Saturday, July 4, 2009

Tengok Movie

Kelmarin lepas balik keje badan rasa lesu sbb otak bersawang tension. Kak Long Kecik (KLK) ajak pi main bowling. Aish, tak sior aku, maleh le nak baling bola ke longkang lagik, sekali KLK ajak pi tgk movie. Hmmm, aku pikir cam ok je idea budak ni, lagik pun rasanya since ages aku tak tgk layar lebo. Citer apa? KLK kata Hannah Montana, aishhh, citer budak kecik rupanya, akak ni klu kt skrin halus buleh le layan tgk citer2 budak kecik ni. Aku sebenonya nak tgk Transformers tpi nampaknya ahli jemaah lain dah tgk. KLK tepon kawan dia kata kul 9 ada citer Last House on the Left (LHTL). Suspen thriller, ok gek aku rasa, setidak2nya boleh jugak aku lelap mata dlm panggung tu nti. So kenalah aku mintak approval dr En. A. Sebenonya aku agak mencuakkan diri je nak tepon lelaki itu pasai pagi tu aku dah lancarkan perang hangat kt dia. Asalnya terlewat bangun jek, sbb dia buleh tido balik lepas dengo jam jaga. Sebenonya aku pun dengo tapi sbb tanggungjawap En.A di pagi itu mengerahkan kami bangun makanya dgn amannya aku tido balik. Sekali dah terbabas dkt pukul 7. Dah le Ammar klu lambat sampai sekolah kena amik nama sekrang, aku lak kena pi KL ada tugasan sket. Maunya aku tak mengamuk pagi tu. Redho jelah En. A menadah telinga mendengar pong peng aku pagi tu. (walaupun aku turut menyumbang kepada keterlewatan lambat pagi itu)

Bila aku tepon mamat tu suara cam cemas je. Lebih kurang gini ; Tunggu dulu, tunggu abang sampai rumah dulu! Okes lah, nampak gaya payah juge nak dpt approval kali ni. Aku rasa cam pakweku tu cuak je nak bagi aku pegi, sbbnya biasalah... aku nak berpoya2 sementara beliau jaga anak kt umah. Sampai umah rerupanya member menjinjing 2 plastik beso durian, katanya durian Ulu/Kuala Langat, oh, terharunya akak sbbnya beliau soh akak makan durian dulu sblm nak pegi....aku ingat nak melaser kt aku ker, baik beno mood cik abe aku ari tu.. sebelum pegi beliau sempat lagi bagi duit belanja kt aku.. oi, baik beno laki aku ari tu, tebiat ker apa ni.. sambil menghulurkan duit belanja beliau berkata, Sayang (perkataan ni saje ditambah penulis), malam ni abang Z nak dtg tido umah... oh, yg adooo, patut le mood baik beno, ropanya abang kesayangan dia dr kampung nak mai umah... cam ni lepas ni tau le aku nak pilih masa nak berpoya2...kuikuikui..
Ni le yg jadik lantakan kami sblm masuk panggung dan tgh dlm panggung...
Umang ai...ramainya umat manusia nak masuk panggung... klu berebut2 nak masuk mesejid camni kan best.. kwang3x...

Sampai kt Mid Valley punya lah ramainya umat manusia nak tgk wayang, cuak jugek aku time beratur reramai tu, dgn virus H1N1, opsss, shall I use selesema babi, yg sedang menular ni, so redho je lah...memula citer LHTL ni aku rasa nak zzzzzzzzz.... rasa rugi jek bayo RM10 hinggit tu, tapi bila dah tengah citer suspen pulak dah.... punyalah ganazzzz citer ni, aku tak sangka jugek le lembaga tapis-tapisan ini begitu manja dgn citer2 cam ni, mmg tak patut dilihat even oleh remaja pong tu atau ibu2 mengandung, pun sgt merbahaya kepada penumpang dan bot-bot kecil gitu... rate aku sbg profesional (chewah...out of 5 buleh le bagi 3 setengah). Tak lama Harry Porter lak nak masuk, la ni teringin nak tgk Ice Age 3 la pulok.. tapi klu tiap2 minggu aku tgk movie camni mau bengkak jiwa pakwe aku kt umah tu...

aku sebenonya bukan tak nak angkut anak laki ke panggung, tapinya pertama2nya, asbenku itu amat le bukan kaki bangku wayang, kedua2nya, anakku itu... aishhh, tak yah cakap ler, seumur hidup dia tak pernah aku heret ke sinema, satu ari aku ckp kt asben aku lebih kurang gini, Bang, agaknya kalu kita bwk Ammar tgk wayang, mesti dtg guard bwk lampu suluh pas tu cekak baju kita sorang2 pas tu campak keluo panggung....sebabnya yg adooo adalah kehyperaktifan anak aku yg sah2 takkan dok diam kt bangku dia, tu belum masuk klu mari angin tepuk2 tangan dia tu lagi, tak pun memekak satu panggung tu, sah2 kena campak keluo le kami. Sambil sembang2 topik ni sambil kami ketawa mengekek ngekek sbb terbayangkan adegan yg tak diingini itu... sian Ammar sbb dia suka kt Transformers, kita tgk kt skrin halus je lah nak... apa nak buek...

tgk skrin halus je le nak...on 'projector' , tutup lampu bilik, jadik le wayang...

No comments:

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife