Casa de la Colmar

Hari Sabtu bangun pepagi tatau nak wat and gi mana. Walaupun byknya keje rumah menanti aku but what the heck! Keje tu buleh tunggu.... The weather was clear and what a glory Saturday morning! Aku pikir we must go somewhere ni, tak leh jadik ni, kaki yg tak berbedung ni dah terlompat2 nak gi jejalan, sementara aku ada mood ni aku kata kt Encik aku baik kita gi memana. Jadiknya tak sampai berapa saat tu kami pun berpakat nak gi Bukit Tinggi, saje nak merayap area2 tu. Nasib baik le dpt spouse yg sama kaki tak berbedung ni, senang citer.

Jadik kami pun melencong le ke Berjaya Hill Resort, teruslah gi Colmar Tropicale ni, berangan kejap pi pekan kt France. Bukannya ada benda pun kt sini, kebetulan masa aku gi ni belum ada aktiviti yg menarik lagik yg dibuat, agaknya 'resident artis' deme belum bangun tido lagik kot...tgk dlm brochure punya le memacam event ada...


Maka mokcik pun bergambo sakan la ngan anak mokcik...

Aku lemah no ngan anak jantan aku sorang ni.. memana pegi jangan le ada jual bendalah Ben10 ni ajelah gatai tangan dia nak mencapainya, utk menyenangkan ati kitaorang nak bejalan2 maka kasik chan la, dpt sebijik buku cum sticker ni kira dah pueh ati benolah tu...

Tengah panas rembang ni, nama je High Hill tapi tak sejuk pung...
Encik aku kata klu nak eksen kt org kampung konon gi kt negeri omputih tunggu omputih lalu baru amik gambo, aku tergelak beso sambil omputih dua kerat tu tertoleh2 wondering...



kat Japanese Garden Tea...


Geram je tgk ikan2 ni rasa nak tangkap sekor2...

Turun High Hill tu kami pun terus meracing ke Shah Alam gi Stadium Melawati Shah Alam, saje nak tgk warehouse sale, katanya branded item. Masuk dlm tu aku dah jadik tak tau nak beli apa disebbkan keramaian orang tu, sama cam Metro Jaya warehouse sale ari tu. We ended up beli sepasang kasut encik aku yg pada mulanya boring giler layan aku browse thru kt dalam tu dan sebiji beg pegi pasar Superman anak aku, aku lak tak beli apa pun... Balik kt umah sambung pegi beli barang dapur kt pasaraya baru bukak belakang umah aku. Malam dah letih giler nak pi umah jiran yg wat kenduri kawin pun tak larat.

Ari Ahad aku pun on le seragam surirumahtangga balik, sapu umah, basuh baju, lipat baju, etc. Ahad tu juga tenda biru dah terpasang depan umah aku, ni chan baik tak yah masak. Malam tu jiran selang 2 pintu ngan aku ni siap tapau lauk pauk kenduri kawin ni punyalah banyaknya. Tapi aku agak upset sket sbb aku rasa cam lapo malam tu tapi jiran aku ni tapau lauk je nasik tak dek... nasibla, makan jemput2 je ler....

End of weekend yg letih gek ler.

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet