteran semata2 sbb kenapa aku taknak isi minyak awal2 haaa???. Aku rasa annoying giler. Must have been ada wayar yg putus somewhere kt dia sari dua ni, nti aku carik. Atau dia terannoy sbb entri aku yg tajuk "Kehidupan Hari Ini" gamaknya, whatever lah, buat kesayangan I tu : I sayang giler kt you sbb you rajin basuh pinggan dan bagi ikan koi you makan dan you rajin giler siram pokok bunga". Dah. Oklah, dan satu lagi I setujulah balik kampung you weekend ni walau sari je.
Nota kaki : Tak pernah pun guna gantinama I and You dlm kehidupan seharian, saje nak melemakkan jln citer
Nota tambahan : Suami I sebenarnya sangat penyayang cuma I nak provoke dia sket ni

Nota 2 kerat :

Aku Yang Dah Nak Tua (Tapi Belum Menopause)

Aku text mesej kt anak buah yg muda belia :

Aku : Wey, bila nak dapat kasut kerok yg u order tu?
Si muda belia : xtau g r. ngah tgu r ni.
Selepas 1 minit otak translate tulisan trengkas ni baru buleh balas balik
Aku : MakDak tgk kt tenet ada yang lebih murah RM10
Si muda belia : Kalo nk yg 10 henggit xyah d c2. g je psr mlm
Ok, yg ni otak aku tak yah translate, mesej jelas dan nyata.
Aku : MakDak nak kasut yg kaler brown tu
Si muda belia : Eeuw. klr brown? dh mcm rubber tapper ha. tp if u insist
Ok, dis taim tak yah translate atau text, terus call jek.

Text yg lain pula :
Aku : K.Long, ko dah mkn ke belum? MakDak lapar ar...
Si muda belia : Nk msk ns x ni?
Another satu minit baru otak buleh translate.

Moral of the story sila bandingkan text org lama cam umur dia dah masuk 35thn yg masih menyanjung tinggi bahasanya dgn cara tidak merosakkannya dgn text si muda belia yg sgt catchy sampai org cam nak tua tu tak dpt nak paham.

Lebih2 lagi org yg nak tua tu pakai cell phone yg sgt canggih camni....

Di En

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet