Demammm...

Ari ni aku terpaksalah mengELkan diri sbb dua orang encik2 kt umah aku tu demam. Aku ni sebenonya cuak jugek le nak EL ni, rasa cam perasaan ponteng sekolah jek, tapi aku lak tak tergamak nak tinggalkan dua org 'belahan jiwa' aku ni kt umah. Nak2 ni le 1st timenya deme demam secara berjemaah. Agaknya secara astronomicalnya, bulan2 yg mewakili diaorang ni beredar secara selari gamaknya. Mengarut lak aku ni. Semalam masa amik anak aku tu kt nursery aku dah detect something wrong ngan dia ni, biasalah naluri ibu le katakan, tak sentuh tapi takat pandang je buleh sense je. Walaupun dia meneruskan aktiviti harian dia cam biasa badan dia dah dedar petang tu. So malam dah panas badannya. Kelam kabut le aku carik ubat dlm fridge, nasib baik ada bekalan paracetamol yg tak bukak lagik. Anak aku tu klu demam mmg le menggusarkan ati aku, klu panas sgt buleh fit cam sawan tarik tu. Tapi tahap panas dia pun aku dah boleh differentiate, cam mlm tadi kira bukan tahap merah lagik, klu dah tahap 'merah' tu mmg kompem aku kena rally berjaga malam. Dah makan ubat encik kecik aku tu nak tgk movie citer animasi jepun Ponyo lak. Dah baper kali tgk pun tak jemu2 dia.

Dalam pukul 11.30 mlm aku dengo pintu umah aku cam kena gegar dan dibukak org. Mesti org sebelah ni, tapi kuat beno bunyinya, suspen giler eden, eden kan trauma giler lagik2 pulak sejak kena rampok dlm umah tahun lepas. So aku pun memberanikan diri turun jenguk ke bawah, takkan le encik aku yg keje malam tu dah balik keje awal camni, selalunya klu tak pukul 1-2 pagi idok le tau balik rumah. sekodeng punya sekodeng memang sahlah encik beso tgh terketar2 carik ubat kt dapur sambil terkejut beruk tgk aku jenguk dia. Terus le special effect dia menjadik2. Lepas makan ubat beliau pun menggigil2 badan terus tarik selimut, demam, demam, demam....grrrrrrr... huh, encik aku ni klu demam mmg mengalahkan budak kecik. Anak dia pun teruslah join d club sambil meniru2 special effect ayah dia. Selang tak baper lama encik beso tanya ada makanan tak? lapo katanya, sbb belum amik dinner lagik, okla tuh, takdek le sakit teruk beno tu klu sempat tanya pasal makanan lagik, nasib baik ada 2 ketul lagik KFC yg aku beli petang tadi, maka makanlah ia sambil ditemani oleh anak dia.
Pukul 5 pagi aku terjaga dua2 encik tu badannya panas balik, duh, sume aku kerah bangun makan ubat. Ammar plak tak moh tido balik, mulalah berkuntaw sana sini, lantak kamu le Ammar, Umi nak tido balik tapi pun tak buleh tido, bangun pagi kepala dah fenin la tak cukup tido, encik 2 org lak demam tak baik lagik, maka yg adooo...

This morning I drove them to the nearby clinic. Seperti yg aku suspek, Ammar ni demam sbb tonsil dia dah bengkak. selalu cam tu. Doc kata beso sket kena buang tonsilnya sbb selagi tu dia senang dpt batuk, demam, dan yg sewaktu dgnnya. Dah baper org doc ckp macam tu, maybe one day kami kena buat jugak. Lepas dapat ubat n MC memasing maka baru le leh settle down. Tadi masakkan nasik ayam kt encik2 tu, org demam ni elok le makan yg soupy2. Nanti rajin aku upload le gambonya, mata aku pun dah layu lepas kenyang dan berjaga malam tadi, adios.Set nasik ayam utk orang sakit, betapalah mithalinya aku ari ni huahuahua....

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet