Hari-hari terakhir Ramadhan

Ramadhan dah nak berakhir. Kurang seminggu dah nak raya. Aku selalu terpikir apa le amal ibadat yang aku manfaatkan sepanjang Ramadhan yang penuh barokah ini. Pegi keje, balik keje, kelam kabut nak masak, buka, semayang maghrib terus sambung isyak, tgk tv sikit2 pas tu.. khohhhh tido. Rugi, rugi betul aku tak grab amal ibadat bln seribu rahmat ni. Kengkadang aku sayu juga kenangkan Ramadhan nak berakhir ni, aku rindu n teringin sgt nak pergi jemaah terawikh kt mesjid macam zaman muda2 dulu, nampaknya hanya En. Azhar je la yg dpt gi mesjid wat tarawikh, aku kena le dok umah jaga anak (bukan jaga apa sgt pun..), tapi kalau kami gi sekali, kang tak tenang jiwa aku kang ingatkan Ammar yg akan wat apa2 kt mesjid tu nti, tak pun ilang ke (nauzubillah) jadiknya hanya mampu mengaji je ler sementara tunggu isyak..

bila bulan pose ni dah nak berakhir, maka penyakit Mim mulalah datang, maleh dah nak masak ni rasanya, dari masak kari, gulai lemak, gulai tempoyak, sambal tumis, sup, nasi ayam, masak kicap etc, etc.. sume dah wat dah, dah maleh nak pikir menu dah balik umah, ada sekali aku singgah pasar ramadhan sbb maleh nak masak, hemphhh, hawor.... baik aku masak sendiri puas ati... nak wat kuih bukan forte aku dan tak berapa nak minat, kuih raya sume beli je, nti le dah sampai seru buleh le aku cuba apa yg patut..

Cakap pasal resepi ni, aku selalu juga cuba resepi baru tak pun kenen2/kawin2 kan bahan2nya, aku tak reti nak masak bersukat ni, aku selalu campak je apa2 dlm poyok tu, nak jadi, jadi le, kalau tak jadi rezeki tong sampah jawapnya, tapi alhamdulillah bulan pose kali ni hampir zero pembaziran berlaku sbb aku dah pandai agak banyak mana nak makan bertiga ni... bebaru ni aku wat jus kedondong, eh, sedap gek air kedondong ni rupenya, esp. org yg suka makan asam/jeruk cam aku ni, resepinya lebih kurang begini bunyinya pn2 :

7-10 biji buah kedondong muda, buang kulitnya (ikut le byk mana nak minum)
4 biji buah asam boi (yg kaler merah tu dan ikut volume byk mana nak minum)
air gula
ais
Blender buah kedondong ngan air tu sampai lumat (kalau lumat beno tak yah tapis). Masukkan air gula, asam boi. Biar asam boi larut seketika, pas tu boh ais, pas tu minum lerr, sedapp, cubala...

Semalam wat kek puding jeli, jadik le jugak, versi aku ler, jadik tak yah le beli kuih wat cuci mulut, main dishnya masak lemak cili api gulai nangka, ayam masak sos tiram ngan broccoli, tumbuk sambal belacan n goreng ikan kering balung ayam yg kecik2 n rangup tu, peh, tersando... ari ni apa le agaknya menu aku....

Comments

Popular Posts