Balik Kampung
Last week En. A aku dapat off 2 ari weekend. Dengan muka berseri2 beliau ajak balik umah bonda beliau tersayang. Cheyyy...baru last month mak dia ada kt sini 2 minggu. Dia kata tu tak kira balik kampung sbb kata dia klu kira julat balik kampung kira2nya last time kami dah blk ke Kuantan. Nyampah... belek2 jadual keje beliau nampaknya ujung bulan ni le aku dpt balik umah mak aku plak memandangkan beliau dpt off lagi Sabtu Ahad tu, aku cam frust gek sbb adik aku mesej ari tu katanya doyan dah gugur, manggis dah masak ranum, ada gosip jiran kampung yg terhangat dipasaran, bla, bla... ahh...menci arrr.. dah tentu doyan n manggis tu tak tunggu aku, tapi for sure gosip panas tu dah dibocorkan oleh KLK sebaliknya beliau dr kampung last week... aku kata tu the very delicious gossip one.....
Rerupanya ada kenduri doa selamat @ melenggang perut anak buah encik aku ari Sabtu tu, maka pepagi buta Sabtu dengan tak mandi dan pakai baju malam tadi tu aku melenggang ke darat umah Yong Teh yakni akak sulung encik aku, kengkonon nak jenguk kejap..maklum le pepagi buta air kt umah MIL aku ni sejuk gilerrrr (tapi sempat le aku basuh muka ngan gosok gigi, ko ni..)...ha kau...keje tengah menunggu bagai.. nak nyiang daging, bawang, terung, etc.. maka terjebak le aku ngan makcik bedah, senah, yong, nyah, merewang kenduri ari tu, dah sbb muafakat kejap je masak le kari daging, pajeri terung, rendang ayam, acar dsb, plak tu dan dan tu terus le panggil org makan n baca doa selamat...nasib aku le sorang pun tatau aku tak mandi lagi....heheh...
malam tu aku ngan encik aku mesyuarat kelambu... serious, sbb mesyuarat tu dijalankan dalam kelambu, umah MIL ni nak tido memang kena pakai kelambu, nak pasang ubat nyamuk ala2 tu baik direntikan sbb nyamuk kt sini nyamuk hydroponik, segar bugar tanpa antibiotik, nak rasa badan kering darah sampai ke pagi silakan ler, aku pun tatau le dr mana dtgnya tentera2 ni maybe sbb umah dema ni kt tebing sungai perak agaknya....maka aktiviti keesokan harinya tlh diputuskan utk ke Kemen Helan... ate, nak ke mana lagik, naik boring tahap cipan aku klu duduk sesaja kt kampung tu sementara nak tunggu balik KL balik, nak2 aku ni yg kaki meronggeng bagai, dulu mak aku kata org tua2 kata klu ada tahi lalat kt bibir tu makanya mulut omeh (kuat menyembang), aku belek2 kt kaki aku tak dek pulak taik lalat, manalah tau ada tahi lalat kt kaki maknanya kuat berjalan. Dari umah MIL kira dlm sejam lebih sampai le klu lalu kt Simpang Pulai, maka layankan saje le gambo2 perasan aku kt bawah ni...
Tempat wajib singgah mesti kt Cameronian Bharat Tea ni, pekena teh sambil tgk view ladang teh, taim pegi ni angin menderu2 sampai terbang le jugak sudu teh tu, sejukkkkknya bukan main taim berangin2 camni..
mai secawan...
Ammar sempat tangkap bantal strawberry setelah melalak dlm kete nakkan bendalah tu sepanjang perjalanan...
Melawat kebun entah sesapa punya tah tapi Amoi tu baik sungguh siap bagi tour guide lagik.. (harap2 takda yg nak super impose le gambo ni...riso aku...)
Oklah, cita2 aku masa tua nanti dan klu umur panjang (ke aku dah tua pun..) nampaknya bertambah lagik iaitu utk berladang dan bergarden (cita2 asal nak rilek jer)...sejuk ati aku masa masuk ladang ni...
suka le aku ngan hasil tanaman dan gardening cam ni...
Akhirnya jam 7 lebih baru sampai kt umah. Kul 9 lebih tu dah bertolak ke KL, kul 12 lebih dah sampai, penat giler rasa badan ni...
Comments