Monday, August 30, 2010

Berpuasa di kampung

17 Ramadhan - Hari ini dalam sejarah. Ammar dapat puasa penuh. Macam tak caya je. Makna kata boleh la tu puasa penuh, tp tak tau la masa mandi togok air paip bergelen2! Setiap kali pose setiap kali tulah protes! Tak paham2 kenapa kena pose. Tp disebabkan separuh hari dalam perjalanan nak balik umah Tok dek kerana excited boleh la plak lupakan kelaparan tu. Hari kedua and ketiga kt kampung umah Tok ada 2 org sepupu kenit yg tak pose, keimanan mulalah goyah, taim bebudak tu makan nasi dlm pukul 10 meraung2 mintak nasi juga. Maka hari kedua boleh tahan sampai kul 2 jek. Hari ketiga haraaaammmm, terus baik makan pagi2...susah betullah budak nih!

Meanwhile....

Pak inchik bila dah balik umah emak dia mulalah....request kt emak nak makan tu ini...adoiyaaiii, anak emak le katakan. Emaknya pulak tu sukalah melayan hajat anak bongsunya itu, yelah, sape tak sayang anak. Pak inchik request emaknya masak kuih2 nostalgia zaman kecik2 sampailah dah bapak budak ni, tu le kuih tradisional orang kampung dia. Aku plak sejak kawin ngan orang Perak nilah baru kenal nama kuih2 ni. Tapi yang aku tau org Perak kt kampung dia kuat makan manis! Aw makkk...makan le manisan diaorang ke, minum air kopi diaorang ke...silap2 buleh kena diabetic koma!

Tapi herannya famili pak inchik ni tak de la pulak yang kena kencing manisnya! Plak tu macam MIL dan adik beradik MIL yg masih tinggal lagik tu tak de le kena penyakit2 kronik dah usia emas pun, macam MIL dah 80an tp still sihat lagik, cuma dah tak gagah cam dulu je lagik. AKu rasalah, aku dah discover apa rahasianya tu bila perati cara pemakanannya tu. Salah satunya makan ikan bilis hari2! Disbbkan dulu2 masa muda MIL and famili buat bendang, maka breakfast diorang wajib pagi2 tu nasi dan sambal bilis, sampailah sekarang, mesti ada tu. Air kopi plak hari2, aku yg tak reti minum kopi pagi2 pun dah buleh on. Jadik ikan bilis tu kira cam sumber protein utama dan sape tau jadi rahasia umur panjang ke... ok, ok, makcik agak merepek dah disitu, tp manalah tau...


Inilah namanya lempeng basah, aku rasa cam lucu bila mula2 tau nama dia, sbb tak de kena mengena ngan rupa lempeng pun, tp febret pak inchik ni. Yang bentuk kun tu tepung pulut campur santan pastu intinya gula, pastu tabur gula kt base dia, curah santan, pastu tabur gula lagik kt atas dan kukus...hermmm, boleh bayangkan dah manis tuh! Tapi sebenonya aku pun layan cuma tak boleh byk sbb tak tahan manisnya tu!Tak pernah aku jumpa pun ia kt mana2 PARAM...exclusively kuih tempat diorang kot!


Yang ini penjan ubi, pernahlah jumpa sebelum kawin ngan pak inchik, pun tak tahan manisnya tu...


Yang ni pengat biskut kapas... selalu jumpa dalam kenduri kendara diorang, level manisnya tu pun buleh tahanlah...

Ok, tu jelah nak share, until jumpa lagik.

2 comments:

Aida Rezuan said...

Yong,
Ooo... tak tau lak saya yang orang Perak suka manis2 ye (sebab tuh la Pak Inchik pilih Yong, kan? Kan? :D)

Suma manisan tuh, first time saya tengok. Dari gambo2 pon dah buleh agak manisnye tuh! Huhu!

Yong Kamariah said...

ha yelah cik eda, jgn tatau - eh, apa plak relevannya kuih manis ngan pilihan hati ni? tehehee..

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife